cari maklumat di sini

Your Ad Here

Saturday, May 22, 2010

bagus....dah belasah dan tembak orang awam sesuka hati...sekarang polis belasah polis pulak...bravo...!!!!

Suami polis belasah isteri polis di Malaysia.

ini kisah bukan di Amerika Syarikat, bukan di Iraq, bukan di Palestin, bukan di Zimbabwe atau Mongolia tapi di Malaysia. Seorang anggota polis wanita yang sarat mengandung tujuh bulan cedera dibelasah suaminya yang juga seorang anggota polis.

Kes sebegini sudah menjadi lumrah sekarang. Bukan keluarga polis sahaja ada kes gaduh suami isteri. Keluarga tentera pun ada belasah suami isteri . Keluarga UMNO pun ada belasah suami isteri. Keluarga PAS pun ada belasah suami isteri. Keluarga PKR pun ada belasah suami isteri. Keluarga Jabatan Agama pun ada belasah suami isteri

Janganlah nak salahkan sesiapa, kerana masyarakat kita sudah hilang punca. Solat jemaah di masjid dan surau bukan jadi keutamaan. Al Quran dan Hadith bukan jadi panduan. Ulamak yang zuhud bukan jadi rujukan.


Biarkanlah polis melakukan tugas mereka secara professional. Ahli politik , ahli perniagaan dan sebagainya, janganlah guna polis ini untuk kepentingan peribadi dan kuasa. Polis banyak kerja lain nak buat, yang penting sekali mencegah jenayah.



SUAMI BELASAH ISTERI SARAT

Harian Metro 22 Mei 2010


Pasangan polis hadapi krisis rumah tangga gaduh di restoran



ALOR SETAR: Seorang anggota polis wanita yang sarat mengandung tujuh bulan cedera dibelasah suaminya yang juga seorang anggota polis dalam satu pergaduhan dipercayai bermotifkan cemburu di Simpang Empat, dekat sini, Isnin lalu. Sumber berkata, pergaduhan itu berlaku apabila mangsa yang berusia lingkungan 20-an terserempak dengan suaminya yang juga anggota pasukan pancaragam Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) bersama seorang wanita di sebuah kedai makan di pekan itu. “Mangsa yang berang memarahi suaminya menyebabkan beliau memukulnya bertubi-tubi tanpa belas kasihan.

“Akibat kejadian itu mangsa cedera di beberapa bahagian badan, termasuk muka, tangan dan kaki. Seluar mangsa juga terkoyak di bahagian lutut dipercayai terjatuh ketika mereka bergaduh.

“Mangsa kemudian mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), " katanya di sini, semalam.

Katanya, pasangan suami isteri itu dipercayai tinggal berasingan sejak beberapa bulan lalu berikutan mempunyai masalah rumah tangga dan sering bergaduh.

Mangsa kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Abdul Ghaffar Rajab ketika dihubungi mengesahkan mangsa membuat laporan polis pada keesokannya.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut kerana siasatan masih dijalankan.

PAS tak bekerjasama dengan parti lebih kuat




Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata PAS tidak akan bekerjasama dengan Umno kerana parti lawan itu lebih kuat daripadanya.

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata pengalaman lepas juga mengajar PAS agar tidak mengulangi kesilapan bekerjasama dengan Umno sebelum disingkir daripada kerajaan Barisan Nasional (BN).

“...kita ditendang begitu sahaja apabila kita tidak diperlukan. Pengalaman itu sudah cukup memberi pengajaran kepada kita, kita tidak akan bekerjasama dengan mana-mana parti yang lebih kuat daripada kita,” kata Nik Abdul Aziz pada kuliah mingguannya, di sini hari ini.

Nik Abdul Aziz (gambar) berkata PAS mempertimbangkan faktor kekuatan setara itu berasaskan prinsip ‘menang-menang’ yang hanya boleh dicapai jika kedudukan kedua-dua parti sama kuat.

“Islam mengajar supaya kita bekerjasama dengan pihak lawan, jika kedudukan kita sama kuat barulah kerjasama itu mencapai matlamat, kalau tidak kita mudah ditindas,” katanya.

Beliau juga mempertahankan kerjasama PAS dan DAP yang disifatkannya telah banyak membantu masyarakat Cina memahami Islam dan tidak lagi menganggap masyarakat Islam sebagai golongan ekstremis.

DAP juga katanya menerima Islam sebagai asas perjuangan PAS. — Bernama

puaka laki bini mula lawatan sambil berjoli sakan 2 hari di singapura

Najib tiba di Singapura mula lawatan 2 hari



Najib (kiri) bersama Lee menghadiri sebuah sidang akhbar di Istana di Singapura,

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tiba di sini malam tadi untuk memulakan lawatan dua hari ke Singapura.

Najib akan mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatannya Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong ketika majlis jamuan malam di Pulau Sentosa hari ini dan menghadiri pemukiman pemimpin di Hotel Shangri-La esok.

Perdana Menteri, yang diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor, tiba di sini dengan menaiki kereta dari Johor Baru selepas menghadiri beberapa majlis di Johor sepanjang semalam.

Ketibaan Najib di Hotel Shangri-La di sini disambut oleh Menteri Pembangunan Negara Singapura Mah Bow Tan.

Ketika pemukiman pemimpin itu, kedua-dua perdana menteri dan beberapa anggota Kabinet mereka dijangka membincangkan langkah untuk meningkatkan kerjasama dua hala dan bertukar pendapat mengenai perkembangan serantau.

Antara menteri Malaysia yang mengiringi Najib pada pemukiman itu ialah Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman. — Bernama

sempena hari guru....cikgu bagi hadiah penampar kepada murid....syabas cikgu....!!!!

'Cikgu bagi penampar'


'Cikgu bagi penampar'

ALOR SETAR: Hanya kerana berebut buku dengan rakan sekelas, seorang murid tahun tiga sebuah sekolah rendah di Mergong di sini mendakwa menerima ‘penampar Jepun’ daripada guru muziknya sehingga tulang hidungnya retak dan berdarah, Selasa lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, hidung Muhammad Naim Sofwan Rosly mengalami pendarahan sehingga Rabu, selain mukanya turut bengkak terutama di kening kirinya.

Mangsa yang berusia sembilan tahun juga mendakwa pernafasannya tersekat akibat tamparan kuat itu.

Ketika ditemui selepas mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, Muhammad Naim Sofwan atau nama manjanya ‘Boboy’ berkata, kejadian berlaku secara tiba-tiba kira-kira jam 12.30 tengah hari, Selasa lalu.

Anak ketiga daripada lima beradik itu mengaku berebut buku dengan seorang rakannya yang sepatutnya dihantar kepada guru berkenaan yang naik minyak lalu menamparnya dua kali.

Berikutan sakit dan pening, Muhammad Naim yang mendakwa sakit serta pening, diberi amaran oleh guru berkenaan supaya tidak memberitahu ibu bapanya mengenai kejadian itu dan setibanya di rumah, dia terus tidur sehingga petang.

Sementara itu, datuk mangsa, Ismail Din, 55, berkata, dia mendapati Boboy masih tidur apabila dia sampai dari Kelantan kira-kira jam 7.30 malam di Rumah Pangsa Seberang Terus di sini.

Katanya, ketika mengejutkan cucunya itu, dia ternampak tompokan darah pada baju sekolah cucunya dan selepas dipujuk, Boboy memberitahu apa yang berlaku.

“Ketika itu abang sulungnya yang berada di tahun enam sekolah sama, Mohd Naim Sofwan, memberitahu dia dipanggil guru berkenaan ke kelas adiknya ketika Boboy ke tandas untuk mencuci darah.

“Guru lelaki berkenaan memberitahu Naim bahawa adiknya buas dan meminta kejadian yang berlaku itu tidak diceritakan kepada sesiapa,” katanya.

Menurutnya, berikutan tidak puas hati, dia membawa Boboy ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar kira-kira jam 8.30 malam kelmarin untuk membuat laporan sebelum dirujuk ke HSB pada malam sama.

Sementara itu, Ismail berjumpa dengan guru besar sekolah cucunya yang kemudian segera melawat Boboy di rumah, pagi kelmarin.

“Guru Besar memaklumkan dia tidak tahu mengenai kejadian itu dan berjanji untuk menyiasat,” katanya.

Bala ...beri keterangan kepada SPRM tapi jangan di banggungan tinggi....naya kamu nanti..!!!!

Bala sedia beri keterangan kepada SPRM

SHAH ALAM – Penyiasat persendirian, P Balasubramaniam berkata, beliau sudah bersedia memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di London untuk membantu siasatan kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Sebelum ini beliau menolak cadangan SPRM supaya beri keterangan di Bangunan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura.

Bagaimanapun, Bala mahukan keterangan itu nanti diadakan mengikut terma yang dipersetujuinya termasuk mengadakan rakaman audio-visual serta diberikan salinan semua dokumen yang akan ditandatanganinya.

Dalam kenyataan media yang diserahkan peguamnya, Americk Sidhu, SPRM dikatakan belum memberi maklum balas walaupun sebulan berlalu selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz membuat kenyataan berhubung kesediaan Bala

kecoh sebelanga MIC....GAS Mugilan untuk jatuhkan Samy

Bekas timbalan ketua pemuda MIC V Mugilan - yang baru dipecat - hari ini melancarkan gerakan besar-besaran, dinamakan GAS atau Gerakan Anti-Samy Vellu bagi menjatuhkan presidennya.

Menurut Mugilan, beliau akan memimpin perhimpunan melawan Samy Velly di Kuala Lumpur pada 30 Mei ini, kemudian diikuti di negeri-negeri lain.

Bercakap dalam sidang media di Petaling Jaya, Mugilan terus mengkritik kepimpinan Samy Velly yang didakwanya puca kegalan MIC dan masyarakat India.

Beliau menjangkakan 7,000 orang akan menyertai perhimpunan pada minggu depan itu, "termasuk beberapa pemimpin kanan MIC yang telah dipecat Samy".

"Kita pernah guna kayu api, hari ini kita guna gas.

"Tetapi kalau ada orang yang ketinggalan zaman mahu gunakan kayu api, saya tidak tahu hendak kata apa," katanya disambut gelak-ketawa pemberita yang hadir.

Judi berlesen tidak halang judi haram



Pas kesal terhadap kenyataan kerajaan bahawa judi bola sepak Piala Dunia 2010 secara haram akan lenyap dengan adanya judi bola sepak berlesen.

Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, pendirian kerajaan itu disokong Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin bahawa polis sudah mengenal pasti suspek dan lokasi sindiket judi bola sepak tanpa lesen.

Beliau berkata, ini bermakna sindiket perjudian tanpa lesen itu akan terus bergiat walaupun judi bola sepak berlesen diluluskan kerajaan.

"Ini menunjukkan kenyataan kerajaan sebelum ini meleset, kerana sebenarnya yang dapat disimpulkan ialah kerajaan dan Umno tidak mendapat apa-apa sumbangan dari sindiket perjudian tanpa lesen,” katanya.

Beliau juga mempertikaikan mengapa polis juga bersetuju dengan pemberian lesen judi bola sepak walaupun ianya akan memberi kesan buruk kepada masalah sosial dalam negara seperti jenayah rompak, ragut dan bunuh.

”Bertambahnya kegiatan judi melalui sukan bola sepak akan menyebabkan rakyat jadi malas kerana bergantung pada nasib dan akan lahir ramai penganggur yang hanya mengharapkan wang daripada berjudi, keruntuhan institusi keluarga juga akan meningkat,” katanya.:

Pada 11 Mei lalu, Kementerian Kewangan secara rasminya meluluskan lesen judi bola sepak Piala Dunia 2010 mulai Jun ini kepada Kumpulan Berjaya.

Sehubungan itu, pertaruhan secara sah boleh dilakukan sebelum kejohanan bola sepak Piala Dunia itu bermula nanti.

Kanak-kanak maut ditimpa singki

PETALING JAYA – Hajat seorang kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun untuk menikmati juadah makan tengah hari bersama ibunya, tidak kesampaian setelah maut ditimpa singki seramik di dalam bilik air rumahnya di Lembah Subang dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, Mohamad Rusydi Asyraaf Mohd Azrul Fahsha sedang mandi selepas pulang dari sekolah di Sekolah Rendah Bukit Bintang 1.

Mohamad Rusydi Asyraaf dikatakan tergelincir dan cuba berpaut pada singki berkenaan namun singki itu tercabut lalu menimpa kaki anak sulung daripada tiga beradik itu.

Ibunya, Rosilah Alam, 28, berkata, ketika itu dia sedang makan di dapur sambil menunggu anaknya selesai mandi.

Katanya, tidak lama kemudian, dia terus berlari ke bilik air setelah mendengar jeritan anaknya memanggil ‘mama-mama, sakit’.

“Saya gagal membuka pintu bilik air kerana berkunci dan terus meminta bantuan jiran untuk memecahkan pintu bilik air.

“Apabila pintu dipecahkan, saya terkejut melihat anak saya tersandar pada dinding dalam keadaan paha kanan terkoyak dan berlumuran darah serta singki seramik pecah berderai,” katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara, semalam.

Rosilah berkata, dia bersama suami, Mohd Azrul Fahsha Abd Latif, 31, redha dengan kematian anaknya itu selepas dimaklumkan doktor di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) kira-kira jam 9 malam.

“Kami tiba di bilik kecemasan PPUM kira-kira jam 3.30 petang di mana anak saya yang berkeadaan pucat akibat kehilangan darah hanya menjalani proses pengimbasan.

“Sewaktu itu kami diberitahu tiada doktor pakar dan proses pembedahan hanya boleh dilakukan sekiranya anak saya dalam keadaan stabil,” katanya sambil memberitahu urat utama salur darah kaki anaknya putus.

Menurutnya, dua jam selepas itu barulah anaknya dibawa ke bilik bedah dan kira-kira jam 8.30 malam, doktor memberitahu anaknya stabil namun disahkan meninggal dunia setengah jam kemudian.

“Saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang kerana terkilan pihak hospital lewat melakukan rawatan dan tidak memberitahu keadaan sebenar anak saya,” katanya.

