cari maklumat di sini

Your Ad Here

Friday, November 4, 2011

Bersalah Ugut, Cuba Pukul Ibu...si tanggang kena jel aje...nasib baik tak di sumpah jadi batu....!!!!

 

Seorang pemuda dipenjara lima bulan selepas tidak mampu membayar denda sebanyak RM2,500 yang dikenakan oleh Mahkamah Majistret di sini semalam atas kesalahan mengugut ibu kandungnya sendiri.

Mohd. Hafzal Mohd. Din, 29, berasal dari Kampung Batu Bertangkup, Padang Besar didakwa melakukan ugutan jenayah ke atas ibunya pada 28 Oktober lalu mengikut kesalahan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, Mohd. Hafzal dikatakan cuba memukul ibunya yang sedang bersiap untuk berniaga dengan gitar kerana enggan memberikan pemuda itu wang RM250 seperti yang dimintanya.

Bagaimanapun, tindakan itu sempat dihalang oleh bapanya yang kebetulan berada di rumah ketika kejadian.

Ekoran itu, ibunya bertindak melarikan diri ke rumah jiran dan melaporkan kejadian tersebut kepada polis kerana ketakutan. Mohd. Hafzal diberkas dua jam selepas insiden berkenaan.

padah langgar lembu...

 

 

Seorang penunggang motosikal maut selepas merempuh seekor lembu di Km 26 Jalan Pekan-Rompin, malam tadi.

Pegawai Penguatkuasa Tadbir Trafik Pahang ASP Zainalabidin Othman berkata dalam kejadian 8 malam itu, Mohd Azizul Hakim Kamaruddin, 21, berkonvoi bersama sepupunya ke Kuantan dari Nenasi, Pekan.

"Sampai di tempat kejadian, motosikal yang ditunggang mangsa telah merempuh seekor lembu yang tiba-tiba melintas jalan berkenaan," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Sementara itu, seorang pemandu lori maut selepas kenderaannya terbabas sebelum terbalik di Km 59 Jalan Lipis-Merapoh pada 4.30 pagi semalam.

Zainalabidin berkata ketika kejadian, Azman Jamaluddin, 35, bersama rakannya dalam perjalanan dari arah Lipis ke Merapoh sebelum lori yang membawa muatan buku itu terbabas dan terbalik.

Beliau berkata kejadian dipercayai berlaku ketika kenderaan terbabit menuruni bukit serta melalui jalan berselekoh.

Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala rakannya hanya mengalami kecederaan ringan.

sinar harian

NAK UJI TASTE SENDIRI ....LEMBAGA HITAM GANGGU GADIS BAWAH UMUR

Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Fatimah Ghazali (tengah) melakukan rondaan bersama penduduk Ketari di Bentong, Pahang, malam kelmarin.

BENTONG – Lebih 10,000 penduduk di 20 kampung dan taman perumahan di kawasan Ketari di sini mendakwa hidup mereka kini diganggu satu lembaga hitam seakan-akan orang minyak.

Lembaga itu dikatakan mengganggu gadis bawah umur sejak dua minggu lalu selain membuat kacau di kampung itu.

Imejnya menyerupai lelaki bertubuh kecil yang dipercayai mengamalkan ajaran ilmu hitam itu turut didakwa memecah masuk beberapa lagi rumah sekitar Ketari.

Ekoran kejadian itu, para penduduk taman perumahan dan kampung menggerakkan Skim Rondaan Sukarela (SRS) bagi mengawasi dan memburu suspek.

Salah seorang anggota SRS dari Kampung Bukit Piatu, Muhamad Zulfadzli Zulkifli, 22, mendakwa dia bersama rakan pernah terserempak dengan lembaga hitam itu beberapa hari lalu ketika melakukan rondaan.

“Kami ternampak satu lembaga hitam berada di atas bumbung salah sebuah rumah dan kami mengejar sehingga ke tepi sungai tetapi gagal apabila dia berjaya menyeberangi sungai tersebut.

