cari maklumat di sini

Your Ad Here

Saturday, April 16, 2011

DAP sapu 12 dari 15 kerusi yang di tandingi....manakala presiden SUPP jadi sup....!!!!



DAP memenangi 12 daripada 15 kerusi yang ditandingi pada pilihan raya negeri Sarawak kali ini dengan muncul parti komponen Pakatan Rakyat memperoleh kerusi terbanyak.

Malah parti itu juga mencatatkan kejutan besar kali ini apabila calonnya Ling Sie Kiong menewaskan Presiden SUPP Tan Sri George Chan di kerusi Piasau dengan majoriti 1,590 undi.

Ling memperoleh 5,998 undi untuk menewaskan Chan yang hanya menerima 4,408 undi. Undi rosak adalah sebanyak 73.

Kekalahan Chan dilihat sebagai satu kejutan memandangkan Ling, peguam berusia 28 tahun, merupakan muka baru dan hanya menjadi ahli seumur hidup DAP Julai lalu.

Menurut sumber-sumber DAP, kerusi yang dimenangi mereka ialah Padungan, Pending, Kota Sentosa, Batu Kawah, Repok, Meradong, Bukit Assek, Dudong, Pelawan, Kidurong, Piasau dan Pujut.

“Buat sekarang, nampaknya DAP akan memperoleh kemenangan di 10 kerusi (dan) tiga lagi untuk dimenangi. Nampaknya dua lagi akan kalah,” kata Setiausaha Politik kepada Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Zairil Khir Johari dalam mesej Twitter.

Chan menjadi wakil rakyat sejak 1983 bagi kerusi Piasau.

Beliau merupakan timbalan ketua menteri Sarawak sejak 9 September 1996 dan presiden SUPP bermula 1997.

Salah seorang anaknya, Anisa Chan berkahwin dengan anak Ketua Menteri Sarawak iaitu Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman.

Krian, Ba’kelalan dan Batu Lintang dimenangi PKR manakala Bukit Assek, Piasan, Kota Sentosa, Pujut, Padungan dimenangi DAP.

pakatan rakyat menang gemilang....BN menang temberang...!!!!



Siapa kata PR gagal pada Pilihanraya Negeri Sarawak hari ini. Bagi kita kejayaan DAP menambah kerusi dua kali ganda dari 6 kepada 12, PKR menambah kerusi dari 1 kepada 3, merupakan kejayaan gemilang yang harus dipertingkatkan di masa hadapan. Kejayaan memberikan tentangan hebat sehingga menyebabkan Najib dan Muhyiddin berkampung di Sarawak memberikan signal bahawa BN tidak menang mudah pada PRU ke 13 nanti. Kalau sebelum ini BN sering menjadikan Sarawak sebagai Post Dated Cheque mereka untuk memberikan kerusi bagi membentuk kerajaan pusat kini BN sudah tentu merasa bahangnya.

Pada PRU 2008 BN menang hanya kerana sumbangan kerusi dari Sarawak dan Sabah kini BN mula risau. Kemenangan PKR di 2 kerusi luar bandar iaitu Ba'Kelalan dan Krian memberikan harapan baru kepada PR untuk bertapak dengan lebih kukuh di kawasan pedalaman lain.

Tanggapan mereka bahawa mereka akan menang mudah di Sarawak dengan sogokan, rasuah, penyelewengan dan sebagainya adalah meleset. Rakyat hari ini sudah faham dan cerdik untuk menilai parti yang mereka akan sokong. Kini terpulanglah kepada PR untuk merebut peluang keemasan ini. Batu asas yang mereka pacak semasa kempen pilihanraya negeri ini mesti disubur dan dibaja supaya rakyat dapat memahami dan menerima PR pada masa akan datang. Tahniah kepada semua


BN 55 kekal kuasa, Pakatan 15

Keputusan keseluruhannya, BN memenangi 55 kerusi, DAP (12), PKR (3) dan Bebas (1). Keputusan itu menunjukkan BN kehilangan lapan kerusi, berbanding 63 kerusi yang dimenanginya pada 2006. DAP dan PKR juga menyapu bersih semua lima kerusi di Kuching.

BN berjaya membentuk semula kerajaan dengan memperoleh majoriti mudah 36 kerusi pada pukul 9.30 malam.

BN secara rasmi memperoleh majoriti dua pertiga 48 kerusi pada pilihan raya negeri Sarawak pada pukul 9.45 malam. Bagamananpun ia dianggap prestasi terburuk apabila BN hilang lapan lagi kerusi.

Kira-kira 9 malam tadi, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengumumkan BN telah memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan.

“SPR dengan ini mengumumkan keputusan pilihan raya negeri Sarawak yang ke-10 (setakat ini), Barisan Nasional (BN) (dapat) 36, DAP lima, PKR tiga dan Bebas satu. Parti-parti lain setakat ini masih belum lagi,” katanya.

Bebas menang di Pelagus.

“Dengan ini saya isytiharkan BN memperoleh satu majoriti melebihi 50 peratus daripada jumlah kerusi yang diperuntukan dan boleh di bawa ke Dewan Undangan Negeri (DUN),” katanya.

Limabelas kerusi Pakatan Rakyat disumbangkan oleh PKR tiga manakala DAP dua belas. PAS tidak memenangi sebarang kerusi yang ditandingi. Kerusi Pelagus dimenangi oleh George Ak Lagong yang menewaskan Stanley Nyitar dari BN yang menerima 2,903 undi manakala wakil PKR Edward Sumbang menerima 1,171 undi.

BN menang di Daro, Katibas, Bukit Saban, Jemoreng, Baleh, Beting Maro, Belaga, Batu Danau, Simunjan, Belawai, Pakan, Machan, Bawang Assan, Bukit Sari, Tebedu, Layar, Opar, Sadong Jaya, Meluan, Balai Ringin, Sebuyau, Simanggang, Semop, Ngemah, Dalat, Nangka, Tarat, Batang Air, Muara Tuang, Balingian, Pantai Damai, Engkelili, Tupong, Kalaka, Tanjung Datu, Demak Laut.

BN juga menang di Samariang, Kedup, Bekenu, Telang Usan, Asajaya, Bukit Begunan, Lambir, Bukit Kota, Jepak dan Marudi.

3 kerusi Krian, Ba'kelalan dan Batu Lintang dikuasai PKR manakala 12 kerusi lagi iaitu Pending, Batu Kawah, Repuk, Dudong, Kidurung, Meradung, Pelawan, Bukit Assek, Piasau, Kota Sentosa, Pujut, Padungan dimenangi DAP.

