cari maklumat di sini

Your Ad Here

Friday, March 4, 2011

peneroka felda bakal kena kencing lagi...????...tunggu lah senin nanti....!!!!




ISNIN nanti dapat atau tidak Peneroksa Felda seramai 260 wang tunai sejumlah RM 13 Ribu seorang bagi pembayaran CESS? Wang itu dijanjikan oleh Maslan di Kerdau iaitu kawasan pilihanraya kecil yang mana majoritinya adalah pengundi dari Peneroka Felda.

Jangan lupa, Ahad ini hari mengundi. Siapa pemenang belum tentu dan Kerdau dikatakan amat panas buat Umno sekarang. Pengundi mungkin tidak percaya cakap Najib, Muhyiddin jauh sekali mahu percaya anak terbuang Mak Cik Umi itu. Tetapi, bila sebut ada wang tunai seorang boleh dapat RM 13 Ribu, bagaimana agaknya?

Hanya iman dan takwa berlandaskan kebijaksanaan yang boleh membuat keputusan. Jika perut diletakkan ke depan berbanding nilai maruah, maka sudah pasti wang tunai satu pilihan terbaik. Masalahnya, jika Umno tewas adakah wang tunai itu diserahkan? Tahniah, buat ANAK satu pertubuhan yang sanggup dikeji dan dihina semata-mata untuk menjaga kebajikan para Peneroka. Hasilnya, Isnin ini ada wang buat para Peneroka berkenaan. Fikir-fikirkanlah.

wfauzdin

UMI TIDAK TAKUT NERAKA KE ?



KUALA LUMPUR : Ummi Hafilda Ali diingatkan supaya berhenti memfitnah orang lain sebaliknya berusaha membersihkan dosa yang dilakukan terutama terhadap keluarga sendiri. Peringatan tersebut dibuat oleh adiknya sendiri, Azwan Ali.

Dalam SMSya ... Azwan mengingatkan kakaknya bahawa seksaan dari Allah menanti kepada mereka yang melakukan fitnah. “Tak takut azab neraka ker?” kata Azwan.

Sehubungan itu, Azwan yang juga personaliti TV terkenal menasihati Ummi supaya membersihkan diri sendiri sebelum bercakap mengenai orang lain.

“Bersihkan dosa pada adik beradik sebelum nak menyalak berpolitik sambil busukkan darah daging (sendiri). (Ia juga termasuk) dosa kepada saya,” tambah Azwan.

tak caya lah...boleh tengok buktinya....he he he....mana tau palsu kot...!!!!

Fazura nafi besarkan payudara




KUALA LUMPUR: Pelakon terkenal, Fazura menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa dia telah menjalani pembedahan untuk membesarkan payu dara.

"Ia cerita bodoh tidak masuk akal," katanya ketika ditanya mengenai perkara itu pada sidang akhbar pelancaran pewangi Herve Leger keluaran produk kecantikan Avon di sini semalam.

Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifudin, 27, dituduh melakukan pembedahan tersebut oleh sebuah laman portal hiburan, Ohbulan.com.

Portal tersebut mendakwa, silikon di dalam payu dara pelakon itu pecah menyebabkan dia terpaksa menjalani rawatan di Hospital Serdang dekat sini pada 1 Mac lalu.

Fazura yang kini menunggu kelulusan visa untuk ke Mekah bagi menjalani penggambaran drama Tahajud Cinta menegaskan, fitnah itu cukup mengaibkan namun dia memaafkan orang yang telah memfitnahnya. -Kosmo!

suasana terkini di Libya...



Benghazi adalah bandar kedua Libya, antara kawasan yang dikuasai pejuang selepas berjaya mempertahankannya dari serangan penyokong Gaddafi. Seorang pejuang menembak keudara semasa mengawal di pintu masuk lapangan terbang Benghazi.



Sebuah kereta terbakar di Benghazi sementara kuasa dunia memperkuat tekanan keatas rejim Gaddafi dan US mendesak komuniti antara bangsa bekerjasama untuk membantu menghentikan pertumpahan darah.



Situasi bertukar kepada belas kemanusian yang memcemaskan bilamana Tunisia dibanjiri para pekerjanya sendiri yang kembali dari Libya, beserta yang lain-lain dari Mesir dan tempat lain.




Sebuah keluarga memasuki Tunisai dari Libya sedang menunggu di persempadanan Ras Jedir.



Gambar menunjukan orang awam yang dalam kelaparan di Ras Jedir, sedang menunggu roti dan minuman dicampakan kepada mereka.



Para demonstran memijak-mijak satu poster Gaddafi di bahagian timur bandar Libya, Benghazi



Mereka ini sedang menyediakan kubur untuk mangsa korban perang saudara di Benghazi.



Kapal pengangkutan Navy Turki ,TCG Iskenderun, membawa orang awam dari Libya, melayari laut Mediterranean menuju pelabuhan Marmaris.



Seorang demonstran membakar karikatur Gaddafi semasa demonstrasi di hadapan kedutaan Libya di Managua, Nicaragua.


US menggerakan kapal perang dan pengankut pesawat ke lautan Mediterranean dekat Libya ditengah-tengah pergolakan sekarang.

ali ketam..ketua menteri kepala biawak....ada ke kari biawak di sangka kari ayam...alangkah baguiih kalau kita ada kat situ...kita boleh tonyoh mulut dia...!!!



Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam mempunyai satu anekdot kegemarannya yang beliau suka berkongsi dengan sesiapa sahaja yang bersedia mendengarnya, sepanjang kempen pilihan raya kecil DUN Merlimau.

Dalam cerita ini, Mohd Ali dan pengerusi MIC Melaka, R Perumal, melawat Kampung Paya Buloh yang sebahagian besar penduduknya adalah kaum India, untuk mencari satu keluarga yang didakwa oleh DAP sering tidur dalam kelaparan.

"Saya buka periuk mereka dan mendapati satu per empat daripadanya berisi nasi. Saya tanya mereka, 'Apa lauk hari ini?'

"Perumal buka periuk lain dan mendapati ia berisi kari ayam!

"Ada tiga paha ayam, dan DAP mendakwa mereka miskin," kata Mohd
Ali (atas, memegang telefon) mengenai isu tersebut yang dilaporkan oleh akhbar Malaysia Nanban, yang disiarkan beberapa hari sebelum hari pencalonan.

Dalam laporannya, akhbar harian berbahasa Tamil itu bercakap dengan seorang budak lelaki berusia 13 tahun dari sebuah keluarga seramai lima orang, yang mendakwa dia sedang menimbang berhenti sekolah untuk bekerja sepenuh masa sebagai penjaga lembu bagi menambah pendapatan keluarganya kerana ibu bapanya sakit.

Sebaik sahaja disiarkan, wartawan berkenaan menjadi sasaran gangguan "orang ramai" yang marah dengan laporannya itu.

Terdapat cubaan untuk memecahkan cermin pintu belakang keretanya pada malam tersebut, tetapi tiada barang yang diambil.

Kerosakan pada kenderaan tersebut dianggarkan sekitar RM400. dibaiki.

Malaysiakini kemudiannya berkunjung ke Kampung Paya Buloh bagi mendapatkan kesahihan berhubung aporan Nanban itu.

Lebih menarik lagi, bapa budak lelaki itu - yang hanya mahu dikenali sebagai Periamalai - berkata kari ayam kari yang didakwa oleh Mohd Ali dalam periuk mereka, sebenarnya adalah biawak yang ditangkap anjing peliharaan mereka.

"Kami tangkap biawak beberapa kali dalam seminggu," katanya sambil menambah mereka tidak makan ayam kerana tidak begitu suka rasanya.

Manakala nasi yang Mohd Ali nampak, tambahnya, adalah pemberian seseorang. Dan sekali dua dalam seminggu, keluarganya tidur dalam keadaan perut kosong selepas makan sedikit bubur, dan adakalanya hanya minum air sahaja.


sumber...malaysiakini

Thursday, March 3, 2011

nyamuk aje tu...bapak perasuah PKFZ dari UMNO tak tertangkap lagi....lagi besar malaun tu songlap makan billion beb...bukan sekupang dua...!!!

ADUN Lenggeng didapati bersalah rasuah



SEREMBAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lenggeng, Negeri Sembilan, Mustafa Salim didapati bersalah menerima suapan RM2,000 daripada seorang kontraktor bertujuan mengeluarkan surat sokongan berkaitan dengan projek pasir, lebih dua tahun lalu.