“Kemudian, lembaga itu mempersendakan kami sebelum menghilang diri dalam semak apabila menyedari beberapa rakan kami cuba menyeberangi sungai untuk menangkapnya,” ceritanya di sini semalam. -Kosmo

berlakon jadi mayat elak kena cabul....!!!

 

Demi menyelamatkan diri, seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun berpura-pura mati selepas dipukul dengan kayu dan bata oleh seorang lelaki yang cuba mencabulnya di Kampung Cherodok, dekat sini, antara jam 4.30 hingga 5 petang, Isnin lalu.

Kelmarin, akhbar ini menyiarkan kenyataan Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abd Rahman mengenai seorang kanak-kanak berlari dari rumah seorang diri selepas didakwa dicabul lelaki tidak dikenali sejurus pulang dari kelas Fardhu Ain di salah sebuah sekolah di Machang.

Jalaluddin berkata, suspek berusia 17 tahun dan tidak bersekolah ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes terbabit dan kertas siasatan bawah seksyen 354 dan seksyen 324 Kanun Keseksaan dibuka.

Nenek mangsa yang ingin dikenali Mak Da berkata, sebelum kejadian, mangsa menunggu bapanya berdekatan sekolah selepas tamat kelas Fardhu Ain dan diajak remaja itu menaiki motosikal yang ditunggangnya.

“Remaja berkenaan bertanya kepada cucu di mana tempat tinggal dan dia ingin menghantarnya. Setelah diajak berkali-kali, cucu saya bersetuju menaiki motosikal mangsa sebelum dibawa ke rumah kosong.

“Namun, remaja berkenaan mula bertindak ganas apabila cucu saya cuba melepaskan diri daripada dirabanya dengan memukul menggunakan bata dan kayu hingga menyebabkan beberapa luka di bahagian badan dan kepala,’’ katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Mak Da berkata, setelah dipukul di kepala, mangsa berpura-pura mati dan tidak bergerak apabila diperiksa remaja itu.

Katanya, selepas mendengar bunyi motosikal remaja itu berlalu pergi dari tempat kejadian dan mangsa merangkak keluar dari rumah kosong itu kemudiannya diselamatkan orang ramai yang lalu di kawasan itu sebelum dihantar ke balai polis.

“Mujur cucu saya dapat mengingati nombor pendaftaran motosikal berkenaan dan dapat memberitahu warna baju dan seluar yang dipakainya sehingga tangkapan segera dapat dilakukan pihak polis.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu menyelamatkan cucu saya. Ini adalah pengajaran buat kita semua supaya berhati-hati terutamanya melibatkan anak-anak perempuan ,’’ katanya.

Mangsa kemudiannya mendapatkan rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II sebelum dibenarkan pulang tengah hari semalam.

Sementara itu, Pesuruh Jaya Negeri, Skuad Sayang, Pergerakan Wanita Umno, Datin Rahimah Mohamad berkata, kejadian itu sewajarnya dijadikan pengajaran dan ingatan kepada semua dalam menjaga keselamatan anak-anak.

“Kami berharap keluarga mangsa dapat bersabar dalam menghadapi dugaan ini,’’ katanya ketika melawat mangsa di rumah keluarganya bersama Skuad Sayang Parlimen Machang, di sini, semalam.

SH

Kematian Paling Sadis : 44 Penyeksaan

 

Pada 25 November 1988, ketika beliau baru sahaja berusia 16 tahun, beliau telah diculik oleh 4 orang lelaki. Mereka membawanya dan kemudian mengurungnya di kediaman keluarga Kamisaku, iaitu salah seorang penculik beliau. Rumah tersebut terletak di Ayase, di daerah Adachi, Tokyo. Mereka memperkenalkan Junko sebagai seorang teman wanita kepada salah seorang daripada mereka.