Bayi lelaki 9 bulan maut terjatuh tingkat tiga

PETALING JAYA 22 Mei – Seorang bayi lelaki berusia sembilan maut setelah terjatuh dari tingkap bilik tidur rumahnya yang terletak di tingkat tiga sebuah kuarters pendidikan USJ 6, di sini awal pagi tadi.

Mangsa, Adam Haikal Mohd. Rostam yang terhempas di longkang kuarters itu mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia dalam kejadian pada pukul 6.30 pagi tersebut.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar mengesahkan kejadian berkenaan. – Utusan

rasuah di jalan....rasuah di pejabat...akhirnya polis nie terjerat

Polis didakwa palsukan dokumen

SHAH ALAM - Seorang polis berpangkat Asisten Superitendan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, atas tuduhan menggunakan dokumen palsu sebagai tulen bagi membuat kerja-kerja pembaikan di stor bekalan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, bernilai RM5,995, lima tahun lalu.

Tertuduh, Samsudin Sirat, 54, dituduh melakukan kesalahan itu pada Februari 2005 di Pejabat Cawangan Logistik Bekalan IPK Selangor, Seksyen 15, di sini, sedangkan kerja-kerja tersebut tidak dilaksanakan.

Mengikut kertas pertuduhan, Samsudin yang kini bertugas sebagai Ketua Bahagian Pengurusan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras, Kuala Lumpur didakwa dengan tiga pertuduhan membabitkan perbuatan menggunakan dokumen palsu sebagai tulen iaitu surat sebut harga dan invois milik Deng Engineering & Trading bertarikh 7 Januari 2005 dan 14 Mac 2005 bagi pertuduhan pertama dan kedua.

Bagi kedua-dua pertuduhan itu, dia didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan (Akta 574) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 465 kanun sama.

Bagi pertuduhan ketiga, bapa kepada empat orang anak itu dituduh membuat tuntutan palsu bagi kerja-kerja pembaikan di stor bekalan IPK Selangor sedangkan sebenarnya kerja itu tidak dilaksanakan oleh Deng Engineering & Trading.

Samsudin didakwa melakukan kesalahan itu di bawah Seksyen 11 (c) Akta Pencegahan Rasuah 1997 (Akta 575) dan jika sabit kesalahan, dia boleh dihukum di bawah Seksyen 16 akta sama.

Tertuduh mengaku tidak bersalah bagi ketiga-tiga pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim, Mat Ghani Abdullah.

Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ng Siew Wee menawarkan tertuduh diikat jamin RM8,000.

Peguam, M K Thas merayu jumlah itu dikurangkan kepada RM5,000 dengan alasan anak guamnya mendapat gaji bersih RM3,400 sebulan dan perlu menanggung empat anak yang masih bersekolah.

Thas juga meminta mahkamah mempertimbangkan kerjasama penuh diberikan oleh Samsudin sepanjang siasatan dijalankan.

Mat Ghani membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM6,000 dengan seorang penjamin selain menetapkan 16 Jun untuk sebutan semula kes dan 11 hingga 15 Oktober untuk perbicaraan ketiga-tiga tuduhan itu.

sh

Kumpulan Facebook lukis wajah Nabi cetus kemarahan




JEDDAH – Penganut Islam seluruh dunia mengecam keras Facebook berikutan kewujudan kumpulan baru dalam laman web jaringan sosial itu yang membenarkan orang ramai melukis wajah Nabi Muhammad.

Kumpulan itu menggalakkan pengguna Facebook mengirimkan imej Nabi Muhammad yang dilukis mereka sebagai tanda bantahan terhadap ancaman bunuh diterima oleh penerbit rancangan animasi, South Park.

Bagaimanapun, kartunis Amerika Syarikat (AS), Molly Norris kemudian muncul menyatakan kekesalan atas tindakannya mewujudkan halaman itu.

Halaman yang mempunyai 43,000 ahli itu mencetuskan kemarahan pengguna terutama dalam kalangan penganut Islam.

Pada bulan lalu, penerbit South Park, Matt Stone dan Trey Parker menerima ugutan bunuh selepas memaparkan watak Nabi Muhammad memakai kostum beruang dalam episod ke-200 rancangan itu.

Friday, May 21, 2010

'Penyelewengan RM100b Dr M disokong bukti'

Barry Wain yakin 100 peratus dengan ketepatan fakta dalam bukunya Malaysian Maverick: Mahathir in Turbulent Times yang merekodkan kepincangan pentadbiran mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Wain berkata, semua maklumat tersebut, termasuk dakwaan penyelewengan berjumlah RM100 bilion oleh Dr Mahathir itu disokong oleh bukti.

Beliau juga mengarang buku itu dengan memasukkan pandangan Dr Mahathir bagi menyeimbangkan dakwaan yang dikemukakan.

Antaranya adalah kerugian melalui Perwaja Steel, yang didakwa Dr Mahathir "hanya RM1 hingga RM2 bilion," bukannya antara RM15 hingga RM20 bilion seperti ditulis oleh Wain.

"Dr Mahathir mempunyai memori singkat. Menteri kewangannya sendiri mengemukakan satu laporan audit oleh Pricewaterhouse (Cooper) di Parlimen pada pertengahan 1990-an. Kerugian pada masa itu, saya rasa berjumlah RM9.5 bilion dan ianya makin bertambah selepas itu.

"Dia tidak akan senang hati apabila diingatkan tentang perkara ini, tapi itulah kehidupan... Selagi saya (menulis dengan) seimbang kepada dia, dan saya telah terbitkan pandangan dia," kata Wain dalam satu wawancara khas dengan Malaysiakini semalam.

Dr Mahathir juga sebelum ini menafikan dakwaan Wain bahawa bangunan ibu pejabat Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dibina dengan dana awam.

"Saya ada satu salinan akaun Umno yang diaudit, termasuk dana politik rahsia dan ia menunjukkan dengan jelas, mereka ada berpuluh juta di dalam akaun ketika (Daim Zainuddin) mengambil alih," katanya lagi.

Tambahnya, beliau juga menemuramah banyak sumber untuk buku tersebut bagaimanapun tidak memasukkan kesemuanya sekali.

"100 peratus (yakin), kesemua fakta adalah benar. Tidak ada satu pun kesalahan dalam buku tersebut.

"Sehingga hari ini, ia telah diulas boleh ahli ekonomi di Australia, Hong Kong dan (ahli ekonomi) di rantau ini termasuk Thailand.

"Ada satu ulasan di Malaysia, dalam talian, yang menulis satu fakta salah yang saya terpaksa ulas, untuk jelaskan bahawa orang yang menulis ulasan tersebut telah membuat kesalahan fakta berhubung kesan pilihan raya 1969, antara lainnya," katanya lagi.

Wain berada di negara ini sehingga minggu depan untuk mempromosikan bukunya itu yang bakal diulang cetak kali keenam dan diterjemahkan ke bahasa Melayu dan Cina.

Mengapa Najib takut siasat dakwaan Barry Wain

Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad (gambar) kesal kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menghalang usaha rakyat menuntut satu Suruhanjaya Diraja dibentuk bagi menyiasat dakwaan Barry Wain.

Semalam, Barry Wain mempertahan fakta bukunya Malaysian Maverick: Mahathir in Turbulent Times dan turut menyatakan beliau mempunyai bukti yang kuat bahawa Mahathir telah menyelewengkan wang negara lebih dari RM100 bilion.

Disember tahun lepas Najib menyebut: "Tak wajar dicadangkan Suruhanjaya Diraja ditubuhkan semata-mata kerana ada orang menulis sebuah buku. Apa yang penting ialah bagi kita melihat masa depan. Semua perdana menteri telah memberi sumbangan yang besar. Jika tidak, Malaysia tidak akan menjadi maju seperti sekarang sehingga dianggap sebagai satu contoh”.

“Ini adalah satu alasan yang cuba melindungi Mahathir dan kepentingan Umno. Najib bersubahat dalam hal ini begitu juga mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi kerana mereka turut menyambung legasi penyelewengan Mahathir,” kata Idris.

Sehingga kini, katanya Umno gagal menyangkal dakwaan Wain bahawa bangunan PWTC yang mereka duduki sekarang adalah hasil dari wang rakyat yang diselewengkan.

Malah, tambahnya dakwaan Wain bahawa ketika Daim menjadi Menteri Kewangan terdapat satu akaun dana politik khas diperuntukan untuk Umno bernilai puluhan juta juga tidak dinafikan oleh mana-mana pemimpin Umno.

“PAS persoalkan kenapa Najib begitu takut untuk membenarkan hal ini disiasat oleh Suruhanjaya Diraja?” soalnya.

Menurutnya, rakyat menghargai sumbangan Mahathir, tetapi itu bukan alasan untuk menyembunyikan fakta penyelewengan yang telah dilakukan dan disambung oleh pemimpin selepasnya.

Beliau menambah, rakyat menuntut satu Suruhanjaya Diraja dibentuk bagi menyelamatkan wang negara daripada terus diselewengkan oleh Umno BN.

“Dakwaan Wain harus disiasat dan segala dokumen yang beliau miliki harus didedahkan,” ujarnya lagi.

Laporan tidak betul.serta mengelirukan....betulkan atau tindakan undang undang di ambil.....



"Saya menafikan apa yang dilaporkan oleh Sinar Harian dan merasa sangat kesal dengan laporan yang mempunyai unsur fitnah, pembohongan dan perlu diperbetulkan segera oleh pihak yang terbabit.

"Sinar harian perlu membuat pembetulan secara terbuka dalam akhbarnya atau mengadapi tindakan mahkamah," kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Datuk Seri Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin ketika dihubungi media.

Beliau sebelum itu diminta mengulas laporan halaman hadapan sinar harian Edisi Perak bertarikh 20 Mei yang menimbulkan kekeliaruan banyak pihak.

"Saya rasa semua pihak yang hadir dalam Dailog Pimpinan PAS Perak dengan Paderi dari Seluruh Gereja di seluruh Daerah Kinta dapat memahami dengan jelas apa yang diucapkan oleh pihak PAS dan pihak Paderi" jelas beliau.

Beliau berkata,tidak ada satu pun ucapan dari mana-mana pihak yang boleh dikaitkan dengan tajuk 'Kristian Tolak PAS' seperti yang disiarkan Sinar harian.

"Cuma apa yang disebutkan kalau program tersebut dianjurkan tiga tahun lepas mereka pasti tidak akan hadir".

Bagi Nizar tajuk sinar Harian jelas mengelirukan dan berbau fitnah yang perlu diperbetulkan segera.

Sementara itu seorang lagi Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Dr. Khairuddin Datuk Abdul Malik yang menjadi moderator dalam Dailog itu turut melahirkan kekesalan kerana fakta yang tidak tepat dan cara pemberitaan yang tidak profesional oleh Sinar Harian.

"Laporan oleh Sinar Harian adalah tersasar daripada hakikat sebenar pertemuan yang berlaku dan tidak ada kenyataan seperti itu yang dilafazkan oleh DS. Nizar semasa sesi dailog dan sidang media selepas itu" Tegas DR. Khairuddin.

Beliau yang ditugaskan sebagai moderator dialog juga menegaskan bahawa tidak ada pimpinan gereja yang hadir mengucapkan dan menyatakan sokong atau tolak PAS. Menurut beliau, mereka rasa berbesar hati dan menyanjung keterbukaan PAS untuk bersemuka dengan mereka.

erapakatan

Thursday, May 20, 2010

benda tu nak.. tapi tak puas hati penerajang kamu bagi.bahlol punya makhluk...

Suami belasah isteri kerana kereta

JERAI 20 Mei - Entah apa yang merasuk seorang suami apabila tergamak memukul isterinya yang masih dalam pantang sehingga pengsan, hanya kerana wanita itu ingin mengambil semula keretanya.

Berikutan itu, mangsa, Che Azani Suliana Hassan, 31, yang juga seorang jururawat cedera di kening, bahu, pipi, tangan dan pecah tapak kaki akibat diseret selain mengalami keretakan di rahang.

Kejadian berlaku di Seberang Perai, Pulau Pinang, apabila Che Azani ke tempat kerja suaminya di Balai Bomba dan Penyelamat Seberang Perai, pada pukul 9.50 malam tadi.

Che Azani mahu mengambil keretanya, Honda City, bersama kakak angkatnya bagi membawa anak ketiganya mendapatkan rawatan demam kuning.

"Suami saya sudah tiga hari tidak balik ke rumah dan saya perlu mengambil semula kereta untuk membawa anak saya ke hospital. Saya masih dalam pantang 29 hari.

"Saya masuk ke dalam balai bomba untuk berjumpa suami manakala kakak angkat saya menunggu di luar," katanya ketika ditemui di Hospital Yan di sini hari ini.

Menurut Che Azani, dia membawa kunci pendua kereta itu namun suaminya yang menyedari niatnya enggan menyerahkan kenderaan tersebut.

"Kami bertekak setengah jam dan tanpa disangka suami terus tendang perut lalu saya rebah.

"Selepas sedar dari pengsan kira-kira pukul 11 malam, saya dapati sedang berada dalam kereta bersama suami dan badan saya sakit," jelasnya.

"Kakak angkat terus bawa saya ke Hospital Seberang Jaya,'' katanya sambil menambah beliau kemudian minta dipindahkan ke Hospital Yan selepas membuat laporan polis..

Beliau turut melahirkan hasrat untuk berpisah dengan suaminya itu.

kemelut istana....dari kes tembak jadi kes binuh.....

Pengawal Istana meninggal dunia



MAZNAH (kiri) ditemani seorang ahli keluarga semasa menunggu jenazah suaminya di Kota Bharu semalam.

Selepas 19 hari bergelut dengan kecederaan parah di dada ekoran ditembak oleh individu tidak dikenali pada 1 Mei lalu, Pengawal Istana Kelantan, Ramli Mohd., 50, akhirnya menghembuskan nafas terakhir awal pagi semalam.

Beliau yang menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini meninggal dunia di sisi isteri, Maznah Mustafa, 50, dan lima anaknya pada pukul 3.23 pagi.

Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad berkata, berikutan itu, sepasukan pakar forensik dari Kuala Lumpur melakukan bedah siasat ke atas Allahyarham bagi mengenal pasti punca sebenar kematian.

