cari maklumat di sini

Your Ad Here

Sunday, April 10, 2011

30 tahun rakyat sarawak minum air hujan....baru beberapa tahun rakyat selangor dapat air paip percuma....!!!

30 Tahun Taib Berkuasa, Ada Penduduk Sarawak Masih Menadah Air Hujan Untuk Air Minuman



Kampung Bengoh - kira-kira 60km dari barat daya Kuching, adalah perkampungan Bidayuh yang sunyi. Ia hanya memiliki dua kedai runcit, sebuah sekolah rendah dan tiada sebarang kedai makan.

Lazimnya keheningan kampung yang dihuni kira-kira 200 penduduk itu diganggu dengan ngauman lori dan kenderaan berat yang berulang-alik ke Empangan Bengoh yang bernilai RM310 juta dan sebuah kuari yang baru dibuka bagi membekalkan batu kapur untuk projek berkenaan.

Kerja-kerja pembinaan empangan yang bertujuan membekalkan air besih kepada penduduk di Kuching dan kawasan sekitarnya, bermula pada tahun 2007 di sebalik bantahan daripada penduduk tempatan. Ia kini memasuki peringkat fasa terakhir dan dijadualkan siap sebelum tarikh tempoh yang ditetapkan.



Sesetengah penduduk terpaksa mengorbankan rumah dan juga kawasan pertanaian mereka di atas tanah hak adat pribumi (NCR) bagi membolehkan empangan itu dibina. Namun di sebalik semua itu, mereka sendiri juga tidak menikmati bekalan air bersih.

Seseorang terpaksa melalui Kampung Bengoh sebelum boleh menuju ke resort mewah, Borneo Highlands.

Bagi penduduk, bekalan air diperolehi daripada gunung dengan setiap keluarga menyumbang RM10 setiap tahun bagi kos penyelenggaran menyalurkan air ke rumah mereka.

"Sistem itu okay bagi rumah-rumah di kawasan rendah tetapi bagi rumah di bukit, air tidak boleh naik. Air ini datang terus dari sungai, jadi kena berhati-hati, jika tidak mungkin terminum pacat,” kata seorang penduduk ketika ditemui Malaysiakini pada Jumaat lalu.

Sebagai membuktikan kepayahan mereka, rakannya membuka paip yang hampir langsung tidak mengeluarkan air.

"Macam kencing tikus.” kata rakannya yang mempunyai tatto tulisan Iban 'Agi Idup Agi Ngelaban' (Selagi bernyawa, saya terus berjuang) di lengannya.

Lelaki yang tidak mahu namanya disiarkan kerana khuatir akan menjejaskan kedudukannya sebagai kakitangan awam berkata beliau berasal dari kampung tersebut sebelum berpindah ke Tasik Biru berhampiran Bau kerana kepayahan hidup.

bengoh dam bidayuh protest sarawak 191208 02Namun ibu bapa dan saudara maranya masih di kampung itu. Beliau antara ramai anak muda Bidayuh yang terpaksa berpindah keluar kerana keperitan hidup.

Pemuda seperti dirinya terpaksa meninggalkan kampung mereka yang terpinggir dari arus pembangunan. Tiada sekolah menengah yang dibina dan mereka mesti ke bandar-bandar berdekatan untuk meneruskan pelajaran peringkat menengah.

Justeru, seperti golongan muda yang lain, rasa dikianati oleh kerajaan tidak dapat disembunyikan.

Bagi Akiu Nora, 63 masalah yang paling menghantui mereka adalah ramapasan tanah NCR untuk membina empangan tersebut.

Terdapat dua kes di mahkamah yang difailkan ke atas anak syarikat Naim Holdings - konglomerate yang membina empangan itu dan mengendalikan kuari tersebut - oleh penduduk Kampung Bengoh.

"Mereka rampas ladang kita untuk bina empangan tetapi bayaran pampasan tidak setimpal. Mereka juga tidak bagi tahu bagaimana mereka kira jumlah pampasan,” kata petani itu.

Empang kampung yang mempunyai 1,600 penduduk telah dipindahkan kerana pembinaan empangan berkenaan. Penduduk kemudiannya diarahkan membeli rumah di Kampung Tun Razak - yang bagi Akiu sesuatu nama yang melucukan - pada harga RM48,000 setiap satu.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

akhbar on line

Your Ad Here