Mahkamah Sesyen di sini, hari ini mendapati ADUN Barisan Nasional itu bersalah terhadap dua tuduhan menerima suapan daripada M Manimaran untuk tujuan itu. Dia didakwa di bawah Seksyen 10(a)(aa) Akta Anti-Rasuah 1997, menerima wang suapan di sebuah restoran di Mantin pada 31 Ogos 2008 dan boleh dikenakan hukuman penjara antara 14 hari dan 20 tahun serta denda lima kali ganda daripada jumlah suapan atau minimum RM10,000. Hakim Mahkamah Sesyen, Amran Jantan dijangka menjatuhkan hukuman terhadap Mustafa pada jam 2.45 petang ini

rompak wang rakyat sampai licin - 9.4 juta saman belum dijelas...kaunter bayaran saman di buka dari pagi sampai malam....muakakakaka...!!!



Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Hussin Ismail memberitahu sebanyak 9.4 juta saman masih belum dijelaskan pesalah trafik sehingga kelmarin.

Hussin berkata demikian selepas merasmikan perasmian kaunter saman trafik Polis Diraja Malaysia di Pos Malaysia Berhad di pejabat Pos Besar di sini semalam.

Menurutnya, pesalah trafik kini boleh menjelaskan saman di 703 cawangan Pos Malaysia di seluruh negara yang menyediakan perkhidmatan untuk orang ramai menyemak serta membuat pembayaran selain daripada 153 kaunter yang sedia ada di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), lima di pusat membeli belah dan portal Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
“Dengan adanya perkhidmatan itu, orang ramai terutamanya penduduk luar bandar tidak perlu untuk ke IPD bagi menjelaskan saman malah boleh berbuat demikian di mana-mana cawangan pejabat pos yang terdekat.



Bagi mereka yang ingin membuat bayaran di IPD, polis akan membuka kaunter setiap hari dari jam 8 pagi hingga 10 malam sehingga Khamis depan,” katanya./SH

peduli apa dengsn keperitan hidup rakyat ...kerajaan pun nak samun jugak rakyat....



Dengan rumah sewa, pelbagai bil, keperluan makan-minum keluarga dengan barangan semakin hari semakin mahal, kos bahan-api yang sentiasa meningkat, keperluan anak-anak sekolah dan pelbagai seribu satu macam yang nakkan duit!... duit!... duit!

Kerajaan pun nakkan duit jugak. Lalu ditadah tempurung dengan rakyat secara paksa berhikmah. Yelahh!! Rakyat didahulukan… pemimpin diutamakan. Demi memajukan Negara dan demi pembangunan Malaysia yang hebat untuk Negara maju 2020… rakyat perlu berkorban. Saman ekor dikenakan. Itulah cara rakyat membantu Negara yang memerlukan. Rakyat diingatkan agar berterimakasih dan bersyukur kepada kerajaan pimpinan UMNO-BN kerana bagi diskaun dan diberi tempoh lanjutan masa sehingga 10 Mac ini. Ni dah berapa kali lanjut dah!!!! Apa yang penting… duit masyuuuukk. Jangan lupa bayar saman tu… Maaf deh!!! Najib & Rosmah kini berlepas lagi ke Australia selepas berapa siri lawatan demi lawatan ke seluruh dunia. Sapa tanggung??? … bye2…

KUALA LUMPUR - Berita baik kepada pesalah trafik di negara ini yang tidak sempat melunaskan saman mereka sepanjang tawaran diskaun 50 peratus yang berakhir pada 28 Februari lalu. Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengumumkan tarikh pembayaran saman itu dilanjutkan sehingga 10 Mac ini.

Menurut beliau, keputusan itu dibuat untuk membantu pesalah trafik menjelaskan kompaun sekali gus mengelakkan kenderaan mereka daripada disenarai hitam. "Keputusan ini juga dibuat kerana kita dapati ada pihak yang ikhlas mahu membayar saman tetapi gagal berbuat demikian disaat-saat akhir kerana sistem di kaunter bayaran tergendala," katanya pada sidang akhbar di sini semalam. Sejak Ogos tahun lalu, kerajaan telah memberi kelonggaran selama enam bulan untuk orang ramai menyelesaikan saman tertunggak termasuk saman ekor dan dalam tempoh itu, tindakan menyenarai hitam pesalah juga ditangguhkan.

Rakyat ada satu lagi pilihan. Tak perlu berebut dan tak perlu beratur untuk memberi duit yang bukan sedikit kepada pihak Kerajaan. Itupun kalau rakyat rasa berminat. Bagi ahli UMNO yang menangis-nangis nak bayar saman dan rasa bersyukur serta sujud syukur apabila dikenakan saman, penulis tak boleh buat apa-apa!!!

Hapus Saman Ekor Sekiranya PAKATAN RAKYAT ke Putrajaya

Parti Islam SeMalaysia (PAS) berjanji akan menghapuskan saman ekor sekiranya diberi peluang memerintah negara dalam pilihanraya akan datang bersama Pakatan Rakyat. Kita akan bersama rakan-rakan Pakatan Rakyat membincangkan kaedah paling baik bagi menyelesaikan masalah tersebut dan kita percaya PKR dan DAP akan bersetuju dengan tawaran tersebut. PAS ingin menegaskan bahawa pelaksanaan saman ekor bukanlah kaedah terbaik untuk mendidik rakyat supaya berhemah dalam memandu di jalanraya. Parti Islam SeMalaysia (PAS) berjanji akan menghapuskan saman ekor sekiranya diberi peluang memerintah negara dalam pilihanraya akan datang bersama Pakatan Rakyat. Kita akan bersama rakan-rakan Pakatan Rakyat membincangkan kaedah paling baik bagi menyelesaikan masalah tersebut dan kita percaya PKR dan DAP akan bersetuju dengan tawaran tersebut. PAS ingin menegaskan bahawa pelaksanaan saman ekor bukanlah kaedah terbaik untuk mendidik rakyat supaya berhemah dalam memandu di jalanraya.

Kita memahami keperitan rakyat berhadapan dengan saman ekor yang tidak memberi peluang kepada rakyat untuk dibicarakan, membela diri dan dibuktikan bersalah, sebaliknya rakyat terus dihukum dengan nama mereka disenarai hitamkan dan pelbagai tindakan tidak berperi kemanusiaan.

Setelah beberapa bulan kita mengadakan kempen melalui KASE untuk mendesak dihapuskan saman ekor, tetapi kerajaan melayan dengan mengetatkan lagi akta berkaitan JPJ dan “menswastakan” urusan beberapa aspek saman ini, di mana tindakan ini akan lebih menyusahkan rakyat khususnya masyarakat luar bandar dan kurang berkemampuan. Sebab itulah, kita melihat bahawa rakyat tidak ada pilihan melainkan menukar pemerintahan BN kepada PAS dan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya yang akan datang bagi melihat usaha murni kami ini dapat direalisasikan.

wayang kulit gaddafi dan obama nak menipu rakyat Libya....!!!



Krisis Libya semakin meruncing. Amerika mengambil peluang untuk menjadikan Libya menjadi negerinya yang ke 53 selepas Iraq dan Afghanistan.

Benarkah Amerika ingin menolong rakyat Libya dari kejahatan Muammar Gaddafi? Atau benarkah Gaddafi begitu bencikan Amerika ?

Sejarah merekodkan bahawa mana-mana pemimpin Arab mempunyai "tuhan"nya sendiri samada Amerika ataupun USSR(sebelum kejatuhan komunis).

Selepas kejatuhan USSR, negara Arab yang pro USSR mula mengalih kiblat untuk "menyembah tuhan yang baru" iaitu Amerika. Ini kerana Amerika menjadi Kuasa Tunggal(world police).

Negara yang pro USSR seperti Iraq, Libya dan Syria mula berbaik dengan Amerika. Cumanya Saddam Husein(Iraq) yang menjadi khadam Amerika ketika Perang Iran-Iraq mula "lawan taukeh" yang menyebabkan Amerika berang dan menjajahnya hingga kini.

Syria dan Libya sudah mula secara "perlahan-lahan" menukar kiblat "menyembah" Amerika.

Lihatlah Syria mula berlembut dengan Israel. Manakala Gadaffi bukan saja asyik dengan wanita-wanita cantik Itali bahkan mula berkenyit mata dengan Israel.

Jika Amerika menyerang Libya ianya adalah mengikut "skrip" arahan bersama Libya dan Amerika. Percayalah.