Untuk menutup perbuatan mereka, salah seorang daripada penjenayah tersebut menyuruh Junko menghubungi ibubapanya dan memberitahu bahawa beliau telah lari dari rumah dan sedang berada dengan temannya dan ‘tidak dalam bahaya’

Sepanjang dikurung, Junko pernah beberapa kali cuba melarikan diri, tetapi tidak berjaya dan akan diseksa dengan lebih dahsyat setelah ditangkap. Beliau juga banyak kali merayu kepada ibubapa Kamisaku iaitu tuan rumah tempat beliau dikurung untuk membantu beliau, tetapi mereka takut diapa-apakan oleh penculiknya. Tambahan pula, salah seorang daripada penculik beliau merupakan pemimpin rendah yakuza, dan memberi amaran akan menyuruh kenalannya membunuh sesiapa yang cuba masuk campur.

Seksaan-seksaan yang Junko deritai:

HARI PERTAMA:

  • Diculik.
  • Dirogol (lebih daripada 400 kali)
  • Kebuluran dan kekurangan nutrisi
  • Makan lipas untuk makanan dan minum air kencing sendiri
  • Dipaksa onani
  • Dipaksa berbogel di hadapan penculiknya
  • Dicucuh dengan pemetik api
  • Dubur dan kemaluannya dimasukkan objek asing

 

HARI SEBELAS:

  • Dipukul berulang-ulang kali
  • Mukanya dihadapkan ke lantai konkrit dan penculiknya melompat di atas kepalanya
  • Tangan diikat ke syiling dan badannya dijadikan punching bag
  • Hidungnya dipenuhi darah yang banyak sehingga hanya dapat bernafas melalui mulut
  • Alat pengangkat berat dijatuhkan ke atas perutnya
  • Muntah ketika cuba minum air (perutnya tidak dapat menerima air)
  • Cuba melarikan diri dan dicucuh rokok di lengannya
  • Dituang cecair mudah terbakar di atas kakinya, kemudian dibakar

(barangkali untuk mengelakkan dia melarikan diri)

  • Botol dimasukkan ke dalam duburnya, mengakibatkan kecederaan

HARI 20:

  • Tidak dapat berjalan dengan betul kerana luka terbakar yang teruk di kaki
  • Dipukul dengan buluh
  • Duburnya dimasukkan mercun dan kemudian dinyalakan
  • Tangan dihempap dengan objek berat dan kukunya dipecahkan
  • Dipukul dengan kayu golf
  • Rokok dicucuh ke dalam kemaluan
  • Dipukul dengan batang besi berulang kali.
  • Dipaksa tidur di balkoni dalam cuaca musim sejuk
  • Batang besi pemanggang untuk memanggang ayam dimasukkan ke dalam kemaluan dan dubur mengakibatkan pendarahan

HARI 30:

  • Lilin panas dititiskan ke muka
  • Kelopak mata dibakar dengan pemetik api
  • Dicucuk jarum di bahagian dada
  • Puting buah dada kiri di potong dan dihancurkan dengan playar
  • Mentol lampu yang panas dimasukkan ke dalam kemaluan
  • Pendarahan yang teruk di kemaluan akibat dimasukkan gunting
  • Tidak boleh membuang air kecil dengan baik
  • Kecederaan yang teruk sehingga mengambil masa satu jam untuk turun dan pergi ke tandas
  • Gegendang telinga mengalami kerosakan yang teruk  dan Saiz otak mengecut

HARI 40:

  • Merayu penyeksanya “membunuhnya dan membiarkan semuanya berakhir”

I JANUARI 1989:

  • Menyambut tahun baru bersendirian.
  • Badannya sudah hilang rupa dan fungsi asal.
  • Tidak dapat bergerak daripada lantai.

 

HARI 44 (HARI KEMATIAN):

Penculiknya memukul tubuhnya dengan batang besi angkat berat, menggunakan alasan kalah bermain mahjong untuk berbuat demikian. Junko berdarah dengan sangat teruk di mulut dan hidungnya. Mereka membakar muka dan matanya dengan lilin.

