cari maklumat di sini

Your Ad Here

Monday, April 11, 2011

TPM haramjadah 1 malaysia...langgar etika perguruan minta guru pangkah BN



Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melanggar etika perguruan apabila secara terbuka memberi amaran kepada guru-guru agar memangkah Barisan Nasional pada pilihan raya umum negeri Sarawak yang akan datang.

Demikian dinyatakan Ketua Biro Pendidikan KEADILAN, Abas Awang sewaktu mengulas ‘permintaan’ Muhyiddin agar guru-guru di Sarawak mengundi Barisan Nasional.
Muhyiddin membuat ‘permintaan’ itu pada satu pertemuan “pemantapan profesion perguruan’ di Sibu petang tadi.

Bercakap lebih lanjut, Abas berkata Muhyiddin sanggup mendahulukan kepentingan politik kepartian yang sempit dan menghina profesion perguruan yang mulia demi memastikan BN terus berkuasa di Sarawak.

Ia juga ironi kerana Muhyiddin sendiri memimpin Kementerian Pelajaran tetapi pada masa yang sama tidak menghormati golongan pendidik.

“Muhyiddin memalukan dan merendahkan martabat profesion perguruan (dengan berkempen secara terbuka kepada guru-guru).

“Namun, beliau tergamak berbuat demikian kepentingan sempit politik kepartian,” kata Abas.

Tindakan Muhyiddin itu juga, kata Abas, bertentangan sama sekali dengan cakap-cakap Muhyiddin tentang hasrat untuk memperbaiki institusi pendidikan.

“Tindakannya itu bercanggah dengan dasar-dasar beliau sendiri. Katanya mahu mewujudkan sekolah berprestasi tinggi, tetapi masa guru dibazirkan dengar cermah politik.

“Bilakah masanya guru-guru mahu berusaha lebih untuk memenuhi Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan Muhyiddin jikalau mereka ditarik ke sana ke sini diwajibkan mendengar kempen politik, ” kata Abas.

Mengulas kenyataan Muhyiddin bahawa Pakatan Rakyat ibarat ‘tikus membaiki labu’ jika diberi peluang mentadbir negara, Abas berkata sebenarnya di bawah pentadbiran BN sendiri, ‘labu sudah rosak’ dan tiada apa lagi untuk diperbaiki.

“Sekarang kita cuma ada KEADILAN dan Pakatan Rakyat sahaja sebagai landasan untuk memperbaiki sektor pendidikan dan negara yang terlalu dipolitikkan,” kata Abas.
Abas yang dilantik mengetuai Biro Pendidikan KEADILAN adalah bekas Pengarah Pelajaran Kuala Lumpur. Sebelum itu, beliau adalah Timbalan Pengarah Bahagian Sekolah Kementerian Pelajaran.

keadilandaily

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

akhbar on line

Your Ad Here