cari maklumat di sini

Your Ad Here

Saturday, April 16, 2011

pakatan rakyat menang gemilang....BN menang temberang...!!!!



Siapa kata PR gagal pada Pilihanraya Negeri Sarawak hari ini. Bagi kita kejayaan DAP menambah kerusi dua kali ganda dari 6 kepada 12, PKR menambah kerusi dari 1 kepada 3, merupakan kejayaan gemilang yang harus dipertingkatkan di masa hadapan. Kejayaan memberikan tentangan hebat sehingga menyebabkan Najib dan Muhyiddin berkampung di Sarawak memberikan signal bahawa BN tidak menang mudah pada PRU ke 13 nanti. Kalau sebelum ini BN sering menjadikan Sarawak sebagai Post Dated Cheque mereka untuk memberikan kerusi bagi membentuk kerajaan pusat kini BN sudah tentu merasa bahangnya.

Pada PRU 2008 BN menang hanya kerana sumbangan kerusi dari Sarawak dan Sabah kini BN mula risau. Kemenangan PKR di 2 kerusi luar bandar iaitu Ba'Kelalan dan Krian memberikan harapan baru kepada PR untuk bertapak dengan lebih kukuh di kawasan pedalaman lain.

Tanggapan mereka bahawa mereka akan menang mudah di Sarawak dengan sogokan, rasuah, penyelewengan dan sebagainya adalah meleset. Rakyat hari ini sudah faham dan cerdik untuk menilai parti yang mereka akan sokong. Kini terpulanglah kepada PR untuk merebut peluang keemasan ini. Batu asas yang mereka pacak semasa kempen pilihanraya negeri ini mesti disubur dan dibaja supaya rakyat dapat memahami dan menerima PR pada masa akan datang. Tahniah kepada semua


BN 55 kekal kuasa, Pakatan 15

Keputusan keseluruhannya, BN memenangi 55 kerusi, DAP (12), PKR (3) dan Bebas (1). Keputusan itu menunjukkan BN kehilangan lapan kerusi, berbanding 63 kerusi yang dimenanginya pada 2006. DAP dan PKR juga menyapu bersih semua lima kerusi di Kuching.

BN berjaya membentuk semula kerajaan dengan memperoleh majoriti mudah 36 kerusi pada pukul 9.30 malam.

BN secara rasmi memperoleh majoriti dua pertiga 48 kerusi pada pilihan raya negeri Sarawak pada pukul 9.45 malam. Bagamananpun ia dianggap prestasi terburuk apabila BN hilang lapan lagi kerusi.

Kira-kira 9 malam tadi, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengumumkan BN telah memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan.

“SPR dengan ini mengumumkan keputusan pilihan raya negeri Sarawak yang ke-10 (setakat ini), Barisan Nasional (BN) (dapat) 36, DAP lima, PKR tiga dan Bebas satu. Parti-parti lain setakat ini masih belum lagi,” katanya.

Bebas menang di Pelagus.

“Dengan ini saya isytiharkan BN memperoleh satu majoriti melebihi 50 peratus daripada jumlah kerusi yang diperuntukan dan boleh di bawa ke Dewan Undangan Negeri (DUN),” katanya.

Limabelas kerusi Pakatan Rakyat disumbangkan oleh PKR tiga manakala DAP dua belas. PAS tidak memenangi sebarang kerusi yang ditandingi. Kerusi Pelagus dimenangi oleh George Ak Lagong yang menewaskan Stanley Nyitar dari BN yang menerima 2,903 undi manakala wakil PKR Edward Sumbang menerima 1,171 undi.

BN menang di Daro, Katibas, Bukit Saban, Jemoreng, Baleh, Beting Maro, Belaga, Batu Danau, Simunjan, Belawai, Pakan, Machan, Bawang Assan, Bukit Sari, Tebedu, Layar, Opar, Sadong Jaya, Meluan, Balai Ringin, Sebuyau, Simanggang, Semop, Ngemah, Dalat, Nangka, Tarat, Batang Air, Muara Tuang, Balingian, Pantai Damai, Engkelili, Tupong, Kalaka, Tanjung Datu, Demak Laut.

BN juga menang di Samariang, Kedup, Bekenu, Telang Usan, Asajaya, Bukit Begunan, Lambir, Bukit Kota, Jepak dan Marudi.

3 kerusi Krian, Ba'kelalan dan Batu Lintang dikuasai PKR manakala 12 kerusi lagi iaitu Pending, Batu Kawah, Repuk, Dudong, Kidurung, Meradung, Pelawan, Bukit Assek, Piasau, Kota Sentosa, Pujut, Padungan dimenangi DAP.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

akhbar on line

Your Ad Here