Friday, April 15, 2011

Barisan Nasional kuat, rakyat melarat....Berpuluh tahun Rakyat Sarawak sengsara



Setelah lebih dari 20 tahun berada di bawah pemerintahan kerajaan yang kononnya ikhlas membela nasib rakyat, Kampung Salak yang terletak hanya kira-kira 20 km dari bandar kuching masih berada di belakang kemajuan yang dicanang-canangkan.
Tiada bekalan air disediakan oleh kerajaan yang kononnya membawa kemajuan di sini dan selama ini, perigi inilah yang menjadi sumber bekalan air penduduk Kampung Salak.

Setiap sebuah perigi dikongsi oleh hampir 60 buah keluarga. Jangan ditanya kemudahan lain, bekalan air yang asas sahaja tidak mampu disediakan oleh kerajaan yang mengaku membawa pembangunan selama ini.



Tidak menitiskah air mata anda melihat nasib sahabat kita di Sarawak ini? Ditipu oleh ahli politik yang gila kuasa, menabur janji pembangunan setiap kali pilihanraya. Inikah pembangunan yang digembar-gemburkan? Pembangunan apa ini?

Kerana percayakan janji manis kerajaan Barisan Nasional selama ini, berpuluh tahun rakyat bawahan mengundi mereka, namun inilah balasannya. Barisan Nasional kekal memerintah kerana undi orang-orang miskin inilah, namun inilah balasan yang mereka terima berpuluh tahun.

Berapa lama lagi orang-orang miskin ini harus menunggu? Sudah berpuluh tahun peluang diberikan. Sudahlah mari kita berubah! Tumbangkan Barisan Nasional! Tumbangkan Taib Mahmud si perompak harta rakyat, tanah rakyat!

RPK PERAS DEEPAK....DEEPAK PERAS ROSMAH SEBAGAI GIGOLO...ALAHAI...LANTAK LA...YANG JADI MANGSA RAKYAT



Deepak Jaikishan berkata, beliau telah membayar RM50,000 dan turut memberi satu komputer riba kepada Raja Petra sebagai dorongan untuk menarik balik tulisan berkenaan.

Usahawan Deepak Jaikishan hari ini muncul lagi dengan satu dakwaan terbaru – beliau pernah membayar wang kepada penulis blog popular Raja Petra Kamaruddin untuk menarik balik satu tulisan di laman Malaysia Today.

Deepak berkata, beliau telah membayar RM50,000 dan turut memberi satu komputer riba kepada Raja Petra sebagai dorongan untuk menarik balik tulisan berkenaan.

"Saya boleh buktikannya," kata Deepak yang menjelaskan, beliau membayar wang itu secara tunai kepada Raja Petra dalam satu pertemuan dengan penulis blog itu di Subang Jaya kira-kira tiga tahun lalu.

Tulisan berkenaan yang antara lainnya mengaitkan beliau dengan isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor telah dikeluarkan sehari selepas pertemuan tersebut, kata Deepak lagi.

Katanya lagi, beliau "terkejut" apabila mendapat tahu mengenai penyiaran tulisan berkenaan dan membuat keputusan untuk bertemu Raja Petra bagi meminta penulis blog itu mengeluarkan artikel tersebut.

Tambahnya lagi, beliau bertindak demikiam kerana tidak mahu perkara mengenai dirinya disiarkan dalam blog Raja Petra yang disifatkannya sebagai "pelacur web."

Beliau juga tidak mahu "serangan peribadi" oleh Raja Petra ke atasnya itu menjejaskan reputasi diri dan perniagaannya.

Deepak berkata, tindakan Raja Petra itu tidak lebih daripada satu pemerasan untuk mendapatkan wang daripada individu yang dinamakan dalam laman blog tersebut.

"RPK telah berubah daripada seorang penulis blog nasionalis menjadi seorang pemeras ugut yang menggunakan Internet bagi mengutip wang dan komputer riba daripada orang yang menakutinya.

"Saya juga salah seorang daripada mangsa (Raja Petra)," katanya dan menambah, beliau juga mengetahui bahawa dua lagi individu telah membayar wang kepada Raja Petra supaya tulisan berkaitan mereka dikeluarkan daripada Malaysia Today.

Deepak berkata, seorang daripada individu berkenaan merupakan menantu kepada seorang bekas perdana menteri yang didakwa telah membayar sejumlah wang yang besar kepada Raja Petra.

Seorang lagi yang disebut oleh Deepak ialah seorang lelaki yang merupakan kawan baiknya. Keluarga lelaki tersebut juga telah membayar wang kepada Raja Petra, kata Deepak lagi.

Tambahnya, beliau juga bercadang untuk membuat laporan polis ke atas Raja Petra dan mengambil tindakan undang-undang ke atas penulis blog tersebut atas dakwaan fitnah yang dilemparkan ke atasnya.

Tindakan undang-undang itu mungkin akan difailkan di London atau di Australia memandangkan penulis blog itu tidak berada di dalam negara.

"Saya sedang berbincang dengan peguam. Kalau saya tidak dapat bankrapkan dia, nama saya bukan Deepak.

"Jika saya salah, dia boleh saman saya," kata Deepak lagi.

bukan palsu atau tiada maklumat...tetapi kementerian pertahanan yang mengikut terlunjuk najib telah mula cantas penentang yang rapat dengan beliau......

Kes Altantuya: Kolonel tentera digantung tugas




Kementerian Pertahanan hari ini mengesahkan tugas-tugas rasmi Kol Azmi Zainal Abidin digantung berikutan pendedahan penulis blog Malaysia Today Raja Petra Kamaruddin bahawa pegawai kanan tentera itu membekalkannya dengan maklumat berhubung pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Menurut laporan Bernama yang memetik Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Azizan Ariffin berkata pihak tentera sedang menyiasat penglibatan pegawai itu.

"Maklumat yang disampaikan pegawai tersebut kepada penulis blog Raja Petra Kamarudin adalah palsu dan maklumat itu tidak pernah wujud dalam simpanan pihak tentera," katanya.

Menurut Azizan siasatan pihak tentera mendapati bahawa tindakan pegawai itu melibatkan diri dengan seorang pemimpin pembangkang adalah bersifat peribadi dan tidak mempunyai kaitan dengan ATM.

Beliau berkata siasatan terhadap dakwaan oleh Raja Petra yang dilaporkan akan dilaksanakan dengan secepat mungkin dan sebuah Lembaga Siasatan akan ditubuhkan untuk menyiasat dakwaan itu.



Hasil siasatan akan dijadikan asas terhadap tindakan yang akan diambil oleh ATM," kata Azizan.