Amerika belajar dari krisis Mesir. Betapa jatuhnya Mubarak tanpa pertempuran dahsyat dan "sedikit darah" mengalir di bumi Mesir satu "kerugian" bagi pihak Amerika kerana tentera Amerika tiada alasan untuk masuk campur.

Lebih-lebih lagi Amerika melihat penglibatan Ikhwanul Muslimin dalam demostrasi Mesir yang begitu tertib, teratur dan damai. Mana ada pimpinan Ikhwan mengarah menyerang tentera atau jadikan tentera sebagai musuh.

Lihat reaksi Gaddafi ketika demostrasi mula berlaku. Beliau mengatakan Libya dalam bahaya kerana ancaman "pelampau Islam". Tetapi tuduhan beliautidak berkesan bahkan menaikkan lagi bilangan rakyat turun ke jalanraya.

Sebenarnya tuduhan Gaddafi itu adalah cara"menarik minat" Amerika untuk menjajah Libya. Mengambil pengalaman Mesir dan Tunisia, Gaddafi dan Amerika bersatu untuk mengekang pengaruh Ikhwanul Muslimin dari merebak ke Libya.

Jika ianya berlaku, satu lagi ancaman bahaya buat Israel. Jatuhnya Gaddafi setelah Ben Ali dan Mubarak melengkapkan geografi Afrika Utara menjadi Kuasa Baru buat umat Islam dan mendekatkan lagi jarak perjalanan menuju Masjidil Aqsa.

Bagi mencegah agar peristiwa di Tunisia dan Mesir tidak berulang, Amerika perlu menyerang Libya bagi mengalih tumpuan rakyat Libya daripada menentang Gaddafi kepada bersatu menentang Amerika.

Sebab itulah Obama dan Gaddafi perlu berlakon untuk menjayakan "filem habat" ini !"


tp

Wednesday, March 2, 2011

Saman Ekor, Umno jangan zalimi rakyat....



Mana ada dalam dunia ni nak bayar saman ekor beratur panjang sampai 12 tengah malam? Mana ada dalam dunia ni warga emas umur 85 tahun kena saman ekor bawa motosikal kuasa tinggi 500cc melebihi had laju? Di Malaysia saja perkara ini berlaku. Jadi kepada pemimpin Umno , jangan pekakkan telinga, tak nak dengar masalah rakyat. Ingat Malaysia tak boleh jadi macam Libya, Tunisia dan Mesir ke?

Kalau nak saman, samanlah TAPI , janganlah tunjuk lagak Bodoh Sombong tu.

Kalau nak saman begini caranya :

1. Saman pemandu yang bawa kereta tersebut, tahan pemandu tersebut. Bukan main pakai kamera speed trap je, yang kena saman pemilik kereta. Walhal kereta nombor plet palsu, kereta curi, kereta dah jual tapi belum pindah milik.

2. Kalau nak saman parking pula, tak payah saman. Clamp atau tarik terus kereta tersebut. Barulah tahu kereta tersebut kereta curi ke, kereta no plet palsu ke, orang lain pinjam kereta ke. Bukan menganiaya pemilik kereta asal.

Susah sangat ke nak buat perkara ini? Tak cukup anggota polis, tambah anggota polis.

Bukan main swasta je saman ekor, tambah kamera perangkap laju.

UMNO pengamal fatwa songsang...!!!!



Timbalan Presiden Umno menuduh PAS mengeluarkan fatwa songsang. Antara yang disebut oleh beliau ialah sesiapa yang mengundi UMNO bukan sahaja kafir tetapi jahiliah, kononnya juga sembelihan orang UMNO tidak boleh dimakan dan mereka tidak mahu sembahyang (berjemaah) berimamkan orang UMNO.

Tuduhan tersebut memang suatu rekaan Muhyiddin semata-mata. Pemimpin PAS tidak pernah menuduh pemimpin dan penyokong Umno sebagai kafir atau jahiliah. Orang yang selalu menuduh Umno kafir suatu ketika dahulu sekarang ini sudah masuk Umno meninggalkan PAS.

Sebenarnya fatwa songsang yang sedang diamalkan oleh pemimpin dan ahli Umno sekarang antaranya boleh meminggirkan hukum Islam, sebab itu Islam hanya diamalkan sekadar untuk nikah kahwin, haid nifas, faraid dan lain-lain. Perkara-perkara pokok seperti undang-undang Islam, sistem ekonomi Islam dan sebagainya diketepikan oleh Umno.

Fatwa songsang yang juga berleluasa di Malaysia sekarang ini ialah pengamalan riba yang mana bank riba masih terus digunapakai tanpa segan silu.

Seterusnya Umno dilihat mengamalkan fatwa songsang menutup aurat tidak wajib. Sebab itulah pemimpin wanita dan isteri pimpinan Umno tidak menutup aurat. Bila masuk kampung mereka cuba menipu orang kampung dengan menutup kepala dengan kain tudung yang mana tidak memenuhi syarat menutup aurat.

Banyak fatwa songsang yang diamalkan oleh Umno tetapi ia tidak ditegur oleh ulama' dan ustaz Umno.

UMNO-APCO main politik samseng....!!!



PAS sekali lagi mengingatkan Umno BN agar menghentikan sebarang provokasi dan berkempen secara sihat di Merlimau.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad mengingatkan demikian ekoran penemuan beberapa kain rentang berunsur fitnah terhadap PAS di sekitar kawasan ini awal pagi tadi.

Kain rentang fitnah itu bertulis "PAS Melaka menyokong penuh fahaman pluralisme agama Datuk Seri Anwar Ibrahim" dengan gambar Anwar dan "Undi PAS masuk syurga" dengan gambar Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat.

"Petugas kita jumpa banner ni pagi tadi berhampiran lampu isyarat Merlimau pasir dan depan Politeknik kononnya kita yang buat.

"Kita harapkan mereka hentikan kerja ini dan bertanding secara sihat. Kita bagi peringatan, bertanding dalam bentuk yang sihat," kata beliau pada sidang media di markas induk PAS, dekat sini hari ini.

Selain itu, Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Melaka, Adly Zahari juga mengingatkan perkara yang sama berikutan tindakan cuba membakar pentas ceramah DAP dan cermin kereta yang diletakkan di hadapan bilik gerakan DAP dekat sini dipecahkan awal pagi tadi, dipercayai dilakuakn oleh Umno BN.

"Kita minta Umno BN hentikan politik samseng. Sebelum ini ada cubaan bakar pentas DAP, awal pagi tadi cermin kereta yang diletakkan di hadapan bilik gerakan DAP dipecahkan.

"Kita minta perbuatan ini dihentikan sebelum PAS sendiri mengambil tindakan kepada mereka yang buat perkara ini. Kita minta pihak polis tegas, SPR tegas, dan BN jangan buat provokasi," katanya.

Tambahnya, provokasi sedemikian hanyalah cubaan menakut-nakutkan pengundi agar tidak memilih Pakatan Rakyat.

"Politik samseng ini sudah mula digerakkan Umno untuk menakut-nakutkan rakyat seolah-oleh akan berlaku perkara buruk. Kita tak mahu dalam sistem demokrasi rakyat ditakutkan begini," katanya.

Awal pagi tadi, petugas di bilik gerakan DAP dekat sini menyedari kereta penduduk setempat yang diletakkan di hadapan bilik gerakan dipecahkan cerminnya (kanan).

Sehubungan itu, ketua publisiti DAP yang juga Adun Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong menasihatkan pemilik kenderaan berkenaan membuat laporan polis.

Khoo yang ditemui selepas itu menyatakan rasa kesal dengan tindakan jahat yang menakutkan pengundi itu.

"Kita amat kesal dengan perbuatan ini. Jika Umno BN benar-benar yakin mereka boleh menang besar di sini, kenapa guna taktik kotor? Bertandinglah dengan baik," katanya.

Hazayani Zakaria

Perencanaan Jahat Kekalkan kejahatan BN Di Perak

Undi pos naik mendadak di Perak




Sejumlah 8,470 nama pengundi baru pos telah dimasukkan dalam senarai pengundi di enam kerusi DUN di Perak tahun lalu - langkah yang didakwa oleh PKR negeri, bertujuan untuk menguntungkan Umno.

Timbalan pengarah pilihan raya PKR negeri, Chan Ming Kai (gambar) berkata, jumlah teramai adalah dalam senarai pemilih di DUN Pangkor, yang diwakili oleh Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abd Kadir.

Menurut Chan, data dari Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang dikemaskini Disember lalu, menunjukkan kebanjiran 5,669 pengundi pos di DUN tersebut.

