cari maklumat di sini

Your Ad Here

Friday, October 15, 2010

Bajet "seluar dalam", BINI PUAKA juga diheret dalam Bajet 2011



Pembentangan bajet oleh Perdana Menteri 1Malaysia terganggu seketika dengan nama isterinya ditimbulkan oleh Pakatan Rakyat ketika beliau mengumumkan langkah menjadikan Malaysia destinasi utama membeli-belah di rantau Asia.

Ia bermula apabila Najib mencadangkan supaya duti import ke atas kira-kira 300 barangan pelancongan dan rakyat tempatan dimansuhkan.

“Barangan ini merangkumi kegunaan harian seperti beg tangan, kasut, sut, baju kanak-kanak, dompet, pewarna rambut...” kata Najib sambil kedengaran gelak ketawa dari ahli parlimen.

Beberapa ahli parlimen kemudiannya melaungkan “Rosmah!” disambut gelak ketawa rakan-rakan mereka.

Najib senyum sinis dan memperlahankan bacaan teks ucapannya sambil menyambung: “Pakaian malam, seluar dan seluar dalam serta wangi-wangian, termasuklah kelambu.”

Dan sekali lagi lebih ramai yang ketawa.

Namun, sindiran paling tajam dilemparkan ketika Najib mengumumkan peruntukan RM111 juta untuk program PERMATA yang dinaungi oleh Rosmah.

Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) dengan kuat menjerit “Rosmah! Rosmah!”, sambil sekali lagi disambut Najib dengan senyuman sinis.

Peruntukan itu meliputi projek pembinaan fasa II Kompleks Sekolah Permata Pintar, bagi membina 32 Pusat Anak Permata Negara (PAPN) serta membiayai operasi 52 PAPN yang telah siap.

Peruntukan itu turut meliputi program Permata yang lain seperti PERTAMA Pintar, Seni, Insan dan Remaja.

Mahfuz: Bajet seluar dalam

Walaupun Rosmah tidak mempunyai sebarang jawatan rasmi, namum program PERTAMA yang diuruskannya didakwa seakan mendapat bajet 'istImewa'.

Ini berbanding peruntukkan RM95 juta sebagai bantuan per-kapita untuk sekolah agama rakyat (SAR) rendah dan menengah.

Rasa tidak puas ahli parlimen berlarutan sehingga akhir pembentangan. Ramai yang membidas bajet 2011 yang disifatkan mereka gagal memacu pertumbuhan ekonomi negara.

"Jadi, nampaknya tidak apa yang menarik daripada pembentangan tersebut dan lebih bersifatkan retorik. Saya sifatkan sebagai bajet 'seluar dalam' di mana ia memainkan yang penting untuk kerajaan mencapai matlamat Pelan Tranformasi Ekonomi (ETP) dan pertumbuhan 7 peratus yang bergantung kepada 'seluar dalam' dan juga 'kelambu'," sindir Mahfuz lagi.

Pembentangan bajet ini juga mendapat sambutan serta bidasan di twitter dan facebook.

"Pengurangan cukai untuk beg, penyembur rambut, minyak wangi... hadiah Krismas awal Najib untuk Rosmah? Tulis MP Serdang Teo Nie Ching.

"Ini macam Bajet RM (Rosmah Mansor)," jawab MP Bukit Bendera Liew Chin Tong.

macam macam hal lah mamat nie...Kaki bogel lupa tutup pintu rumah kena didenda

AYER KEROH - Gara-gara berbogel tanpa menutup pintu kediamannya, seorang pemuda didenda Mahkamah Majistret di sini, semalam, selepas mengaku bersalah mempamerkan tubuh badannya kepada seorang pelajar perempuan institut pengajian tinggi (IPT), bulan lalu.

Tertuduh, Teh Zhi Yong, 28, mengaku bersalah selepas faham pertuduhan dibaca jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Mohd Fairuz Johari.

Berdasarkan pertuduhan, Zhi Yong yang tinggal di rumah sewanya di Apartment Jayamuda dengan sengaja mempamerkan tubuh badan dalam keadaan berbogel kepada Hasliza Mokhtar, 23, pada 27 September lalu, kira-kira jam 8 pagi.

Zhi Yong didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil yang boleh didenda tidak lebih daripada RM100 jika sabit kesalahan.

Mohd Fairuz sebelum menjatuhkan hukuman meminta tertuduh mengubah sikap dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan memalukan itu.

“Kenapa awak nak bogel, tak boleh ke pakai seluar pendek atau sekurang-kurangnya tuala walaupun di dalam rumah dan kenapa awak tak tutup pintu, tak malu ke dengan orang yang lalu-lalang di hadapan rumah awak?” katanya.

Jawapan ‘lupa menutup pintu’ yang keluar daripada mulut tertuduh menyebabkan orang ramai termasuk majistret tersenyum dan ketawa.

Mohd Fairuz kemudian menjatuhkan hukuman denda maksimum RM100 terhadap tertuduh atau satu bulan penjara jika tidak membayar denda.

Berdasarkan fakta kes, pengadu (Hasliza) yang mahu ke kelas melihat tertuduh baring dalam keadaan bogel di lantai rumahnya.

Pengadu mendakwa perkara sama sering berlaku dan tertuduh sengaja membuka pintu rumahnya apabila dia dan rakan lain melalui pintu hadapan rumah.

SH

Guna Pacuan Empat Roda Angkut Abu Mayat Untuk Dibuang Ke Sg Pancau



Sebuah kenderaan pacuan empat roda yang digunakan untuk melupuskan bukti pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain dekat Ladang Gadong telah dibawa ke Mahkamah Majestret Telok Datuk, Banting










Ketika prosiding itu, Majistret Hurman Hussain, pasukan pendakwaan dan pembelaan turut keluar sebentar daripada mahkamah untuk melihat salah satu eksibit yang dibawa oleh pihak polis iaitu sebuah kenderaan Isuzu D-Max berwarna kelabu yang digunakan mengangkut abu mayat keempat-empat mangsa untuk dibuang ke dalam Sungai Panchau.

K Sarawanan, 19, dan U Suresh, 26, yang masing-masing menghadapi empat pertuduhan didakwa mengikut Seksyen 201 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan boleh didenda.

Majistret Hurman menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun bagi setiap pertuduhan dan memerintahkan hukuman penjara itu berjalan serentak bermula dari tarikh tangkap pada 9 September lalu.

Mereka adalah antara lapan orang yang ditahan di antara 9 dan 12 September lalu bagi membantu siasatan polis berikutan laporan kehilangan Sosilawati pada 30 Ogos lalu.

Sarawanan dituduh menghilangkan bukti itu dengan membakar mayat Sosilawati, 47, pegawai bank CIMB Cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, peguam

Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44.

Bekas mekanik itu didakwa membakar mayat keempat-empat mangsa itu di Lot No 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat Banting pada 30 Ogos lepas antara 9.45 malam dan 12.00 tengah malam.

Suresh yang tidak mempunyai pekerjaan tetap pula didakwa menghilangkan bahan bukti itu dengan membuang abu mayat Sosilawati, Noorhisham, Ahmad Kamil dan Kamaruddin di Sungai Panchau, Jalan Morib Banting pada 31 Ogos lalu antara 8 pagi hingga 10 pagi.

Mereka berdua didakwa melakukan perbuatan itu bagi mengelakkan empat-empat tertuduh di dalam kes pembunuhan Sosilawati dan tiga yang lain daripada tindakan undang-undang.

Rabu lalu, peguam N Patmanabhan, 41; pekerja ladang T Thilaiyalagan, 19; R Matan, 20; dan R Khatavarayan, 30, didakwa di Mahkamah Majistret yang sama mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama atas tuduhan membunuh Sosilawati, Noorhisham, Ahmad Kamil dan Kamaruddin.