Kol Azmi adalah orang kedua dalam unit cawangan khas ATM pada tahun 2008 sebelum dipindahkan ke cabang lain. Beliau kini bertugas di Markas Tentera Darat.

Dalam satu temu bual bersama TV3 kelmarin, Raja Petra mendakwa beliau tidak pernah menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak atau isterinya terbabit dalam kes pembunuhan Altantuya.

Beliau berkata kenyataan bersumpahnya sebelum ini hanya merujuk kepada maklumat yang diperolehi bersabit laporan risikan ATM itu yang memerlukan siasatan lanjut.

Dalam wawancara dengan stesen telivisyen pro-Umno itu, Raja Petra berkata dua individu yang pernah bekerja untuk Tengku Razaleigh Hamzah mengesahkan dokumen itu wujud dan mahu beliau mendedahkanya.

Raja Petra semalam dalam blognya berkata beliau memberikan wawancara kepada TV3 bersabit isu itu kerana mahu menarik perhatian pihak berkuasa untuk menyiasat Kol Azmi dan pihak lain yang terlibat bersabit dokumen itu.


mk

macam datuk t jugak...undang undang bebal....gerenti mangkuk nie dapat imuniti jugak..janji cap dacing pembelit...!!!!

Polis siasat insiden tembakan libatkan calon BN



Polis Daerah Sri Aman hari ini mengesahkan menerima laporan satu insiden melibatkan tembakan senjata api yang dilepaskan oleh seorang calon BN.

Calon BN bagi DUN Bukit Begunan itu, Mong Dagang (gambari) didakwa melepaskan tembakan yang mengenai seorang individu, dipercayai seorang pegawainya.

Bagaimanapun, setakat ini masih belum jelas sama ada tembakan yang dilepaskan itu dibuat dengan sengaja ataupun tidak kerana siasatan polis masih berjalan.

"Kita siasat bawah Akta Senjata Api. Lepas siasat, kita akan serah laporan pada pihak atasan," kata Ketua Polis Daerah Sri Aman ASP Mat Jusoh Muhamad kepada Malaysiakini.

"Jika dibuat secara sengaja, ada unsur jenayahlah. Tetapi perkara ini masih dalam siasatan dan saksi-saksi akan dipanggil (membantu siasatan)."

Menurut Mat Jusoh, pihaknya menerima aduan berhubung insiden tersebut yang berlaku pada minggu lalu.

Usaha Malaysiakini menghubungi Mong setakat ini belum berhasil.

Pagi ini, wakil rakyat DAP Jeff Oii menghebahkan perkara itu melalui Twitter dan meminta pengesahan daripada pengikutnya di laman sosial itu.

"Dengar-dengar calon BN (bagi kerusi) N26 Bukit Begunan lepaskan tembakan dan cederakan setiausahanya. Boleh sahkan perkara ini? (Ada) risiko dikeluarkan kelayakan (bertanding)," tulisan anggota parlimen Jelotong itu dipetik.

Ketika ditanya kenapa DAP mahu menjadikan perkara itu isu dalam tempoh berkempen, Jeff menjelaskan, oleh kerana ia didakwa melibatkan pihak bertanding dalam pilihan raya, rakyat mestilah dimaklumkan.

"Calon mestilah bebas daripada sebarang dakwaan jenayah. Polis mestilah mengesahkan sama tembakan yang dilepaskan itu bebas daripada unsur jenayah kerana ia melibatkan pihak yang bertanding (dalam pilihan raya).

"SPR juga mesti dimaklumkan secepat mungkin dan perkara ini mesti dihebahkan kepada pemilih sebelum hari pengundian. Jika beliau didapati bersih, ia mesti diumumkan," katanya kepada Malaysiakini.

Bukit Begunan, kawasan majoriti Iban antara kubu kuat BN dalam pilihan raya negeri kali ini. Mong sebagai penyandang menghadapi persaingan tiga penjuru dengan calon PKR dan SNAP.

Sementara itu, mengulas tentang perjalanan kempen yang tinggal tidak sampai 24 jam lagi, Mat Jusoh berkata ia masih berjalan dengan aman tanpa sebarang insiden.

Ditanya tentang laporan yang diterimanya setakat ini, beliau mengakui ada menerima beberapa laporan tetapi bukan melibatkan perkara yang serius.

nak hilangkan tekanan dari gangguan lelaki misteri akhirnya maut di jalanan....



Usaha lima bakal jururawat untuk lari daripada gangguan lelaki misteri yang menceroboh asrama mereka dengan bersiar-siar di Kuala Terengganu berakhir dengan kecelakaan apabila tiga daripada lima gadis itu maut selepas kereta jenis Perodua Viva yang dinaiki bertembung dengan sebuah lori tangki minyak semalam.

Kejadian ngeri pukul 6 pagi di Kampung Gerai dekat sini itu menyebabkan pemandu kereta, Nordiana Mohd. Nor, 22, dari Kota Tinggi, Johor; Zur Iras Zakaria, 19 dan Nurul Shahidah Abdul Jaabar, 19, masing-masing dari Kuala Terengganu, Terengganu meninggal dunia di tempat kejadian.

Dua lagi rakan mereka, Bazillah Abdullah, 19 dan Nur Adilah Mohd. Ghazali, 19, dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian akibat cedera parah.

Difahamkan, sebelum kejadian, kesemua pelajar tahun dua kursus kejururawatan Kolej Islam Sains dan Teknologi (KIST) Bachok, Kelantan itu dalam perjalanan pulang ke Asrama Muiz Dalam Rhu di Pasir Puteh.

Jarak antara asrama mereka dengan Kuala Terengganu kira-kira 135 kilometer.

Kesemua rakan karib itu dikatakan telah meminjam kereta rakan mereka pada pukul 9 malam kelmarin untuk bersiar-siar.

Sementara itu, seorang rakan mangsa, Nik Sharmila Nik Amram, 21, memberitahu, kesemua mangsa pergi ke Kuala Terengganu bagi menghilangkan tekanan selepas diganggu lelaki misteri di asrama

kes bunuh ahmad sarbini...pihak polis wajar di saman....kes sisatan belum selesai .....tapi dah melalak sana sini kata bunuh diri....!!!



Keluarga Allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamed berkemungkinan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika hasil siasatan polis tidak memihak keluarga pegawai kastam itu.

Menurut sumber, polis memberitahu kepada keluarga Ahmad Sarbaini bahawa hasil siasatan sudah hampir siap.