“Selepas bedah siasat, jenazah Allahyarham Ramli dibawa ke Masjid Muhammadi di sini untuk sembahyang jenazah pukul 8 malam sebelum dikebumikan di Kampung Kok Keli, Tumpat,” katanya di sini semalam.

Akhbar semalam melaporkan keadaan Ramli yang parah ditembak di dadanya kembali kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU) HRPZII.

Dalam kejadian 1 Mei lalu, Ramli yang sedang menunggang motosikal untuk pulang ke rumah selepas bertugas di Istana Negeri, Kubang Kerian, ditembak oleh individu yang tidak dikenali di Kampung Sungai Nyior, Palekbang, Tumpat pada pukul 12.20 pagi.

Ramli merupakan kakitangan Pejabat Sultan Kelantan dan bertugas sebagai pengawal keselamatan sejak 17 tahun lepas.

Abdul Halim berkata, doktor yang merawat Ramli memaklumkan bahawa Allahyarham tenat sejak dua hari lalu selepas terdapat jangkitan kuman pada beberapa organ penting mangsa seperti paru-paru, buah pinggang dan hati.

Dalam pada itu, pada sidang akhbar semalam, Abdul Halim berkata, Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra telah melawat Ramli di HRPZII pada pukul 11.30 malam kelmarin.

“Saya telah dititahkan oleh Pemangku Raja Kelantan untuk menyampaikan salam takziah baginda kepada keluarga Allahyarham Ramli yang menghembuskan nafas terakhir pada awal pagi tadi (semalam),” ujarnya.

Abuya ghaib aje? Rasulullah SAW pun wafat!




Setiap yang bernyawa pasti menemui kematian.” aali-Ilmran: 185.

Ayat-ayat al-Quran, hadis-hadis Nabi, kewafatan Baginda Muhammad SAW sendiri, ilmu dan akal yang waras mengakui tentang hakikat kematian. Ia adalah perpindahan dari alam dunia ini ke alam barzakh, sebelum dibangkitkan semula menuju ke Mahsyar dan akhirnya ke Syurga atau Neraka.


Inilah juga aqidah ahli Sunnah walJamaah. Justru, jika benar laporan wartawan akhbar harian tentang dakwaan anak sulung Ustaz Ashaari Muhammad yang mengatakan bapanya hanya ghaib dan akan kembali memimpin umat Islam, maka ia sangat mengelirukan.

Mati adalah mati. Kalau ia bermaksud bahawa jasad Abuya itu akan hidup balik di Mahsyar nanti, memang itulah yang akan berlaku, bukan sahaja kepada Abuya tetapi seluruh makhluk yang ditentukan Allah akan hidup kembali.

Kalau katanya Abuya akan memimpin umat Islam’ dengan makna beliau hidup kembali di Akhirat nanti dan ada pengikut-pengikut di bawah panjinya, mungkin ada kebenarannya, kerana setiap orang akan berada di bawah panji orang yang diikut. Tetapi jika dengan maksud ia akan kembali hidup di dunia ini dan akan memimpin umat Islam, maka kita menasihatkan beliau dan orang yang beriktiqad demikian supaya kembali ke jalan ilmu dan aqidah yang benar.

Nabi Muhammad SAW yang membawa Islam inipun wafat. Perjuangannya diteruskan oleh orang selepasnya. Kalaulah perjuangan menegakkan Islam ini mesti dibahu Rasulullah SAW sahaja, tentu Allah tidak mewafatkan Baginda.

Imam Mahdi benar, Nabi Isa benar, Dajjal benar, tetapi yang tidak benar ialah fanatik yang tidak berasaskan ilmu yang benar.

Laporan berita:

Pengikut percaya Asaari tak mati

KUALA LUMPUR: Tidak sampai seminggu Asaari Muhammad atau lebih dikenali sebagai Abuya meninggal dunia, pengikutnya kembali mencetuskan kontroversi apabila mengadakan konsert khas bagi menggambarkan kononnya bekas pemimpin kumpulan Al-Arqam yang diharamkan itu cuma ghaib dan akan pulang semula dalam masa terdekat.

Konsert Kalahkan Nafsu Abuya Pulang yang diadakan selama dua hari bermula Isnin lalu di Bandar Country Homes, Rawang, diselitkan dengan nyanyian nasyid dan bacaan puisi yang antara lain memuji Asaari sebagai pemimpin hebat, manakala persembahan pantomin menunjukkan Abuya terlantar sakit dengan rohnya berdiri di sampingnya.

Anak sulungnya, Fakhrur Razi memangku jawatan Pengerusi Eksekutif Global Ikhwan Sdn Bhd syarikat yang sebelum ini diterajui Asaari dalam ucapan pembukaan konsert itu, berkata Abuya sebenarnya hanya pergi sementara dan akan kembali dengan jasad yang hidup bagi memimpin umat Islam.

Kita bersyukur kerana kita semua tidak bersedih dengan pemergian Abuya kerana sebenarnya Abuya tidak mati, tetapi hanya ghaib. Kegembiraan yang kita tunjuk ini adalah bukti yang kita yakin perkara itu.

kisah Banduan kebinatangan Nombor 325401...tau berbini lebih tapii tak tau nak ikut undang undang....!!!!



"Bung Mukhtar disabitkan dengan hukuman penjara sebulan kerana berkahwin dua tanpa izin mahkamah. Masih teringat betapa tertuduh dalam kes pembunuhan kejam Norita, Hanif Basri yang mendabik dada mengaku berzina dengan Norita tetapi tidak didakwa pun di mahkamah.

Begitulah UMNO-Apco yang sibuk mendakwa kononnya airmani Anwar ada di bontot Saiful sedangkan Hanif yang mengaku zina relax-relax saja tak didakwa. Berdozen rakaman lucah video Melayu pun UMNO-Apco relax saja. TERKINI! Bung pula disabit.. Berapa lama BUNG akan dipenjara sebenarnya??

Bung Mokhtar dihukum penjara sebulan kerana berpoligami tanpa kebenaran

2010/05/19KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin dihukum sebulan penjara kerana berpoligami tanpa kebenaran selepas mengaku salah di Mahkamah Rendah Gombak Timur, pagi ini.

Bagi tuduhan kedua, beliau didenda RM1,000 atau penjara satu bulan kerana bersubahat dengan pelakon Zizie Izette bernikah tanpa kebenaran pendaftar.

Zizie pula dienda RM2,000 atau penjara tujuh bulan kerana bernikah tanpa kebenaran dan subahat. -tamat-



INI semua iklan sahaja. Sekalipun BUNG disabit penjara sebulan, lepas minta penangguhan hukuman dan selepas rayuan dibuat, rasanya kena bayar denda sahaja.



BUKANKAH UMNO-Apco itu kebal selama ini. Kui Kui..



Nak kawin 4 pun boleh, ikutlah peraturan dan prosedur..

Lapor Polis Kali Kedua, Mirip Kes Tembak Aminulrashid

Untuk kali kedua, seorang lelaki yang mendakwa cedera ditembak polis, membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam selepas aduannya setahun yang lalu, tidak menunjukkan sebarang perkembangan kes.

Mengikut laporan yang dibuat Shahril Azlan Ahmad Kamil hari ini, kejadian yang menimpa beliau seakan-akan kejadian yang menimpa Aminulrashid Amzah, remaja berusia 15 tahun yang mati ditembak polis pada 26 April lalu.

Shahril Azlan mendakwa baru pulang menonton perlawanan bola sepak di Seksyen 7 sebelum didatangi polis ketika sedang memandu, menyebabkan operator perakatan kontena ini, panik.

Shahril Azlan mendakwa cuba melarikan diri termasuk mengundurkan kereta sebelum anggota dalam kenderaan peronda melepaskan tiga das tembakan dan satu mengenai beliau.

Beliau yang ditemani peguamnya Fadiah Nadwa Fikri, sebelum ini sudah membuat laporan polis sehari selepas kejadian tetapi sehingga kini tiada sebarang siasatan dibuat terhadap anggota polis yang melepaskan tembakan.

Persamaan kes ini dengan insiden Aminulrashid ialah kejadian berlaku ketika kedua-dua mangsa pulang menonton perlawanan bola sepak dan ditembak selepas cuba melarikan diri ada elemen undur kereta.

Persamaan lain ditandai dengan Aminulrashid tidak memiliki lesen memandu manakala dalam kes ini, lesen memandu Shahrin Azlan sudah tamat tempoh.

“Sebenarnya pada malam kejadian, selepas balik menonton perlawanan bola di sebuah restoran, saya berhenti menghala ke persimpangan ICT di persimpangan lampu isyarat.

"Dalam seratus meter ada sekatan jalan raya. Menyedari cukai jalan tamat tempoh, saya berhenti, berundur dan berhenti. Datang dua orang tidak beruniform memegang kayu.

"Saya berdua dengan kawan panik, saya undur kereta lalu dilepaskan dua atau tiga das tembakan kepada kami,” katanya.

Selain trauma dengan kejadian ditembak polis, Shahril Azlan juga dihantui masalah peluru yang masih terletak di tulang belakangnya selepas menembusi lengan dan rusuk

“Peluru itu masih ada dan tidak dapat dikeluarkan kerana boleh menyebabkan kelumpuhan,” katanya.

Wednesday, May 19, 2010

CURI PASIR ...DEDAHKAN....AGAR TIADA SIAPA YANG WAJAR DI LINDUNGI....

ISU RASUAH - KETELUSAN DAN KEBERANIAN MB SELANGOR PATUT DIPUJI

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini berkata beliau menggalakkan sesiapa sahaja membuat laporan polis demi menjaga harta negeri atau membanteras penyalahgunaan kuasa.

Beliau berkata polis mempunyai kuasa dan keupayaan untuk membuat siasatan termasuk terhadap adiknya Hajiman yang didakwa mungkin terlibat dalam kes simbah cat merah di kediaman dan kenderaan Anggota Parlimen Kapar S. Manikavasagam di Pekan Meru Ahad lalu.

Manikavasagam juga menerima ugutan bunuh selepas membuat laporan polis terhadap dakwaan berlakunya rasuah di kalangan pegawai atasan Kumpulan Semesta Sdn Bhd, syarikat anak negeri yang bertanggungjawab terhadap perniagaan pasir, Rabu lalu.

"Tak apa..dia buatlah (laporan polis). Ini semua perkara boleh sebab polis mempunyai kuasa dan keupayaan untuk buat penyiasatan," kata Khalid (kiri) ketika diminta mengulas laporan polis yang dibuat seorang anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang pernah berkhidmat dengannya di Ijok, di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang tengahari tadi.

Bekas Penyelaras PKR Ijok Azmi Muhammad membuat laporan polis pada jam 12.05 tengahari tadi mengenai kenyataan Abdul Khalid terhadap Manikavasagam yang
didakwanya berbaur ugutan.

Azmi berkata kenyataan Abdul Khalid yang disiarkan di Buletin Utama TV3 malam Ahad lalu menyebut Manikavasagam harus berani dan bersedia menerima risiko tindak balas oleh mereka yang didedahkan olehnya.

Beliau berkata laporan polis ini dibuat supaya polis menyiasat kemungkinan kenyataan berbaur ugutan oleh Abdul Khalid bagi melindungi adiknya sendiri, Hajiman di samping mengesyaki Hajiman mungkin terlibat atau mempunyai pengetahuan di dalam kejadian yang menimpa Manikavasagam.

Sepanjang berkhidmat sebagai penyelaras PKR Ijok dari April hingga Disember 2008, Azmi berkata Hajiman disyaki terlibat dalam aktiviti pengeluaran pasir tanpa permit dari tanah milik anak syarikat kerajaan negeri, Kumpulan Darul Ehsan Bhd di Batang Berjuntai.

Hajiman juga disyaki menerima wang berjumlah ribuan ringgit termasuk pembelian sebuah Toyota Harrier dan beberapa mesyuarat perancangan aktiviti itu didakwa diadakan di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di Shah Alam, katanya.

- Bernama

Lawak Pendek

SAM: Kenapa kamu cakap minum susu segar boleh bawa maut?

DOL: Sebab semalam semasa aku tengah minum, lembu tu terajang aku. Nasib baik tak mati.

--------- :) ---------------

SAM: Apasal ko marah kat tokey kedai 2 Ringgit tu?

DOL: Sebab dia tipu. Aku beli 3 barang dia mintak 6 ringgit. Kata kedai 2 Ringgit

--------- :) ---------------

SAM: Kau kata binatang peliharaan kau mati lemas? Mana kau tau dia mati lemas?

DOL: Sebab aku bela ikan emas. aku jumpa dia mati dalam air!

--------- :) ---------------

SAM: Semalam aku nampak hantu!

DOL: Uih! kau terkejut tak?

SAM: Taklah.... hantu tu yang terkejut tengok aku.

DOL: Mana kau tahu?

SAM: Aku tengok muka dia pucat semacam jer....

--------- :) ---------------

SAM: Apasal kopi yang kau buat ni rasa masin?

DOL: Gula dah habis!

SAM: Yang kau pergi campur garam apasal?

DOL: Kan aku kata, sebab gula dah habislah

--------- :) ---------------

SAM: Aku tengok kau beberapa hari ini "candle light dinner" dengan bini kau, mesti dia suka.

DOL: Dia marahlah. Aku lupa nak bayar bil

elektrik, api rumah aku dah kena potong!

--------- :) ---------------

SAM: Aku ada AIDS? mana ada...

DOL: Aku baca 1 dari 10 orang kat Negara ni ada aids. Aku dah tanya 9 orang, semua tak ada aids, kau orang ke 10, tak payah tanya, aku dah tahu...

--------- :) ---------------

SAM: Dol, aku dengar bunyi batuk kau makin teruk!

DOL: Iya ke? kalau macamni aku kena banyak berlatih agar dapat batuk dengan lebih baik lagi.

--------- :) ---------------

SAM: Dah dua kali perompak yang sama datang merompak kedai kita.

DOL: Tu lah aku dah cakap kat kau, jangan pasang signboard "SILA DATANG LAGI"

Anak 1 Malaysia. Teruk pada Abu Jahal. Lebih Teruk pada Firaun.