Pada proseding mahkamah yang bermula pada 11.15 pagi tadi, Sarawanan dan Suresh diwakili oleh peguam M Puravelan, Mohd Naguib Abdul Malik dan Roslie Sulie, manakala pendakwaan diketuai oleh Timbalan Pendakwaraya Ishak Mohd Yusoff dan dibantu oleh Saiful Edris Zainuddin dan Idham Abdul Ghani.

Pertuduhan ke atas kedua-duanya dibacakan di dalam Bahasa Tamil oleh jurubahasa di dalam mahkamah yang dipenuhi wartawan dan orang ramai termasuk adik perempuan Suresh berusia 25 tahun.

Sementara itu, dalam rayuannya, Puravelan memohon mahkamah mengambil kira faktor latar belakang dan kebolehan tertuduh apabila menjatuhkan hukuman.

"Kedua-dua tertuduh memohon maaf di atas kesalahan yang mereka lakukan," katanya.

Roslie berkata, Sarawanan yang bekerja sebagai mekanik motosikal sebelum ini
adalah tempat keluarganya bergantung hidup dengan pendapatan RM800 sebulan bagi menyara bapanya yang mengidap sakit jantung dan ibunya seorang suri rumah.

"Tertuduh yang juga anak bongsu daripada empat beradik telah kematian abang dan dua lagi kakaknya sudah berkahwin dan kini menetap di Ipoh," kata Roslie.

Katanya, beliau percaya Sarawanan tidak mempunyai kesalahan lampau dan pengakuan tertuduh perlu diambil kira kerana menjimatkan masa dan kos perbicaraan serta perlu dipertimbangkan untuk hukuman yang lebih ringan.

Mohd Naguib pula berkata, anak guamnya, Suresh tidak mempunyai pekerjaan
tetap dan mempunyai pendapatan RM700 sebulan bagi menyara adiknya yang sudah bertunang dan ibunya pula bekerja sebagai seorang tukang cuci dengan pendapatan RM800 sebulan.

Bapanya sudah meninggal dunia dan ibunya memerlukan lebih RM300 bagi mendapatkan rawatan penyakit kencing manis, darah tinggi dan alahan kepada
ubat-ubatan, katanya.

"Anak guam saya mohon diberikan peluang kedua dalam situasi ini," kata Mohd
Naguib.

Roslie dan Mohd Naguib memohon supaya Sarawanan dan Suresh dikenakan hukuman penjara serentak bagi kesalahan mereka.

Bagaimanapun, Ishak berkata di bawah Seksyen 201 Kanun Keseksaan mereka berdua boleh dikenakan penjara maksimum tujuh tahun bagi setiap pertuduhan dan juga boleh didenda.

Beliau memohon kepada mahkamah supaya tidak memberikan sebarang diskaun hukuman kepada kedua-dua pesalah dan perlu dikenakan hukuman maksimum yang dijalankan secara berasingan bagi memberikan peringatan kepada yang lain daripada melakukan jenayah yang sama.

"Perbuatan mereka menghapuskan bahan bukti dalam kes pembunuhan Sosilawati dan tiga yang lain serta kesan tindakan mereka terhadap mangsa dan keluarga mereka yang terbabit juga perlu diambil kira," katanya.

Hurman ketika menjatuhkan hukuman itu berkata, beliau mengambil kira tindakan tertuduh memusnahkan bahan bukti kes perbicaraan pembunuhan, kesan tindakan mereka terhadap keluarga simati dan kepada masyarakat selain daripada latar belakang tertuduh yang mempengaruhi mereka melakukan jenayah itu.

Selepas Hurman menjatuhkan hukuman, Sarawanan dan Suresh memberitahu mahkamah bahawa mereka memohon maaf kepada keluarga mangsa dan masyarakat di atas perbuatan yang mereka lakukan dan telah insaf.

Kedua-dua tertuduh bercakap dalam Bahasa Tamil dan diterjemahkan ke Bahasa Malaysia oleh jurubahasa mahkamah

Ada patutkah Penjara 7 Tahun Untuk Pembakar Dan Pembuang Abu Mayat Sosilawati?

Kes Sosilawati: Dua lagi didakwa, dipenjara selepas mengaku salah




Dua lagi suspek dihadapkan di mahkamah hari ini dan kedua-duanya mengaku bersalah berhubung tuduhan kes bunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain.

Pertuduhan dalam Bahasa Tamil ke atas U. Suresh dan K. Sarawanan dibacakan kira-kira 11.15 pagi tadi di Mahkamah Majistret di sini.

Hukuman dijatuhkan selepas kedua-dua Suresh, 26, dan Sarawanan, 19, mengaku bersalah terhadap pertuduhan menghapuskan bukti bagi kes pembunuhan Sosilawati dan tiga yang lain.

Kedua-dua suspek yang juga pekerja ladang milik seorang peguam terbabit, yang didakwa kelmarin, dikenakan tuduhan di bawah Seksyen 201 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Majistret Hurman Hussain menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun bagi setiap pertuduhan dan memerintahkan hukuman penjara berjalan serentak bermula dari tarikh mereka ditangkap.

Mereka merupakan antara lapan orang yang ditahan antara 9 dan 12 September lalu bagi membantu siasatan polis berikutan laporan kehilangan Sosilawati pada 30 Ogos lepas.

Kelmarin, peguam N. Patmanabhan, pekerja ladang T. Thilaiyalagan, 19; R. Matan, 20, dan R. Khatavarayan, 30, didakwa di mahkamah yang sama atas tuduhan membunuh Sosilawati, 47, pegawai Bank CIMB Cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsudin, 44.

Sarawanan diwakili oleh peguam Roslie Sulle manakala Muhammad Naguib Abdul Malik bertindak sebagai peguam Suresh.

Hurman menetapkan hukuman penjara tujuh tahun terhadap kedua-dua suspek bermula dari tarikh mereka ditangkap.

Empat pertuduhan dibacakan terhadap kedua-dua mereka, namun Hurman memutuskan hukuman tersebut berjalan serentak.

Mengikut kertas pertuduhan, mereka membakar dan membuang abu mayat Sosilawati, 47, pemandunya Kamaruddin, Noorhisham dan Ahmad Kamil.

Sarawanan dituduh membakar manakala Suresh pula membuang abu mayat keempat-empat mangsa.

Kedua-dua suspek merupakan pekerja kepada Patmanabhan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Lot 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting antara jam 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos lalu.

Berikut adalah kronologi kes itu yang menggemparkan masyarakat:

* 5 Sept: Sosilawati dan tiga lagi terdiri daripada pemandu peribadinya Kamaruddin Shamsudin, 44; pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38; dan peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dilaporkan hilang selepas seminggu keluar rumah ke Banting atas urusan pembelian tanah.

* 6 Sept: Dua buah kereta mewah dipercayai milik Sosilawati dan peguamnya ditemui oleh orang awam di dua lokasi berbeza di Subang Jaya.

* 7 Sept: Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan memaklumkan polis mempunyai beberapa maklumat penting berhubung kes itu.

* 10 Sept: Lima suspek ditahan di sebuah ladang di Banting.

* 11 Sept : Seorang peguam bergelar Datuk dan adiknya yang juga seorang peguam turut ditahan bagi membantu siasatan. Media melaporkan polis menjumpai bukti bahawa Sosilawati dan tiga lain menjadi mangsa pembunuhan kejam di Ladang Gadong, Jalan Tanjung Sepat, Morib dan siasatan lanjut mendapati selepas dibunuh mayat mereka dibakar manakala abunya dicampakkan ke sebatang sungai berhampiran.

* 12 Sept: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Bakri Zinin mengesahkan lapan suspek termasuk peguam yang menjadi suspek utama ditahan.

