cari maklumat di sini

Your Ad Here

Saturday, February 12, 2011

Revolusi di Mesir -Raja Bahrain Memberi US3000 Setiap Keluarga



Raja Bahrain, Raja Hamad bin Issa al-Khalifa telah memerintahkan setiap keluarga di monarki kecil di Teluk itu diberikan US3,000 sebagai tanda ulang tahun ke-10 dari piagam nasional untuk reformasi, lapor berita BNA.

Pemberian ini kerana aktivis cyber menyeru protes di Bahrain mulai Isnin untuk menuntut reformasi politik, sosial dan ekonomi. Dalam referendum Februari 2001, rakyat Bahrain menyetujui piagam nasional untuk reformasi untuk mempulihkan kembali Parlimen yang dibubarkan pada 1975, dan pada Februari 2002, Bahrain menjadi kerajaan monarki.

Bahrain, dengan penduduknya sekitar 568.000 orang, dianggap termiskin di antara jirannya di Teluk yang kaya dengan minyak dan rezab minyak mentahnya juga hampir mengering.

Sumber :Republika

kantoi....bikin " projek " pandai....dapat hasil buang merata rata....pengetua sekolah hamil bapak ketam nak kata apa...!!!



Manjung: Seorang wanita dan pasangannya yang bersekedudukan hingga melahirkan bayi tanpa pengetahuan keluarga mereka di sebuah hotel kira-kira 18 hari lalu, ditahan selepas wanita itu meninggalkan bayi itu di belakang rumah keluarga kekasihnya di Taman Fasa Dua, Seri Manjung, dekat sini, semalam. Gambar fail.

Bayi perempuan itu ditemui keluarga berkenaan selepas terdengar tangisannya di luar rumah sebelum memaklumkan perkara itu kepada polis pada kira-kira jam 5.30 pagi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Manjung, Deputi Superintendan Shaharudin Abdullah, berkata bayi itu ditinggalkan bersama sebuah beg kecil di luar rumah berkenaan dan siasatan menemui satu resit penginapan hotel yang menjadi petunjuk sehingga polis berjaya menahan ibu bayi itu yang berusia 29 tahun.

“Wanita yang berasal dari sebuah negeri di utara Semenanjung itu mengaku bayi berkenaan adalah anak luar nikah hasil hubungan dengan kekasihnya yang berusia 24 tahun.

“Suspek juga mengaku dia meletakkan bayi di belakang rumah terbabit kerana pasangannya enggan bertanggungjawab menyebabkan dirinya hilang punca kerana tidak mampu untuk menjaga bayi itu bersendirian,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Shaharudin berkata, hasil maklumat itu, polis menahan kekasih wanita terbabit yang juga pekerja sebuah restoran makanan segera di sini.

Katanya, siasatan mendapati bayi mereka dilahirkan pada 25 Januari lalu dan dilahirkan sendiri suspek wanita di sebuah bilik hotel berkenaan.

“Kita percaya tindakan ini untuk mengelak kelahiran bayi mereka diketahui keluarga mereka dan tidak mahu menanggung malu,” katanya.

Beliau berkata, kedua-dua suspek ditahan untuk siasatan lanjut.-BH

‘Gam’ Bahyah dari Media Prima



MCA mendesak kumpulan media terbesar Media Prima menghentikan dan mengelakkan penyiaran program berkaitan selebiti televisyen Siti Nor Bahyah Mahamood (gambar) selagi beliau tidak memohon maaf kepada masyarakat Kristian ekoran kenyataan tentang hari Valentine.

Timbalan pengerusi biro publisiti MCA Loh Seng Kok berkata, Media Prima patut mengumumkan kumpulan itu tidak terlibat dengan kenyataan Siti Nor Bahyah yang didakwa berkata bahawa “maksiat, disko, ‘couple-couple’, bersunyi-sunyian” sebagai tradisi masyarakat Kristian.

“Kedua-dua pihak, Media Prima dan Siti Bahyah patut segera meminta maaf kerana menyinggung sensitiviti masyarakat Kristian,” katanya yang juga ahli jawatankuasa pusat dan majlis presiden MCA.

“Media Prima juga tidak patut membenarkan salurannya menyiarkan rancangan menentang kepercayaan agama lain dan sekiranya perlu, memeriksa kandungan ucapan pembicara berkenaan.”

Pemuda Majlis Gereja-Gereja Malaysia (Pemuda CCM) hari ini menuntut Siti Nor Bahyah permohonan maaf atas kenyataanya yang “tidak bertanggungjawab”, “mengaibkan” dan “amat menyakitkan hati” dan dibuat tanpa fakta yang dikaji teliti.

