cari maklumat di sini
Tuesday, April 12, 2011
taib mahmud...kalau nak undur ...undurlah sekarang...tak payah tunggu sampai habis hasil mahsul sarawak di kebasnya...!!!
Datuk Seri Najib Razak di gesa agar mengumumkan tarikh Tan Sri Abdul Taib Mahmud akan melepaskan jawatan ketua menteri dan bakal penggantinya.
kita juga menolak keikhlasan Najib dengan menyifatkan janji Pengerusi BN itu sebagai “satu lagi gimik politik untuk mengkaburi penilaian rakyat.”Seperti pemimpin tegar yang sudah sudah Najib juga akan gagal menunaikan janjinya meskipun beliau merupakan perdana menteri dan pengerusi BN.
Najib tiada pengaruh ke atas Taib yang tidak pernah tunduk kepada pemimpin berpengaruh seperti Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini.Janji ini pernah dibuat sebelum ini, jadi sama ada Dr Mahathir berbohong atau beliau tiada kapasiti untuk mengatasi pengaruh Taib, ini merujuk kepada kegagalan Dr Mahathir untuk memastikan Taib berpegang kepada janji yang sama 16 tahun lalu.
Ini ulangan kepada apa yang berlaku sebelum ini,kita yakin Najib tidak akan menunaikannya.
Jika beliau serius dan bertekad untuk melakukannya, beliau perlu membuat pendirian sekarang... bila Taib akan meletakkan jawatan dan siapa yang akan mengambil alih..
kenyataan Najib itu juga semalam mencerminkan satu sandiwara Perdana Menteri untuk mengaburi mata rakyat.Jika beliau benar-benar serius dalam perkara ini, Perdana Menteri harus terus menamakan pengganti yang telah dipersetujui oleh Tan Sri Taib untuk mengambil alih tampuk pentadbiran negeri.
Tan Sri Taib Mahmud telah pun mengeluarkan kenyataan untuk berundur daripada jawatan Ketua Menteri sewaktu pilihanraya 2006 tetapi sehingga sekarang masih belum melakukannya,..Kini, janji tersebut diulang tayang semula kepada rakyat Sarawak sebagai harapan palsu bahawa perubahan akan berlaku.
Ketua Menteri yang ada kini sudah terlalu lama memerintah.Beliau gagal membersihkan diri dari isu-isu mengaut kekayaan melalui jawatannya, anak-anaknya, kronisme dan penggondolan hutan semula jadi Sarawak dan membiarkan sebahagian besar rakyat Sarawak tertinggal dalam kemunduran, kemiskinan dan suasana terancam,..
Sekalipun isu-isu rakyat Sarawak bukan sekadar berbangkit dari cara pemerintahan Taib yang berkisar kepada pengkayaan kroni tetapi lebih kepada dasar-dasar BN Sarawak yang telah terlalu lama memerintah, namun pengunduran Taib adalah sangat perlu untuk perubahan.
Justeru itu, untuk mengelakkan Tan Sri Taib membina dinasti keluarga dengan menamakan adik beliau, Datuk Seri Muhamad Ali Mahmud, Perdana Menteri harus menamakan pengganti Tan Sri Taib sebelum hari pengundian.
PM dilihat memberikan restu untuk Tan Sri Taib sekali lagi menjadi Ketua Menteri Sarawak dengan membelakangkan tuntutan perubahan oleh majoriti rakyat Sarawak dengan mengizinkan beliau bertanding semula..
Perdana menteri dengan itu telah bersekongkol mengizinkan penindasan yang dilakukan oleh BN Sarawak ke atas rakyat Sarawak berterusan dan lebih mengutamakan perasaan individu pemimpin dari suara hati rakyat terbanyak Sarawak.
Labels:
politik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Intan Ladyana nafi kena raba ketika Jom Heboh di Penang montok beb...tampar ponggong dia pun dah asyik...inikan dapat meraba ....belum lagi ...
-
PELAJAR KINI SUKA BERGAMBAR BOGEL? NGERI DENGARNYA Mengaibkan apabila seorang gadis yang juga penuntut sebuah institusi pengajian tinggi awa...
-
Penyanyi Nasharuddin Elias atau lebih dikenali sebagai Nash (gambar) terkejut apabila menerima berita pembunuhan bekas isterinya, Datuk Sosi...
-
Aku cuba nak pandang positif akan tajuk akhbar Utusan Meloya keluaran Jumaat 15 JUL 2011. Ambil contoh Rosmah Mansor (RM) sudah menabung sel...
-
Keghairahan nafsu dua gadis yang sanggup berkongsi teman lelaki untuk melempiaskan nafsu di sebuah rumah usang tanpa penghuni di sebalik sem...
-
kaki raba dalam tren KUALA LUMPUR: Seorang kakitangan bank tidak menyangka menjadi mangsa seorang lelaki warga Bangladesh gila seks apabila ...
-
TAHAN...gadis yang ditahan bersama lelaki bukan Islam di biliknya, kelmarin. SUBANG: Seorang gadis berusia 22 tahun ditahan bersekedudukan d...
-
so nak jadi sampai macam nie ke....baru kira bukan remeh....!!!! ISU artis `berkemban' di dalam Anugerah Skrin TV3 baru-baru ini menjadi...
-
SEREMBAN: Hampir saban hari dia melihat isterinya berbalas khidmat pesanan ringkas (SMS) tapi menganggap ia perkara biasa pada zaman teknolo...
-
SHAH ALAM: Siapa Hanis Zalikha Zainal? Tentunya ada yang menimbulkan pertanyaan apabila nama itu tersenarai pada kedudukan keenam carian Goo...
No comments:
Post a Comment