* 14 Sept: Polis menggeledah pejabat firma guaman milik suspek utama di Banting bagi mencari bukti termasuk kes penipuan manakala waris keempat-empat mangsa menjalani ujian DAN di Hospital Kuala Lumpur.

* 15 Sept: Unit Forensik Polis menemui beberapa lagi objek, dipercayai bukti penting kes di Sungai Panchau, Banting.

* 16 Sept: Polis berkata selain kes bunuh, suspek utama turut disiasat berkaitan kehilangan dua lelaki lain, msing-masing warga negara India dan warga tempatan.

* 18 Sept: Tempoh tahanan reman suspek utama bersama adiknya dan seorang lagi lelaki dilanjutkan.

* 19 Sept: Pengasas Kosmetik Aveer, Sarina Jaafar ditemui mati tergantung dalam bilik tidur utama rumahnya di Taman Pauh Jaya, Bukit Mertajam, Pulau Pinang tetapi polis mengesahkan tiada kaitan dengan kematian Sosilawati.

* 21 Sept: Unit penyelam Pasukan Gerakan Marin menemui satu objek seakan-akan gelang emas milik seorang daripada mangsa bunuh di kawasan kunci air Kampung Sungai Lang, Banting. Kertas siasatan kes diserah kepada Pejabat Peguam Negara.

* 22 Sept: Jabatan Peguam Negara mengembalikan semula kertas siasatan kes dan meminta polis menjalankan siasatan lanjut.

* 23 Sept: Tempoh tahanan reman lima suspek yang disyaki terlibat dalam kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain disambung untuk seminggu lagi.

* 24 Sept: Anggota Parlimen Kapar, S. Manikavasagam mendakwa menerima dua aduan berhubung kehilangan anggota keluarga di Banting, Selangor yang dipercayai berkaitan suspek utama kes.

* 26 Sept: Mahkamah Majistret Sepang membenarkan tahanan reman terhadap tiga suspek termasuk peguam dua beradik sehingga 1 Oktober.

* 1 Okt: Mahkamah Majistret Teluk Datok, Banting membenarkan tahanan reman terhadap lima suspek dalam kes pembunuhan Datuk Sosilawati disambung sehingga 8 Okt.

* 8 Okt: Polis mendapat perintah mahkamah untuk melanjutkan tempoh reman tiga suspek berhubung kes ahli perniagaan yang dilaporkan hilang baru-baru ini sehingga 13 Okt.

* 11 Okt: Peguam dua beradik dan seorang suspek kes memfailkan permohonan supaya perintah lanjutan tahanan reman terhadap mereka yang diperoleh pihak polis, disemak semula.

* 12 Okt: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan semakan yang dikemukakan oleh dua peguam adik-beradik berhubung perintah lanjutan tahanan reman. -tmi



Apakah memadai penjara 7 tahun?

Apakah peguam ini peguam yang dilantik oleh tertuduh sendiri atau peguam yang diunjukkan oleh pihak berkenaan kepada tertuduh?

Apakah peguam itu berkata kepada tertuduh "you plead for guilty, I plead for leniency?"

Thursday, October 14, 2010

orang ramai boros ...Peraturan kad kredit lebih ketat...kerajaan yang boros....????



DISARANKAN hanya dua kad kredit dipegang oleh pengguna untuk mengekang budaya boros.

KUALA LUMPUR - Kerajaan dijangka mengguna pakai peraturan yang lebih ketat untuk mengekang kemungkinan perbelanjaan besar oleh pemilik kad kredit serta aktiviti spekulatif dalam pasaran hartanah dalam Bajet 2011.

Menurut Kenanga Research, Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka memberi tumpuan dalam menangani hutang isi rumah pada tahun depan bagi menggalakkan perbelanjaan kad kredit secara berhemah.

Menurutnya, langkah baru sewajarnya perlu ada untuk mengehadkan bilangan kad yang boleh dimiliki selain nilai kredit setiap kad yang lebih rendah.

"Bank pusat harus mengehadkan pengguna untuk memiliki hanya dua kad kredit daripada dua bank pilihan masing-masing dan membenarkan pengguna yang pendapatan tahunan melebihi RM24,000 memiliki kad kredit berbanding keperluan minimum sekarang sebanyak RM18,000.

"Bank pusat juga perlu mengurangkan had perbelanjaan sebanyak 1.5 kali gaji bulanan masing-masing (sekarang 2.5-3.0 kali), ditetapkan mengikut budi bicara bank itu bagi pemohon pertama kali," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Bajet 2011 akan dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat ini.

peguam dajjal dan 3 baruanya didakwa

BANTING – Selepas genap sebulan ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya, peguam N. Pathmanabhan serta tiga pekerjanya dibawa ke Mahkamah Majistret Telok Datok di sini semalam bagi menghadapi tuduhan membunuh jutawan kosmetik tersebut dan tiga rakannya pada bulan Ramadan lalu.

Tiga lagi tertuduh yang didakwa bersama N. Pathmanabhan, 41, ialah pekerja ladang milik peguam berkenaan iaitu T. Thilaiyalagan, 19, R. Matan, 20, dan R. Kathavarayan, 30.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh yang kelihatan tenang semasa pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Malaysia untuk Pathmanabhan dan bahasa Tamil untuk tiga yang lain.

Kesemua tertuduh didakwa dengan empat tuduhan yang dibacakan berasingan iaitu membunuh Sosilawati, 47, pemandunya, Kamarudin Shansudin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Lot 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting antara pukul 8.30 malam dan pukul 9.45 malam 30 Ogos lalu iaitu pada hari ke-20 Ramadan.

Mereka berhadapan dengan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Majistret Hurman Hussain menetapkan 16 Disember depan untuk sebutan semula kes setelah membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Ishak Mohd. Yusoff yang memerlukan tempoh dua bulan bagi mendapatkan laporan kimia.

Wednesday, October 13, 2010

16 Dis Sebutan Semula Kes Sosilawati



Banting: Seorang peguam, N Pathmababhan dan tiga yang lain didakwa di Mahkamah Majistret di sini, pagi ini, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, kerana membunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, pemandunya, Kamaruddin Shansudin, 44, peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, pegawai bank CIMB Noorhisham Mohammad, 38.

Tiada pengakuan di rekodkan, sebaliknya keempat-empat mereka mengangguk menyatakan mereka faham selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka.

Pertuduhan terhadap Pathmanabhan, 41, dibacakan dalam bahasa Melayu manakala pertuduhan terhadap tiga yang lain dibacakan dalam bahasa Tamil.




Tiga lagi tertuduh, yang dipercayai pekerja tertuduh pertama, ialah T Thilaiyalagan, 19 tahun, R Matan, 20 tahun, dan R Kathavarayan, 30 tahun.

Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 dibaca bersama Seksyen 34, Kanun Keseksaan, membunuh Sosilawati dan tiga mangsa lain antara jam 8.30 malam dan 9.45 malam, pada 30 Ogos 2010.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Lot no. 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting.

Majistret Hurman Hussain menetapkan 16 Disember ini untuk sebutan semula kes itu bagi mengemukakan laporan kimia.

Terdahulu, tertuduh dibawa masuk ke mahkamah kira-kira jam 8.30 pagi dan mereka dibawa masuk ke kamar Mahkamah Majistret pada jam 8.59 pagi.

Keadaan di perkarangan Mahkamah Majistret Telok Datok juga menjadi tumpuan penduduk setempat dan petugas media yang sudah menunggu sejak sebelum jam 7 pagi.

Perkarangan mahkamah itu juga dikawal ketat oleh anggota polis. -BH





penyamun bacul dan otak lembu...gagal menyamun...pesara di tembak ..!!!