“Polis beritahu kepada keluarga siasatan sudah 70 peratus tetapi tidak beritahu apa perkembangan terbaru, sebaliknya saya difahamkan polis juga setiap hari datang ke rumah Ahmad Sarbaini,” kata sumber itu kepada The Malaysian Insider.

Bagaimanapun katanya, pihak polis tidak memberikan apa-apa maklumat mengenai punca kematian.

Kata sumber itu, keluarga Ahmad Sarbaini kini sedang berbincang dengan peguam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap SPRM atas sebab kelalaian serta mahu membersihkan dakwaan kononnya penolong pengarah kastam membunuh diri.

Ahmad Sarbaini ditemui mati di aras satu pejabat SPRM Wilayah Persekutuan di sini minggu lalu.

Dia merupakan salah seorang daripada 62 pegawai kastam yang menjadi tumpuan Operasi 3B kendalian SPRM dan beberapa agensi kerajaan yang lain.

“Keluarga Ahmad Sarbaini akan mengambil tindakan undang-undang terhadap SPRM sekiranya hasil siasatan polis tidak memihak kepada mereka.

“Mereka mahu ambil tindakan undang-undang ini kerana mahu menuntut keadilan bagi Ahmad Sarbaini serta membersihkan namanya yang didakwa telah membunuh diri,” kata sumber itu.

Jelas sumber itu, keluarga Ahmad Sarbaini tertekan apabila ada pihak termasuk media mengatakan dia membunuh diri dan menerima rasuah.

“Itu tidak benar, Ahmad Sarbaini tidak mungkin lalukan perkara itu. Kini keluarga berada dalam keadaan tertekan,” katanya.

Ahmad Sarbaini meninggalkan balu Maziah Manap, 50 dan lima anak.

Ia kejadian kedua dalam dua tahun ini. Kes kematian Teoh Beng Hock, yang ditemui jatuh dari Plaza Masalam. yang menempatkan pejabat SPRM Selangor, pada Julai 2009, masih disiasat oleh suruhanjaya diraja.

Sementara itu, peguam keluarga Ahmad Sarbaini, Ghazali Mohd Ramli ketika dihubungi The Malaysian Insider berkata pihaknya tidak akan memberikan sebarang komen dalam perkara itu sebaliknya akan menunggu keputusan hasil siasatan polis.

“Saya tidak akan cakap apa-apa, kita biar polis jalankan siasatan dulu.

“Nanti kalau saya cakap apa-apa bimbang ia akan menggangu siasatan polis,” katanya.

Laporan media semalam menyebut polis telah mengambil keterangan daripada 40 individu bagi membantu siasatan kes kematian Ahmad Sarbaini.

Malah Ghazali juga berkata, pihaknya telah telah menyerahkan bukti baru, yang tidak dinamakan, kepada polis - yang dipercayai boleh menentukan sama ada Ahmad Sarbaini meninggal dunia kerana membunuh diri ataupun sebaliknya. -TMI


Demi kebenaran dan keadilan memang wajar untuk keluarga mangsa mengambil tindakan ke atas polis.

Pertama, belum pun selesai siasatan sudah dihebahkan "kononnya" Ahamad Sarbani terjun dan membunuh diri. Ia lambang tidak profesyenalnya polis.

Kedua, memang ada sesuatu "cover-up", sama seperti kes Teoh Beng Hock. Rakyat yakin di dalam kes Teoh Beng Hock, polis dan SPRM tahu siapa pembunhnya tetapi sengaja tidak mendedahkannya tetapi melakukan cover-up sehinggakan terdedah banyak hal di dalam siasatan Suruhanjaya Diraja seperti wujudnya skrip kepada pihak yang dipanggil untuk disoalsiasat oleh Suruhanjara Siasatan.

Selain dari tindakan undang-undang ke atas polis, adalah wajar bagi setiap rakyat memohon kepada Allah agar dikembalikan keadilan dan kebenaran dan setiap yang bersalah termasuk mana-mana pihak yang menyembunyikan kebenaran dan kebenaran diberikan balasan yang setimpal oleh Allah s.w.t.

Kebenaran dan keadilan perlu diletakkan ke tempatnya yang wajar. Tiada siapa boleh memperrmainkannya.


rentakinfo


memang patut tindakan undang2 diambil...sebb nmpk dari cara siasatan tidak akan menyebelahi pihak Allahyarham...sedangakn lakonan semula pun terjatuh...dalam eri kata lain bunuh diri...tidak ada pun lakonan ditolak atau dibuang..atau ape saja kemungkinan...kemungkinan yg dibuat polis hanya 1 'bunuh diri'. hidup mati seseorang pun hendak dipolitik kan jugak..memang kejam!!!!

Thursday, April 14, 2011

video fitnah DSAI....Lelaki Bertetek Labuh Itu Telah Dikenalpasti



Kuala Lumpur: Polis telah mengenal pasti lelaki di dalam rakaman video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar pada Khamis.

Kata beliau, kertas siasatan kes berkenaan dijangka selesai minggu depan.

“Kami sekarang mengenal pasti siapa pemilik jam tangan Omega yang diserahkan kepada polis," katanya kepada pemberita di sini.

Ditanya sama ada wanita dalam klip video itu telah dikenal pasti dan diambil keterangan, Ismail berkata, kesemua yang terlibat dengan video berkenaan telah diambil keterangan.

Pada 4 April lalu, klip video seks berkenaan dimuat naik ke laman web Youtube petang Isnin.

Klip berdurasi selama 1:47 saat itu memaparkan tiga individu iaitu dua lelaki bersama seorang wanita dipercayai pelacur sebelum salah seorang lelaki terbabit keluar meninggalkan pasangan berkenaan.

Beberapa blog anti pembangkang turut memaparkan klip video yang diambil dari Youtube.

Bagaimanapun, klip berkenaan hanyalah sebahagian daripada rakaman sebenar yang berdurasi hampir setengah jam.

Berdasarkan rakaman asal video itu tertera tarikh 21 Februari dari pukul 10.23 malam hingga 10.45 malam.

Individu yang keluar meninggalkan lelaki dan pelacur itu di dalam bilik berkenaan dikatakan ahli perniagaan, Datuk Syazril Eskay Abdullah.

Pada 25 Mac lalu, Syazril Eskay dan bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik menyerahkan pita video seks dan jam tangan Omega kepada polis pada Khamis walaupun sebelum ini berkeras enggan berbuat demikian yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mereka berdua adalah trio 'Datuk T' yang mengaku termasuk Datuk Shuib Lazim sebagai yang bertanggungjawab memperlihatkan kepada wakil media klip video seks terbabit pada Isnin.