"Jumlah pengundi pos sekarang hampir setengah daripada 26,000 pengundi di situ," kata Chan, yang tidak memberikan data lengkap dalam pernyataannya.

Pada tahun 2008, Zambry memenangi kerusi dengan majoriti selesa 5,785 undi, menewaskan calon PKR, Pkhrazi @ Pakhrazi Muda, yang memperolehi 5,121 undi.

Kerusi Pangkor terletak dalam parlimen Lumut yang dimenangi calon BN, Datuk Seri Kong Cho Ha dari MCA - dengan majoriti tipis 298 pada 2008.

Menurut Chan, kebanjiran pengundi pos di Pangkor boleh menjejaskan peluang Pakatan Rakyat untuk merampas kerusi Lumut.

"Pertambahan (mendadak itu) benar-benar mengejutkan," katanya sambil bertanya bolehkah pangkalan tentera laut di Pangkor menampung jumlah yang begitu ramai.

Sedangkan data, katanya, menunjukkan hanya 368 telah dipindah keluar.

Chan berkata, ada kemungkinan isteri/suami anggota tentera dikategorikan sebagai pengundi pos.

Sebagai contoh, katanya, 248 pengundi baru pos dimasukkan dalam senarai pemilih DUN Sungai Rapat.

Kerusi tersebut dimenangi calon BN, Hamidah Osman yang juga exco kerajaan negeri, dengan majoriti 636 undi.

"Jelas bahawa usaha-usaha tersebut adalah untuk manfaat Umno. Kerusi majoriti Cina, seperti Canning Garden, yang mempunyai sebuah kem tentera, tidak ada penambahan pengundi pos," kata Chan. -mk


5,669 undi pos bertambah di Dun diwakili Zambry

PETALING JAYA, 1 Mac: Timbalan Pengarah Pilihanraya PKR Perak, Chan Ming Kai telah mendedahkan kemasukan pengundi pos besar-besaran di kawasan-kawasan Dun diwakili Umno BN di Perak pada tahun 2010.

Bercakap dalam sidang media mingguan parti di sini, hari ini, beliau memberi contoh, di Dun Pangkor yang diwakili Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir telah menerima kemasukan 5,669 pengundi pos berbanding hanya 368 yang keluar pada 2010.

Katanya, bilangan pengundi pos kini mencapai hampir separuh daripada jumlah 26,000 pengundi di Dun Pangkor yang merupakan sebahagian daripada Parlimen Lumut.

Katanya, calon PKR tewas hanya 298 undi di Parlimen Lumut kepada calon MCA BN pada Pilihan Raya Umum 2008.

Ming Kai juga menjangkakan Umno akan memberikan tumpuan untuk menambah pengundi pos di Dun Sungai Rapat yang diwakili oleh Exco Kanan, Hamidah Osman yang hanya menang tipis 636 undi dengan calon PAS.

Katanya, pada 2010 sebanyak 248 pengundi pos masuk ke Dun itu.

“Usaha ini jelas untuk memberi manfaat kepada Umno. Kawasan-kawasan majoriti Cina seperti Canning Garden yang juga mempunyai kem tentera tidak pula melihat pertambahan undi pos,” katanya.

Beliau yang juga Adun Simpang Pulai khuatir wujud penyalahgunaan undi pos dan meminta SPR serta Kementerian Pertahanan menjelaskan perkembangan itu.

Selain Pangkor, pertambahan ketara pengundi pos ialah di Dun Kamunting yang menerima 1,102 berbanding keluar 146, Temenggor (masuk 690, keluar 38), Pengkalan Hulu (masuk 506, keluar 117), Chenderiang (masuk 255, keluar 31) dan Sungai Rapat (masuk 248, keluar 31).

Tuesday, March 1, 2011

Petronas joli duit...ntah kemana perginya....

Kajian ketelusan: Petronas catat kedudukan lesu

petronas

Syarikat minyak dan gas nasional, Petronas mencatatkan prestasi lesu dalam kajian antarabangsa mengenai ketelusan pendapatan dan pendedahan awam. Kajian itu membabitkan 44 syarikat minyak dan gas di seluruh dunia.

petronasMenurut laporan yang diterbitkan oleh Transparency International (TI) dan Revenue Watch Institute (RWI) hari ini, prestasi Petronas dalam ketiga-tiga sektor yang dijalankan pada kajian itu menunjukkan prestasi buruk.azlan

Ia adalah adalah 'laporan program anti-rasuah', 'pendedahan organisasi' dan 'pendedahan peringkat negara untuk operasi antarabangsa.'



Markah yang dicatatkan oleh Petronas adalah adalah 30, 38 dan kosong peratus, berbanding dengan skor purata pada 43, 65 dan 16 peratus.

Kumpulan BG dari UK, India Oil dan Natural Gas Corporation Norway menduduki tempat teratas dengan masing-masing mendapat markah 93, 100 dan 69 peratus.

Petronas disenaraikan di bawah 25 peratus daripada 20 syarikat antarabangsa dan 24 syarikat minyak kebangsaan yang dika

Habuan Ambil, Siapa Diundi Rahsia… bijak ....bijak....bior BN kena pijak....muakakakaka...!!!




KETUA Angkatan Muda KEADILAN merangkap Pengerusi Perhubungan KEADILAN Melaka, Shamsul Iskandar Mohd Akin mempunyai cerita menarik bagaimana bijaknya seorang pengundi di Sibu pada pilihan raya kecil Parlimen di kawasan itu tidak lama dulu.

Kisah ini beliau dedahkan pada majlis ceramah umum Pakatan di Merlimau baru-baru ini yang turut membabitkan Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke; Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution dan Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Kata Shamsul, di Sibu dia dengan rakan-rakan telah pergi berkempen ke rumah seorang penduduk yang kediamannya dilitupi bendera BN. Terlalu banyak, sehingga boleh dikatakan rumahnya diselimuti bendera BN.

Menurut Shamsul dia dan rakan-rakan pun berkempen bagai nak rak, menerangkan mengapa pengundi berkenaan perlu membuat perubahan, jangan memberi undi secara membabi buta kepada BN.

Selepas penat memberi penerangan mereka pun bertanya pemilik rumah tadi siapa yang akan diundinya pada pilihan raya nanti. Jawapannya ringkas: “Undi adalah rahsia, tetapi untuk maklumat kamu semua setiap bendera dipasang ini saya diberi RM50!”

Demikianlah cuba bayangkan kalau 100 bendera dipasang, bukankah dengan mudah si pemilik rumah tadi sudah dapat RM5,000! Wah, bukan main pandailah pemilik rumah itu.

Demikianlah, baik Shamsul dan Saifuddin mengingatkan adalah penting untuk mendapatkan pengundi seramai mungkin memangkah calon Pakatan Rakyat (di Merlimau, calonnya adalah daripada PAS) tidak kiralah sama ada mereka itu penyokong atau ahli Umno dan sekutunya seperti MCA dan MIC. “Yang penting undi mereka diberikan kepada calon Pakatan; soal sokongan atau ahli parti, itu soal masing-masing.”

Saifuddin berkata perkara itu sudah dibuktikan ketika beliau menghadapi pilihan raya kecil Lunas pada 2000. Katanya, pada pilihan raya umum 1999, calon KEADILAN kalah di tangan calon BN dengan majoriti lebih 6,000 undi tetapi pada pilihan raya kecil 2000, dia (Saifuddin) dapat menarik sokongan kira-kira 6,000 pengundi tadi seterusnya memberi beliau kemenangan dengan majoriti lebih 200 undi.

Berdasarkan contoh di Lunas, Saifuddin berkata, perkara yang sama boleh dilakukan di tempat lain termasuk Merlimau. Beliau berpendapat dengan senario pilihan raya dijalankan di padang yang tidak sama rata (seperti penggunaan jentera kerajaan, lambakan projek dan penguasaan media oleh BN), Pakatan perlu menggunakan pendekatan memujuk pengundi dari rumah ke rumah.

“Pastikan tidak ada seorang pengundi pun tercicir daripada didekati oleh petugas kita,” katanya.

Berdasarkan perkembangan semasa, penduduk di Merlimau sedang menikmati limpahan projek kilat yang biasanya dianggap tidak ada kena mengena dengan pilihan raya oleh pemimpin tinggi Umno BN. Misalnya Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin sudah menjanjikan sebuah SRJK (Tamil) yang lebih selesa manakala Ketua Menteri Mohd Ali Rustam sudah mengumumkan peruntukan RM500,000 bagi membaiki rumah-rumah orang miskin. Demikianlah betapa baiknya pemimpin BN yang melihat kebajikan ini tidak ada kena mengena dengan pilihan raya, ringkasnya projek-projek mereka bukan untuk memancing undi.