Kalau ditakdirkan Abu Jahal dan Firaun hidup semula di Malaysia nescaya dia pun terkejut beruk. Zaman sekarang canggih lagi pada zaman mereka. Yelahh... Malaysia bolehlah katakan. Sebab zaman jahiliyyah mereka membunuh anak perempuan sahaja dan zaman Firaun mereka membunuh anak lelaki sahaja. Sedangkan zaman kini mereka tak peduli lelaki ke perempuan.

Mereka bunuh dengan pelbagai cara. Ada yang dihanyutkan ke sungai, dibakar, disumbat ke dalam lubang tandas, dibuang ke longkang dan dicampak ke tempat pembuangan sampah. Semuanya ini menimbulkan persoalan bilakah episod kejam itu akan berakhir. Dan episode terkini di Melaka baru-baru ini mereka mewarisi kerja zaman jahiliyyah dengan membunuh anak dengan menanam hidup-hidup bayi yang baru dilahirkan ke dalam tanah.

Disebut didalam al-Quran betapa kejinya kelakuan Firaun apabila mereka membunuh anak-anak lelaki rakyatnya dikalangan Bani Israel. Ia difirmankan:-

إِذْ أَنْجَاكُمْ مِنْ آلِ فِرْعَوْنَ يَسُومُونَكُمْ سُوءَ الْعَذَابِ وَيُذَبِّحُونَ أَبْنَاءَكُمْ وَيَسْتَحْيُونَ نِسَاءَكُمْ وَفِي ذَلِكُمْ بَلَاءٌ مِنْ رَبِّكُمْ عَظِيمٌ
Ketika dia menyelamatkan kamu dari (Fir'aun dan) pengikut-pengikutnya, mereka menyiksa kamu dengan siksa yang pedih, mereka menyembelih anak-anak laki-lakimu, membiarkan hidup anak-anak perempuanmu; dan pada yang demikian itu ada cobaan yang besar dari Tuhanmu". (Surah Ibrahim: 6)

Firasat dari ahli nujum bahawa akan lahir dari kalangan Bani Israel seorang anak lelaki yang menentang dan bakal menghancurkan kekuasaan Firaun. Beliau lantas mengambil tindakan untuk membunuh semua bayi lelaki dari kalangan Bani Israel tetapi membiarkan anak perempuan mereka hidup.

Begitu juga di zaman era jahiliyyah sebelum kebangkitan Rasulullah Saw. Mereka membunuh anak-anak perempuan mereka. Firman Allah Swt:-

وَلَا تَقْتُلُوا أَوْلَادَكُمْ خَشْيَةَ إِمْلَاقٍ نَحْنُ نَرْزُقُهُمْ وَإِيَّاكُمْ إِنَّ قَتْلَهُمْ كَانَ خِطْئًا كَبِيرًا . وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنَا إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلًا
31. Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu Karena takut kemiskinan. kamilah yang akan memberi rezki kepada mereka dan juga kepadamu. Sesungguhnya membunuh mereka adalah suatu dosa yang besar. 32. Dan janganlah kamu mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. dan suatu jalan yang buruk.

Menjadi amalan jahiliah apabila mereka membunuh anak-anak perempuan mereka dan mereka berbangga dengan anak lelaki mereka. Kedatangan Islam menghapuskan amalan jahiliyyah ini yang amat keji. Bagi mereka anak perempuan akan menyusahkan mereka untuk member makan dan minum. Status mereka hanya sekadar pemuas syahwat dan kilang kepada melahirkan anak. Perempuan tidak mampu berperang bahkan menjadi tawanan yang memerlukan tebusan. Semua ini mendorong mereka merasa malu untuk memiliki anak perempuan bahkan mereka memilih untuk membunuh anak perempuan mereka hidup-hidup.
Inilah kanak-kanak yang bakal mengheret ibu-bapa mereka ke dalam neraka sebagaimana firman Allah Swt dalam surah at-Takwir ayat: 8-9 :-

وَإِذَا الْمَوْءُودَةُ سُئِلَتْ . بِأَيِّ ذَنْبٍ قُتِلَتْ

8. Dan apabila bayi-bayi perempuan yang dikubur hidup-hidup ditanya. 9. Kerana dosa apakah dia dibunuh,

Memanglah ibu-bapa yang membunuh itu berdosa dan salah. Tetapi dalam konteks bernegara Kerajaan UMNO-BN menanggung kesalahan 90% kerana merekalah bapa kepada rakyat keseluruhannya. Dan kesalahan UMNO-BN kerana meninggalkan ajaran Islam daripada dilaksanakan di Malaysia. Mereka mengamalkan dasar sekularisme dan inilah bala serta hasil yang ditimpakan kepada rakyat Malaysia. Dan inilah hasrat penjajah selepas memerdekakan Tanah Melayu melebihi separuh abad yang lalu. Menggunakan pakai dasar nasionalisme dan meninggalkan ajaran Islam yang sudah sedia terpakai sebelum kedatangan penjajah. Kegagalan kerajaan dalam menjaga 5 perkara dharuri iaitu Agama, Aqal, Zuriat, Harta & Nyawa. Kelima-lima perkara itu hanya akan terpelihara dengan menegakkan hukum Allah diatas mukabumi ini.
Bagaimana kalau pemimpin yang bersekongkol dengan APCO Yahudi, menghalalkan judi, penaja kepada kehidupan bebas, hiburan yang berleluasa, mengabaikan pendidikan Islam hendak kita amanahkan dan diharap untuk melaksanakan hukum Islam. Ish jauh panggang dari api. Akibatnya ia bukan penyelesai masalah tetapi pimpinan negara inilah sebenarnya pembawa dan punca masalah.

Lihatlah angka berdasarkan kepada laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008. Bagaimana yang belum dilahirkan tahun1999 dan sebelumnya? Pada 2007 sahaja ia mencatatkan seramai 16,100 orang anak luar nikah didaftarkan di JPN dikalangan orang Melayu manakala pada 2008 seramai 16,541 orang dan pada tahun 2009 jumlah tersebut makin meningkat seramai 17,303 anak luar nikah atau tidak sah taraf didaftarkan di seluruh negara iaitu purata 47 orang sehari. Siapa mereka ini. Inilah anak-anak 1 malaysia.

Ia bukan sekadar masalah tetapi sudah menjadi bala. Inilah akibat yang disabdakan oleh Rasulullah Saw yang diriwayatkan oleh Abu Dawuud:-

عَنْ مَيْمُونَةَ زَوْجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَتْ : سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ لَا تَزَالُ أُمَّتِي بِخَيْرٍ مَا لَمْ يَفْشُ فِيهِمْ وَلَدُ الزِّنَا فَإِذَا فَشَا فِيهِمْ وَلَدُ الزِّنَا فَيُوشِكُ أَنْ يَعُمَّهُمْ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ بِعِقَابٍ

Maksudnya: Daripada Maimunah Radhiallahu anha, Isteri Rasulullah Saw berkata: “ Aku mendengar Rasulullah Saw bersabda: Umatku (ini) akan terus berada dalam kebaikan selama tidak tersebar luas anak zina di kalangan mereka.apabila anak zina tersebar luas di kalangan mereka, maka hampir sahaja Allah azza wajalla akan menurunkan azab seksa kepada mereka seluruhnya.( Haditis riwayat Ahmad, baik sanadnya).

Hari ini bala bukan setakat meluasnya zina dan bunuh anak tetapi semua aspek. Keruntuhan sosial, kebejatan ekonomi, kadar jenayah yang semakin meningkat. Sedangkan penyelesaian Islam sudah ada. Untuk mencegah anak zina kita mesti menutup setiap pintu zina dan maksiat. Kaedah usul-fiqh قاعدة سد الذرائع telah menyebut agar menutup segala lubang-lubang yang boleh membawa kepada penzinaan.
Bermula dari pendidikan sejak awal, Pentarbiyyahan diperingkat institusi kekeluargaan, Mewujudkan bi’ah dan persekitaran yang Islami disemua lapisan serta pengukuhan pendidikan Islam dan suasana yang terkawal serta berakhlak islam dan terakhir adalah pengukuhan Negara Islam dan pelaksanaan syariat Islam.

Realitinya pencegahan yang dilakukan sekarang hanya sekadar solekan semata-mata. Tidak menyelesaikan ke akar umbi penyakit. Bab member pil tahan sakit sahaja. Sama seperti melapkan air yang tumpah tetapi paip yang bocor tidak dibaiki. Para ulama dan pendakwah disalahkan jika berlaku penyakit social tetapi mereka tidak boleh menutup punca sebenar segala permasalahan. Kerana kuncinya dipegang oleh para pemerintah.

Ketika Rasulullah saw berada di Mekah, diera jahiliyyah didapati keadaan seperti ini wujud. Kekuasaan yang berada ditangan bangsawan Quraish yang tidak Islam tidak memberi apa-apa kemudahan dan pertolongan bahkan penguasaan amalan jahiliyyah yang parah dipaksakan diatas penduduk. Inilah yang membawa Rasulullah Saw berpindah ke Madinah dan membentuk Negara Islam serta mewujudkan infra dan pembinaan umat Islam disetiap sudut meskipun Madinah ketika itu berbilang agama dan berbilang bangsa. Sehinggalah ke peringkat perlaksanaan undang-undang sebagaimana firman Allah Swt:-

الزَّانِيَةُ وَالزَّانِي فَاجْلِدُوا كُلَّ وَاحِدٍ مِنْهُمَا مِائَةَ جَلْدَةٍ وَلَا تَأْخُذْكُمْ بِهِمَا رَأْفَةٌ فِي دِينِ اللَّهِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَلْيَشْهَدْ عَذَابَهُمَا طَائِفَةٌ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ
Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman. [Maksud surah al-Nur : 2]

I’Allah inilah yang menjadi matlamat perjuangan kita dalam menyelesaikan secara total permasalahan masyarakat yang ada sekarang.


Ustaz Saiful Bahri

bantah campurtangan politik di RTM....polis dan FRU di panggil untuk suraikan perhimpunan...




Demonstrasi di luar Kompleks Angkasapuri untuk membantah penamatan perkhidmatan penerbit Galeri Mandarin Nasional tv2, Chou Z Lam terpaksa disuraikan, apablia polis mengambil tindakan untuk mengusir mereka. Malah kain rentang yang dibawa oleh peserta perhimpunan juga dirampas oleh polis.

Kira-kira 80 orang menyahut panggilan Kumpulan Media Bertindak 528, WAMI (Writers Alliance For Media Independence) dan CIJ (Centre for Independent Journalism) untuk berkumpul di luar Kompleks Angkasapuri, sebagai bantahan terhadap tindakan RTM memecat penerbitnya, Chou Z Lam.

20 orang tenaga polis dikerah untuk mengawasi perhimpunan tersebut, malah FRU juga tiba di tempat kejadian kemudiannya. Peserta perhimpunan memakai topeng "528, Tak Nak Self-Censorship, Tak Nak Campur Tangan Politik", tetapi dirampas kain rentangnya oleh polis.

Antara slogan yang tertulis pada kad termasuklah, "No Self-Censorship", "No Political Interference", "Bebaskan media", "Tayang Rawang dan Bakun", "Pecat Yap Shy Cuan", "Ibrahim Yahya letak jawatan" dan sebagainya. Bekas penerbit ntv7, Joshua Wong yang meletak jawatan sebagai protes terhadap self-censorship turut hadir untuk memberi sokongan solidaritinya kepada Chou Z Lam.

Sebelum ini, Chou Z Lam menerbitkan rancangan dokumentari yang bertemakan Empangan Bakun dan pembinaan menara elektrik voltan tinggi di Rawang. Beliau mendedahkan bahawa penyiaran rancangan tersebut dibatalkan kerana pertimbangan kepentingan pihak tertentu. Perkhidmatan Chou Z Lam ditamatkan pada 13 Mei 2010, atas alasan "menjimatkan kos".

Kira-kira 50 orang penduduk Rawang yang diketuai ADUN Rawang-PKR, Gan Pei Nei turut hadir untuk memberi sokongan kepada Chou Z Lam. Bagaimanapun, polis hanya membenarkan lima orang wakil untuk masuk ke Angkasapuri, menyerahkan memorandum yang ditujukan kepada Ketua Pengarah Penyiaran RTM, Ibrahim Yahya. Ibrahim Yahya tidak tampil untuk menemui wakil tersebut, sebaliknya memorandum ini diserah kepada penolongnya, Hafizal.

Jawab dalam tempoh seminggu

Dalam sidang media yang diadakan di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor, ADUN Rawang, Gan Pei Nei memberi had masa seminggu kepada Ibrahim Yahya untuk memberi jawapan lisan terhadap persoalan yang dibangkitkan dalam memorandum.

"Kos perbelanjaan RTM ditanggung oleh rakyat, rakyat berhak mengetahui kebenaran," kata Gan Pei Nei (gambar kanan).

Chou Z Lam pula tidak menerima penamatan perkhidmatannya dengan alasan "mengurangkan kos". Menurut Chou Z Lam, peruntukan kepada RTM mencecah RM1 bilion setahun, malah beliau yakin Yap Shy Cuan yang dilantik untuk memantau rancangan Mandarin, menikmati gaji yang lebih tinggi daripadanya.

Beliau menganggap Timbalan Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi, Heng Sai Kee harus mengkaji semula pembatalan siaran dokumentari Empangan Bakun dan pembinaan menara elektrik Rawang, dan bukan melantik Yap Shy Cuan untuk memantau rancangan Mandarin di sebaliknya.

Malah, Chou Z Lam dan wakil Kumpulan Media Bertindak, Ng Yap Hwa menyeru agar orang awam menyahut kempen "Tak Nak Potong", dengan memadamkan televisyen antara jam 8 hingga 9 malam, pada 28 Mei yang akan datang. Satu persembahan akan berlangsung di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor pada malam tersebut, antaranya penyiaran dokumentari terbitan Chou Z Lam yang "dipotong" oleh RTM.

Pencabulan hak rakyat

Dalam kenyataan yang diedarkan kepada media, Kumpulan Media Bertindak 528, WAMI dan CIJ menggesa agar RTM mendukung hak mengetahui dan menyampaikan pandangan (expression) oleh pihak awam, serta tidak menghukum wartawan yang menjalankan tugasnya.

