cari maklumat di sini

Your Ad Here

Thursday, May 20, 2010

kemelut istana....dari kes tembak jadi kes binuh.....

Pengawal Istana meninggal dunia



MAZNAH (kiri) ditemani seorang ahli keluarga semasa menunggu jenazah suaminya di Kota Bharu semalam.

Selepas 19 hari bergelut dengan kecederaan parah di dada ekoran ditembak oleh individu tidak dikenali pada 1 Mei lalu, Pengawal Istana Kelantan, Ramli Mohd., 50, akhirnya menghembuskan nafas terakhir awal pagi semalam.

Beliau yang menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini meninggal dunia di sisi isteri, Maznah Mustafa, 50, dan lima anaknya pada pukul 3.23 pagi.

Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad berkata, berikutan itu, sepasukan pakar forensik dari Kuala Lumpur melakukan bedah siasat ke atas Allahyarham bagi mengenal pasti punca sebenar kematian.

“Selepas bedah siasat, jenazah Allahyarham Ramli dibawa ke Masjid Muhammadi di sini untuk sembahyang jenazah pukul 8 malam sebelum dikebumikan di Kampung Kok Keli, Tumpat,” katanya di sini semalam.

Akhbar semalam melaporkan keadaan Ramli yang parah ditembak di dadanya kembali kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU) HRPZII.

Dalam kejadian 1 Mei lalu, Ramli yang sedang menunggang motosikal untuk pulang ke rumah selepas bertugas di Istana Negeri, Kubang Kerian, ditembak oleh individu yang tidak dikenali di Kampung Sungai Nyior, Palekbang, Tumpat pada pukul 12.20 pagi.

Ramli merupakan kakitangan Pejabat Sultan Kelantan dan bertugas sebagai pengawal keselamatan sejak 17 tahun lepas.

Abdul Halim berkata, doktor yang merawat Ramli memaklumkan bahawa Allahyarham tenat sejak dua hari lalu selepas terdapat jangkitan kuman pada beberapa organ penting mangsa seperti paru-paru, buah pinggang dan hati.

Dalam pada itu, pada sidang akhbar semalam, Abdul Halim berkata, Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra telah melawat Ramli di HRPZII pada pukul 11.30 malam kelmarin.

“Saya telah dititahkan oleh Pemangku Raja Kelantan untuk menyampaikan salam takziah baginda kepada keluarga Allahyarham Ramli yang menghembuskan nafas terakhir pada awal pagi tadi (semalam),” ujarnya.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

akhbar on line

Your Ad Here