Sebenarnya cakap-cakap pemimpin Umno BN bahawa peruntukan dan projek untuk rakyat tidak ada kena mengena dengan pilihan raya (jika mereka benar-benar ikhlas) adalah bertepatan satu ayat al-Quran (Surah Al-Insan ayat 9) yang bermaksud: “Sesungguhnya kami memberi makanan kepadamu hanyalah untuk menghadapkan keredaaan Allah, kami tidak menghendaki balasan daripada kamu dan tidak pula (ucapan) terima kasih.”

Ya, wahai pemimpin Umno BN, taburlah wang, taburlah makanan, banyakkan projek dan lakukanlah pelbagai kerja-kerja kebajikan, tetapi sejajar dengan perintah Allah SWT melalui ayat 9 Surah Al-Insan ini, janganlah harapkan apa-apa daripada perbuatan baik kamu itu.

Jika ucapan terima kasih pun tidak diharapkan, janganlah kamu mahu memaksa rakyat mengundi calon kamu. Itu sudah melampau sebab perbuatan baik jangan diharapkan secebis balasan pun hatta terima kasih sekali pun.

Berhubung ayat 9 Surah Al-Insan ini, ada ulama membawakan kisah betapa ikhlasnya Sayidina Ali k.w. dalam memberi bantuan kepada orang miskin. Suatu hari Ali dan isterinya Fatimah iaitu puteri Rasulullah s.a.w. tidak mempunyai sedikit pun makanan di rumah mereka.

Ali yang ke luar rumah selepas lama berusaha mendapat sedikit makanan tetapi ketika balik, dia telah menyedekahkan semua makanan itu kepada sejumlah peminta sehingga dia tidak membawa balik apa-apa pun kepada Fatimah. Namun kedua pasangan suami isteri itu masih bersyukur, mereka tidak meminta balasan di atas kebaikan mereka hatta terima kasih sekali pun. Mereka hanya menghadapkan keredaaan Allah SWT.

Oleh itu benarlah apabila ada pemimpin Umno BN kerap berkata sesuatu projek atau pemberian itu tidak ada kena mengena dengan pilihan raya. Mereka ikhlas untuk membantu rakyat, jadi jangan harapkan ada-apa daripada rakyat lebih-lebih lagi undi mereka.

Ingat, selepas bantuan diberi, jangan berharap apa-apa langsung – jangan paksa rakyat mengundi calon anda. Contohilah Sayidina Ali k.w. yang tidak mengharapkan apa-apa pun daripada orang dibantunya hatta ucapan terima kasih. Dia hanya mengharapkan keredaan Allah; begitulah diharapkan kepada pemimpin Umno BN, semoga anda dapat mencontohi Ali k.w.!

lanh14

saman ekor....kantung haram kerajaan di utamakan rakyat sanggup di mamposkan....



Setelah sekian lama kaedah saman ekor ini dipertikaikan oleh rakyat tetapi kerajaan BN masih melaksanakannya. Lebih mendukacitakan rakyat ialah belum ada Perdana Menteri yang sanggup mengambil tindakan "blakck list" ke atas rakyat kecuali Datuk Seri Najib.

Malahan Tun Mahathir di mana di zamannyalah saman ekor diperkenalkan tetapi beliau sendiri tidak menngambil tindakan blacklist. Apakah kerana kerajaan pimpinan Najib benar-benar terdesak kerana menghadapi masalah kewangan yang kronik?

Antara kelemahan saman ekor yang paling ketara kezalimannya ialah:

i. Saman dikeluarkan ke atas kenderaan bukan pemandu.

Keadaan ini boleh menyebabkan terjadinya penganiayaan. Kita sedia maklum banyak kenderaan di atas jalan yang dipandu bukan oleh pemiliknya. Contohnya suami memandu kereta milik isteri, anak memandu kereta ayahnya, adik memandu kereta kakak dan juga kawan memandu kereta kawan. Kita ada terbaca bagaimana seorang ibu terpaksa bergadai bergolok untuk menyelesaikan saman anaknya bernilai ribuan ringgit yang memandu keretanya. dan kesannya kepada anaknya. tiada apa-apa kerana yang menyelesaikan saman ialah ibunya.

Malahan dalam keadaan sekarang di mana pembiayaan pinjaman kereta sehingga 9 tahun, ramai yang menjual kereta melalui kaedah “sambung bayar” kerana bagi mengelakkan kerugian susut nilai. Bagaimana pula dengan kereta yang menggunakan plat kenderaan palsu. Saya ada seorang kawan yang sengaja membuang 1 nombor pendaftaran keretanya bagi mengelakkan saman ekor. Dan terbukti setelah lebih 10 tahun dia memandu “kaedah”nya memang berkesan.

ii. Saman disampaikan secara postal bukan secara terus

Pemilik kenderaan yang mana kenderaannya melakukan kesalahan had laju akan menerima makluman melalui pos. Kelemahannya di sini ialah jarak tempoh yang lama dari tarikh kesalahan kenderaan di buat dengan tarikh penerimaan surat saman. Ada yang menerimanya 2 atau 3 bulan setelah kesalahan dibuat dan ada yang selepas hampir setahun. Malahan ada yang tidak terima sebarang makluman langsung. Ini menyukarkan pemilik kenderaan mengingati siapa yang memandu pada ketika kesalahan dibuat. Kaedah menamakan pemandu di keratan penghujung surat saman juga dilihat tidak praktikal kerana tarikh kejadian yang telah lama serta hanya akan menyebabkan pertengkaran sesama saudara atau dengan rakan.

iii. Jumlah saman yang dikenakan sama tanpa mengira had laju

Jumlah kompaun yang sama iaitu RM300 biasanya dikena tanpa mengira had laju yang di catatkan adalah amat tidak adil. Kalau kita lihat dalam undang-undang contohnya rasuah, denda yang dikenakan bebeza mengikut jumlah rasuah yang di ambil, begitu juga dalam pengedaran dadah. Justeru PDRM sewajarnya mengenakan jumlah saman yang bebeza bergantung pada had laju. Contohnya kereta yang dipandu melebihi had laju tetapi masih di bawah had laju kebangsaan iaitu 90km sejam dikenakan saman RM100. Seperti memandu 78km di kawasan had laju 60km.

Mereka yang memandu melebihi 90km hingga 110km dikenakan saman RM200 dan yang memandu melebihi 110km barulah dikenakan kompaun maksimum RM300. Rasionalnya ialah mereka yang memandu di bawah 90km ini bukan dalam golongan “kaki racing”, mereka cuma kadang tidak terpandang papan tanda hadlaju atau jalan yang lengang ketika itu. Tetapi mereka yang memandu melebihi 110km sejam memanglah boleh di kategorikan sebagai “kaki racing” yang boleh menyebabkan kemalangan dan wajar dikenakan kompaun maksimum.

iv. ‘Blacklist’ hendaklah dibuat setiap tahun bukan setelah 10 tahun

PDRM dan JPJ sepatutnya menyenarai hitam pemandu yang enggan membayar saman ini setiap tahun bagi mengelakkan ianya tertunggak telalu lama yang mana akan menyukarkan pemandu untuk membayar jumlah yang terlalu banyak seperti yang berlaku sekarang. Walaupun kerajaan ada memberi insentif diskaun tetapi apabila jumlah yang terkumpul terlalu lama ianya pasti menjadi bebanan kepada rakyat untuk menjelaskannya dalam masa yang singkat. Bukan semua rakyat berkemampuan lebih-lebih lagi ketika ekonomi jatuh seperti sekarang. Kita tidak mahu natijahnya nanti lebih teruk di mana mereka akan mamandu kenderaan tanpa cukai jalan bagaimana nanti jika berlaku kemalangan? Dan lebih parah lagi ada yang maminjam along untuk menyelesaikan saman bagi memastikan mereka boleh memperbaharui cukai jalan.