Mereka menganggap pembatalan siaran rancangan dokumentari tersebut telah mencabul hak rakyat Malaysia untuk terdedah kepada maklumat yang melibatkan kepentingan awam. Malah, penamatan perkhidmatan Chou Z Lam dilihat sebagai hukuman kepada seseorang wartawan yang menjalankan tugasnya.

Menurut kenyataan, setakat ini tiada penjelasan daripada pihak RTM walaupun didesak masyarakat sivil. Sikap acuh tak acuh sedemikian menunjukkan kesetiaan yang tersasar salah pada tempatnya, iaitu kuasa eksekutif, biarpun sepatutnya RTM harus taat kepada orang awam yang membiayai RTM dengan cukai mereka.

Mereka juga mentafsirkan tindakan pembatalan penyiaran dokumentari untuk melindungi pemegang kuasa adalah penyalahgunaan kuasa, kerana menggunakan kuasa awam untuk kepentingan peribadi. "Menghukum seorang wartawan yang membuat pendedahan adalah satu tamparan besar kepada kerajaan persekutuan BN yang mendakwa dirinya akan melindungi whistle-blower dan kempen untuk memerangi rasuah."

Tuntutan memorandum

Selain daripada itu, kumpulan yang berprihatin terhadap kebebasan media ini menuntut agar RTM:-

1. Menyiarkan kesemua episod dokumentari yang diterbitkan oleh Chou Z Lam, iaitu isu Empangan Bakun yang menggambarkan kehidupan kaum asli dan pembinaan menara elektrik bervoltan tinggi di Rawang.

2. Meyakinkan rakyat Malaysia bahawa RTM berpegang kepada kayu ukur etika dan profesional yang menekankan kesaksamaan.

3. Menamatkan perkhidmatan Yap Shy Cuan, ahli MCA yang dilantik untuk memantau rancangan Mandarin selepas pendedahan Chou Z Lam.

4. Parlimen mereformasikan RTM kepada stesen penyiaran awam.

2 Adun digantung kerana dendam

Tindaklan Dewan Undangan Negeri Sarawak menggantung dua Adun Pakatan Rakyat sehingga 12 bulan di sifatkan adalah satu tindakan balas dendam selepas kalah di Sibu.

Mereka mengunakan kuasa undi majoriti mereka untuk menghukum Dominique Ng Kim Ho (PKR-Padungan) dan Chong Chieng Jen (DAP-Kota Sentosa).

"kita  mengutuk sikap yang ditunjukan oleh Barisan Nasional di Sarawak yang mengunakan kedudukan majoriti mereka dalam DUN Sarawak untuk mengahalang dua Adun Pakatan daripada menghadiri sidang DUN selama setahun,"

Dominique digantung kerana kononnya menghina Dewan dengan mengeluarkan kenyataan ‘Kanggaroo Court’ manakala Chieng Jen dikatakan membuat tuduhan liar terhadap Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) dan Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri, Datuk Daud Abdul Rahman. Kesemua ‘kesalahan’ dilakukan pada Mei tahun lepas tetapi mereka mengambil tempoh setahun untuk memberikan hukuman.

Ketua Pembangkang Wong Ho Leng (DAP-Bukit Asek) yang juga Ahli Parlimen Baru Sibu, juga pernah digantung oleh DUN Sarawak selama setahun dan tidak dibenarkan menghadiri sidang DUN pada tahun lepas kerana membangkitkan isu tanah dalam sidang DUN.

BN Sarawak mengunakan majoriti yang mereka ada bagi menghalang Adun Pakatan dari memasuki DUN dan apa yang mereka lakukan ini amat memalukan, katanya.

"Mereka tidak mampu berhujah dengan Adun Pakatan. Mereka kecewa besar selepas tewas di Sibu, dan hukuman mengantung dua Adun Pakatan mereka jadikan peluang untuk membalas dendam.."

Tindakan BN Sarawak ini pasti akan menyebabkan rakyat akan lebih marah kepada BN selepas ini.

orang tanam ubi ...depa berdua mangkuk hayun tanam bayi....!!!!

Tanam bayi: Dua remaja didakwa



MELAKA - Sepasang kekasih remaja mengaku salah di Mahkamah Majistret di sini semalam atas pertuduhan menyembunyikan kelahiran seorang bayi lelaki dengan cara menanam mayat bayi malang itu di tepi sebatang sungai di sini.

Tertuduh, Muhammad Safiuddin Mohd. Zahari, 19, bersama kekasihnya, seorang pesalah juvana berumur 15 tahun dituduh melakukan perbuatan itu di tepi sungai Taman Melaka Baru pada 12 Mei lalu.

Mengikut pertuduhan, pasangan itu didakwa bersama-sama melakukan kesalahan itu antara pukul 12 tengah hari hingga pukul 12.30 tengah hari pada 12 Mei.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 318 dan 34 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

LALOK DENGAN GAM BAWA PADAH....TAK SEDAR RAGUT DEKAT BALAI POLIS....

SUBANG JAYA: Bagaikan mengundang bala, seorang peragut tersilap langkah apabila berlagak berani cuba meragut beg tangan seorang wanita di hadapan dua anggota polis.

Lebih mengejutkan apabila suspek langsung tidak menyedari tempat mangsa yang diragut hanya kira-kira 50 meter dari Balai Polis Taipan di Jalan US10/1D di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari semalam, suspek berusia 24 tahun yang dipercayai khayal selepas menghidu gam cuba melarikan beg tangan mangsa yang berhenti di kaki lima berhampiran hadapan sebuah butik pakaian.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Lim, 53, ketika ditemui berkata dia yang baru selesai makan tengah hari di sebuah kedai makan berhampiran berhenti di hadapan butik berkenaan untuk melihat pakaian di situ.

Katanya, ketika leka melihat pakaian dalam butik itu, tiba-tiba dia terasa beg tangannya ditarik seseorang dari belakang dengan kuat menyebabkan dia terjatuh.

“Saya yang kesakitan segera memeluk beg tangan saya sambil menjerit meminta tolong menyebabkan suspek panik lalu melarikan diri.

“Pada masa sama, dua anggota polis di balai bersebelahan butik itu ternampak perbuatan suspek lalu segera mengejarnya,” katanya.

Lim berkata, tindakan pantas anggota polis berkenaan berjaya menangkap suspek selepas mengejarnya kira-kira 100 meter dari tempat kejadian.

“Dua anggota polis itu bertindak pantas hingga peragut terbabit tidak sempat memboloskan diri. Saya amat berterima kasih kepada mereka kerana menyelamatkan saya daripada penjenayah terbabit,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit.

Beliau berkata, suspek kini direman empat hari mulai semalam untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan.

“Siasatan lanjut mendapati suspek seorang pekerja kilang berhampiran. Suspek mempunyai dua rekod kesalahan lampau membabitkan kesalahan mencuri dalam bangunan dua tahun lalu,” katanya.

Budaya Menghukum Dan Mengugut Belum Berakhir

Jelasnya politik menghukum dan ugut mengugut belum berakhir. Semalam kita dikejutkan kerana dua ADUN Pakatan Rakyat Sarawak telah digantung. Manakala itu beberapa orang mahasiswa dari Universiti Kebangsaan Malaysia kini terpaksa berdepan pula dengan pendakwaan AUKU; kononnya kerana berkempen di Hulu Selangor. Penjelasan dari mahasiswa terbabit, kehadiran mereka di sana adalah kerana berkaitan dengan jurusan yang diambil iaitu matapelajaran sains politik. Munasabah sekali mereka yang mengambil jurusan ini mahu merasai sendiri erti politik dan denyut masyarakat.

Apa ertinya jika sekadar berteleku di kuliah berhawa dingin tanpa mempunyai kesedaran keadaan sebenar. Pihak universiti jangan bertindak lebih sudu dari kuah! Kita bertanggungjawab mendidik anak-anak mahasiswa agar mereka tajam berfikir dan berani bersikap kritis. Keupayaan ini lah nantinya memacu negara ke haluan tepat, bukannya oleh mereka yang pandai mengampu sahaja.

ANWAR IBRAHIM

umno....Yahudi pun suka, judi pun suka yang tak suka kalah undi....




Pertama-tama aku nak ucap terimakasih kepada bekas wakil rakyat Umno yang tentang judi bolasepak yang diluluskan oleh PM Najib. Walaupun mereka daripada parti dan bendera yang sama tapi masih ada rasa nak bantah dan tentang dalam isu judi bolasepak, baguihla lagu tu.

Lapor Bernama;
Pertubuhan Mantan Wakil Rakyat UMNO (PAKKU) mendesak kerajaan membatalkan serta merta lesen perjudian bola untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 yang akan berlangsung awal bulan depan.

Keputusan itu dibuat pada mesyuarat dewan tertinggi pertubuhan itu yang dipengerusikan presiden Tan Sri Adam Abdul Kadir dan dihadiri beberapa anggota lain antaranya bekas Menteri Pertanian Tan Sri Sanusi Junid dan bekas Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Tan Sri Sabbaruddin Chik, kata naib presiden Tamrin Ghafar dalam kenyataan di sini pada Selasa.-Bernama.

PM Najib masih berdiam diri dalam isu judi walaupun pemimpin bukan Islam turut bantah judi bolasepak yang diluluskannya.Kebanyakkan pemimpin Umno tak rasa apa pun isu judi bola yang heboh ini tapi mereka rasa sedih dan pilu kerana kalah dalam pilihanraya kecil parlimen Sibu.Mereka rasa tergamam macam nak hantuk-hantuk kepala di dinding dok pikir macam mana boleh kalah sedangkan peruntukkan dah berjuta dijanjikan untuk rakyat Sibu tapi kalah jugak.

Pemimpin Umno termasuk Najib dan Muhyiddin mana ada ulas isu judi bolasepak yang heboh ni , kalau tanya depa buat-buat macam tak dengar , macam tak dak langsung rakyat yang bantah judi yang Umno luluskan. Depa ingat semua rakyat setujuuuu! Rakyat nak bantah, nak tunjuk perasaan, nak maki hamun mampoih pi la depa .Lama-lama rakyat jadi lupa, itu yang Najib dan Muhyidin ingat.

Yang ada dalam kepala otak pemimpin Umno ialah tak dapat terima kekalahan di Sibu. Isu judi , isu Apco lantak la hang pa nak kata apa pun. Hang pa tak mau main judi jangan beli! Banyak lagi orang lain nak berjudi. Itu saja yang Umno pikirkan isu judi. Umno hanya dok pikir sekarang ni kenapa modal berjuta di Sibu tapi kalah undi . Yahudi dan judi Umno tak pikir .

Kata Dr Haron Din Timbalan Murshidul mAm Pas dan Bekas Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dalam isu judi bola sepak yang diluluskan Najib;

"Judi adalah satu amalan yang ditolak oleh semua agama malah oleh seluruh masyarakat manusia yang menghormati nilai keharmonian hidup berumahtangga.

"Walau apa pun alasan, kita tetap tidak boleh lari daripada hukum Allah. Kita perlu memahami membiarkan perkara yang haram tinggal haram dengan memejamkan mata itu berbeza dengan menghalalkan yang haram".

"Menghalalkan perkara yang haram dengan sengaja boleh menjejaskan akidah dan keimanan kita. Seolah-olah manusia itu lebih pandai dari Allah," jelas Dr Haron Din.

Sementara itu, bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Hashim Yahaya ketika dihubungi menyifatkan tindakan kelulusan lesen judi tersebut tidak menggambarkan pentadbiran sebuah negara Islam.

"Tindakan tersebut bercanggah dengan hukum syarak. Dalam Al-Quran dan hadis jelas mencatitkan perkara yang jelas haram antara lain adalah judi, arak dan zina," katanya.

Hashim menyeru kepada NGO Islam dan pertubuhan tanpa mengira latar belakang politik dan pendirian untuk bangkit dan membantah kelulusan lesen judi tersebut.

Kata beliau ini jelas mencemarkan nama Malaysia yang dikenali sebagai negara Islam contoh.

"Jika kita tidak membantah, seolah-olah kita bersetuju dan bersekongkol dengan tindakan tersebut. Kalau unsur judi yang tersembunyi pun kita bantah, apatah lagi yang diadakan secara terang-terangan dan lesen diberikan secara rasmi" katanya lagi.

Beliau mencadangkan kepada Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan untuk mengeluarkan kenyataan dan pendirian mereka dalam isu ini.

Beliau turut memohon kepada Majlis Raja-Raja untuk bersidang dan membincangkan perkara ini kerana ia memberikan kesan langsung kepada kehidupan umat Islam.

"Sebagai penaung kepada orang Melayu dan ketua Islam, Majlis Raja-Raja diharap dapat memberikan pembelaan kepada orang Islam," kata Hashim.

Beliau optimims bahawa pembatalan lesen judi tersebut akan dipersetujui oleh ramai pihak.
"Bahkan ramai orang bukan Islam yang turut menentang cadangan usaha tersebut", katanya lagi.Baca lagi di sini.


MisaiMerah

BUBAR DUN : 7 kali tipu pun masih ada yang percaya?

Untuk kali yang ketujuh, pihak tertentu mencanangkan bahawa rampasan kuasa seperti yang terjadi di Perak akan berlaku pula di Kedah. Kali ini khabar angin yang disebarkan begitu ‘kemas dan menarik’. Kononnya pihak Badan Perhubungan Umno Kedah telah bermesyuarat di PWTC bersama pihak Pusat. Pelan pengambilalihan kuasa telah diperincikan dan Menteri Besar baru telah diputuskan iaitu Dr. Ku Abdul Rahman Ku Ismail ADUN Guar Chempedak. Dua ADUN KeADILan dan satu DAP telah bersetuju melompat untuk bersama dengan dua rakan mereka yang telah melompat lebih awal. Khabar angin itu dilanjutkan lagi dengan dakwaan bahawa Dato’ Shafie Afdhal selaku Pengerusi Perhubungan Umno Kedah akan mengadap Tuanku Sultan untuk memaklumkan bahawa BN mempunyai bilangan yang mencukupi untuk membentuk kerajaan.

Jika rakyat jelata tertanya-tanya atau terkeliru dengan cerita tersebut maka mereka tidak boleh dipersalahkan. Rasa syak wasangka tidak boleh dilenyapkan begitu saja kerana hal seperti itu benar-benar pernah berlaku di Perak. Lompatan parti oleh wakil rakyat KeADILan akhir-akhir ini berlaku begitu ‘jujuh’ sekali. Bukan perkara pelik. Ia benar-benar terjadi, bukan lagi cobaan.