Cecair pemetik api disimbah ke kaki, tangan, muka dan perut, kemudian api dinyalakan. Seksaan terakhir Junko ini mengambil masa lebih dua jam. Tidak lama kemudian, Junko meninggal dunia dalam kesakitan.

So that’s all peeps. Menurut sumber, lebih 100 orang mengetahui keadaan Junko di rumah tersebut, tetapi tidak dapat dipastikan mereka turut merogol atau menderanya atau cuma melawat rumah tersebut. Walau bagaimanapun, tiada siapa di antara 100 orang tersebut cuba menghubungi pihak polis.

Penjenayah tersebut tidak dikenakan tindakan yang berat. Mereka juga cuma didakwa atas ‘mencederakan anggota badan sehingga membawa kematian’ dan bukannya ‘pembunuhan’. Keluarga Junko cuba membawa kes tersebut semula ke mahkamah, tetapi gagal kerana penemuan bukti iaitu air mani dan bulu

kemaluan yang tidak menepati DNA penjenayah. Pendapat saya, bukti tu boleh ditukar. Sebab salah seorang daripada penjenayah tersebut ialah ahli yakuza, yang mempunyai cara untuk memastikan mereka tidak akan dikenakan hukuman yang berat. Mereka hanya dikenakan hukuman maksimum penjara 4, 6 dan 8 tahun

masing-masing, dan penjara 20 tahun kepada ketua penjenayah tersebut. Keadilan tidak tertegak untuk Junko. Penjenayahnya masih bebas hingga kini (tidak dapat dipastikan penjenayahnya terbunuh atau terselamat sewaktu tsunami melanda). Ini ialah peringatan kepada semua untuk melindungi anak-anak, adik beradik daripada menjadi mangsa kejadian seperti ini. Semoga Allah melindungi kita semua.

 

sumber

 

 

 

 

padan muka...sindir Nabi Muhammad menjadi editor undangan.....akhbar peranchis kena bakar...!!!

Bangunan ibu pejabat sebuah syarikat akhbar yang sering menampilkan isu-isu menyindir di Perancis dibakar dan mengalami kerosakan teruk.

Kebakaran itu berlaku selepas akhbar tersebut menyatakan bahawa Nabi Muhammad menjadi editor undangan.

Menurut seorang pegawai polis, kebakaran itu berlaku pada lewat malam kelmarin di akhbar Charlie Hebdo dan puncanya masih tidak diketahui.

Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu.

Pengarah akhbar tersebut yang menggunakan nama Charb memberitahu stesen televisyen BFM, banyak kerosakan yang berlaku termasuk maklumat di dalam komputer musnah.

Kakitangan akhbar tersebut berkata, mereka menerima banyak ancaman akibat cerita Sharia Hebdo di akhbar tersebut yang merujuk kepada undang-undang Islam. - AP

Tuesday, November 1, 2011

bezanya buang bayi 1 malaysia dengan buang bayi 1 china....ada serupa ka..!!!

IBU BUANG BAYI KERANA BERAMBUT PERANG

 

Seorang ibu meninggalkan anak yang baru dilahirkannya di sebatang jalan di Nanning, wilayah Guangxi China kerana anak perempuannya itu berambut perang, lapor sebuah akhbar semalam.

Bayi malang itu ditemui oleh seorang wanita yang terdengar tangisannya, baru-baru ini.

Dia ditinggalkan bersama sekeping nota, beberapa helai pakaian bayi dan satu sampul surat berisi wang berjumlah 3,900 yuan (RM1,926).

“Saya sedang berjalan ke tempat kerja dan terdengar suara tangisan daripada dalam selimut di tepi jalan. Apabila dibuka, saya lihat seorang bayi sedang menangis,” kata wanita tersebut.