Maka boleh kita simpulkan di sini kaedah penyelesaian yang terbaik ialah pihak PDRM perlu mengkaji mekanisma baru bagi perlaksanaan saman ekor ini. Antaranya ialah seperti yang pernah PDRM lakukan sekitar tahun 1990-an. Di mana pada ketika itu saman ekor di buat secara “tembak, tahan dan tulis saman” (3T). Kereta yang dipandu melebihi had laju akan dikesan oleh seorang anggota polis lalu akan ditahan selepas 1 atau 2 kilometer dari tempat kejadian oleh 2 atau 3 orang anggota polis lain serta saman terus di beri kepada pemandu. Ini secara langsung akan menyelesaikan semua masalah. Sekiranya PDRM menghadapi masalah kekurangan anggota mohonlah pertambahan anggota bukannya menjadi pak turut untuk melakukan kezaliman kepada rakyat.

Justeru saya amat-amat berharap kempen anti saman ekor (Kase) oleh PAS ini dapat terus diperjuangkan sehingga tercapai matlamatnya. LAWAN TERUS LAWAN! Kerajaan BN mesti diajar bahawa rata-rata rakyat faham akan rasionalnya penggunaan perangkap had laju, rakyat bersedia untuk membayar saman sekiranya perlaksanaannya teratur dan telus bukannya dengan cara menzalimi rakyat. Dan apa yang lebih jijik lagi ialah menjadikannya sumber pendapatan haram kerajaan.

DD

Monday, February 28, 2011

Saman ekor: Ketahui hak anda



Ramai yang masih kabur dan tidak faham hak mereka sebagai rakyat Malaysia. Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi Negara. Perlembagaan Persekutuan menjamin hak setiap rakyat Malaysia tanpa mengira agam, kaum, bangsa dan juga fahaman politik. Semua warganegara dijamin hak yang sama.

Salah satu hak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan ialah hak rakyat terhadap harta. Ini disebut dalam Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan.

Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan

Hak terhadap harta.

(a) Tiada seseorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang.

(b) Tiada sesuatu undang-undang pun boleh membuat peruntukan bagi mengambil atau menggunakan harta-harta dengan paksa dengan tiada pampasan yang mencukupi.

Selalunya Perkara 13 ini digunakan di dalam kes pengambilan tanah melalui Akta Pengambilan Tanah 1960. Sebenarnya Perkara 13 ini bukan sahaja melibatkan harta tak alih seperti tanah, tetapi meliputi harta alih seperti kenderaan. Justeru penafian hak memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga sebenarnya termasuk di dalam penafian hak rakyat terhadap harta. Alasannya jika seseorang rakyat itu dihalang dari memperbaharui cukai jalan kenderaan mereka yang menyebabkan kenderaan itu tidak boleh digunakan maka rakyat itu telah dinafikan haknya terhadap harta.

Jika seseorang rakyat telah dinafikan hak mereka menggunakan harta (kenderaan) mereka tanpa alasan yang berlandaskan peraturan dan undang-undang maka Perkara 13 (b) menyatakan bahawa pampasan hendaklah diberikan. Ini bermaksud jika JPJ menghalang seseorang memperbaharui cukai jalan yang menyebabkan kenderaan tidak boleh digunakan, maka JPJ hendaklah membayar pampasan kepada pemilik kenderaan tersebut.

Hujah ini adalah bersandarkan keputusan kes Leonard Lim Yaw Chiang lwn Director of Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak yang telah diputuskan pada tahun 2009. Di dalam kes ini, seorang rakyat bernama Leonard Lim Yaw Chiang telah disenarai hitam dan dihalang oleh JPJ Sarawak dari memperbaharui cukai jalan kereta beliau. Beliau telah memohon kepada Mahkamah Tinggi Kuching untuk memutuskan bahawa tindakan JPJ menyenarai hitam dan menghalang beliau memperbaharui cukai jalan adalah salah. Beliau juga memohon gantirugi daripada JPJ di atas kehilangan penggunaan kereta beliau selama kereta tersebut tidak boleh digunakan kerana tiada cukai jalan.

Mahkamah telah memutuskan bahawa JPJ tidak boleh menyenarai hitam kenderaan di atas suatu kesalahan yang belum dibuktikan di Mahkamah. Tindakan JPJ menyenarai hitam diputuskan telah bertentangan dengan Perkara 13 Perlembagaan. JPJ juga telah diarahkan membayar gantirugi kepada pemohon dalam kes itu kerana kesusahan beliau tidak dapat menggunakan kenderaan sehingga terpaksa menyewa kenderaan lain.

Justeru di sini ingin dimaklumkan kepada pemandu-pemandu dan pemilik-pemilik kenderaan yang dinafikan hak mereka memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu, bahawa hak anda dilindungi oleh Perlembagaan. Pihak berkuasa tidak boleh sewenang-wenang menafikan hak anda.

Berbalik kepada tawaran Kerajaan memberikan diskaun pembayaran saman sehingga hari ini 28/2/2011. Ingin dimaklumkan bahawa tindakan ini tetap salah. Isu utamanya ialah bukan jumlah bayaran kompaun atau denda itu RM300 atau RM150 atau pun RM50. Isu utamanya adalah, ADAKAH SESEORANG ITU BENAR-BENAR MELAKUKAN KESALAHAN YANG DIDAKWA SEHINGGA MEREKA WAJIB MEMBAYAR DENDA?

Perlu diambil perhatian bahawa untuk menguatkuasakan sesuatu peraturan dan undang-undang, sesebuah pihak berkuasa hendaklah juga mengikut peraturan dan undang-undang. Saman tidak boleh tertunggak. Jika ada yang tertunggak maka ianya bukan saman. Saman hendaklah dikemukakan di Mahkamah.

Orang yang disaman (OKS) hendaklah diserahkan saman dan diperintahkan hadir ke Mahkamah untuk menjawap saman itu. Jika OKS mengaku salah maka mahkamah akan memerintahkan OKS itu membayar denda. Jika denda dibayar maka saman itu selesai dan tidak akan tertunggak. Jika saman diserahkan kepada OKS tetapi OKS tidak hadir ke Mahkamah, maka mahkamah akan keluarkan waran tangkap suapaya OKS hadir mahkamah. Maka proses yang sama akan berlaku iaitu OKS akan ditanya mangakui kesalahan atau meminta bicara.

Jika mengaku maka akan diarahkan supaya bayar denda bagi saman itu. Maka selesailah saman itu. Tidak tertunggak. Jika tidak mengaku maka akan dibicarakan. Bergantung kepada keputusan mahkamah, jika didapati salah selepas bicara, maka akan diperintahkan untuk bayar denda. Selesai lah saman itu. Jika tidak bersalah maka luput juga samann itu. Tidak tertunggak.

Soalannya kenapa ada saman tertunggak? Jawapannya pertama kerana saman-saman itu tidak pernah dibawa ke Mahkamah. Kedua kerana yang dikatakan saman itu sebenarnya bukan saman tetapi notis sahaja.

Saman Ekor yang dikatakan saman ini sebenarnya bukan saman tetapi sekadar notis kepada pemilik kenderaan meminta maklumat pemandu yang dikatakan memandu melebihi hadlaju. Notis ini juga disertakan tawaran kompaun jika pemilik kenderaan mengaku melakukan kesalahan. Ia dikeluarkan di bawah Seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan 1987atau dikenalai dengan Notis Pol 170A.

Jika pemilik tidak mengaku kesalahan maka kompaun tidak perlu dibayar kerana kompaun itu hanyalah tawaran. Jika pemilik tidak membayar kompaun sepatutnya pemilik disaman supaya hadir ke Mahkamah bagi menjawap tuduhan memandu melebihi hadlaju. Kemudian proses mahkamah yang dijelaskan sebelum ini akan berlaku.

Maka saman itu akan selesai dan tidak tertunggak. Masalah timbul apabila pihak berkuasa terus menghukum pemilik supaya membayar kompaun sedangkan kesalahan tidak dibuktikan. Kompaun bukan denda tetapi tawaran. Dendan hanya boleh dikeluarkan dan diarahkan oleh Mahkamah. Bukan Polis dan bukan JPJ. Inilah penyalahgunaan kuasa dan peraturan oleh pihak berkuasa. Mereka bertindak melebihi kuasa yang diberikan. Mereka bertindak sebagai penghukum sedangkan tugas itu hanya ada pada Mahkamah.

Justeru kepada semua rakyat Malaysia, ketahui hak anda, jangan mudah terpedaya dengan tawaran dan penindasan. Gunakan hak anda... TIADA SIAPA BOLEH MEMAKSA ANDA MEMBAYAR SESUATU YANG ANDA TIDAK LAKUKAN. Anda Mampu Mengubahnya.

Bagaimana JPJ boleh menhalang pembaharuan cukai jalan?