Anwar yang menafikan beliau adalah lelaki di dalam klip berkenaan pada Selasa membuat laporan polis mendakwa 'Datuk T mengugutnya dan isteri, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail. -mstar


rentakinfo

Mungkin saja polis akan menyatakan ia adalah Anwar Ibrahim, jadi kita akan pastikan samada ia bersesuaian dengan fizikal Anwar kini, bertetek labuh atau pun tidak.

Jika benar, maka benarlah siasatan polis itu. Jika tidak, campakkan siasatan polis itu kerana ia tidak berintegriti.

Wednesday, April 13, 2011

RM1.5b wang rakyat selamatkan kroni Taib



Pendedahan menggemparkan bahawa sebanyak RM1.5 billion wang rakyat diguna Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menyelamatkan syarikat kroni Taib Mahmud.

Ia dilakukan menerusi syarikat pelaburan kerajaan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB), yang melakukan urusniaga meragukan untuk mengelabui mata rakyat..

1MDB melakukan urusniaga dengan syarikat PetroSaudi dari Arab Saudi, untuk membolehkan syarikat UBG Berhad, yang menghadapi masalah kewangan dan dimiliki keluarga Taib, diselamatkan.

Untuk memperdayakan rakyat, Najib isytihar keuntungan 1MDB sebanyak RM425 juta pada tahun pertama operasinya. Namun, beliau tidak pernah memberitahu kita bagaimana (keuntungan itu diperoleh).

Hari ini kita ada penyata kewangan 1MDB yang mendedahkan salahguna wang kerajaan tanpa rasa malu yang dilakukan Barisan Nasional dan bagaimana mereka berterusan menyalahgunakan kekayaan negara...

Keuntungan sebanyak RM425 juta yang diisytihar pada tahun kewangan 1MDB yang berakhir pada 31 Mac 2010 mendedahkan perkara yang berbeza apabila diteliti dengan lebih dekat.

“Lima bulan selepas membayar RM3.5 billion untuk pelaburan projek usaha sama dengan PetroSaudi, 1MDB menjual semula pelaburan itu kepada pemilik PetroSaudi dengan harga RM4.1 billion.

Pada mata kasar,ia kelihatan seperti keuntungan yang menakjubkan. Namun, PetroSaudi yang menerima wang tunai sewaktu 1MDB membeli pelaburan tersebut kini membayar pembelian semula itu melalui skim pinjaman selama 11 tahun yang akan hanya selesai pada 31 Mac 2021.

Sekarang, hampir 70 peratus modal asal 1MDB adalah dalam bentuk pinjaman, yang tiada jaminan lagi akan dibayar semula sepenuhnya.

Malahan, urusniaga itu juga dilakukan pada hari terakhir tahun kewangan 1MDB, 31 Mac 2010 bagi menipu rakyat.

Silap mata perakaunan ini dilakukan untuk menunjukkan keuntungan meragukan yang diisytiharkan Najib..

Perkara paling mengejutkan, adalah hubung kait Taib Mahmud dengan 1MDB melalui urusniaga yang meragukan.

Pada tahun lalu juga, PetroSaudi membayar RM1.5 billion untuk mengambil alih UBG Berhad, instrumen pelaburan milik empayar keluarga Taib Mahmud yang menghadapi masalah kewangan...

Justeru, itu kita menuntut agar satu audit khas dilakukan untuk menyiasat samada urusniaga yang melibatkan 1MDB, PetroSaudi dan UBG menggunakan wang rakyat dan digunakan untuk tujuan politik yang tertentu.

Turut di tuntut adalah sebarang usaha 1MDB meraih dana daripada bank dihalang sehingga audit itu selesai. Sebarang usaha untuk memindahkan harta kerajaan seperti cadangan menganugerahkan sebidang tanah di Jalan Cochrane juga perlu dihentikan..

Satu pendedahan siapa sebenarnya di belakang 1MDB dilakukan agar rakyat yakin bahawa 1MDB betul-betul kukuh untuk memenuhi komitmennya.


sumber...keadilan

Tuesday, April 12, 2011

taib mahmud...kalau nak undur ...undurlah sekarang...tak payah tunggu sampai habis hasil mahsul sarawak di kebasnya...!!!



Datuk Seri Najib Razak di gesa  agar mengumumkan tarikh Tan Sri Abdul Taib Mahmud akan melepaskan jawatan ketua menteri dan bakal penggantinya.

kita juga  menolak keikhlasan Najib dengan menyifatkan janji Pengerusi BN itu sebagai “satu lagi gimik politik untuk mengkaburi penilaian rakyat.”Seperti pemimpin tegar  yang sudah sudah Najib juga  akan gagal menunaikan janjinya meskipun beliau merupakan perdana menteri dan pengerusi BN.

Najib tiada pengaruh ke atas Taib yang tidak pernah tunduk kepada pemimpin berpengaruh seperti Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini.Janji ini pernah dibuat sebelum ini, jadi sama ada Dr Mahathir berbohong atau beliau tiada kapasiti untuk mengatasi pengaruh Taib, ini  merujuk kepada kegagalan Dr Mahathir untuk memastikan Taib berpegang kepada janji yang sama 16 tahun lalu.

Ini ulangan kepada apa yang berlaku sebelum ini,kita yakin Najib tidak akan menunaikannya.

Jika beliau serius dan bertekad untuk melakukannya, beliau perlu membuat pendirian sekarang... bila Taib akan meletakkan jawatan dan siapa yang akan mengambil alih..
kenyataan Najib itu  juga semalam mencerminkan satu sandiwara Perdana Menteri untuk mengaburi mata rakyat.Jika beliau benar-benar serius dalam perkara ini, Perdana Menteri harus terus menamakan pengganti yang telah dipersetujui oleh Tan Sri Taib untuk mengambil alih tampuk pentadbiran negeri.

Tan Sri Taib Mahmud telah pun mengeluarkan kenyataan untuk berundur daripada jawatan Ketua Menteri sewaktu pilihanraya 2006 tetapi sehingga sekarang masih belum melakukannya,..Kini, janji tersebut diulang tayang semula kepada rakyat Sarawak sebagai harapan palsu bahawa perubahan akan berlaku.

Ketua Menteri yang ada kini sudah terlalu lama memerintah.Beliau gagal membersihkan diri dari isu-isu mengaut kekayaan melalui jawatannya, anak-anaknya, kronisme dan penggondolan hutan semula jadi Sarawak dan membiarkan sebahagian besar rakyat Sarawak tertinggal dalam kemunduran, kemiskinan dan suasana terancam,..