Walaupun beberapa ADUN yang dibabitkan menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut tetapi ia tetap belum meyakinkan. ADUN Lunas, Mohammad Radzhi Salleh juga pernah membuat penafian keras, berceramah hingga ke surau-surau tidak akan melompat. “Saya juga ada agama,” demikian Radzhi sering berkata dalam ceramahnya. Tapi dia yang ‘ada agama’ melompat juga. Apatah lagi, mereka yang tiada agama.

Untuk menjawab kepada rakyat dengan jujur bahawa perkara tersebut tidak berlaku, ia semacam menari mengikut paluan gendang musuh. Musuh suka jika kita melatah. Mahu tidak mahu jawapan diberikan juga kepada rakyat tetapi dalam bentuk sendaloka.

Saya mengubahsuai mesej asal yang disebarkan dengan memberitahu bahawa ’16 ADUN PAS akan melompat parti’ dan kerajaan katak yang akan ditubuhkan nanti akan melantik bekas ADUN KeADILan sebagai Menteri Besar. Begitu juga aktivis penerangan parti yang lain, ‘menjawab’ dengan pembohongan yang tidak masuk akal. Ramai yang tidak percaya dengan bermacam-macam mesej merapu yang disebarkan selepas itu. Sekurang-kurangnya ia dapat meredakan tekanan sebahagian rakyat yang prihatin dengan pergolakan politik tanahair.

Mujur sekonyong-konyong BN tersungkur di Sibu kepada DAP. Ia memberi kesan yang amat baik kepada Pakatan Rakyat. Maka khabar angin yang bertiup kencang perihal penubuhan kerajaan katak pun lenyap macam bara api disimbah air. Orang terfikir, masakan wakil tunggal DAP akan melompat di saat partinya menang di Sarawak dan di kala rakyat jelata sudah tidak berselera lagi memandang BN.

Dalam cerita kanak-kanak ‘Budak penipu dan serigala’ dia hanya sempat menipu dua kali kononnya ada serigala mahu membahamnya. Kali ketiga dia menipu orang kampung tidak percaya lagi menyebabkan dia benar-benar dibaham serigala. Tapi dalam cerita dongeng ‘BN dan kerajaan katak di Kedah’ mereka mampu menipu hingga tujuh kali, masih ada orang yang sudi mempercayainya.

Terdapat juga kalangan rakyat yang terlalu sayangkan kerajaan Pakatan serta tidak sanggup melihat berlaku rampasan kuasa macam di Perak, menasihatkan Menteri Besar supaya membubarkan DUN segera sebelum BN tubuh kerajaan katak.

Ketakutan itu sebenarnya tidak berasas di atas beberapa factor. Berdasarkan pengalaman di Perak dan Terengganu (1959) kerajaan katak hanya berjaya ditubuhkan setelah mereka menculik ADUN parti yang berkuasa di negeri. Setakat ini penculikan belum berlaku.

Selepas duculik, mereka memerlukan masa selama beberapa hari untuk melakukan brainwashed terhadap ADUN-ADUN tersebut. ADUN-ADUN itu dikurung dan hubungan mereka dengan dunia luar diputuskan. Proses mengubah minda akan dilakukan oleh tenaga pakar melalui tekanan, ancaman, pujukan dan sogokan. Tidak mustahil jika kepakaran APCO digunakan. Mossad dan CIA sangat terlatih dalam melakukan kerja sulit begini.

Kejayaan melakukan kerja jahat itu ialah dengan mengenalpasti terlebih dahulu wakil rakyat yang mahu diubah minda itu mempunyai masalah atau kelemahan peribadi. Soalnya sekarang, kesemua ADUN yang mahu dijadikan sasaran itu tiada masalah dengan parti, kerajaan, undang-undang mahupun pertikaian dengan pemimpin tertentu. Dengan laluan mereka menjadi sukar di fasa pertama lagi.

Halangan seterusnya bagi BN ialah keperluan untuk menonjolkan imej positif untuk jangka masa panjang. Mereka tentu tidak mahu berkuasa sementara di negeri untuk suatu tempoh pendek (dua tahun) tetapi imej tercalar teruk untuk jangka masa panjang.

Masyarakat Cina berpihak kepada pembangkang pada PRU ke 12. Peratus sokongan mereka terhadap Pakatan meningkat selepas rampasan kuasa di Perak. Ia dibuktikan di hampir kesemua pilihanraya kecil yang berlaku selepas itu. Antara sebabnya ialah kerana imej BN sangat buruk di mata masyarakat Cina setelah mereka melakukan rampasan kuasa di Perak.

Kedah adalah negeri majoriti Melayu. Tiada masalah bagi rakyat yang bernaung di bawah kerajaan PAS sejak lebih dua tahun. Aman seaman amannya.

Kedah juga adalah negeri yang paling ramai ahli PAS di negara ini. Demonstrasi padi, peristiwa berdarah Lubuk Merbau dan Memali berlaku di Kedah, dilibatkan dengan PAS. Jika Perak yang hanya mempunyai enam kerusi DUN, bergegar juga negeri dibuatnya maka apakah jika berlaku rampasan kuasa di Kedah, ahli-ahli PAS akan menyaksikan dengan tenang dan putih mata?

Tan Sri Sanusi Junid pernah berkata, “Orang Kedah sanggup mandi darah.” Jika berlaku ‘mandi darah’ di Kedah (barang dijauhkan Allah) maka BNlah yang akan dipersalahkan oleh seluruh umat manusia kerana menjadi punca terhadap kekalutan yang berlaku. Sedangkan suasana yang ada sebelumnya begitu aman damai. Imejnya akan jadi kotor untuk jangka masa panjang terutama di kalangan orang Melayu. Sebab itulah pembentukan kerajaan katak melalui rampasan kuasa di Kedah tidak menjadi pilihan bagi golongan lebih cerdik di dalam Umno.

Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, BN akan memastikan setiap tindakan yang dilakukan sebelum mengambil semula negeri dikuasai pembangkang mendapat sokongan rakyat.

"Cara ini lebih bermaruah dan yang penting kita mendapat sokongan penuh dan mengembalikan keyakinan rakyat, cara lompat-lompat mungkin boleh ambil negeri tapi belum tentu dapat sokongan," katanya.

Jika pelan rampasan kuasa dibincang oleh Dato’ Bashah dan APCO, mungkin mereka akan melakukan. Tapi jika ianya dibincang oleh pakar strategi dalam BN, penganalis professional, pihak keselamatan, para ilmuan yang pro BN; maka pastinya penubuhan kerajaan katak tidak akan jadi pilihan. Berdasarkan alasan tersebut ramai penganalisis politik yakin bahawa pertukaran kerajaan di Kedah secara luar tabie seperti di Perak tidak akan berlaku. Apa yang mereka cuba lakukan cuma mahu mencetuskan suasana bercelaru di benak pemikiran rakyat. Itupun gagal


ZULKIFLI YAHAYA

Tuesday, May 18, 2010

Dah KALAH.. Baru teringat ALLAH..

I ni adalah ulasan tentang kekalahan BN di Sibu, ditulis oleh seorang blogger pro-UMNO yang kecewa dengan kekalahan BN di sana.. beliau adalah Pengerusi Biro Agama Pemuda UMNO Bahagian Kuala Kangsar, Perak. Beliau melahirkan kekecewaannya terhadap PAS yang kononnya sanggup bersekongkol dengan musuh Islam (kafir) iaitu DAP dalam menumbangkan BN.

Menurutnya PAS seakan-akan mahu sahaja menjerit kegembiraan dengan menyanyikan lagu, "Kami Telah Membunuh Syaitan yang Besar". Baginya inilah hakikat iman bagi manusia yang menjadikan politik dan demokrasi melebihi daripada perintah Allah dan Rasul-Nya.

Dalam melahirkan kekecewaannya itu beliau terlupa ketika UMNO/BN mengalahkan PKR di Hulu Selangor, calon dari PKR Dato Zaid Ibrahim itu adalah seorang yang berugama Islam dan berbangsa Melayu manakala calon dari UMNO/BN itu sendiri adalah seorang bukan Islam iaitu kafir..

Beliau terlupa dalam keriuhan UMNO/BN meraikan kejayaan calon dari MIC itu sebenarnya mereka juga merayakan kejayaan mereka bersekongkol dengan bukan Islam demi mengalahkan saudara seagama mereka sendiri.

Beliau terlupa yang menjadikan politik dan demokrasi melebihi daripada perintah Allah dan Rasul-Nya itu adalah UMNO sendiri..

Terlupa tentang selama ini bahawa ini para pemimpin UMNO sendiri yang telah menolak perintah Allah dan Rasul-Nya dan meletakkan jauh kebawah..

Terlupa bahawa selama ini pemimpin-pemimpin UMNOlah yang telah menghina hukum-hukum Allah dan mempersenda Sunnah Nabi SAW..

Beliau terlupa tentang siapa yang diawal pemerintahannya telah meluluskan 10 lesen judi dan telah meluluskan pula lesen Judi Bolasepak baru-baru ini, tindakan yang jelas menentang hukum Allah dalam mengharamkan judi.

Dalam mengatakan PAS telah bersengkongkol dengan musuh Allah kerana berkerjasama dengan DAP dalam PRK Sibu beliau terlupa UMNO sendiri telah bekerjasama dan membayar YAHUDI musuh utama Islam untuk membina kembali imej pemimpin mereka...

Dalam melahirkan kekecewaannya itu beliau menulis “ bersoraklah penyokong-penyokong PAS atas kemenangan DAP di Sibu, "Hore, Hore, Hore, kita menang, kita menang - UMNO kalah", maka kita pun bergembira sakan melihat saudara sendiri berjaya ditumbangkan, lantas tergadailah Islam, ibu pertiwi dan bangsa sendiri,”

Kecewanya beliau hingga menjadikannya buta dalam mengenali siapakah yang bertanding di Sibu, UMNO atau SUPP? PAS atau DAP.. Islamkah kedua-dua calon yang bertanding itu?
Dan BN telah kalah di Sibu tetapi tergadaikah Islam dibumi yang Islam menjadi minority itu?

Tergadaikah ibu Pertiwi selain dibagi free kepada jiran terdekat, Singapura mendapat Batu Putih dan Brunei mendapat 2 telaga minyak..

Itulah penyokong UMNO, bagi mereka Islam dan Allah adalah diperlukan mereka untuk mendapatkan kembali sokongan Melayu dan Islam dan Allah juga diperlukan bagi menjinakkan PAS agar mahu berkerjasama dengan mereka yang hampir karam…


1. Sejak kemenangan DAP di Sibu semalam - saya melihat golongan yang paling gembira dan bahagia ialah PAS. Mereka - seolah-olah melompat-lompat keriangan, tatkala melihat BN tumbang di Sibu. Malah, PAS seakan-akan mahu sahaja menjerit kegembiraan dengan menyanyikan lagu, "Kami Telah Membunuh Syaitan yang Besar". Inilah hakikat iman bagi manusia yang menjadikan politik dan demokrasi melebihi daripada perintah Allah dan Rasul-Nya.

2. Musuh umat Islam yang utama dijadikan rakan - manakala saudara seIslam sendiri dianggap seolah-olah seperti syaitan atau seperti manusia yang tidak beriman. Bukankah Allah sudah mengingatkan kita semua melalui firman-Nya di dalam surah al-Maidah ayat 55-56 yang bermaksud, "Sesungguhnya penolong kamu hanyalah Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman yang mendirikan solat dan menunaikan zakat seraya mereka tunduk kepada Allah. Dan sesiapa yang menjadikan Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman sebagai penolongnya, maka sesungguhnya pengikut agama Allah itulah yang pasti menang." Ayat ini sudah sangat jelas - sesungguhnya Islam tidak akan menang dan bangkit semula selagi kita meminggirkan orang-orang yang beriman. Dan sesungguhnya PAS sama sekali tidak akan berjaya menegakkan Islam melalui lidah para pemimpin DAP! PAS juga jangan bermimpi di siang hari kononnya Islam semakin baik dan diterima di bawah Pakatan Rakyat.

Ini semua pembohongan yang jijik dan sengaja dibuat atas nama perjuangan Islam. Apakah kita menyangka bahawa Islam akan menang dengan cara menjadikan DAP yang jelas menolak dan memusuhi Islam sebagai pembantu untuk menjatuhkan saudara semuslim kita? Apakah kita yakin sesungguhnya perjuangan kita diredhoi Allah apabila kita sanggup bersengkongkol dengan musuh Allah atas nama demokrasi dan peti undi bagi menghalalkan perbuatan kita menjatuhkan saudara seIslam kita sendiri? Apakah ini namanya perjuangan Islam tatkala kita sendiri mengetahui, sesungguhnya PAS di dalam Pakatan Rakyat, bersama DAP dan PKR langsung tidak mempunyai sedikit pun ruang dan peluang untuk melaksanakan Islam di negara ini? Tetapi, mengapa PAS masih terus berdegil dan bongkak?

Walaupun semua ahli PAS dan kepimpinan PAS tahu dan sangat arif, sesungguhnya adalah mustahil untuk mereka melaksanakan Islam (sama ada hudud, dll) di negara ini melalui kerjasama antara DAP dengan PKR. DAP dan PKR bukan parti Islam - mereka merupakan parti sekular yang menolak Islam.

Dalam surah Ali Imran ayat 28 pula Allah berfirman yang bermaksud :"Janganlah orang-orang mukmin mengambil orang kafir menjadi pemimpin (pelindung) dengan meninggalkan orang mukmin. Barangsiapa berbuat sedemikian, nescaya lepaslah ia daripada pertolongan Allah, kecuali kerana muslihat yakni memelihara diri daripada sesuatu yang ditakuti daripada mereka. Dan Allah memperingatkan kamu terhadap dirinya (siksa-Nya), dan hanya kepada Allah kamu dikembalikan." Soalnya sekarang, mengapa PAS mengambil DAP sebagai penolong/pemimpin serta meninggalkan orang-orang UMNO yang jelas beriman kepada Allah? Bukankah sudah jelas kekafiran DAP dan prinsip mereka terhadap Islam? Dan mengapa PAS masih mahu lagi bersama dengan DAP?