1) Seksyen 17(1)(d) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010

JPJ berkuasa menghalang seseorang melakukan apa-apa transaksi termasuk perbaharui cukai jalan tetapi setelah JPJ BERPUASHATI bahawa seseorang ada perkara yang belum selesai dengan JPJ dan Polis.

Bagaimana JPJ hendak BERPUASHATI?

2) Seksyen 17(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010

JPJ hendaklah memberikan peluang kepada seseorang membuat representasi. Ini bermaksud JPJ hendaklah menjalankan siasatan adakah seseorang itu ada perkara yang belum selesai. Maka semua pihak perlu hadir iaitu pemilik kenderaan, JPJ dan Polis yang mengeluarkan saman. Perlu disiasat adakah saman yang dikatakan ada kepada seseorang itu betul atau tidak. Sudah dibuktikan di mahakamh atau tidak. Jika tidak maka JPJ tidak boleh menyenarai hitam. Inilah maksud BERPUASHATI

3) Seksyen 17(5) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010

Jika dihalang daripada perbaharui cukai jalan maka Pengarah JPJ hendaklah maklumkan kepada Ketua Pengarah pengangkutan, di mana Ketua Pengarah hendaklah maklumkan secara bertulis dalam tempoh 14 hari kepada pemilik kenderaan tentang alasan halangan dibuat ke atas pemilik. Adakah notis ini pernah dikeluarkan kepada pemilik?

Jika anda dihalang daripada perbaharui cukai jalan tanpa alasan yang sah anda boleh:

a) Minta alasan bertulis daripada JPJ kenapa anda dihalang.

b) Minta JPJ perbaharui cukai jalan dengan segera jika alasan bertulis itu tidak munasabah dan tidak betul.

c) Jika JPJ enggan mematuhi permintaan anda, anda boleh menyaman/menuntut di Mahkamah untuk gantirugi kehilangan penggunaan kenderaan anda dan kesusahan anda kerana tidak boleh menggunakan kenderaan.

Zulhazmi Shariff ialah Penasihat Undang-Undang Kempen Anti Saman Ekor (KASE)

jenayah menjadi jadi....Mayat Dikerat Tiga, Kepala Ditemui Berasingan



Ipoh: Mengerikan apabila mayat seorang mangsa pembunuhan yang ditemui tanpa kepala kelmarin, dikerat kepada tiga bahagian dan dimasukkan ke dalam dua beg pakaian sebelum dibuang ke dalam Sungai Kuang.

Kepalanya hanya ditemui semalam iaitu 500 meter dari lokasi bahagian badannya ditemui.

Bahagian kepala itu ditemui sepasukan anggota polis yang menjalankan siasatan berhampiran lokasi penemuan mayat berkenaan sebelum mereka menemuinya di sungai sama berdekatan Taman Bandar Seri Kelebang, jam 5 petang.

Kelmarin, beberapa kaki pancing yang memancing di sungai itu berdekatan Kilang Hovid, Batu 8 Jalan Kuala Kangsar, terkejut selepas menemui mayat tanpa kepala dalam keadaan mengerikan dalam dua beg pakaian dengan badan mangsa dikerat tiga bahagian.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, siasatan awal mendapati mangsa seorang lelaki berketurunan India berusia lingkungan 40-an.

Beliau berkata, pihaknya percaya bahagian kepala yang ditemui itu dipercayai ada kaitan dengan bahagian badan yang ditemui dalam dua beg pakaian sebelum ini.

Menurutnya, mangsa dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dikerat-kerat dan disumbatkan ke dalam dua beg pakaian sementara kepalanya dicampak di lokasi lain.

“Mayat yang disumbat ke dalam dua beg dicampak ke dalam sungai ditemui beberapa kaki pancing di sungai berkenaan. Mereka kemudian menghubungi polis selepas menghidu bau busuk dari dua beg pakaian itu.

“Mangsa dipercayai sudah dibunuh beberapa hari lalu berdasarkan keadaannya yang sudah berbau,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Justeru, beliau meminta orang ramai yang kehilangan ahli keluarga atau rakan terdekat menghubungi polis bagi membantu siasatan.

Azisman berkata, pihaknya juga tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri pada mayat itu dan sedang menunggu laporan bedah siasat dari Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian atau kehilangan ahli keluarga terdekat boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di talian 05-2451500. -hm

UMNO punca anak Khir Johari pilih DAP



UMNO sekarang yang dikatakan berbeza dengan UMNO ketika zaman ayahnya membuatkan anak Allahyarham Tan Sri Khir Johari berjuang bersama DAP sehingga dilantik menjadi setiausaha politik kepada Setiausaha Agung parti itu, Lim Guan Eng.

Zairil Khir , 28, berkata, UMNO yang pernah diperjuangkan ayahnya bersama Tunku Abdul Rahman Putra, kini adalah sebuah parti politik yang 'kosong' dan hanya tinggal jasad.
"Saya sendiri amat kecewa melihat keadaan ini. UMNO sering diperalat pemerintah bagi kepentingan peribadi," katanya kepada Sinar Harian.

Dalam situasi ini, katanya, DAP sebagai parti berbilang kaum sama seperti PKR menganggap perjuangan politik berasaskan sentimen perkauman sudah tidak relevan.

"Kita mahu tumpu kepada politik progresif untuk kebaikan bersama," katanya.

Zairil berkata, beliau sendiri sedar ramai yang memandang serong kepadanya apabila anak kepada seorang pengasas UMNO dan pejuang kemerdekaan memilih untuk berpolitik bersama DAP, bukan UMNO.

“Mereka yang berpandangan demikian tidak berupaya untuk melangkaui rangka pemikiran sempit. DAP ada wakil tertinggi daripada setiap kaum. Dalam sejarahnya, pernah ada Melayu jadi pemimpin DAP. Jelas sekali ini sebuah parti berbilang kaum,” katanya.

Zairil turut menafikan tanggapan sesetengah pihak beliau guna populariti nama ayahnya sebagai batu loncatan, manakala DAP pula sekadar mahu meraih kemenangan moral apabila anak kepada seorang pemimpin besar UMNO me­nyertai parti itu, malah diberi jawatan tinggi.

“DAP tidak gun nama ayah saya. Media yang gembar-gemburkan isu itu. Namun saya tidak boleh lari daripada hakikat bahawa ayah saya seorang daripada pengasas UMNO,” katanya.
Ditanya mengenai dakwaan beliau hanya satu watak dalam 'wayang’ kepada DAP untuk menunjukkan parti tersebut berbilang kaum, Zairil menegaskan, pelantikannya bukanlah 'alang-alang' kerana diberi jawatan mencabar.

“Saya bekerja bawah ketua yang sentiasa mempunyai ekspetasi yang tinggi terhadap hasil kerja pegawai-pegawainya,” katanya.


Dari SinarHarian

jangan jadi pondan...sila tunjuk telur kalau berani....!!!

Keluar parti: PKR cabar kumpulan 97 tunjuk bukti



PKR Pulau Pinang hari ini mencabar kumpulan 97 anggota dari cabang Bayan Baru dan Tanjong di Georgetown supaya membuktikan tindakan mereka keluar dari parti itu.

Naib Pengerusinya Abdul Malik Abul Kassim berkata jurucakap kumpulan itu perlu menunjukkan nama dan surat peletakan keahlian semua 97 anggota yang didakwa telah menyertai Kongres India Muslim Malaysia (Kimma).

"Saya tidak percaya mereka telah melompat ke Kimma kerana saya sendiri tahu bilangan ahli keturunan India Muslim di dua cabang itu," katanya kepada pemberita di Georgetown hari ini.

Abdul Malik, yang juga exco agama, perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna negeri, berkata tindakan ketua kumpulan itu adalah kerana rasa cemburu dan isu kekeluargaan ekoran pelantikan salah seorang saudaranya.

Pada Sabtu lalu, ketua kumpulan itu, Mohamed Ibrahim A Siahoo, memberitahu media bahawa 97 anggotra itu keluar dari parti selepas hilang keyakinan terhadap kepimpinan PKR.

Beliau mendakwa PKR gagal membela nasib dan kebajikan rakyat sebelum menyerahkan borang untuk menganggotai Kimma.

- Bernama

klon CCTV nak di jadikan bahan bukti...

Liwat II: Rakaman CCTV tak selari



Prosiding kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menyaksikan peguambela meneruskan soal balas terhadap juru analisis audio dan video Makmal Forensik PDRM, ASP Fauziah Che Mat.