Sekalipun isu-isu rakyat Sarawak bukan sekadar berbangkit dari cara pemerintahan Taib yang berkisar kepada pengkayaan kroni tetapi lebih kepada dasar-dasar BN Sarawak yang telah terlalu lama memerintah, namun pengunduran Taib adalah sangat perlu untuk perubahan.

Justeru itu, untuk mengelakkan Tan Sri Taib membina dinasti keluarga dengan menamakan adik beliau, Datuk Seri Muhamad Ali Mahmud, Perdana Menteri harus menamakan pengganti Tan Sri Taib sebelum hari pengundian.

PM dilihat memberikan restu untuk Tan Sri Taib sekali lagi menjadi Ketua Menteri Sarawak dengan membelakangkan tuntutan perubahan oleh majoriti rakyat Sarawak dengan mengizinkan beliau bertanding semula..

Perdana menteri dengan itu telah bersekongkol mengizinkan penindasan yang dilakukan oleh BN Sarawak ke atas rakyat Sarawak berterusan dan lebih mengutamakan perasaan individu pemimpin dari suara hati rakyat terbanyak Sarawak.

pemalsuan kad kredit...13 kena cekup polis




Polis menahan 13 individu termasuk tujuh orang posmen dan seorang pembantu am Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kerana disyaki terlibat dalam kegiatan pintasan dan pemalsuan kad kredit membabitkan kerugian hampir RM1 juta.

Mereka yang berumur lingkungan 25 dan 40 tahun itu ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Polis Cheras, secara berasingan di beberapa kawasan di sekitar Lembah Klang, dari 1 hingga 9 April lalu.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh, berkata selain pekerja Pos Malaysia dan JPN, lima lagi yang ditahan adalah penganggur yang terdiri dari dua lelaki dan tiga wanita.

"Semua mereka disyaki terlibat dalam kegiatan ini sejak 2009. Tangkapan pertama telah dibuat pada 1 April lepas, apabila seorang lelaki berumur 37 tahun ditahan di Pejabat Pos Taman Shamelin, Cheras," katanya.

Amar Singh berkata lelaki itu ditahan kerana cuba mengambil bungkusan yang mengandungi kad kredit yang didaftarkan atas nama seorang wanita.

"Pejabat Pos telah menghubungi wanita itu yang menafikan dia telah mendapat kad kredit yang dipohonnya.

"Pemeriksaan mendapati, suspek turut menggunakan kad pengenalan palsu atas nama pelanggan (wanita) itu bagi menuntut bungkusan kad kredit berkenaan," katanya.
Bertindak atas maklumat itu, polis kemudian menahan lelaki terbabit dan pemeriksaan ke atasnya, polis menemui 10 keping kad kredit pelbagai bank yang dipercayai palsu.

"Sindiket itu akan menggunakan posmen bagi memintas kad kredit mangsa dan posmen terbabit akan dibayar upah antara RM50 sehingga RM100 bagi satu kad kredit yang berjaya dipintas," katanya.

Beliau berkata sindiket itu kemudian akan mengeluarkan cip yang ada pada kad kredit asal dan meletakkan pada kad kredit lain.

"Seterusnya kad kredit asal akan ditampal dengan cip yang palsu sebelum kad kredit itu dipulangkan semula kepada pemilik secara pos.

"Suspek yang bekerja di JPN pula akan mengesahkan identiti sebenar pemilik kad kredit itu sebelum kad itu disahkan dan seterusnya dapat digunakan kumpulan terbabit," katanya.

Susulan penahanan semua suspek itu, polis turut berjaya merampas sebuah kereta, 19 telefon bimbit dan 11 sampul surat yang mengandungi kad kredit. - BERNAMA

mamak pariah maruah seekor kerbau yang terpalit lumpur....



Kalau dia tak bersetuju Anuar mencuci najis yang terpalit di muka!, apa bezanya dia dengan seekor kerbau!!

Nampaknya pendirian Dr.Chandra Muzaffar dalam isu video seks 2x5 dengan penyokong Umno ! Tahap kewarasan Dr. berdarah keling ini sama taraf dengan Dato’ Eskey (T) atau lebih teruk dari Tan Sri Rahim Tamby Chik..

Dalam satu kenyataannya beliau meluahkan rasa terkejut dan kesal terhadap DS Anuar. Beliau mendakwa Anuar sepatutnya berundur dan meletak jawatan kerana imej dan moralnya telah tercemar!,.. katanya.

Begitulah bangangnya komen Dr. Chandra Muzaffar seorang yang memegang jawatan Pengerusi JUST, juga pengkritik sosial dan politik berhubung dengan isu video lucah yang cuba dikaitkan dengan DS Anuar Ibrahim. Dr.Chandra yang dulunya adalah seorang yang disegani kerana buah fikirannya yang bernas dan tajam, sepatutnya tidak mengeluarkan pendapat yang sebodoh itu! Inilah bahananya bila harga diri sudah dibeli oleh UMNO, mentaliti kamu telah jatuh ketahap yang paling dungu!!.

Andai katalah Anuar berundur dan meletak jawatan dari politik bukankah itu bermakna Anuar bersetuju dengan segala tuduhan dan dakwaan palsu terhadapnya!. Mana mungkin Anuar membiarkan orang mencalit najis kemukanya. Salahkah Anuar mempertahankan diri?. Salahkah Anuar membersihkan dirinya? Salahkah Anuar berdiri di atas kebenaran dan berpegang teguh dengan prinsip perjuangannya?.

Teman nak tanya Dr Chandra!, Kalau perkara yang sama berlaku ke atas diri kamu!! sedangkan kamu dipihak yang benar, apakah kamu merelakan saja? Kalau najis ditempek kemuka kamu!, apakah kamu mendiamkan diri tanpa mahu mencucinya? Kalau kamu tak mahu mencucinya, samalah taraf kamu dengan seekor kerbau yang tak kisah badannya bergelumang taik!!



rahimho

SEBAB SEBAB KENAPA KES DATUK T UMNOPORNO WAJAR DI PERCEPATKAN...!!!



1. Supaya yang memiliki video tersebut dapat ditangkap dan dipenjarakan dengan segera.

2. Supaya yang menayangkan video tersebut kepada umum dapat ditangkap dan dipenjarakan dengan segera.

3. Supaya mana-mana blogger dan TV yang menyiarkan rakaman video tersebut di La Carcosa boleh ditangkap dan dipenjarakan dengan segera.

4. Supaya mana-mana pihak yang menonton video itu dapat ditangkap dan dipenjarakan dengan segera.

5. Supaya ibu/bapa ayam atau orang ketiga yang menguruskan rakaman video seks itu dapat ditangkap dan dipenjara dengan segera.