Dan di dalam surah Al-Mumtahanah, ayat 1, Allah berfirman yang bermaksud, "Wahai orang-orang yang beriman, jangalah kamu mengambil musuhKu dan musuhmu menjadi wali (pembantu), kamu hubungkan kepada mereka kasih sayang, padahal mereka telah kafir (menyangkal) kebenaran yang datang kepadamu." Bukankah PAS tahu bahawa DAP begitu anti dengan hukum hudud dan negara Islam? Jadi mengapa PAS tetap berdegil untuk meneruskan kerjasama dengan DAP? Malah yang lebih pelik, mengapa PAS masih tetap mahu menjadikan DAP sebagai wali (pembantu) bagi menghancurkan saudara seagama (UMNO) semata-mata mahukan kuasa? Bukankah PAS tahu bahawa DAP telah menyangkal kebenaran yang terkandungan di dalam al-Quran dengan menolak hukum Hudud dan negara Islam? Jadi apakah alasannya lagi untuk PAS meneruskan hubungan kasih-sayangnya dengan DAP?

Dalam hal ini adalah jelas, selagi umat Islam menjadikan musuh Allah (kaum kafir) sebagai penolong untuk menegakkan kalimah tauhid, maka selagi itulah umat Islam akan gagal dan kecewa. Sehingga kini, tiada satu pun negara Islam yang berjaya menegakkan daulah Islamiyyah selagi mereka bersengkongkol dengan musuh Allah. Hal yang sama juga tidak terlepas daripada PAS, selagi PAS mengabaikan peringatan Allah ini, maka PAS harus bersiap sedia menggali lubang kuburnya sendiri.

Lantaran itu, bersoraklah penyokong-penyokong PAS atas kemenangan DAP di Sibu, "Hore, Hore, Hore, kita menang, kita menang - UMNO kalah", maka kita pun bergembira sakan melihat saudara sendiri berjaya ditumbangkan, lantas tergadailah Islam, ibu pertiwi dan bangsa sendiri, lantaran disebabkan kejahilan dan kebodohan kita memahami erti demokrasi, peti undi dan Islamisasi.


Anak Sungai Derhaka

JKKK mula bantah bil elektrik tinggi


"RAKYAT MALAYSIA PERLU SEDAR KENAPA BIL ELEKTRIK TNB TINGGI !
Orang Umno pun dah terbeban nampaknya bil elektrik tinggi
Nak tahu kenapa bil elektrik kebelakangan ini tinggi baca SINI

TERBEBAN BIL ELEKTRIK TINGGI

BATU KIKIR – Penduduk Homestay Kampung Lonek bimbang dengan masalah dihadapi mereka apabila kadar bayaran bil elektrik rumah kediaman diterima setiap bulan melambung tinggi.

Masalah itu terjadi sekitar Ogos 2009 dan berlarutan sehingga kini walaupun pelbagai langkah dan tindakan mengatasinya diambil penduduk secara persendirian mahupun mengikut saluran.

Penduduk, Abdullah Abd Rahman, 50, berkata, kadar tarif yang perlu ditanggung amat berbeza berbanding kebiasaan sebelum kampung ini terkenal iaitu daripada 13 peratus kepada 21 peratus.

Menurutnya, dahulu jumlah bayaran hanya sekitar RM40 tetapi kini dia terpaksa membuat bayaran sehingga RM100 walaupun kuantiti penggunaan elektrik tidak banyak perubahan.

“Perkara ini amat membebankan penduduk khususnya kepada saya sekeluarga sebagai orang kampung kerana homestay bukanlah suatu alasan untuk bil elektrik dinaikkan sesuka hati.


“Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak juga sudah meletakkan dasar melalui Model Ekonomi Baru (MEB) untuk membantu menaikkan taraf ekonomi penduduk di luar bandar khususnya di kampung dan di desa,” katanya.


Slogan gagal jika tertindas

Penduduk, Norlili Mohd Yasin, 49, berkata, slogan Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan tidak mencapai matlamat sekiranya penduduk ditindas kerana mengusahakan homestay di sini.

Menurutnya, kadar tarif baru yang diterima meletakkan kawasan ini sebagai sebuah industri bukanlah rumah kediaman biasa dan hal ini membebankan penduduk kerana mereka tidak bergantung pendapatan kepada homestay itu sendiri.

“Sepatutnya kami penduduk kampung dibantu bukannya ditambah dengan bebanan tidak sepatutnya dan saya amat mengharapkan tindakan daripada pihak berkenaan mengatasi masalah kami,” katanya.

Pelbagai kesan negatif yang terpaksa diterima penduduk daripada peningkatan bayaran penggunaan elektrik khususnya bagi sesama anggota dalam sesebuah keluarga.

Penduduk, Ibrahim Abd Rahman (Omok), 53 berkata, perubahan kadar bayaran secara mendadak menyebabkan dia mengehadkan dan membuat catuan terhadap penggunaan elektrik dalam isi rumah.

Menurutnya, anak-anaknya merungut dan menyatakan rasa tidak senang apabila keseronokan mereka untuk menonton televisyen, memasang lampu untuk belajar sehingga lewat malam tidak dibenarkan.

“Saya melakukan demikian bagi menyerap tekanan menerima bil kuning iaitu surat amaran pemotongan elektrik setiap bulan walaupun membuat bayaran seperti kebiasaan dan terpaksa melunaskan seperti yang tertulis dalam bil asal,” katanya.

Belia sepakat bantah kadar tarif baru

Pengerusi Ikatan Belia Utama (Ibu), Mohd Hezri Mat Isa berkata, selaku golongan belia yang menjadi tunjang kampung, kami sepakat sebulat suara membantah kadar tarif baru yang diterima penduduk.

Menurutnya, hak-hak masyarakat kampung khususnya di kampung itu seharusnya diberi perhatian pihak berkuasa dalam membantu menyelesaikan masalah tersebut dengan segera.:

“Ibu meminta agar penindasan ini dihentikan segera kerana pendapatan diterima perusahaan homestay tidak seberapa dan bukanlah sentiasa dikunjungi pelancong,” katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK), Ramli Abd Hamid berkata, kos yang ditanggung penduduk bagi pembayaran bil elektrik tinggi sehingga hampir sekali ganda.

Mereka mendakwa, maklum balas terhadap aduan kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) amat mendukacitakan kerana digazet sebagai tanah komersial sedangkan penduduk di sini merupakan orang kampung memiliki tanah pertanian.

“Perkara ini tidak munasabah dan pihak kami juga menemui Ahli Parlimen Jempol, Datuk Lilah Yasin dan mengharapkan sesuatu tindakan selanjutnya boleh dilakukan,” katanya.

Sementara itu, Exco Pelancongan Perpaduan Kebudayaan Kesenian Warisan dan Adat Istiadat Melayu, Datuk Mohamad Razi Kail ketika ditemui pada lawatan ke tempat dan produk pelancongan di Daerah Jempol sedia maklum mengenai perkara ini.

Razi berkata, perkara ini tidak sepatutnya berlaku dan akan diketengahkan ke dalam mesyuarat Kerajaan Negeri supaya sesuatu keputusan seimbang antara dua belah pihak dapat dibuat.

Umno bakal karam dan bukannya PKR

Tindakan beberapa pemimpin, termasuk ahli parlimen, ADUN dan ahli PKR yang meninggalkan parti itu sengaja dibesar-besarkan oleh media yang dikuasai oleh kerajaan sedangkan hakikatnya ia tidak akan meruntuhkan parti itu, kata Timbalan Presidennya, Syed Hussein Ali.

“Memang diakui imej PKR terjejas sedikit oleh tindakan beberapa orang ahli parlimen dan ADUN yang melompat katak. Akan tetapi mereka adalah anasir-anasir buruk dalam parti yang mempunyai banyak masalah diri dan tidak membuat kerja.

“Pasti mereka akan diganti kelak dengan calon-calon lebih berwibawa dalam pilihanraya akan datang,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Menurut Syed Hussein tindakan mereka meninggalkan PKR dianggap terlalu kerdil jika dibandingkan dengan peristiwa presiden Umno seperti Tunku Abdul Rahman Putra dan juga Tun Hussein Onn meninggal parti yang pernah mereka terajui dulu.

“Tentang apa yang didakwa ‘anggota-anggota’ yang konon keluar beramai-ramai, kami telah semak dan dapati kebanyakkan mereka bukan anggota.

“Walau apapun, bilangan anggota PKR yang keluar jauh lebih kecil daripada ribuan ahli Umno yang keluar setelah saudara Anwar Ibrahim tersingkir, dizalimi dan diaibkan,” katanya.

Mengenai tindakan Ketua Cabang PKR Ipoh Barat, Fauzi Muda berserta 488 ahlinya yang meninggalkan parti itu, Syed Husin berkata Fauzi dan suku sakatnya sudah lama menjadi duri dalam daging dan tindakan berkenaan adalah sangat dialu-alukan.

“Sekarang cabang itu boleh bersatu di bawah pimpinan yang lebih komited. Fauzi tidak lama dulu telah membuat surat sumpah menuduh PM Najib yang ditemuinya berjanji hendak memberinya banyak wang,” katanya.
Tambahnya, PKR tidak akan runtuh sebaliknya Umno-BN yang sebenarnya sedang karam.

“Insya-Allah mereka akan karam lebih cepat lagi selepas Sibu,” katanya.

Malaysiakini

Monday, May 17, 2010

Diskaun saman dimansuh.. jadi beringatlah...

MELAKA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) memansuhkan kadar diskaun yang ditawarkan kepada penerima saman pelbagai kesalahan lalu lintas berkuat kuasa minggu lalu.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan, berkata selain itu, satu pendekatan lain juga akan dilaksanakan iaitu dengan mengenakan penalti jika mereka lewat membayar saman berkenaan. "Sebagai contoh, notis tawaran kompaun bagi kesalahan lalu lintas yang dendanya RM70 mungkin naik hingga RM100 jika lewat dibayar hingga tiga bulan. "Ketika ini, kadar sebenar belum diputuskan dan cadangan ini akan dibawa ke mesyuarat Kabinet tidak lama lagi. Kertas cadangan mengenainya sudah diserahkan kepada kerajaan,” katanya.

Beliau berkata, langkah itu diperkenalkan berikutan nilai tunggakan saman yang belum dijelaskan bagi tempoh 2000 hingga 2008 adalah kira-kira RM16.9 juta.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang JPJ 2009, di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di Ayer Keroh, dekat sini, semalam.

Pada majlis itu 495 pegawai JPJ Semenanjung menerima anugerah khidmat cemerlang. Sebelum ini, 90 anggota JPJ pelbagai pangkat dari zon Sabah dan Sarawak, masing-masing menerimanya pada majlis sama yang diadakan 18 April dan 3 Mei lalu di Kota Kinabalu dan Kuching.

Solah berkata, tindakan memansuhkan diskaun saman itu bukan bertujuan menambah kutipan hasil kerajaan, sebaliknya mahu menanam kesedaran di kalangan pemandu supaya lebih bertanggungjawab ketika di jalan raya.

Beliau berkata, menerusi konsep baru itu, pemilik saman akan dididik supaya segera menjelaskan kompaun bagi mengelak nilainya berganda, sekali gus mengajar mereka lebih beretika dan mematuhi peraturan lalu lintas ketika memandu.

Mengulas kekalutan yang dicetuskan pengusaha 'teksi sapu' serta van pelancong di Pekan Danok, Thailand yang menghalang kemasukan 1,000 pelancong menggunakan 30 bas dari Malaysia ke Hatyai, baru-baru ini, Solah berkata, isu itu akan diselesaikan secara baik tidak lama lagi.

"Satu mesyuarat membabitkan pihak berkuasa pengangkutan Thailand dan pegawai Kementerian Pelancongan akan diadakan di Jitra, Kedah pada Selasa ini untuk membincangkan isu Permit Pengedaran Antarabangsa (ICP) serta soal peraturan lalu lintas yang perlu dipatuhi pengusaha terbabit ketika memandu di negara ini,” katanya.

Katanya, 'Ops Check Mate' yang dilaksanakan JPJ di kawasan itu bukan bertujuan menyekat rezeki pengusaha van berkenaan, cuma JPJ mahu setiap pemilik kenderaan dari Thailand mematuhi syarat permit ICP yang boleh dimohon di lapan pintu sempadan dan sah digunakan di Malaysia selama 180 hari.[BH]

SEMUA KATAK KENA LETAK JAWATAN DAN BERTANDING SEMULA....



Angkatan Muda Keadilan Selangor mendesak Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong dan ahli parlimen yang sebelum ini mengisytihar diri mereka keluar parti meletak jawatan dan bertanding semula atas tiket Bebas. .

Ketua Penerangannya, Mohd Ezli Mashut berkata sikap ahli parlimen terbabit adalah tidak bermaruah kerana mengkhianati amanah dan perjuangan rakyat.

"Tindakan keluar parti oleh Choo Keong ketika pilihan raya kecil Sibu berlangsung merupakan tindakan politik yang dirancang oleh pihak tertentu.

"AMK Selangor menggesa wakil rakyat yang keluar daripada KEADILAN mutakhir ini melepaskan jawatannya segera.

"Mereka ini sepatutnya malu kerana kemenangan tersebut bukan kemenangan individu tetapi keyakinan rakyat kepada perjuangan KEADILAN dan Pakatan Rakyat," tegasnya.

Tambah Ezli, perjuangan KEADILAN dan Pakatan tidak akan lemah dengan tindakan segelintir pihak yang cuba mengambil kesempatan bahkan semakin kuat dengan sokongan rakyat yang semakin kukuh kepada Pakatan dalam PRK Sibu.

"Kemenangan ini adalah langkah bermakna Pakatan Rakyat untuk menawan Sarawak dalam pilihan raya Dewan Undangan Negeri Sarawak.

"AMK Selangor mengucapkan tahniah atas kemenangan Pakatan di Sibu.

"Ini akan menjadi pembakar semangat untuk Pakatan mengorak langkah ke Putrajaya mendepani arus perubahan dalam agenda "Selamatkan Malaysia"," ujar Ezli dalam kenyataan media tersebut.