Hulu Selangor: “Saya tergamam sebaik mendapat berita bapa saudara mati ditembak dalam rumahnya. Sungguh kejam penjenayah yang sanggup mengambil nyawanya selepas gagal menyamun mangsa,” kata Zainuddin Mohd Shuhaimi, 40, anak saudara kepada bekas tentera, Saad Johari Yamin, 73, yang mati ditembak di rumahnya, di Kampung Keliang, Kalumpang, dekat sini, malam kelmarin.

Kejadian berlaku pada jam 11.58 malam apabila mangsa cuba menjerit meminta pertolongan setelah rumahnya dimasuki penjenayah ketika dia dan isteri, Enson Rashid, 65, sedang tidur.

Menurut Zainuddin, bapa saudaranya ditembak daripada jarak hanya satu meter di ruang tamu rumah apabila seorang penjenayah menyedari kehadirannya di situ.

Katanya, isteri mangsa yang tidur dalam bilik tersedar selepas tembakan itu, namun mendapati suaminya jatuh dan mati di hadapannya.

“Ketika itu, saya berada di rumah di Shah Alam, dan menerima panggilan telefon daripada isteri mangsa memaklumkan khabar buruk itu.



“Apabila tiba di sini, saya mendapat maklumat lanjut kejadian menyayat hati itu,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menurut Zainuddin, dua anak mangsa iaitu Salmah, 48, dan Abd Aziz, 47, yang tinggal di Keramat dan Wangsa Maju, Kuala Lumpur dimaklumkan kejadian itu turut bergegas ke kampung mereka, jam 2 pagi semalam.

Katanya, lebih memilukan apabila mangsa rebah dengan keadaan bersujud di tempat kejadian itu.

Isteri mangsa yang sukar menerima berita itu masih trauma dan pengsan beberapa kali ketika menatap jenazah suaminya sebelum dikebumikan semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi, berkata suspek mengumpil pintu belakang rumah mangsa.

Katanya, seorang penjenayah menggunakan pistol menembak tepat bahagian dada kiri mangsa sebelum dia rebah dan mati di tempat kejadian.

“Penjenayah bagaimanapun, gagal melarikan harta benda dan wang setelah melepaskan satu das tembakan kepada mangsa,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Katanya, jenazah mangsa dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB), jam 12 tengah malam semalam untuk dibedah siasat.


Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Keliang, jam 2.30 petang semalam.

Pegawai Khas Ahli Parlimen Hulu Selangor, S Yogendran dan Pegawai Tugas-Tugas Khasnya, Anwar Ridhawi Abd Rahim yang melawat keluarga mangsa petang semalam turut menyampaikan sumbangan. -hmetro

Tuesday, October 12, 2010

genap sebulan sosilawati dan 3 rakan mati di bunuh peguam dajal dan gengnya



Semalam (Selasa) genap sebulan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, 47, serta tiga yang lain disahkan mati dibunuh dengan kejam dan penuh tragis di Ladang Gadong, Banting.

Sosilawati bersama pemandunya Kamaruddin Shansudin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting atas urusan pembelian tanah.

Pada 6 Sept, dua kereta iaitu BMW M5 dipercayai milik Sosilawati, ditemui di parkir kenderaan Pangsapuri Angsana, USJ 1, manakala BMW 5 series milik Ahmad Kamil pula dijumpai berhadapan sebuah rumah teres yang terletak berhampiran sebuah hotel di sini.

Misteri kehilangan keempat-empat individu terbabit terungkai pada 12 Sept apabila pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin dalam satu sidang akhbar, mengesahkan kesemua mereka dibunuh dengan kejam sebelum dibakar, manakala abunya dicampakkan ke sebatang sungai berhampiran.

Mohd Bakri berkata ekoran perkembangan terbaru itu, seorang peguam bergelar 'Datuk', adik lelakinya, dua wanita bersama empat yang lain, termasuk pekerja ladang itu, ditahan.

Beliau berkata kesemua suspek mengaku membawa mangsa ke ladang seluas empat hektar itu sebelum dipukul sehingga mati, dan mayat mereka dibakar.

Kesemua mereka yang berusia lingkungan 19 dan 41 tahun, kemudian ditahan reman selama tujuh hari di Balai Polis Bukit Jalil, dengan tangkapan pertama ke atas peguam dan adik lelakinya pada 9 Sept, lima individu lagi pada 10 Sept dan seorang lelaki pada 12 Sept lepas.

Penahanan reman kesemua suspek itu ternyata memberi ruang kepada pasukan forensik melakukan siasatan secara terperinci, termasuk mencari bukti yang boleh menyelesaikan kes berprofil tinggi tersebut.

Antara bahan bukti yang ditemui di Sungai Panchau, Kampung Kanchong Laut dan beberapa lokasi lain adalah tulang-temulang, gelang emas, jam tangan, zink dan rambut, dipercayai milik mangsa.

Pejabat guaman milik Datuk berkenaan turut digeledah bagi mencari bukti penglibatannya dengan kes penipuan yang membawa kepada pembunuhan Sosilawati dan tiga yang lain.

Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar berkata suspek utama siasatan kes pembunuhan itu turut dikaitkan dengan beberapa kes orang hilang, pembunuhan dan jenayah komersial di daerah Kuala Langat.

Beliau berkata suspek utama itu yang turut disiasat berhubung kes kehilangan ahli perniagaan dari Chennai, India, Allal Kanthan Muthuraja yang tiba di negara ini pada 18 Jan lepas.

Khalid berkata peguam tersebut juga disyaki mempunyai kaitan dengan kes pembunuhan seorang wanita di Banting tahun lepas.

Akhbar melaporkan bahawa wanita itu T.Selvi, 44, isteri seorang pemilik bengkel kenderaaan, dipercayai dibunuh ekoran perselisihan faham mengenai urus niaga pinjaman wang yang melibatkan peguam itu.

Beliau berkata polis menerima tujuh laporan jenayah komersial terhadap peguam itu, antaranya kes pecah amanah dan penipuan jual beli tanah sejak 2005, yang melibatkan kerugian sebanyak RM7.1 juta.

Kertas siasatan berhubung kes itu kemudian dihantar kepada Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail pada 21 Sept lepas, namun dipulangkan kepada polis sehari selepas itu, untuk dilengkapkan termasuk menyertakan laporan DNA.

Penahanan reman ke atas semua suspek pula dilanjutkan beberapa kali bagi membantu siasatan berhubung laporan kes kehilangan beberapa individu lain di sekitar daerah itu, yang dikaitkan dengan peguam bergelar Datuk.

Suspek itu turut disiasat bagi kes kehilangan kontraktor dari Sungai Petani, Kedah iaitu Shafik Abdullah, 37, dan seorang rakannya. - BERNAMA

CHECKMATE KATAK ........ Sultan Kelantan lucutkan gelaran 'Datuk' Ibrahim Ali



Istana Kelantan hari ini melucutkan gelaran 'Datuk' yang diberikan kepada presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali.

Selain Ibrahim yang juga ahli parlimen Pasir Mas, gelaran bekas setiausaha kerajaan negeri, Datuk Wan Hashim Wan Daud juga ditarik balik.
Sementara itu, dalam reaksi spontannya, Ibrahim ketika dihubungi oleh Malaysiakini mengesahkan beliau dimaklumkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, pagi ini bahawa DMSK yang membawa gelaran 'datuk'nya itu telah dilucutkan.

Pingat itu dikurniakan oleh Sultan Kelantan ketika itu, Sultan Ismail Petra.

“Saya tidak tahu sebab-sebabnya tetapi pada 7 Oktober lalu, saya ada menziarahi Sultan Ismail di Istana Mahkota. Sejak Sultan Ismail gering dan pulang ke Kelantan, inilah pertama kali saya melawat kerana hubungan peribadi saya amat rapat dengan Sultan Ismail.