Sambil memberitahu bahawa sambutan itu tiada asas dalam ajaran Kristian, Pemuda CCM mendakwa Siti Nor Bahyah menggunakan ruang awam untuk mencerca ajaran lain dengan pandangan yang salah dan diperolok-olokkan sebagai fakta.

Urus pertembungan

Dalam satu kenyataan hari ini, Loh menyarankan, polis juga patut menyiasat kata-kata mencemar Siti Nor Bahyah – yang terkenal cadangan “urutan cakar harimau”- sebagai hasutan.

Katanya, dakwaan yang dibuat selebriti rancangan agama dan motivasi itu langsung tidak berasas, dan berdasarkan pendirian individu yang jahil dan prejudis.

“Patut dimaklumkan bahawa hari Valentine merupakan acara komersial yang tidak berbeza dengan hari ibu, hari bapa dan hari guru.

“Tidak seperti Good Friday, Easter dan Krismas, hari Valentine bukan acara daripada kalendar Kristian oleh penganutnya.

Sementara itu, ketua penerangan Pemuda PAS Pusat Suhaizan Kaiat berkata isu Hari Valentine kini “semakin panas” setelah timbulnya rasa tidak puas hati pelbagai pihak.

“Perkara ini berlaku kerana kurangnya dialog antara agama dalam negara ini. Saya mengajak semua pihak mari kita berdialog mengatasi masalah ini.

“Kita tidak boleh biarkan pertembungan ini tidak diurus dengan baik. Pemuda PAS bersedia menjadi sekretariat dialog ini,” katanya.

SELANGOR BELA ADUN SERI MUDA, BIARKAN GAPS DENGAN SAKIT HATINYA



BETAPA bengangnya GAPS (Gabungan Anti Penyelewengan Selangor) apabila Kerajaan Negeri Selangor akan membiayai kos perundangan Adun Seri Muda, YB Shuhaimi Shafie yang bakal didakwa atas tuduhan menghina Sultan Selangor. Sememangnya puak-puak ini suka melihat Adun tersebut tersungkur di mahkamah dan kemungkinan akan ada lagi PRK di Selangor untuyk mereka merampas kerusi Dun Seri Muda.

GAPS berkata tindakan kerajaan Selangor membiayai kos perundangan ADUN Seri Muda Muda Shuhaimi Shafiei - yang akan dihadapkan ke mahkamah ekoran tulisan berkaitan Sultan Selangor - disifatkan sebagai "pembaziran dan penyelewengan wang rakyat". Pembaziran wang rakyat apanya jika Adun tersebut menulis demi untuk kesejahjteraan rakyat dan kedaulatan raja-raja? Bukankah rakyat dan raja tidak boleh dipisahkan? Raja boleh menitah kepada rakyat, manakala rakyat juga boleh menegur raja untuk membuktikan kasih sayang kita kepada raja.

Membela seorang Wakil Rakyat yang dianggap menderhaka kepada Sultan, sedangkan tiada satu bukti pun kita lihat bentuk penderhakaan itu bahkan Adun berkenaan secara terbuka menyebut sekiranya ada ayat atau frasa di dalam tulisannya yang menyinggung Sultan, beliau rela memohon maaf dan bersedia untuk berjumpa Duli Tuanku. Itu membuktikan betapa ikhlasnya Adun tersebut. Butakah mata GAPS dengan berbagai bentuk penderhakaan kepada raja yang lebih dahsyat sebelum ini?

Cuba tanya Tun Mahathir, tanya Ibrahim Ali dan tanya juga geng-geng Idris Jusoh di Terengganu tentang sejarah Sultan di hina. Mereka semua boleh ceritakan kisah-kisah `keberanian' mereka kepada raja. Ada pernah mereka didakwa seperti Adun Seri Muda ini? Justeru itu, GAPS jangan hipokrit kerana rakyat tidak lagi sebodoh kamu


WFAUZDIN NS

melayu islam makin teruk...sekolah Hamil bapak ketam tajaan UMNO tak mampu menanganinya...kembalilah kepada ISLAM Sejati...!!!

Janin Sudah Berulat Ditemui Di Sungai Gombak



Tidak sampai sehari selepas polis Bukit Aman mendedahkan 517 kes pembuangan bayi direkodkan di seluruh negara dalam tempoh lima tahun lalu, dua lagi janin bayi ditemui di dua lokasi berasingan di ibu negara dalam tempoh 24 jam semalam. Gambar Fail

Janin pertama dipercayai berusia kira-kira lima bulan ditemui seorang juruteknik Indah Water Konsortium (IWK) ketika melakukan kerja penyelenggaraan di loji rawatan kumbahan di Metro Prima Kepong di sini, kira-kira jam 11 pagi.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan, berkata janin perempuan yang sudah cukup sifat itu ditemui tersangkut pada satu saluran masuk dipercayai dihanyutkan air yang mengalir melalui paip pembetungan ke loji rawatan kumbahan berkenaan dari kawasan berhampiran.