AMK Selangor Desak Wee Choo Keong Letak Jawatan Ahli Parlimen Wangsa Maju

Angkatan Muda Keadilan Selangor mendesak Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen Wangsa maju segera. Beliau yang menang dalam PRU-12 sewajarnya melepaskan jawatannya dan bertanding semula atas kapasiti bebas kerana rakyat memilihnya atas tiket PKR pada ketika itu.

AMK Selangor yakin tindakan keluar parti Wee Chee Keong ketika saat pilihanraya kecil Parlimen Sibu sedang berlangsung adalah tindakan politik yang dirancang oleh pihak-pihak tertentu. Tindakan sedemikan adalah tidak bermaruah dan memalukan kerana mengkhianati amanah dan perjuangan rakyat.

AMK Selangor juga menggesa wakil-wakil rakyat yang keluar daripada PKR mutakhir ini melepaskan jawatannya segera. Mereka sepatutnya malu kerana mereka menang bukan kekuatan nama sendiri tetapi rakyat memilih kerana yakin dengan perjuangan PKR dan Pakatan Rakyat.

Perjuangan PKR dan Pakatan Rakyat tidak akan lemah dan longlai dengan tindakan keluar parti. Sebagai bukti kemenangan Pakatan Rakyat melalui DAP di Sibu adalah petanda rakyat memberi sokongan kuat dan mantap kepada perjuangan Pakatan Rakyat. Justeru kemenangan ini adalah langkah bermakna Pakatan Rakyat untuk menawan Sarawak dalam pilihanraya DUN Sarawak.

AMK Selangor mengucapkan tahniah atas kemenangan Pakatan Rakyat di Parlimen Sibu. Ia menjadi pembakar semangat untuk mengorak langkah ke Putrajaya dalam PRU-13. Kita akan terus mendepani perubahan kerana hanya ini langkah terbaik dan tepat untuk membawa agenda ‘Selamatkan Malaysia’.


Mohd Ezli Mashut
Ketua Penerangan AMK Selangor

Orang Cina menolak APCO dan JUDI...orang melayu halalkan kedua dua nya...!!!!

Sudah tentu banyak analisa boleh kita buat terhadap 2 PRK yang terkini iaitu PRK Hulu Selangor dan PRK Sibu.

Dikedua-dua PRK ini menyaksikan penolakan hampir total orang-orang Cina terhadap BN.APCO adalah isu nasional utama di PRK Hulu Selangor manakala isu memberi lesen judi sukan di PRK Sibu.

Amat memalukan ketika orang-orang Melayu Umno dan pimpinan mereka membawa masuk dan mempertahankan APCO dan JUDI,masyarakat Cina yang tidak berugama Islam menolak kedua-dua entiti haram itu.

Amat memalukan orang-orang Melayu Umno.Dimana maruah kamu,dimana identiti kamu sebagai seorang Melayu dan Islam dan dimana letaknya Iman kamu.

Amat memalukan orang-orang Melayu Umno boleh menerima Yahudi laknatullah dan judi yang kedua-dua disebut dalam Al quran sebagai haram.

Bangunlah wahai Melayu Umno.Sedar dan tolaklah APCO dan JUDI yang dibawa oleh pimpinan kamu.

bikin malu bangsa melayu aje...pakai baju melayu pegi beli ekor...ada akai ka...!!!!



Berita baik buat kaki ekor kebangsaan.Kementerian Perjudian yang baru meluluskan lesen judi Piala Dunia 2010 bakal menetapkan garis panduan baru kepada kaki ekor kebangsaan.Syarat yang bakal digunakan adalah kaki-kaki ekor mestilah memakai baju melayu lengkap berkain samping seperti dalam gambar di atas.Ini selaras dengan gagasan yang diperjuangkan...kah! kah! kah! kah!

Dey macha!!! takkan nak pi sembahyang Jumaat pun sempat singgah kat situ? Waktu paling afdal antara dua khutbah tu...kah! kah! kah! kah!!!! Boley mampuih rakyat kita berjudi..

Kalah di Sibu, mimpi ngeri BN!


Kemenangan DAP menumpaskan calon BN di PRK Parlimen Sibu merupakansatu mimpi ngeri bagi PM DS Najib Tun Razak dan TPM TS Muhyiddin Yassin.

Ia satu tamparan memalukan kerana seluruh jentera BN turun padang untuk mempertahankan kerusi yang dimenangi BN pada pru 12 2008 lepas. Hanya lebih sedikit daripada dua tahun kerusi itu berpindah tangan kepada Pakatan Rakyat (DAP).

Gelak sorai kemenangan PRK Hulu Selangor nampaknya tidak berpanjangan.

DAP tidak menaruh harapan besar untuk memenangi kerusi Sibu memandangkan bertanding di kawasan yang dikuasai BN. Taburan janji dan projek umpama mee segera oleh Najib dan Muhyiddin ternyata disantap dengan baik oleh pengundi SIBU, dan keadaan ini menakutkan pemimpin veteran DAP LKS yang mengatakan harapan tipis.

Namun jelas umpan dimakan, ikan tak lekat. Apakah mungkin dendam BN membara pada penduduk SIBU ?

Apapun yang jelasnya hanya 60 peratus yang keluar mengundi. Satu angka peratusan yang amat rendah bagi satu pilihan raya kecil. Secara am, ia menunjukkan bahawa mereka memprotes dengan tidak keluar mengundi.

Kemenangan DAP adalah satu mimpi ngeri kepada BN, akan menakutkan untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 nanti. Ia membuktikan bahawa rakyat sebenarnya belum mengubah pendiriannya terhadap Pakatan Rakyat sejak pru 12. Mereka sekadar menyimpan kuku.

Persepsi rakyat berketurunan Cina terhadap sikap Umno tersangat kritikal. Mereka telah dapat membandingkannya dengan peranan dan pendirian PAS. Mereka telah dapat menerima PAS meskipun dilemparkan oleh UBN dengan pelbagai kecaman.

Senjata telah mula memakan diri. Pendekatan Umno melalui Perkasa juga mulai menikam diri. Padah kerana sikap Umno sendiri yang menyakini bahawa Umno itu adalah dominan.

Ringkasnya pada pru mendatang nanti... di mana jua Umno bertanding ... Umno akan berhadapan dengan masalah besar apabila sesuatu kawasan itu mempunyai 30-40 peratus pengundi bukan Melayu.

Apatah lagi jika jumlahnya melebihi anggaran itu. Yang kuat dan nampak kuat dalam BN kini hanyalah Umno, manakala komponen-komponennya sekadar menumpang kekuatan Umno itu sendiri.

Seandainya Umno rebah, maka akan rebahlah seluruh BN. Sesungguhnya BN telah rebah di Sibu. Rebah yang tidak akan kebah.


Perakite

Sunday, May 16, 2010

Inikah Dajjal?

(lihatlah gambarnya setelah membaca tulisan ini) Munculnya Dajal adalah petanda kiamat makin hampir. Kemunculannya merupakan ujian akhir sejarah dunia. Musuh kita sesungguhnya tetaplah iblis dan syaitan. Kemudian Dajal berpihak kepada mereka. Ketakutan dan penyimpangan dari kebenaran paling disukainya. Dajjal memperlancar misinya.


Adakah kini manusia lebih pintar, cerdas dan kritis daripada pendahulunya? Apakah pintu-pintu syaitan atas manusia telah dipersempit oleh pengetahuan dan teknologi yang dicapai? Padahal iblis dan syaitan tidak pernah berhenti menjerumuskan. Kebohongan adalah caranya. Di kanannya neraka dan di kirinya syurga. Inilah perumpamaan tentang mengacah-acah kebenaran dan kebohongan, hingga manusia menjauh dari kebenaran.

Manusia boleh menjadi bagaikan malaikat. Manusia juga boleh menjelma seperti syaitan. Bergantung berapa besar keberpihakannya pada kebenaran. Maka apabila manusia menjelma bagai syaitan, bagaimanakah ia akan menjerumuskan lebih banyak manusia ke dalam kesesatan?

Adakah Dajjal sebagai makhluk hidup (manusia biasa bermata kacau) atau sebagai benda mati (yang dikira hidup / ‘life’)? Apakah Dajjal berwajah cantik, tampan ataupun menarik? Ataukah sebaliknya sangat menyeramkan? Apakah Dajjal adalah sebuah makhluk raksasa tunggal yang bergerak cepat kesana-kemari? Ataukah ternyata satu makhluk dalam sistem yang besar dan terdiri daripada bahagian-bahagian yang menyebar? Berapa sering Dajjal datang menghampiri kita? Bagaimana dia menjerumuskan lebih banyak manusia di seluruh dunia dari bayi hingga tua?

Ciri-ciri telah dikemukakan:

* satu mata
* kebohongan
* besar
* kaffara

(mungkin juga adalah laluan yang bermakna: dari satu – mata – kebohongan – membesar-menjadi kafir)

Setiap kejadian telah dikemukakan:

* orang-orang berkumpul dan mengkajinya
* anak-anak berkumpul dan menyaksikannya
* orang-orang tua pun berkumpul dan dihiburnya

Setiap senario Dajal:

* menghibur
* mengancam
* menakut-nakutkan
* mengejek dan menjelek-jelekkan
* menunjukkan bukti-bukti
* memaparkan rujukan
* mempamerkan kehebatan
* dan sebagainya

Dajjal seharusnya adalah makhluk yang mempunyai daya tarikan.

* Jika orang yang buta, maka ia berbunyi.
* Jika orang tuli, ia memperlihatkan.
* Jika orang yang buta-tuli, ia akan menerkam geram.
* Jika ia seram, orang-orang justeru pergi meninggalkan. Takuuuuut ….!

Sejumlah sosok Dajal telah ditunjukkan. Dajal dicirikan dan diversikan berbeza-beza. Namun kesesatan manusia tetaplah misinya. Syaitan melindungi dan menyamarkan kemunculannya. Dan banyak orang menjangkal. Demikianlah sehingga ia lebih leluasa. Iblis dan Syaitan pun bergembira. Kehadiran Dajal lambat laun menjadi keperluan dan kepercayaan bagi manusia. Sehingga lebih mudahlah dijerumuskan.

Dajjal adalah kafir yang bermaksud tidak beragama. Jika beragama, ia kelihatan seperti mempunyai banyak agama. Tulisan ‘kaffara’ padanya adalah satu amaran yang nyata. Kepercayaan dan keyakinan menjadi permainannya. Keyakinan apakah yang lebih kuat daripada Ainul yakin. Dajal akan dan telah menjajah Ainul yakin. Sejumlah manusia menjadi sangat sesat. Itupun tak disedari dari mana datangnya. Kesalahan kecil apa pun dimanfaatkan dan dibesarkannya ke seluruh dunia (amplifier penipuan).

Saat ini , hampir semua manusia telah menyaksikan pemunculannya. Dajal muncul serta menyelinap dalam kehidupan manusia, membesar dan dewasa seiring dengan bertambahnya umur dan teknologi manusia. Hanyalah sedikit orang menyedarinya.

Dajal muncul secara spektakuler. Hampir tiap orang akan tertarik padanya. Alangkah senang iblis dan syaitan menjadikan begitu. Kebohongan, kepalsuan dan maya adalah bidangya. Disebut apakah makhluk ini oleh manusia?

Siapakah aku? Aku adalah juara Akademi Fantasia
Siapakah aku? Aku tampan seperti Tom Cruise
Siapakah aku? Aku hebat seperti Lionel Messi
Siapakah aku? Aku cantik seperti Brookshield
Siapakah aku? Aku boleh terbang seperti Superman
Siapakah aku? Aku pahlawan Hercules
Siapakah aku? Aku lucu seperti Badut
Siapakah aku? Aku genius seperti Einstein
Siapakah aku? Akulah jutawan dan dermawan seperti Bill Gates
Siapakah aku? Aku seperti yang kuinginkan
Siapakah aku? Aku sentiasa diselamatkan oleh bidadariku

Demikianlah sebagai contoh hasil tanaman Dajal dalam jiwa manusia. Manusia telah diisi teladan yang liar dalam jiwanya. Fikiran dan jiwa manusia tidak lagi sebagaimana mestinya. Adalah pengandaian dan andaian bermacam-macam telah mempengaruhinya. Manusia tidak lagi lugu sebagaimana wajarnya. Manusia telah mendapatkan kesombongan dan dalih yang tidak pula disedari darimana datangnya.

Dan manusia menjadi amat takut disebut kuno atau kekampungan yang tidak dapat mengikuti kemajuan dalam arus yang sebenarnya tidak pula diketahui asal dan arahnya. Umpatan, makian, ejekan, kemarahan adalah hal biasa yang datang dari ketiadaan. Tertawa terbahak-bahak, kegembiraan, kesedihan dan kebahagiaan pun datang dalam waktu yang cepat dan berubah-ubah. Ini semua adalah sebahagian daripada permainan Dajal yang manusia menjadi terlena.

Propaganda Dajal:
Nombor satu dan paling hebat dari yang hebat-hebat

* Paling mudah menyampaikan
* Paling dipercayai
* Paling kuat
* Paling awet
* Paling sihat
* Paling bersih
* Paling lucu
* Paling seram
* Paling indah
* Paling sedih
*Paling berpengaruh
* dan paling … paling … paling ….

Maka percayailah aku … ..

Jika aku tidak tergoda oleh rayuan Dajal, bagaimana dengan anakku? isteriku? saudara-saudaraku?
Dajjal telah dan akan lebih hadir dalam setiap kesempatan. Jika kukatakan itulah Dajjal dan aku tinggalkan Dajjal, maka setiap dari lingkuanganku akan menggoda, menentang dan mencemuhku. Demikianlah benar kenyataan bahawa untuk mengelakkan Dajjal, pergilah ke gunung-gunung yang terpencil.

Maka sebahagian dari rongga jiwa kita telah dan akan terus diisi oleh seperangkat kepalsuan Dajal. Iblis dan syaitan menjadi lebih mudah memanfaatkannya. Setiap bayi yang lahir kelak akan kehilangan dirinya. Kerana pengaruh Dajal membentang dari bayi sehingga dewasa. Dajal semakin jaya.

Popular Posts

akhbar on line

Your Ad Here