Apapun, ia tidak menjadi hal pada saya dan saya terima dengan hati terbuka,” katanya dalam pesanan ringkas SMS kepada Malaysiakini.

Menurut presiden PERKASA itu lagi, taat-setianya kepada Sultan Kelantan sekarang, Tuanku Muhammad V tidak berbelah-bahagi.

“Saya tetap dengan pendirian mempertahankan instiusi raja kerana ia asas perlembagaan negara dan sebahagian daripa budaya Melayu menjunjung kedaulatan raja. Ampun Tuanku,” katanya.

Ibrahim juga menjelaskan beliau masih mempunyai dua lagi darjah yang memabawa gelaran 'datuk' - iaitu DPMS dan DMSM yang diterimanya daripada Selangor dan Melaka.

Warga emas tolak fitnah Umno



Warga emas sekitar Seberang Perai Utara mengatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng serta meminta meneruskan program penghargaan kepada golongan veteran pada masa depan.

Seramai 70 orang warga emas yang datang dari Penaga, Kepala Batas, Bagan, Teluk Air Tawar, Sungai Dua, Tasek Gelugor, Pokok Sena, Lahar Yooi dan kawasan lain turut kesal dengan tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim yang tiba-tiba mengajak mereka mengembalikan RM100 dan RM1,000 untuk para waris jika terdapat kematian warga emas kononnya berpunca dari wang judi.

Bagi mereka, semua itu merupakan mainan politik jahat yang sengaja dibangkitkan oleh Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda Umno, Reezal Merican Naina Merican yang menuduh pemberian wang pada pertengahan tahun ini berpunca dari wang Kelab Lumba Kuda.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir yang juga Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang, Ustaz Saleh Man pula meminta warga emas usah terpengaruh dengan dakyah jahat pembangkang negeri ini yang sudah kehabisan modal.


Beliau berkata, sebenarnya wang itu adalah lebihan perbelanjaan Kerajaan Pakatan Rakyat tahun ini sebanyak RM88 juta dan RM20 juta diperuntukkan kepada warga emas sebagai menghargai pengorbanan mereka terhadap kemajuan Pulau Pinang.

"Wang hasil pemberikan Lumba Kuda memang ada tapi ia tidak dimasukkan pada tabung sumbangan kepada warga emas sebaliknya digunakan untuk Rancangan Anti Kemiskinan (RAK) khas untuk masyarakat bukan Islam, " jelasnya lagi.

Seorang warga emas, Zainab Mat (kanan) dari Butterworth menyifatkan, apa yang diperjelaskan oleh kerajaan negeri cukup meyakinkan bahawa semua itu pembohongan.

"Bila datang mendengar sendiri keterangan yang disampaikan oleh Adun dan Ahli Majlis Seberang Perai (MPSP) baru tahu hal sebenar," ujarnya.


Bekas ahli Umno, Abu Bakar Said (kiri) dari Bagan Ajam pula menambah, di zaman BN tidak pernah berlaku ketua menteri melawat surau atau masjid tetapi berlaku di era kepimpinan Pakatan Rakyat.

"Bila KM sendiri turun padang menziarahi umat Islam di samping memberikan penghargaan warga emas, ia satu peristiwa yang tidak pernah berlaku dalam pentadbiran Barisan Nasional (BN)," tegasnya.

Bagi Sambasivam (kanan) pula, kini baru beliau tahu hal sebenar mengenai perkara itu kerana selama ini mendengar sebelah pihak sahaja.

Sesi penerangan untuk menolak fitnah Umno itu diadakan di Bangunan Datuk Ahmad Badawi disampaikan oleh beberapa orang Adun termasuk Adun Bagan Dalam, Thanasekharan dan Adun Bagan Jermal, Lim Hock Seng.


HD

Ini yang PDRM tarbiahkan pada anggotanya.... Konstabel rogol guru...!!!

Tertuduh didapati bersalah ceroboh bilik anak anggota polis

MIRI: Seorang anggota polis dijatuhi hukuman maksimum penjara 20 tahun dan enam sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam, selepas didapati bersalah merogol anak anggota polis lain di kuarters Ibu Pejabat Polis Marudi di sini, Oktober tahun lalu.

Konstabel Haziq Jumat, 25 yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Marudi, didapati bersalah melakukan kesalahan itu pada jam 4.30 pagi, pada 30 Oktober 2009.

Hakim Awang Krisnada Awang Mahmud ketika menjatuhkan hukuman itu berkata, perbuatan jijik anggota polis itu tidak seharusnya berlaku, apa lagi beliau seorang anggota pasukan keselamatan.

Justeru kata beliau, hukuman berat harus dikenakan terhadap tertuduh sebagai teladan kepada anggota pasukan keselamatan yang lain.

“Hukuman ini wajar dijadikan pengajaran kepada individu lain supaya tidak melakukan perbuatan terkutuk ini terutama di kalangan anggota pasukan keselamatan mahupun orang awam,” katanya.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan.
Mengikut fakta kes, tertuduh menceroboh bilik mangsa yang ketika itu sedang tidur menerusi tingkap dan mengacukan pisau serta mengarahnya membuka seluar, sebelum merogolnya.

Tertuduh ditahan polis selepas mangsa berusia 20 tahun yang bekerja sebagai guru sandaran di sebuah sekolah di sini membuat laporan polis mengenai kejadian itu pada keesokan hari.

Awang Krisnada berkata, selepas mendengar hujah dan fakta daripada pihak pendakwa, mahkamah mendapati pendakwa raya berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Beliau berkata, perbuatan tidak bertanggungjawab tertuduh itu telah merosakkan masa depan mangsa.

BH

ikut jejak bapak ketam... Murid tahun 5 jual air ketum



SEBUAH warung yang didakwa dijadikan tempat menjual air ketum di Kampung Lubuk Lesung, Kemaman semalam.


KEMAMAN - Seorang murid lelaki tahun lima sebuah sekolah di sini kerap ponteng kerana membantu keluarganya mencari wang dengan menjual air ketum.

Kegiatan itu terbongkar apabila dia ditahan sepasukan anggota polis yang membuat serbuan di sebuah warung di Kampung Lubuk Lesung di sini kira-kira pukul 11 pagi kelmarin.

Ketika serbuan, kanak-kanak berusia 11 tahun berkenaan ditemui bersendirian bersama lapan paket air ketum yang dipercayai akan dijual kepada pelanggan di sekitar kampung tersebut.

Ketua Polis Daerah, Supritendan Abdullah Sani Salat berkata, pihaknya menyerbu warung yang terletak di tepi jalan Jerangau-Jabor itu setelah menerima maklumat daripada orang awam.

Katanya, siasatan awal mendapati air ketum itu adalah milik bapa kanak-kanak itu yang sebelum ini pernah ditangkap kerana menjual bahan yang sama.

Selain itu, ujarnya, ibu dan kakak kanak-kanak itu yang berusia 17 tahun juga pernah ditahan kerana kesalahan serupa.

kosmo

Wanita Pertama Negara Maju Tidak Mahu Terbabit Dengan Program Rosmah menghina Permaisuri Agunga



Imej isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang dikaitkan dengan pembunuhan kejam wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu serta dakwaan pembabitan beliau terlibat dalam konspirasi terhadap Ketua Oposisi, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyebabkan kebanyakan Wanita Pertama negara maju menjarakkan diri mereka daripada terlibat dalam Sidang Kemuncak First Ladies anjuran beliau.

Wanita Pertama yang hadir termasuk dari Albania, Afghanistan, Chile, Congo, Gambi Ghana, Guinea Bissau, Iran, Jamaica, Mali, Mauritius, Mozambique, Nigeria, Paraguay, Seychelles, Soerra Leone, Sri Lanka, Sudan dan Zambia

Isteri kepada Datuk Seri Najib Razak itu dikatakan menghina Raja Permaisuri Agung dengan merampas gelaran yang pada sisi Perlembagaan adalah hak Tuanku Nur Zahirah yang selayaknya digelar Wanita Pertama Malaysia.