“Tiada orang luar dilihat memasuki loji itu berikutan kawasan berkenaan sentiasa dikawal pengawal keselamatan.

“Kita percaya janin itu dibuang di tempat lain sebelum hanyut ke dalam loji berkenaan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau berkata, selain cedera di kepala, kaki kiri janin itu dipercayai patah.

Sementara itu, satu lagi janin reput ditemui seorang awam yang menggunakan ruang pejalan berhampiran tebing Sungai Gombak tidak jauh dari Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Jalan Ipoh di sini, pada jam 2.30 petang.
Janin sebesar tapak tangan dewasa dipercayai berusia tiga hingga empat bulan itu ditemui sudah berulat dan dihurungi lalat.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zulkarnain Abdul Rahman, berkata pihaknya masih menunggu keputusan hospital berhubung jantina dan umur janin berkenaan memandangkan keadaannya yang sudah reput.

Kedua-dua janin itu dihantar ke Hospital Besar Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat. -BH

Mubarak Letak Jawatan - Sejarah Baru Kebangkitan Rakyat














KAHERAH - Jutaan rakyat Mesir larut dalam kegembiraan merayakan kemenangan mereka atas Presiden Hosni Mubarak yang pada hari kelapan-belas akhirnya menyatakan perletakan jawatannya setelah berkuasa selama 30 tahun.

Rakyat anti Mubarak yang berkumpul di jalan-jalan Tahrir di pusat kota Kaherah saling berpelukan, berteriak-teriak, melambai-lambaikan bendera Mesir dan melaunglaungkan kemenangan sebaik saja Wakil Presiden Omar Suleiman mengumumkan tentang perletakan jawatan Mubarak tersebut.

"Kita telah menggulingkan rejim, kita telah menggulingkan rejim. Allahu Akbar... Allahu Akbar," demikian laungan-laungan yang diteriakkan demonstran di jalan-jalan Tahrir seperti dilaporkan Reuters, Jumaat (11/2/2011) waktu tempatan.

Para penunjuk perasaan, sebahagian besarnya mendirikan solat syukur di atas pemergian Mubarak.

Suasana bertambah meriah dan bising ketika ribuan orang yang lain membunyikan hon kendaraan sementara para pejalan kaki berteriak histeria meluapkan kegembiraan.

"Saya adalah salah seorang yang menolong menggulingkan dia. Saya sudah di sini selama 17 hari. Masa depan Mesir sekarang berada di tangan rakyat," kata penyanyi Hani Sobhy, dalam perayaan di Tahrir.

Demonstran lainnya, Mohammed Abu Bakar mengaku tak percaya dengan yang didengarnya. "Ini adalah kesudahannya dari ketidakadilan," ujarnya.

Di luar stesyen TV nasional Mesir, demonstran berjabat tangan dengan para tentara yang ditugaskan menjaga stesyen tersebut. Beberapa dari mereka bahkan melompat ke atas tank.

"Saya tak percaya, saya akan melihat presiden yang lain dalam masa hidup saya," kata Sherif el-Husseiny, seorang pengacara. "Tak ada lagi yang bisa menghentikan rakyat Mesir. Ini adalah era baru bagi Mesir," tambahnya.


Hosni Mubarak letak jawatan Presiden

KAHERAH - CAIRO (AP) - Presiden Mesir, Hosni Mubarak meletakkan jawatan semalam selepas beliau meninggalkan Istana Presiden di sini.

Pengumuman beliau meletakkan jawatan diumumkan oleh Naib Presiden, Omar Suleiman menerusi televisyen semalam.

"Dalam situasi yang sukar ini, Presiden Hosni Mubarak memutuskan untuk meninggalkan kedudukannya sebagai presiden," kata Omar.

Omar turut mengumumkan bahawa satu majlis ketenteraan akan mengendalikan hal ehwal negara tersebut.

Hosni telah memerintah Mesir hampir 30 tahun. Sebelum ini, stesen televisyen Al-Arabiya semalam melaporkan Hosni Mubarak, 82, dan semua ahli keluarganya telah meninggalkan Istana Presiden di sini ketika beliau masih memegang jawatan sebagai Presiden.

Hosni dan keluarganya itu menuju ke pusat peranginan Sharm el-Sheikh di Laut Merah.

Menurut saksi-saksi, sekurang-kurangnya dua buah helikopter dilihat berlepas dari istana tersebut.

