cari maklumat di sini

Your Ad Here

Tuesday, May 18, 2010

JKKK mula bantah bil elektrik tinggi


"RAKYAT MALAYSIA PERLU SEDAR KENAPA BIL ELEKTRIK TNB TINGGI !
Orang Umno pun dah terbeban nampaknya bil elektrik tinggi
Nak tahu kenapa bil elektrik kebelakangan ini tinggi baca SINI

TERBEBAN BIL ELEKTRIK TINGGI

BATU KIKIR – Penduduk Homestay Kampung Lonek bimbang dengan masalah dihadapi mereka apabila kadar bayaran bil elektrik rumah kediaman diterima setiap bulan melambung tinggi.

Masalah itu terjadi sekitar Ogos 2009 dan berlarutan sehingga kini walaupun pelbagai langkah dan tindakan mengatasinya diambil penduduk secara persendirian mahupun mengikut saluran.

Penduduk, Abdullah Abd Rahman, 50, berkata, kadar tarif yang perlu ditanggung amat berbeza berbanding kebiasaan sebelum kampung ini terkenal iaitu daripada 13 peratus kepada 21 peratus.

Menurutnya, dahulu jumlah bayaran hanya sekitar RM40 tetapi kini dia terpaksa membuat bayaran sehingga RM100 walaupun kuantiti penggunaan elektrik tidak banyak perubahan.

“Perkara ini amat membebankan penduduk khususnya kepada saya sekeluarga sebagai orang kampung kerana homestay bukanlah suatu alasan untuk bil elektrik dinaikkan sesuka hati.


“Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak juga sudah meletakkan dasar melalui Model Ekonomi Baru (MEB) untuk membantu menaikkan taraf ekonomi penduduk di luar bandar khususnya di kampung dan di desa,” katanya.


Slogan gagal jika tertindas

Penduduk, Norlili Mohd Yasin, 49, berkata, slogan Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan tidak mencapai matlamat sekiranya penduduk ditindas kerana mengusahakan homestay di sini.

Menurutnya, kadar tarif baru yang diterima meletakkan kawasan ini sebagai sebuah industri bukanlah rumah kediaman biasa dan hal ini membebankan penduduk kerana mereka tidak bergantung pendapatan kepada homestay itu sendiri.

“Sepatutnya kami penduduk kampung dibantu bukannya ditambah dengan bebanan tidak sepatutnya dan saya amat mengharapkan tindakan daripada pihak berkenaan mengatasi masalah kami,” katanya.

Pelbagai kesan negatif yang terpaksa diterima penduduk daripada peningkatan bayaran penggunaan elektrik khususnya bagi sesama anggota dalam sesebuah keluarga.

Penduduk, Ibrahim Abd Rahman (Omok), 53 berkata, perubahan kadar bayaran secara mendadak menyebabkan dia mengehadkan dan membuat catuan terhadap penggunaan elektrik dalam isi rumah.

Menurutnya, anak-anaknya merungut dan menyatakan rasa tidak senang apabila keseronokan mereka untuk menonton televisyen, memasang lampu untuk belajar sehingga lewat malam tidak dibenarkan.

“Saya melakukan demikian bagi menyerap tekanan menerima bil kuning iaitu surat amaran pemotongan elektrik setiap bulan walaupun membuat bayaran seperti kebiasaan dan terpaksa melunaskan seperti yang tertulis dalam bil asal,” katanya.

Belia sepakat bantah kadar tarif baru

Pengerusi Ikatan Belia Utama (Ibu), Mohd Hezri Mat Isa berkata, selaku golongan belia yang menjadi tunjang kampung, kami sepakat sebulat suara membantah kadar tarif baru yang diterima penduduk.

Menurutnya, hak-hak masyarakat kampung khususnya di kampung itu seharusnya diberi perhatian pihak berkuasa dalam membantu menyelesaikan masalah tersebut dengan segera.:

“Ibu meminta agar penindasan ini dihentikan segera kerana pendapatan diterima perusahaan homestay tidak seberapa dan bukanlah sentiasa dikunjungi pelancong,” katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK), Ramli Abd Hamid berkata, kos yang ditanggung penduduk bagi pembayaran bil elektrik tinggi sehingga hampir sekali ganda.

Mereka mendakwa, maklum balas terhadap aduan kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) amat mendukacitakan kerana digazet sebagai tanah komersial sedangkan penduduk di sini merupakan orang kampung memiliki tanah pertanian.

“Perkara ini tidak munasabah dan pihak kami juga menemui Ahli Parlimen Jempol, Datuk Lilah Yasin dan mengharapkan sesuatu tindakan selanjutnya boleh dilakukan,” katanya.

Sementara itu, Exco Pelancongan Perpaduan Kebudayaan Kesenian Warisan dan Adat Istiadat Melayu, Datuk Mohamad Razi Kail ketika ditemui pada lawatan ke tempat dan produk pelancongan di Daerah Jempol sedia maklum mengenai perkara ini.

Razi berkata, perkara ini tidak sepatutnya berlaku dan akan diketengahkan ke dalam mesyuarat Kerajaan Negeri supaya sesuatu keputusan seimbang antara dua belah pihak dapat dibuat.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

akhbar on line

Your Ad Here