"Imej beliau di kalangan Wanita Pertama negara Eropah dan Amerika Syarikat sudah tercalar. Mereka tidak mahu dikaitkan dengan beliau yang terpalit dengan bermacam-macam tuduhan yang memalukan negara.

"Yang peliknya bagaimana seorang yang tidak layak memanggil dirinya wanita Pertama atau First Lady dari segi Perlembagaan Persekutuan boleh menganjurkan sidang kemuncak yang mengumpulkan wanita Pertama negara lain walhal beliau sendiri bukan dalam kedudukan itu. Ini amat memalukan imej negara," kata Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Zuraida Kamaruddin ketika dihubungi Suara Keadilan.

Zuraida berkata tindakan Rosmah membelakangkan Tuanku Nur Zahirah dengan 'menyamar' sebagai wanita Pertama adalah sesuatu yang mencerminkan kejelekan peribadi beliau.
Malah acara tiga hari bermula Isnin depan hanya dihadiri oleh 20 Wanita Pertama yan.kebanyakannya datang dari 'dunia ketiga'.

Malah lebih memalukan dakwaan Rosmah yang mengaku sebagai Wanita Pertama Malaysia dipertikai bukan sahaja oleh pakar Perlembagaan dan juga rakyat negara tetapi pernah dibahaskan semasa sidamng Parlimen.

Perkara 32 (2) Perlembagaan Persekutuan dalam Bab 1 berkaitan "Ketua Utama Negara bagi Persekutuan, dan isterinya" jelas dinyatakan, " Isteri Yang di-Pertuan Agong (digelar Raja Permaisuri Agong) hendaklah diberi keutamaan daripada segala orang lain di dalam Persekutuan selepas Yang di-Pertuan Agong".

"Memang kita sudah bawa isu ini di dalam Parlimen dan saya sudah pun membahaskan perkara ini pada sidang yang lepas. Jadi kita akan teliti lagi sekali dan saya akan persoalkan mengapa kerajaan boleh berikan peruntukan dana awam untuk sidang kemuncak ini serta apa peranan dan keperluan penganjuran sidang berkenaan?

"Meskipun telah beberapa kali Rosmah mendapat teguran dan kritikan berhubung sikap beliau yang membelakangi Raja Permaisuri Agong dengan menganggap dirinya sebagai Wanita Pertama negara, namun dia tidak pernah peduli dan ambil kira pandangan dan teguran," tegas Zuraida.

Tambah Zuraida, Rosmah juga masih tidak mahu mengambil iktibar daripada teguran terhadap beliau berhubung isu iklan berwarna dua halaman penuh yang memaparkannya di dalam di New York Times pada April lalu.

Iklan tersebut menyebut ucapan tahniah kepada 'Rosmah Mansor, Wanita Pertama Malaysia' kerana menerima anugerah Keamanan dan Harmoni Antarabangsa 2010.

Apa yang menyedihkan kata Zuraida, Perdana Menteri juga menidakkan peruntukan Perlembagaan sambil menyokong Rosmah mengguna gelaran itu dengan mengatakan, 'Wanita Pertama tidak semestinya adalah Permaisuri'.

"Saya nak tanya Najib, nombor satu tu apa, kalau hanya setakat inilah pengetahuan beliau, dia kena belajar balik ilmu kira-kira," sindir beliau

"Ini jelas menampakkan Rosmah tidak menghirau dan menghormati Perlembagaan sedangkan di negara kita memang tidak pernah wujud istilah 'Wanita Pertama'.

"Malangnya apabila Najib dan Rosmah menguasai pentadbiran negara, mereka guna istilah ini dalam negara yang berkonsepkan Raja Berpelembagaan. Mereka tidak ada mengetahui sejarah negara dan tidak peduli kepentingan Perlembagaan," ujar Zuraida lagi.

Sidang kemuncak itu akan membincangkan perancangan secara bersama mengenai agenda memperkasakan kanak-kanak yang akan menjadi pemimpin masa hadapan.

demi maruah juboq najib yang rabak...SPR Akan Pastikan UMNO/BN Menang Di Galas



Kemenangan dalam PRK Galas sangat diperlukan UMNO. Boleh dikatakan ini adalah ‘turning point’ kepada Najib , samada bagi menentukan tarikh pilihanraya Sarawak dan juga PRU 13 nanti. Boleh dikatakan kejayaan di sini merupakan pembakar semangat kepada Najib terutamanya , juga rakan – rakan pimpinan nya dalam UMNO dan BN.

Tewas bermakna perjalanan selanjutnya bagi diri nya dan partinya menjadi semakin malap , semenjak 08 Mac 2008 hingga kini dan seterusnya menjelang PRU 13 nanti. Sehubungan dengan itu , tidak banyak pilihan bagi Najib , melainkan segala ‘resources’ yang ada perlu digembeling sepenuhnya. Tindakan SPR yang menurut kehendak Najib dengan mengisytiharkan hari mengundi pada 04 Nov , yang merupakan hari bekerja , adalah bertujuan untuk menyekat pengundi – pengundi yang bekerja , samada dalam sektor awam mahupun swasta , samada pekerja setempat mahupun di luar Kelantan dari keluar mengundi.

Langkah yang diambil SPR ini merupakan tindakan paling awal bagi menjamin UMNO/BN menang di Galas. Ini diakui sendiri oleh SPR. Baca selanjutnya di bawah.

Galas: SPR Jawab Nik Aziz Isu Tarikh Mengundi

Oleh ARIFFUDDIN ISHAKPETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membidas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana mendakwa suruhanjaya itu bersifat pilih kasih dan tidak sensitif apabila menetapkan 4 November sebagai tarikh pilihan raya kecil Dewan Undangn Negeri (DUN) Galas.Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, pihaknya mengambil kira pelbagai faktor sebelum membuat apa-apa keputusan berhubung penetapan tarikh penamaan calon ataupun pembuangan undi.

Jelas beliau, keupayaan pengundi berdaftar yang layak mengundi dalam DUN Galas merupakan keutamaan utama yang diberi perhatian oleh SPR.

"Perkara yang paling penting ialah sama ada tarikh yang dipilih itu bersesuaian serta tidak menyusahkan pengundi untuk keluar menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pemilih," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Jumaat.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kekesalan Nik Abdul Aziz yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan berhubung pemilihan tarikh mengundi yang bertembung dengan persidangan DUN negeri yang bermula 1 November depan.

Malah Mursyidul Am PAS itu menganggap SPR tidak menghormati sidang DUN dan seolah-olah sengaja memberi kelebihan kepada Umno.Mengulas lanjut Wan Ahmad berkata, dakwaan bahawa SPR hanya mengambil kira tarikh yang bersesuaian dengan Umno iaitu selepas Perhimpunan Agung yang berlangsung dari 19 hingga 23 Oktober ini adalah tidak benar.

Sebaliknya beliau menegaskan bahawa SPR juga pernah mengambil kira tarikh berlangsungnya Muktamar Tahunan PAS ke-54 yang diadakan pada 2008 iaitu semasa berlakunya kekosongan kerusi Parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang.

"Ini masalahnya... mereka mudah lupa perkara yang SPR lakukan yang berpihak kepada mereka. Sebaliknya mereka akan tuduh kita macam-macam kalau ia berpihak kepada parti lain.

"Kita pernah ambil kira mengenai Muktamar PAS ketika itu, dan kali ini kebetulan Umno mengadakan perhimpunan agung mereka, jadi ia turut diambil kira oleh SPR," katanya.