6. Supaya kita mengetahui mengapa ada alamat siam dalam video tersebut dan kebenaran bahawa adegan itu dibuat di siam.

7. Supaya kita mengetahui siapakan sebenarnya pelaku yang tidak berjanggut itu dan seterusnya dapat ditangkap dan dipenjarakan dengan segera.

8. Supaya pengugut dalam kes video ini kepada seorang ahli politik dan isterinya dapat ditangkap dan dipenjarakan dengan segera.

9. Supaya pesalah berkaitan dengan isu yang melibatkan orang Islam itu dapat ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah syariah dan dihukum mengikut undang2 Islam dengan segera.

Monday, April 11, 2011

anak derhaka naik hantu....Berang tak dapat duit, bakar rumah ibu



Akibat terlalu marah kerana tidak mendapat wang yang diminta daripada ibunya, seorang lelaki berusia 28 tahun membakar rumah mereka di Kampung Alor Madi di Alor Star tengah malam tadi.

Kejadian itu dikatakan berlaku apabila lelaki itu meminta RM200 daripada ibunya petang semalam tetapi ibunya tidak memberi menyebabkan dia berang dan bertindak di luar kawalan.

Abang lelaki itu berkata adiknya, yang merupakan kakitangan kerajaan, menunjukkan sikap pelik sejak sebulan lalu dan pernah mengugut membakar rumah yang didiami ibunya itu.

"Kira-kira 6 petang semalam, dia minta duit dari ibu tetapi ibu tidak bagi menyebabkan dia marah dan mengurung diri dalam rumah. Saya bawa ibu ke rumah saya di Kepala Batas kerana risau dia melakukan sesuatu kepada ibu.

"Semasa datang semula ke rumah ibu semalam, saya cuba memujuknya tetapi tidak berhasil, akhirnya saya menghubungi polis bagi membantu memujuk adik," katanya kepada pemberita hari ini.

Katanya beliau dan anggota polis berjaya memecahkan pintu rumah berkenaan dan cuba masuk ke dalam rumah sebelum melihat adiknya memegang parang.

"Semasa pintu dipecahkan, saya terbau gas dan atas nasihat anggota polis, saya tidak masuk ke dalam rumah. Kemudian adik saya lari ke tingkat atas dan memanjat bumbung rumah.

"Dari atas bumbung, dia menjerit suruh saya masuk rumah tetapi saya tidak masuk dan tiba-tiba dia terus nyalakan api sebelum terjun dari bumbung dan lari menghilangkan diri hingga sekarang," katanya.

Beliau berkata bahawa dua hari sebelum adiknya bertunang awal bulan lepas, dia telah membakar semua pakaiannya termasuk uniform kerjanya.

"Jadi kami membatalkan dulu majlis pertunangan itu, mungkin disebabkan perkara itu, dia bertindak sedemikian," katanya.

Anggota-anggota bomba mengambil masa hampir 20 minit untuk mengawal kebakaran.

- Bernama

TPM haramjadah 1 malaysia...langgar etika perguruan minta guru pangkah BN



Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melanggar etika perguruan apabila secara terbuka memberi amaran kepada guru-guru agar memangkah Barisan Nasional pada pilihan raya umum negeri Sarawak yang akan datang.

Demikian dinyatakan Ketua Biro Pendidikan KEADILAN, Abas Awang sewaktu mengulas ‘permintaan’ Muhyiddin agar guru-guru di Sarawak mengundi Barisan Nasional.
Muhyiddin membuat ‘permintaan’ itu pada satu pertemuan “pemantapan profesion perguruan’ di Sibu petang tadi.

Bercakap lebih lanjut, Abas berkata Muhyiddin sanggup mendahulukan kepentingan politik kepartian yang sempit dan menghina profesion perguruan yang mulia demi memastikan BN terus berkuasa di Sarawak.

Ia juga ironi kerana Muhyiddin sendiri memimpin Kementerian Pelajaran tetapi pada masa yang sama tidak menghormati golongan pendidik.

“Muhyiddin memalukan dan merendahkan martabat profesion perguruan (dengan berkempen secara terbuka kepada guru-guru).

“Namun, beliau tergamak berbuat demikian kepentingan sempit politik kepartian,” kata Abas.

Tindakan Muhyiddin itu juga, kata Abas, bertentangan sama sekali dengan cakap-cakap Muhyiddin tentang hasrat untuk memperbaiki institusi pendidikan.

“Tindakannya itu bercanggah dengan dasar-dasar beliau sendiri. Katanya mahu mewujudkan sekolah berprestasi tinggi, tetapi masa guru dibazirkan dengar cermah politik.

“Bilakah masanya guru-guru mahu berusaha lebih untuk memenuhi Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan Muhyiddin jikalau mereka ditarik ke sana ke sini diwajibkan mendengar kempen politik, ” kata Abas.

Mengulas kenyataan Muhyiddin bahawa Pakatan Rakyat ibarat ‘tikus membaiki labu’ jika diberi peluang mentadbir negara, Abas berkata sebenarnya di bawah pentadbiran BN sendiri, ‘labu sudah rosak’ dan tiada apa lagi untuk diperbaiki.

“Sekarang kita cuma ada KEADILAN dan Pakatan Rakyat sahaja sebagai landasan untuk memperbaiki sektor pendidikan dan negara yang terlalu dipolitikkan,” kata Abas.
Abas yang dilantik mengetuai Biro Pendidikan KEADILAN adalah bekas Pengarah Pelajaran Kuala Lumpur. Sebelum itu, beliau adalah Timbalan Pengarah Bahagian Sekolah Kementerian Pelajaran.

keadilandaily

Sunday, April 10, 2011

alahai ....jangan biarkan anak pompuan anda ke kedai seorang diri tanpa kawalan...anda mampu mengubahnya...!!!

Bapa berkas lelaki larikan dua beradik



ANGGOTA polis menahan lelaki yang didakwa melarikan dua beradik kelmarin.


ALOR SETAR - Kerunsingan seorang bapa sehingga tidak lena tidur selepas kehilangan dua orang anak perempuannya yang keluar membeli barang di Kampung Perpat, Kota Sarang Semut dekat sini kelmarin terungkai apabila mereka ditemui semula pagi semalam.

Dua beradik itu yang masing -masing berusia 12 tahun dan 14 tahun tidak pulang ke rumah selepas keluar berjalan kaki ke kedai pada pukul 5.30 petang kelmarin untuk membeli barang.

Bapa mereka, Mohamad Sofi Sudin, 39, berkata, kejadian itu mengejutkan mereka sekeluarga kerana kedua-dua beradik itu tidak pernah pulang lewat.