Stesen televisyen Al-Arabiya mengesahkan ketibaan keluarga tersebut di Sharm el-Sheikh.

Berita itu timbul ketika penunjuk perasaan bergerak ke istana tersebut yang terletak di kawasan pinggir bandar Kaherah, Heliopolis.

Pergerakan penunjuk perasaan itu dibuat pertama kali sejak tunjuk perasaan berlangsung pada 25 Januari lalu.

Penunjuk perasaan berkumpul di tepi kawat duri yang mengelilingi istana.

Penunjuk perasaan bersorak sebaik sahaja mengetahui Hosni Mubarak meletak jawatan sebagai Presiden Mesir di Kaherah semalam.

Sementara itu, kereta-kereta kebal dan tentera elit yang bertanggungjawab ke atas keselamatan presiden berkawal di sekeliling istana.

"Tentera Penjaga Republik mengawal Istana Presiden," jelas satu sumber pasukan bersenjata.

Hosni sering menghabiskan masa di Sharm el-Sheikh yang merupakan destinasi pelancongan terkenal di Laut Merah dan bertemu dengan tetamu-tetamunya di sana.

Kelmarin, para penunjuk perasaan di Dataran Tahrir kecewa dan marah terhadap Hosni kerana beliau masih enggan meletakkan jawatan. - Agensi

jemput bini hilang akhirnya dapat kemalangan....!!!!



REMUK...keadaan kereta yang terbabit nahas, semalam.

TAMPIN: Kegembiraan seorang suami yang baru pulang selepas menjemput isterinya yang hilang baru-baru ini, tidak berpanjangan selepas kenderaan dipandu hilang kawalan sebelum terbabas ke dalam gaung di kiri jalan, semalam.

Kejadian kira-kira jam 5.20 pagi itu berlaku ketika Nurshahrul Affendi Hashim, 25, bersama isteri, Nurhidayah, 20, serta ibu mentua berusia 44 tahun dan adik iparnya berusia 10 tahun dalam perjalanan dari Tampin ke Gemas sebelum ke Temerloh, Pahang.

Sebaik tiba di satu selekoh tajam di Kilometer 16, Jalan Tampin-Gemas, Perodua Myvi dipandu Nurshahrul Affendi hilang kawalan ke kiri dan kanan jalan lalu terbabas dan melanggar sebuah gerai kecil sebelum terhumban ke gaung.

Nurshahrul Affendi berkata, dia tiba di Plaza Tol Simpang Ampat, Alor Gajah menuju ke Tampin sebelum berhenti rehat dan meneruskan perjalanan ke Gemas.

Katanya, ketika dalam perjalanan isteri, ibu mentua dan adik iparnya tidur.

“Ketika tiba di Tampin, hati saya tak sedap lalu mencari tempat berehat di sebuah kedai makan untuk mengalas perut dan membasuh muka sebelum meneruskan perjalanan ke Gemas.

“Sebaik tiba di selekoh tajam di kawasan yang tidak diketahui, tiba-tiba kereta dipandu hilang kawalan sebelum terhumban.

“Ketika itu saya terpinga-pinga kerana kereta terus meluncur ke gaung sedalam 10 meter mula disangkakan semak.

“Akibat kejadian itu, kereta saya rosak teruk dan dalam kesakitan akibat cedera di dagu dan tangan, terpaksa merangkak keluar tetapi tidak berdaya,” katanya.


Menurutnya, tidak lama kemudian, seorang penoreh yang melalui jalan itu berhenti selepas menyedari kemalangan dan membantunya selain menghubungi polis.


Akhbar ini, kelmarin melaporkan, seorang isteri berusia 20 tahun hilang ketika membeli kredit tambah nilai di sebuah kedai di Taman Seri Jaya, Kluang, Johor, selepas 21 hari bergelar isteri. Katanya, sebelum itu, dia bersama ibu mentua dan adik iparnya baru pulang daripada menjemput isterinya yang hilang sejak 28 Januari lalu yang ditemui di Kampung Sahri, Simpang Renggam, Johor, kira-kira jam 9 malam kelmarin.


Menurutnya, dia menerima panggilan kira-kira jam 9 malam kelmarin, mendakwa seorang wanita seakan-akan isterinya dilihat berada di sebuah rumah sewa di kampung berkenaan sejak beberapa hari lalu.


“Selepas menerima maklumat itu, saya mengajak ibu mentua dan adik ipar serta beberapa rakan menuju ke tempat dimaksudkan sebelum menemui isteri di rumah kakak angkatnya selepas menghilangkan diri.


