cari maklumat di sini

Your Ad Here

Saturday, May 22, 2010

puaka laki bini mula lawatan sambil berjoli sakan 2 hari di singapura

Najib tiba di Singapura mula lawatan 2 hari



Najib (kiri) bersama Lee menghadiri sebuah sidang akhbar di Istana di Singapura,

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tiba di sini malam tadi untuk memulakan lawatan dua hari ke Singapura.

Najib akan mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatannya Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong ketika majlis jamuan malam di Pulau Sentosa hari ini dan menghadiri pemukiman pemimpin di Hotel Shangri-La esok.

Perdana Menteri, yang diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor, tiba di sini dengan menaiki kereta dari Johor Baru selepas menghadiri beberapa majlis di Johor sepanjang semalam.

Ketibaan Najib di Hotel Shangri-La di sini disambut oleh Menteri Pembangunan Negara Singapura Mah Bow Tan.

Ketika pemukiman pemimpin itu, kedua-dua perdana menteri dan beberapa anggota Kabinet mereka dijangka membincangkan langkah untuk meningkatkan kerjasama dua hala dan bertukar pendapat mengenai perkembangan serantau.

Antara menteri Malaysia yang mengiringi Najib pada pemukiman itu ialah Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman. — Bernama

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

akhbar on line

Your Ad Here