Mengimbas kejadian itu, Sofi berkata, dia menyedari kedua-dua anaknya hilang selepas mereka tidak pulang sehingga pukul 8.30 malam kelmarin.

"Saya tidak sedap hati kemudian keluar mencari anak-anak saya di serata kampung tetapi gagal," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini semalam.
Anda mungkin juga meminati:

30 tahun rakyat sarawak minum air hujan....baru beberapa tahun rakyat selangor dapat air paip percuma....!!!

30 Tahun Taib Berkuasa, Ada Penduduk Sarawak Masih Menadah Air Hujan Untuk Air Minuman



Kampung Bengoh - kira-kira 60km dari barat daya Kuching, adalah perkampungan Bidayuh yang sunyi. Ia hanya memiliki dua kedai runcit, sebuah sekolah rendah dan tiada sebarang kedai makan.

Lazimnya keheningan kampung yang dihuni kira-kira 200 penduduk itu diganggu dengan ngauman lori dan kenderaan berat yang berulang-alik ke Empangan Bengoh yang bernilai RM310 juta dan sebuah kuari yang baru dibuka bagi membekalkan batu kapur untuk projek berkenaan.

Kerja-kerja pembinaan empangan yang bertujuan membekalkan air besih kepada penduduk di Kuching dan kawasan sekitarnya, bermula pada tahun 2007 di sebalik bantahan daripada penduduk tempatan. Ia kini memasuki peringkat fasa terakhir dan dijadualkan siap sebelum tarikh tempoh yang ditetapkan.



Sesetengah penduduk terpaksa mengorbankan rumah dan juga kawasan pertanaian mereka di atas tanah hak adat pribumi (NCR) bagi membolehkan empangan itu dibina. Namun di sebalik semua itu, mereka sendiri juga tidak menikmati bekalan air bersih.

Seseorang terpaksa melalui Kampung Bengoh sebelum boleh menuju ke resort mewah, Borneo Highlands.

Bagi penduduk, bekalan air diperolehi daripada gunung dengan setiap keluarga menyumbang RM10 setiap tahun bagi kos penyelenggaran menyalurkan air ke rumah mereka.

"Sistem itu okay bagi rumah-rumah di kawasan rendah tetapi bagi rumah di bukit, air tidak boleh naik. Air ini datang terus dari sungai, jadi kena berhati-hati, jika tidak mungkin terminum pacat,” kata seorang penduduk ketika ditemui Malaysiakini pada Jumaat lalu.

Sebagai membuktikan kepayahan mereka, rakannya membuka paip yang hampir langsung tidak mengeluarkan air.

"Macam kencing tikus.” kata rakannya yang mempunyai tatto tulisan Iban 'Agi Idup Agi Ngelaban' (Selagi bernyawa, saya terus berjuang) di lengannya.

Lelaki yang tidak mahu namanya disiarkan kerana khuatir akan menjejaskan kedudukannya sebagai kakitangan awam berkata beliau berasal dari kampung tersebut sebelum berpindah ke Tasik Biru berhampiran Bau kerana kepayahan hidup.

bengoh dam bidayuh protest sarawak 191208 02Namun ibu bapa dan saudara maranya masih di kampung itu. Beliau antara ramai anak muda Bidayuh yang terpaksa berpindah keluar kerana keperitan hidup.

Pemuda seperti dirinya terpaksa meninggalkan kampung mereka yang terpinggir dari arus pembangunan. Tiada sekolah menengah yang dibina dan mereka mesti ke bandar-bandar berdekatan untuk meneruskan pelajaran peringkat menengah.

Justeru, seperti golongan muda yang lain, rasa dikianati oleh kerajaan tidak dapat disembunyikan.

Bagi Akiu Nora, 63 masalah yang paling menghantui mereka adalah ramapasan tanah NCR untuk membina empangan tersebut.

Terdapat dua kes di mahkamah yang difailkan ke atas anak syarikat Naim Holdings - konglomerate yang membina empangan itu dan mengendalikan kuari tersebut - oleh penduduk Kampung Bengoh.

"Mereka rampas ladang kita untuk bina empangan tetapi bayaran pampasan tidak setimpal. Mereka juga tidak bagi tahu bagaimana mereka kira jumlah pampasan,” kata petani itu.

Empang kampung yang mempunyai 1,600 penduduk telah dipindahkan kerana pembinaan empangan berkenaan. Penduduk kemudiannya diarahkan membeli rumah di Kampung Tun Razak - yang bagi Akiu sesuatu nama yang melucukan - pada harga RM48,000 setiap satu.

jin keluarga taik mubarak mahmud tertangkap....sah depa guna bomoh....!!!



Para petugas pilihanraya dalam DUN N15 Muara Tuang dikejutkan dengan satu gambar objek pelik yang beredar melalui internet dan sistem pesanan ringkas (SMS).

Gambar yang memaparkan pancaran cahaya berbentuk makhluk itu dilaporkan adalah seekor jin yang telah ditangkap dan dimasukkan ke dalam botol, ketika menganggu ketenteraman beberapa penduduk.

Menurut satu sumber, ia dipercayai 'jin' yang dihantar oleh keluarga Ketua Menteri, Taib Mahmud.

Rata-rata penduduk yang ditemui di sini sedia maklum tentang permainan kotor dan hina menggunakan pawang dan bomoh yang dikatakan menjadi amalan Taib.

Seorang pemuda, Langgi Anak Sanggat, 40, berkata, beliau sudah mendengar kisah Taib menggunakan khidmat bomoh sekian lama.

"setiap apa pergerakan Taib, mesti tanya bomoh, kalau bomoh kata boleh, boleh, kalau tidak tak boleh," katanya ketika ditemui di Taman Desa Ilmu, disini.

Rakan Langgi, Munan anak Sigan, 47, menyokong dan mendakwa, ia adalah antara senjata Taib dalam setiap pilihanraya.

Laman berita Malaysiakini semalam melaporkan, Ketua Menteri paling lama dalam sejarah itu. kini menggunakan khidmat beberapa 'bomoh luar negara'.

Calon Bebas Balingian Datuk Salleh Jafaruddin, yang juga bekas Meneteri Pelajaran Sarwak mendedahkan perkara itu.

Salleh dipetik akhbar internet itu, mahu seluruh rakyat Sarawak diselamatkan daripada dipimpin seorang ketua yang tunduk dan menyerahkan akal fikiran, keupayaan fizikal dan kerohanian dipengaruhi bomoh sihir luar negara yang mengelilinginya.

buletinonline

Popular Posts

akhbar on line

Your Ad Here