“Selepas mengambil isteri, saya ke Plaza Tol Simpang Renggam kira-kira jam 1 pagi dan tiba di Simpang Ampat, Alor Gajah, kira-kira jam 4 pagi. Kami mengikut jalan Tampin ke Gemas sebelum ke Bahau,” katanya.

Tahniah 1 malaysia...50 tahun UMNO-APCO memerintah negara...berjaya menghasilkan produk haram para pelajarnya...!!!

PELAJAR KINI SUKA BERGAMBAR BOGEL? NGERI DENGARNYA



Mengaibkan apabila seorang gadis yang juga penuntut sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) tidak hanya berminat menjalankan aktiviti menggoda suami orang, malah tidak segan silu merakamkan gambar bogelnya sebagai modal untuk memikat.
Pelajar berusia awal 20-an itu dikesan menggunakan laman web sosial di Internet untuk menjalankan kegiatannya dengan tujuan memperoleh wang mudah selain berniat mahu memporak-perandakan rumah tangga lelaki yang digoda.

Perkara terbabit didedahkan seorang ahli perniagaan wanita yang mengesan hubungan sulit suaminya dengan pelajar IPTA terlampau itu selepas menemui rakaman video gadis terbabit di dalam telefon bimbit suaminya.
Menurut wanita itu yang mahu dikenali sebagai Siti, 35, dia tidak menyangka pelajar terbabit menjual maruah diri dengan menghantar beberapa rakaman gambar bogel sendiri selain beberapa klip video yang menunjukkan aksi lucah.

“Saya melihat kiriman MMS bogel pelajar itu secara tidak sengaja ketika menyemak kandungan telefon bimbit suami. Tidak mahu perkara itu berlarutan, saya menghubungi pelajar itu untuk berbincang.

“Selepas didesak berulang kali, dia mengaku ia gambar bogel MMS dirinya, namun menafikan ada melakukan hubungan seks dengan suami saya,” kata dalam pertemuan dengan wartawan Harian Metro.

Menurut Siti, pada mulanya pelajar terbabit memohon maaf dan menyangka suaminya bujang, namun itu semua hanya lakonan kerana selepas itu dia masih menghantar klip video aksi lucah dan SMS kepada suaminya.

“Saya menghubunginya sekali lagi meminta dia menghentikan semua perbuatan buruknya supaya tidak mengganggu hubungan rumah tangga kami.

Saya marah dia kerana tanpa segan silu menunjukkan aksi lucah dan gambar bogel kepada lelaki yang hanya dikenali melalui laman sembang sedangkan mereka belum mempunyai ikatan sah,” katanya.
Siti berkata, dia turut menakut-nakutkan gadis itu untuk menyebar gambar bogelnya di Internet.

“Selepas saya cakap macam itu baru dia merayu saya tidak berbuat demikian, selain berjanji akan memutuskan perhubungan dengan suami,” katanya.

Menurut Siti, suaminya mendakwa kini gadis itu sudah tidak ada apa-apa hubungan dengannya kerana dia mempunyai lelaki lain sebagai pengganti.

Katanya, gadis terbabit dikatakan masih mengulangi tabiat sama dengan menghantar gambar bogelnya kepada teman lelaki barunya dengan tujuan untuk menggoda.

“Saya tak sangka pelajar berpendidikan tinggi dan berpenampilan baik dengan memakai tudung tergamak berkelakuan jijik seperti itu dengan sengaja mahu menghancurkan rumah tangga orang lain.

“Lebih saya kesal, dia pernah mengugut mahu membuat laporan polis dengan dakwaan saya mengganggunya dan cuba menyebarkan gambar bogelnya,” kata Siti.

Ibu dua cahaya mata itu berkata, suaminya sudah meminta maaf dan berjanji tidak mengulangi kesilapan berkenaan.

“Ini satu pengajaran dan keburukan laman sembang sosial di Internet yang disalah gunakan bagi tujuan tidak bermoral apatah lagi membabitkan golongan remaja,” katanya.

Friday, February 11, 2011

Rejim yang zalim



Dunia Arab bergolak. Dari Tunisia ke Mesir dan biarlah ia menjalar ke seluruh pelosok daerah yang dikuasai oleh rejim yang zalim; yang menghina agama, menghisap darah rakyat, memundurkan negara, memerintah untuk kepentingan kroni dan keluarga, mengaut kekayaan peribadi sedangkan rakyat dalam kemiskinan. Memang sepatutnya telah lama ia bergolak. Persis seperti kata ‘Ali bin Abi Talib r.a: “Sesungguhnya binasanya manusia terdahulu kerana mereka menghalang kebenaran sehingga ia dibeli. Mereka membentangkan kezaliman sehingga ia ditebus”. (Ibn Muflih, Al-Adab al-Syar‘iyyah, 1/201, Beirut: Muassasah al-Risalah).