Selain itu Wan Ahmad berkata, soal tidak menghormati sidang DUN tidak timbul kerana ia hanya melibatkan beberapa pemimpin parti itu."Sidang DUN bukan melibatkan semua pemimpin PAS, ada ramai lagi jentera mereka yang boleh menjalankan aktiviti berkempen.

"Malah kebanyakan aktiviti ceramah diadakan pada waktu malam, jadi mereka yang terlibat dengan sidang DUN boleh mengambil tempat untuk berkempen di waktu malam," katanya. KLIK

um

Monday, October 11, 2010

kemalangan ngeri ....senarai mereka yang terkorban...



Saya melihat ada mayat tanpa kepala dan ada yang putus tangan sebaik turun dari bas selepas kemalangan. Keadaan begitu tragis kerana banyak mayat bergelimpangan,” kata Bohari Saikon, 48, saksi kemalangan ngeri menyebabkan 12 kematian membabitkan dua bas, tiga kereta dan sebuah van di Kilometer 223 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) arah selatan berhampiran Pedas, petang semalam.

Ketika kejadian kira-kira jam 6.50 petang itu, Bohari dan 43 rakannya yang juga bekas tentera menaiki bas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam perjalanan pulang ke Melaka selepas mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam majlis perhimpunan raksasa Persatuan Bekas Tentera Malaysia di Bukit Jalil, jam 2.30 petang.

Beliau berkata, sebaik tiba di tempat kejadian, sebuah bas ekspres dari Melaka tiba-tiba terbabas dan melanggar penghadang jalan sebelum merempuh tiga kereta, sebuah van dari arah bertentangan termasuk bas dinaikinya.

“Bas ekspres itu terbalik merentangi jalan. Pemandu bas yang saya naiki juga parah akibat rempuhan bas terbabit yang mengenai bahagian pemandu,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Katanya, sebaik kejadian, dia dan rakannya turun dari bas untuk membantu menyelamatkan penumpang yang selamat.

“Keadaan begitu menyayat hati apabila saya lihat banyak mayat bergelimpangan. Saya tidak dapat pastikan mangsa yang terbunuh itu menaiki kenderaan apa kerana keadaan bas ekspres, tiga kereta dan van itu remuk. -hmetro


Mangsa terkulai di tingkap van

Sebaik keluar dari kereta, saya terlihat mayat pemandu van putih terjuntai dari pintu tingkap, manakala bas Delima Ekspress pula melintang di tengah-tengah lebuh raya sehingga menutupi ketiga-tiga lorong laluan menuju ke Alor Gajah.
“Selepas itu, saya berlari ke arah bas berkenaan dan terlihat pemandu kenderaan itu mengadu kesakitan akibat tangannya tersepit di stereng. Saya cuba membantu tapi tak berjaya,” kata Md Razel Sarmin, 38, pemandu Honda City yang terselamat dalam kejadian itu.

Ketika ditemui di tempat kejadian, Md Razel berkata sejurus sebelum insiden yang meragut 12 nyawa itu, dia bersama tujuh ahli keluarganya yang lain sedang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Pontian, Johor, apabila bas Delima Ekspress itu tiba-tiba ‘terbang’ dari arah sebelah.

“Saya sempat melihat bas itu merempuh Toyota Hiace, sebelum van itu berpusing beberapa kali. Saya berjaya mengelak dari terkena bas itu, namun tetap tergesel dengan van berkenaan.

“Sejurus selepas itu, saya terus menghentikan kereta dan meminta semua tujuh ahli keluarga lain keluar. Selepas itu, baru saya perasaan terdapat banyak mayat bergelimpangan di atas permukaan jalan,” katanya.

Seorang lagi saksi kejadian, Abdul Hamid Hassan, 55, pesara tentera dari Taman Rambai Jaya, dekat sini, yang turut terselamat dalam kejadian itu berkata, sejurus sebelum kemalangan itu, dia sedang tidur.
Abdul Hamid yang duduk di bahagian depan bas berkata, dia hanya tersedar apabila bas berkenaan berhenti secara mengejut.

“Sebaik membuka mata, saya terperanjat apabila melihat sebuah bas sedang melintang di tengah jalan dan ketika itu juga pemandu bas kami cuba mengelak. Bagaimanapun, bas tetap terlanggar bahagian belakang kenderaan itu.

“Saya dimaklumkan tiga rakan kami termasuk seorang wanita yang sedang mengandung cedera dan terpaksa dikejarkan ke hospital,” katanya sambil mengakui turut melihat dua mayat terbaring di atas jalan termasuk satu tanpa kepala.-BH


Lokasi : Kawasan Angin Lintang, sebelum Restoran Jejantas (jika ke Selatan).

Punca : Sebuah bas berwarna merah. (Ekspress Delima)

1. Bas tersebut ke utara, di lorong laju
2. Lorong ke utara penuh dengan kenderaan
3. Depan, belakang dan tepi bas ada kenderaan
4. Saksi kata dia nampak bas terhoyong-hayang. Saksi melajukan kenderaan kerana memang mengagak sesuatu yang buruk berlaku.
5. Kecuali Honda Accord di belakang saksi, semua kenderaan sarat dengan keluarga
6. Ketika saksi dan bas tersebut berselisih, bas tersebut sudah miring (tilted) ke kiri.
7. Bas tersebut merempuh masuk (dalam keadaan sudah miring 90 darjah) ke lorong ke selatan dan terus melintang jalan.
8. Dari cermin pandang belakang kelihatan asap memenuhi jalan. Apa-apa yang di belakang (immediately beyond) bas tersebut tidak kelihatan (not visible)
9. Saksi sempat terlihat objek berwarna hitam terpelanting akibat dirempuh muncung bas. Mungkin kereta (mungkin!).



















Senarai nama mangsa terbunuh dalam kemalangan ngeri

MELAKA - Berikut adalah nama 12 mangsa yang terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan dua bas, sebuah van dan tiga kereta di Kilometer 223, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran plaza tol Simpang Ampat dekat Rembau, petang semalam.

Polis melaporkan mereka terdiri daripada sembilan rakyat tempatan dan tiga warga Myanmar.

Mangsa tersebut ialah:


Pemandu bas ekspres
1)R. Ramachandra, 52, dari Kampung Tengah, Klebang Besar;
Penumpang bas ekspres
2) Muhammad Farizuddin Talib, 19, dari Balai Panjang, Malim;
3) Azizi Ajis, 19, dari Kampung Japis, Nyalas;
4) Norazmi Abdul Karim, 24, dari Kampung Pondok Kempas, Selandar;
5) Sharene Sofia Fadzry Tan, 18, dari Semabok Perdana;
6) Nur Shafika Baba, 29, dari Pokok Mangga

Tiga lelaki warga Myanmar
7) Pau Khan Tual, 21;
8) Kam Khaw Tual, 28
9) Cin Thawa Tuang, (umur tidak diketahui),
(kenderaan yang mereka naiki belum disahkan).

10) Pemandu van, Goo Chuan Heng, 34, dari Taman Maju, Batu Pahat,
11) Pang Shi Moei dari Taman Segar, Segamat, 57,
12) Eng Sok Kuan dari Kuala Lumpur, 52 (belum disahkan kenderaan yang dinaiki). - Bernama

Sunday, October 10, 2010

alahai betina melayu bohsia...dengan negro@afrika pun sanggup hang di tibai....

Gadis 21 tahun dicekup berkhalwat lelaki Negro

AMPANG: Seorang gadis berusia 21 tahun dicekup Pegawai Masjid Al-Azim, Pandan Indah dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kerana disyaki berkhalwat dengan seorang lelaki Negro di salah sebuah pangsapuri di Bandar Baru Ampang, awal pagi semalam.