Nota yang ditinggalkan itu berbunyi: “Saya berharap orang yang baik hati boleh membantu menghantar bayi ini ke rumah anak-anak yatim. Anakku, aku ibu yang tidak bertanggungjawab. Maafkan aku.”

Polis mengesyaki bahawa ibunya membuang anaknya kerana dia berambut perang dan kemungkinan disebabkan oleh jantina bayi itu perempuan atau ibunya tidak mampu untuk membesarkannya.

Keluarga di China hanya dibenarkan mempunyai seorang anak bagi mengurangkan populasinya yang mencecah 1.3 bilion orang

 

rentakinfo

kat malaysia buang bayi ...pasal dah terlebih projek haram jadi masing2  yang jadi bapak ayam tak nak bertanggung jawab...emak ayam yang paksa rela akhir jadi mangsa keadaan...jalan akhir...anak nak di buat macam "anak ayam" aje...tapi ibu ayam spesis benatang lebih bersifat keibuan dari manusia yang berspesis ibu ayam yang bersifat kebenatangan..akhirnya jumpalah anak tu di tong sampah ,depan masjid ,tepi jalan ataupun tersangkut di celah2 sampah di dalam sungai!!!

hebatnya negara ku 1 malaysia....umur 7 da 8 tahun terlibat dengan kegiatan pecah rumah...salah siapa...???

Kegiatan dua kanak-kanak lelaki berusia tujuh dan lapan tahun yang mencuri di 26 buah rumah penduduk di sekitar presint 8 di sini terbongkar apabila mereka sendiri memberitahu rakan-rakan mengenai kegiatan itu.

Ketua Polis Putrajaya, Superintenden Abdul Razak Abd Majid berkata seorang rakan mereka terkejut apabila diberitahu barang-barang rumahnya sendiri juga telah dicuri.Kanak-kanak itu memasuki rumah berkenaan dengan menggunakan kunci yang ditinggalkan di luar rumah.

“Kedua-dua kanak-kanak lelaki tersebut bukan sahaja memberitahu malah menunjukkan barang-barang yang mereka telah curi.

Berang dengan keadaan itu seorang rakan sekolah mereka memberitahu ayahnya. “Terkejut mendengar perkara tersebut, ayah berkenaan segera membuat laporan kepada pihak polis dan kedua-dua budak itu ditangkap secara berasingan pada 5.40petang dan 6.30 petang di rumah masing-masing pada 28 Oktober lalu,” kata AbdulRazak kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya di sini.

Abdul Razak berkata setelah disoal siasat pihak polis, kedua-dua mereka mengakui telah menjalankan kegiatan mencuri itu sejak enam bulan lalu.

Beliau berkata dua kanak-kanak itu melakukan perbuatan mencuri dengan mengambil kunci yang diletakkan di luar rumah, biasanya di dalam kasut, apabilatuan rumah keluar bekerja pada waktu pagi.

Menurutnya, kanak-kanak itu sepatutnya pergi ke sekolah pada waktu tersebut,sebaliknya ponteng bagi melakukan perkara itu.

“Mereka mengambil duit dan barang-barang yang terdapat dalam rumah yang dibuka dengan menggunakan kunci yang ditemui.

Bagaimanapun ini tidak melibatkanbarang-barang lain yang berharga,” katanya.

Beliau berkata kanak-kanak itu menggunakan wang yang dicuri untuk membeli-belah di Alamanda di sini.
Abdul Razak berkata kedua-dua budak tersebut akan diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan lanjut.

“Mereka tidak boleh didakwa kerana masih lagi kecil (di bawah umur), oleh itu tindakan susulan akan dibuat oleh JKM,” katanya.

Abdul Razak mengingatkan penduduk di Putrajaya menghentikan amalan meletak kunci di luar rumah ketika keluar demi mengelakkan kejadian curi seperti itu dari terus berlaku.

kl-today

Popular Posts

akhbar on line

Your Ad Here