Rakus




Dunia Islam adalah dunia yang kaya. Kedudukan negara-negara umat Islam amat strategik. Malangnya, ramai para penguasa yang zalim dan korupsi menguasai politik. Lihatlah Tunisia, walaupun majoriti penduduknya Muslim tetapi pemimpinnya di samping zalim dan khianat, mempersendakan agama; memperlekehkan puasa Ramadan, mengharamkan tudung kepala (hijab) ke atas wanita dan pelbagai lagi. Isteri Ben Ali bekas Presiden Tunisia yang diusir rakyatnya bernama Laila al-Tarabulusi yang dulu ‘First Lady Tunisia’, dilaporkan oleh media Perancis membawa lari emas Tunisia ke Dubai seberat 1.5 tan. Semasa berkuasa, beliau atas nama suami bermewahan dengan harta negara. Padah perbuatan suami, ditambah dengan sikap ‘berlebihan’ isteri dan keluarga. Lihatlah Mesir, jika pemimpinnya amanah betapa besar kekayaan dapat dikaut dari hasil Suez Canal atau Terusan Suez yang menghubungkan antara Laut Mediterranean dengan Laut Merah. Tax dari terusan jika diuruskan dengan betul menjadi sumber amat besar untuk negara itu. Bahkan dikatakan mampu membiayai setiap warga Mesir. Mesir ada gas. Mubarak salurkannya kepada negara haram Israel. Israel membeli gas Mesir lebih murah dari rakyat Mesir sendiri. Sungai Nil yang subur tidak diusahakan secara bersungguh oleh Kerajaan Mesir, bahkan mereka masih mengimport makanan dari luar. Rakyat Mesir ramai yang hidup dalam kemiskinan. Dilaporkan lebih 42 peratus dari 81 juta lebih rakyat Mesir berada di bawah paras kemiskinan. Jutaan rakyat hidup tanpa rumah dan makan. Peranan Mubarak hanyalah menjaga kepentingan diri, kroni, Israel dan Amerika!

Itu di Mesir, di sana masih ada lagi Syria, Yaman, Morocco dan lain-lain yang hampir sama keadaannya. Malang sekali, di bawah rejim-rejim yang berkuasa itu media dibisukan, fakta dibohongi dan rakyat diperbodohkan. Nyawa dan darah rakyat begitu murah. Mereka menyeksa dan membunuh pengkritik. Gambar rejim-rejim ini diangkat dan disanjung secara upah ataupun paksa. Rakyat hidup menderita dan kelaparan. Kekayaan dibahagi secara songsang. Harta setiap pemimpin dan keluarga mereka mencecah ratusan bilion dolar, sedangkan pendapatan rakyat tidak sampai satu dolar pun sehari. Bahkan ada pendapatan yang tidak sampai seratus ringgit Malaysia sebulan.

Bohong



Para pemimpin yang selekeh dan tidak amanah menguasai kebanyakan Dunia Islam dan Arab. Mereka diagungkan oleh golongan berkepentingan dan disokong segelintir rakyat yang diperbodohkan. Barat yang kononnya inginkan demokrasi disebarkan, namun mereka hipokrit dalam masalah Dunia Islam. Mereka membiarkan pemerintah kuku besi terus di tampuk kuasa selagi kepentingan mereka dijaga. Jiwa kapitalis Barat melebihi kehendak demokrasi mereka. Jadi, Dunia Islam bak kata Nabi SAW: “Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh tipu daya. Ketika itu didustakan orang yang benar, dianggap benar orang yang dusta, dianggap khianat orang yang amanah, dianggap amanah orang yang khianat, dan bercakap ketika itu al-Ruwaibidoh. Para sahabat bertanya: “Siapakah al-Ruwaibidoh?” Sabda Nabi: Orang lekeh yang berbicara mengenai urusan awam (orang ramai).” (Diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad, al-Hakim dll. Al-Hakim menyatakan isnadnya sahih dan ini disetujui oleh Al-Zahabi).

Salah Sasaran

Malang sekali, ulama-ulama ‘pro rejim’ seperti Mufti Mesir yang hari ini sibuk menasihati rakyat agar jangan berdemonstrasi dan mengalu-alukan langkah Hosni Mubarak untuk proses pembaharuan, tidak pula selama ini membantah kerakusan kuasa yang berlaku. Pada hari pemerintah mengaut dan menghisap darah rakyat, mereka sibuk membahaskan isu-isu ketaatan rakyat kepada pemimpin dan tidak pula bertegas tentang kewajipan pemimpin menunaikan hak rakyat. Jika Hosni gagal membuat perubahan dalam masa 30 tahun memerintah, apakah mungkin dia boleh melakukannya dalam masa tujuh bulan yang dijanjikan?! Jika mampu pun, bererti dia selama ini khianat kerana tidak melakukan pembaharuan itu dalam masa 30 tahun tiba-tiba hari ini dia menyatakan ia boleh dilakukan dalam masa 7 bulan!.