Pekerja di salah sebuah hotel itu ditahan di sebuah bilik sewa gadis itu pada kira-kira 4.30 pagi bersama pasangannya.

Operasi tersebut dijalankan setelah Pegawai Masjid Al-Azim, Ahmad Nawi Osman menerima maklumat orang awam mengenai kehadiran lelaki berusia dalam lingkungan 28 tahun itu di rumah berkenaan dan sekumpulan anggota penguat kuasa bergegas menyiasat.

Ahmad Nawi berkata, beliau dimaklumkan anggotanya mengetuk pintu bilik sewa tersebut lima hingga 10 minit sebelum dibuka lelaki berkenaan.

“Lelaki yang hanya berseluar dalam itu kelihatan terkejut dan memberitahu anggota operasi bahawa hanya dia seorang yang tinggal di bilik tersebut. Anggota penguat kuasa terus membuat siasatan dan mendapati, seorang gadis berpakaian lengkap dan berseluar pendek yang pada ketika itu cuba menyembunyikan diri di beranda pangsapuri berkenaan,” katanya.

Menurutnya, berdasarkan siasatan awal, pasangan itu tidak mempunyai apa-apa hubungan suami isteri, malah difahamkan, mereka tinggal bersama kira-kira enam bulan.

“Gadis bersama pasangannya itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya untuk kami membuat laporan dan seterusnya, mengarahkan gadis terbabit hadir ke pejabat Jais untuk tindakan lanjut.

“Kami menjalankan operasi ini di bawah Seksyen 29, Enakmen Jenayah Syariah Jais 1995. Jika disabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Sebelum itu, Pegawai Masjid Al-Azim menjalankan Operasi Cegah Maksiat bersama-sama Jais yang bermula 12.30 hingga 6 pagi itu memberi fokus di beberapa kawasan tumpuan memadu kasih bersama teman masing-masing seperti di Bukit Langat, Bukit Permai.

Mereka turut memantau beberapa kawasan sekitar Pandan Indah, Pandan Jaya dan Ampang.

“Kami juga menahan sepasang kekasih berusia 19 dan 20 tahun yang didapati sedang asyik berpeluk ketika berjalan di kawasan sekitar Pandan Indah. Pasangan tersebut antara 70 remaja ditahan dalam operasi di beberapa lokasi berasingan,” katanya.

Ahmad Nawi berkata, pihaknya mengambil maklumat semua remaja terbabit dan pada masa sama, mereka juga harus menghadiri sesi kaunseling di Masjid Al-Azim Pandan Indah.

“Tindakan tegas akan diberikan jika pasangan ditahan ingkar dan tidak menghadiri sesi kaunseling tersebut.

“Operasi ini dijalankan di bawah Seksyen 31, Enakmen Jenayah Syariah Jais 1995 dan jika disabit bersalah, boleh didenda RM1,000 atau enam bulan penjara. Kami tidak teragak-agak menyerahkan mereka kepada Jais untuk dikenakan tindakan lanjut apabila didapati melakukan perbuatan sama berulang serta ingkar menghadiri sesi kaunseling tanpa alasan kukuh. Sesi kaunseling dijangka akan dilaksanakan pada esok (hari ini),” katanya.

Menurutnya, pada masa sama, pihaknya turut berjaya menahan tiga pondan di sekitar Pandan Indah.

“Kami mengarahkan ketiga pondan ini menghadiri sesi kaunseling yang diadakan pada hari esok. Kami menjalankan operasi ini di bawah Seksyen 30, Enakmen Jenayah Syariah Jais 1995 dan jika didapati bersalah, boleh didenda RM1,000 atau enam bulan penjara,” katanya. -SH

kemalangan dasyat 1 malaysia...12 maut, lebih 40 cedera nahas bas ekpress di Melaka



REMBAU: Seramai 12 orang maut dan lebih 40 lagi cedera dalam satu kemalangan membabitkan dua bas, sebuah van dan tiga kereta di Kilometer 223, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran plaza tol Simpang Ampat di sini, petang tadi.

Polis berkata, kejadian berlaku pada kira-kira jam 6.40 petang apabila sebuah bas ekspres yang menuju ke Kuala Lumpur, gagal dikawal lalu melambung dan memasuki laluan bertentangan.


Bas terbabit kemudian melanggar sebuah van dan menghempap dua kereta lain sebelum melanggar bahagian tepi bas Jabatan Kebajikan Masyarakat yang menuju ke selatan.
Sebuah kereta lagi turut terbabit dalam kemalangan itu, namun pemandu dan penumpangnya selamat.

Setakat ini, kesemua mangsa belum dapat dikenal pasti.

Semua mangsa yang meninggal dunia dan cedera dihantar ke tiga hospital berasingan iaitu Hospital Tampin, Hospital Tuanku Ja'afar dan Hospital Melaka.

Kemalangan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk di kedua-dua hala. - BERNAMA

Tahniah 1 monggolia....oppps...1 Malaysia...Emas Dari Skuad Menembak

Tembakan emas!




PINGAT emas keenam negara - sesuatu yang tidak dijangkakan - menyusul daripada acara menembak menerusi gandingan Nur Suryani Mohd Taibi dan Nur Ayuni Halim semalam buat mendekatkan sasaran kontinjen negara dengan sasaran 10 emas pada edisi Sukan Komanwel XIX, kali ini.

Dua gadis itu tidak terbayang kejayaan bakal dilakar dalam acara 10 meter air rifle berpasangan ketika terus ‘bersembunyi’ dalam bilik persalinan sejurus selepas menamatkan acara mereka di Lapang Sasar Dr Kami Singh.

“Saya dan Ayu masuk bilik dan tukar baju. Kami tidak mahu keluar kerana perasaan kami penuh gementar memikirkan apakah kesudahan cabaran kami ketika hanya berfikir boleh menang perak saja,” kata Suryani.

“Apabila kami keluar, pegawai pasukan menjerit-jerit ke arah kami - “Kamu menang emas, kamu menang emas. Saya dan Ayu seperti tidak percaya dan memeluk sesama sendiri. Ini adalah pencapaian terbaik kami berdua sepanjang kerjaya menembak.”

Suryani melakukan bidikan yang memberi 398 mata manakala Ayuni - yang kurang sihat kerana sakit perut semalam - melakukan 395 bagi jumlah terkumpul 793 mata untuk menewaskan pasangan Singapura, Jasmine Ser Xiang Wei-Cheng Jian Huan dengan kelebihan tiga mata. Gangsa menjadi milik Shihur Suma Siddharth-Kavitha Yadav dari India, 785.

Ia adalah emas pertama daripada skuad menembak di New Delhi sejak kejayaan Nurul Huda Baharin pada edisi 1998 di Kuala Lumpur.

Ayuni, 20, dari Kuantan yang membuat kemunculan pertama di temasya ini, mendedikasikan pingat kejuaraan ini kepada arwah neneknya, Zaharah Yusof yang meninggal dunia tahun lalu.

“Nenek kata nak tengok aksi saya di televisyen dan minta saya berlatih baik-baik dan menang. Saya sedih dia sudah tiada lagi melihat kejayaan cucunya,” katanya yang bertekad memburu satu lagi pingat dalam acara individu, hari ini.

Suryani, 26, dari Ipoh yang melakukan catatan peribadi terbaik, menyuarakan rasa gembira selepas berjaya memperbaiki pencapaian dua gangsa di Melbourne 2006 dan seperti Ayuni, mahu memburu satu lagi kejayaan dalam acara individu, hari ini.

“Perasaan takut seperti sudah hilang kerana emas ini memberi keyakinan baru,” katanya yang berterima kasih kepada sokongan keluarga, khususnya, ayahnya Mohd Taibi yang menjadi pendorong kejayaannya. -BH

Popular Posts

akhbar on line

Your Ad Here