Dalam keterangannya, Fauziah berkata pada 3 Julai 2008, pegawai penyiasat, DSP Jude Blacious Periere datang ke makmalnya untuk menyerahkan dua bungkusan yang mengandungi cakera keras video keselamatan kamera litar tertutup (CCTV) untuk dianalisis.



Peguambela, Sankara Nair seterusnya merujuk catatan rakaman video Khamis lalu yang mengesan kehadiran individu yang dipercayai pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan yang menggunakan kereta Fiat Ulysse dengan nombor pendaftaran WPK 5925 masuk ke kawasan kondominum itu pada jam 2.47 petang melalui pintu utama.

Namun kamera di lif mencatatkan masa individu itu naik ke tingkat 5 pada jam 2.42 petang.



Berdasarkan rakaman video berkenaan, peguambela mendapati masa yang direkodkan pada sistem CCTV di pintu utama dan lif tidak selari.

Justeru Sankara Nair menyoal sekiranya penelitian terperinci mengenai kedudukan CCTV dan sistem komputer di kondominium berkenaan dipantau Fauziah sendiri untuk mengesan perbezaan masa.

"Apa yang terdapat dalam cakera keras adalah ketetapan komputer dan tidak boleh diubah.

"Saya tidak dapat jelaskan perbezaan masa dalam sistem kerana saya bukan pakar. Anda boleh rujuk kepada syarikat yang memasang CCTV," jawab Fauziah.

Khamis lalu mahkamah dipertonton video CCTV kondominium Desa Damansara bertarikh 26 Februari 2008.

Dalam video itu, mahkamah mengenalpasti kelibat tujuh individu dan kenderaan termasuk Saiful yang keluar masuk kawasan kondominium berkenaan sekitar jam 12 tengahari hingga 4 petang pada tarikh yang sama.

Sankara (kiri) kemudian mempersoal sikap profesional juru analisa anggota polis berkenaan namun dibantah Peguam Cara II Negara, Datuk Yusof Zainal Abiden.

"Tidak menjadi kebiasaan saya pergi ke tempat kejadian. Saya cuma membuat analisa berdasarkan rakaman imej sahaja," kata Fauziah cuba mempertahankan dirinya.

Fauziah juga mengakui analisais yang dilakukannya itu adalah rakaman video yang telah diklonkan dan bukan cakera keras asal.

Mahkamah kemudian memanggil ketua bahagian Audio Video PDRM, ACP Fazil Ahmad ke kandang saksi untuk memberi keterangan.

Fazli pula pada keterangannya berkata beliau dihubungi oleh DSP Jude pada 30 Jun 2008 sekitar jam 1 petang untuk hadir di Kondominium Desa Damansara bagi membantu siasatan.

Katanya, beliau kemudiannya menghubungi syarikat Cyber Security untuk membuat pengklonan cakera keras sistem keselamatan CCTV kondominium itu pada hari yang sama dan selesai pada jam 10 malam sebelum merampasnya.

Ketua Jabatan Forensik Digital Cyber Security, Mohd Zabri Aidil Talib  yang hadir memberi penjelasan sebagai saksi ke-10 berkata, masa yang dicatatkan pada komputer yang disambungkan pada CCTV lif kondo berkenaan lewat 19 minit daripada masa sebenar.

Mohd Zabri menjelaskan waktu tersebut telah dibandingkan dengan masa standard Jabatan Meteorologi Malaysia.

"Saya sudah semak dengan waktu Jabatan Meteorologi dan saya perlu menambah 19 minit untuk daripada waktu yang dicatatkan dalam komputer untuk mengetahui masa sebenar," katanya.


malaysiakini

Sunday, February 27, 2011

getah mahal nina montok makin bergetah...awas kalau lupa dosa dan pahala...!!!



Segamat: Harga getah yang melambung tinggi turut menyumbang kepada aktiviti maksiat apabila ada pelacur memindahkan operasi mereka ke stor usang di tengah kebun getah di pekan Jementah, di sini, untuk menawarkan khidmat seks kepada penoreh getah.

Kegiatan itu terbongkar apabila polis menahan seorang wanita warga Indonesia diberi gelaran Nina Montok yang menawarkan pakej semurah RM50 untuk sekali langganan menyebabkan penoreh getah tempatan dan warga asing berkunjung ke stor itu tanpa mengira waktu.

Tanpa segan silu, segelintir penoreh getah yang kemaruk seks beratur panjang menunggu giliran dan pada masa sama menyaksikan tayangan percuma rakan melakukan seks bersama wanita berusia 20-an itu.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Abd Majid Mohd Ali, berkata Nina Montok dipercayai menawarkan khidmat seks di kebun getah itu sejak beberapa hari lalu sebelum ia berakhir apabila polis menyerbu lokasi terbabit pada jam 10 malam kelmarin.

“Ketika serbuan, wanita itu melayan seorang pelanggan manakala lima lelaki membabitkan dua warga tempatan dan tiga warga asing berada di tepi pondok berkenaan dipercayai menunggu giliran.

“Kedua-dua lelaki tempatan terbabit yang berusia 42 dan 51 tahun serta semua warga asing yang berusia 22 hingga 40 ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, semalam.

Menurutnya, siasatan awal polis mendapati Nina Montok turut menghantar SMS secara rawak kepada beberapa penoreh getah di kebun berkenaan untuk mempromosi khidmat seksnya.


Abd Majid berkata, polis turut menemui tiga peket kondom yang belum digunakan di dalam beg tangan wanita itu, telefon bimbit dan selain wang RM394 dipercayai hasil kegiatan pelacuran.

“Pemeriksaan mendapati wanita itu masuk ke negara ini secara sah dan kes disiasat mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan dan Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/1963, sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih satu tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” katanya. -hm

memang lahabau...la..mula mula nak meminang untuk anak...akhirnya dia sendiri yang kebas...betul betul bapak di sesali...!!!!

Bapa dakwa pernah tolak pinangan artis untuk satukan anak



SHAH ALAM: Seorang bapa memberitahu Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, kelmarin, bahawa beliau pernah menolak pinangan artis popular '80-an, Raisuddin Hamzah, yang mahu menyatukan anak lelaki penyanyi itu dengan anaknya.

Encik Suberi Abdullah, 51 tahun, berkata hasrat Raisuddin ditolak memandangkan anaknya, Cik Siti Fatimah, 24 tahun, ketika itu masih belajar di sebuah institusi pengajian tinggi swasta di Batang Berjuntai, dekat sini.

Lelaki yang mengusahakan perniagaan restoran itu mendakwa Raisuddin melahirkan hasrat itu ketika mereka bertemu dalam jamuan makan di kediamannya di Hulu Klang, sempena Aidiladha, beberapa tahun lalu.

Ketika itu, Encik Raisuddin hadir bersama anaknya yang juga penyanyi, Cik Sarah.

'Dia (Raisuddin) kata, Pak Lang, kalau boleh saya mahu pinang anak Pak Lang untuk anak (lelaki) saya.

'Saya kata anak saya masih belajar lagi. Saya tidak bersetuju,' katanya ketika disoal balas peguam, Encik Norazmi Mohd Arif pada perbicaraan permohonannya memfaraqkan (membubarkan) pernikahan Encik Raisuddin dan Cik Siti Fatimah, kelmarin.

Encik Raisuddin, 55 tahun, menikahi Cik Siti Fatimah sebagai isteri keduanya di negara jiran pada malam sambutan tahun baru 2007.

Bapa Cik Siti Fatimah, Encik Suberi, kemudian memfailkan permohonan faraq nikah pasangan itu pada 26 Oktober 2007.

Beliau membuat permohonan itu atas alasan Cik Siti Fatimah bermastautin di Selangor dan beliau sebagai wali mujbir langsung tidak dimaklumkan mengenai pernikahan itu.

Encik Suberi berkata, beliau hanya dimaklumkan mengenai pernikahan pasangan itu selepas Cik Siti Fatimah pulang ke rumahnya sempena cuti Tahun Baru Cina pada 2007.

Terdahulu, Encik Suberi berkata, beliau masih tidak bersetuju dengan pernikahan pasangan itu.

Pasangan itu dikatakan tidak sepadan dari segi umur dan hal itu membabitkan maruah keluarganya.

Sementara itu, ketika menjawab soalan Hakim Syarie Zainor Rahid Hassin, Encik Suberi menafikan beliau bermusuhan atau pernah bergaduh dengan Raisuddin.

Perbicaraan bersambung 13 April ini. -hm

Popular Posts

akhbar on line

Your Ad Here