Hari ini golongan agamawan khususnya dari aliran ‘salafi’ sibuk membahaskan demokrasi dan demonstrasi bukan dari ajaran Islam. Bagi saya itu persoalan persepsi bagaimana kita memahami demokrasi dan dalam konteks apa demokrasi itu dilihat. Kita patut bertanya mereka apakah pemerintahan otokrasi atau kuku besi itu dari ajaran Islam? Apakah membiarkan pemerintah menghisap darah rakyat tanpa membantah itu dibenarkan oleh Islam? Persoalan falsafah dan konteks demokrasi dan demonstrasi memang patut dibincang dan dihalusi di sudut fekahnya. Namun adalah tidak adil apabila rakyat bercakap soal demokrasi dan demonstrasi lalu fatwa haram atau bidaah dikeluarkan, sedangkan ketika pemerintah mengamalkan kuku besi, kezaliman, rasuah dan merompak hasil negara, golongan agama ini muncul dalam media untuk hanya mengingatkan rakyat tentang syurga dan neraka, tetapi tidak pula membaca nas-nas agama yang mengingati pemerintah bahawa kezaliman mereka adalah dosa amat besar dan neraka yang bakal menanti. Apakah agama hanya candu untuk rakyat bawahan supaya dapat melupakan kerakusan orang atasan?! Nabi bersabda: “Sesungguhnya selepasku ini akan adanya para pemimpin yang melakukan kezaliman dan pembohongan. Sesiapa masuk kepada mereka lalu membenarkan pembohongan dan menolong kezaliman mereka maka dia bukan daripadaku dan aku bukan daripadanya dan dia tidak akan mendatangi telaga (di syurga). Sesiapa yang tidak membenar pembohongan mereka dan tidak menolong kezaliman mereka, maka dia dari kalanganku dan aku dari kalangannya dan dia akan mendatangi telaga (di syurga)” (Riwayat Ahmad, al-Nasai dan Ibn Abi ‘Asim. Dinilai oleh al-Albani. (lihat: Ibn Abi ‘Asim, al-Sunnah, tahqiq: Al-Albani, hlm 337-339).

Mengapakah golongan pro-rejim tidak mengingatkan pemimpin mereka tentang hadis Nabi SAW: “Allah tidak lantik seseorang hamba itu menguasai sesuatu rakyat kemudian hamba itu mati dalam keadaan dia menipu rakyatnya, melainkan Allah haramkan untuknya syurga”

Demonstrasi Aman


Ya, tiada siapa yang bersetuju demonstrasi ganas. Rakyat diharapkan keluar ke jalan dengan aman sebagai tanda bantahan atas kezaliman rejim-rejim mereka. Ia salah satu dari menzahirkan bantahan terhadap kemungkaran. Dalam hadis, seorang lelaki mengadu kepada Rasulullah SAW, katanya: “Sesungguhnya jiranku menyakitiku”. Sabda Nabi: “Keluarkan baranganmu dan letakkannya di jalan”. Maka lelaki itu mengambil barangannya dan letak di jalan. Lalu, setiap yang melintas bertanya: “apa yang berlaku?”. Dia menjawab: “Jiranku menyakitiku”.

Maka mereka berkata: “Ya Allah laknatilah dia, hinalah dia”. Dengan sebab itu, jirannya berkata: “Kembalilah ke rumahmu, aku tidak akan sakitimu lagi”. (Riwayat al-Bazzar, al-Hakim dalam al-Mustadrak. Ahmad Syakir menilainya sebagai sahih). Demikian, Nabi mengajar bahawa kadang-kala cara menyelesaikan kezaliman dengan mendapat sokongan ramai di jalan. Bantahan orang ramai boleh menakutkan orang yang zalim. Jika sekadar kezaliman jiran kita boleh bertindak sedemikian, apatah lagi kezaliman rejim yang jauh lebih besar dan sukar disingkirkan. Pasti sokongan lebih besar dan bantahan di jalan yang lebih hebat diperlukan. Apa yang penting, penunjuk perasaan tidak menumpahkan darah sesama umat Islam dan rakyat, juga tidak merosakkan harta awam dan mereka yang tidak bersalah.

Dunia Arab dan Islam mesti berubah. Eropah telah lama menyingkirkan pemimpin mereka yang korupsi dan kuku besi. Kadang-kala hak binatang yang dinikmati oleh Barat lebih baik dari hak manusia yang hidup di bawah rejim-rejim yang berkuasa di Dunia Arab dan Islam. Jatuh! Jatuh! Jatuhlah segala rejim!.

nyanyuk tua merapu.....Saya memang ada temu Kit Siang, kawannya sebelum Ops Lalang



Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mempertikaikan dakwaan Lim Kit Siang bahawa beliau “menulis semula” fakta mengenai Operasi Lalang 1987 yang membawa kepada tahanan lebih 100 orang di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.

Bekas perdana menteri itu masih mempertahankan bahawa beliau memang ada menemui beberapa pemimpin pembangkang termasuk Lim.

“Saya ada bertemu Kit Siang dan kawan-kawannya,” kata beliau pada sidang media ketika ditanya mengenai kenyataan Lim mempertikaikan maklumatnya yang didedahkan dalam buku terbaru mengenainya.

Kelmarin, Lim mencabar Dr Mahathir mendedahkan nama pemimpin-pemimpin pembangkang yang beliau bertemu dan memberi jaminan bahawa mereka tidak akan ditahan di bawah Operasi Lalang 1987.

Menjawab dakwaan Dr Mahathir bahawa polis yang mahu pemimpin-pemimpin pembangkang dan yang lain ditahan, Lim berkata:

“Biar Mahathir menamakan pemimpin-pemimpin pembangkang yang beliau telah bertemu dan memberikan jaminan bahawa mereka tidak akan ditahan, tetapi ia telah diatasi oleh polis menerusi Operasi Lalang.”

Dr Mahathir mengatakan demikian dalam buku terbaru “Doctor M: Operation Malaysia — Conversations with Mahathir Mohamad” tulisan Tom Plate.

Penasihat DAP itu berkata, Dr Mahathir bukan sahaja berhadapan dengan masalah memori selektif dan fikiran tidak betul tetapi turut memutarbelitkan perkara tidak benar mengenai ketidakdilan yang dilakukannya selama 22 tahun menjadi perdana menteri.

Operasi Lalang atau Ops Lalang dilancarkan pada 27 Oktober 1987 oleh polis, agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri bagi menangkap mereka yang mengeruhkan suasana politik ketika itu.

Dalam Operasi Lalang ini, seramai 106 ahli politik terutama parti pembangkang ditahan di bawah ISA dan pembatalan dua akhabar harian dan dua akhbar mingguan.

Selain Lim, turut ditahankan ialah Chandra Muzaffar, Karpal Singh, Kua Kia Soong, Ibrahim Ali dan Mohamed Fahmi Ibrahim.

“Saya tidak pernah berjumpa dengan Mahathir dan beliau tidak pernah memberikan saya jaminan bahawa saya tidak akan ditahan sebelum Operasi Lalang dilancarkan pada 27 Oktober 1987 meskipun sehari sebelum itu saya bercakap di Parlimen ketika perbahasan bajet mengenai peningkatan ketegangan kami dan saya meminta kesemua parti bersetuju dengan (syor) moratorium selama setahun di mana tiada isu perkauman, bahasa atau agama dicetuskan atau dibangkitkan bagi setiap rakyat Malaysia memberi tumpuan ke atas keutamaan negara mencapai pemulihan ekonomi dan pertumbuhan,” katanya lagi.

Kata Lim, tidak patut Dr Mahatahir mempersalahkan polis sebagai bertanggungjawab atas Operasi Lalang memandangkan beliau bukan sahaja tidak mempertahankan penahanan 106 orang di bawah Seksyen 73 Akta Keselamatan Dalam Negeri, malah beliau menggunakan kuasanya selaku Menteri Dalam Negeri di bawah Seksyen 8 akta itu untuk mengeluarkan perintah menahan selama dua tahun membabitkan 49 orang termasuk tujuh ahli Parlimen DAP.



rentakinfo


samada kamu berjumpa kit siang atau tidak...ianya bukan isu...kamu sendiri yang telah memusnahkan hak asasi rakyat negara ini....kenapa kamu tidak tutup mulut aje dan pergi berehat atau jaga cucu cucu kamu dari menketedarah benda benda haram...tiada bezanya penyanggak tua kutuk ini dengan mubarak...dua dua nya penyamun besar negara masing masing...yang berbeza tua kutuk nie di sokong oleh kroni kroni merompak secara buta tuli hak negara dan rakyat dan menjadikan negara ini bangkal bangkrap..sejarah tidak akan melupakan apa yang telah firaun ini buat...

rakyat malaysia yang berbakat di paksa melarikan diri keluar negara sementara pembangkang di senyapkan dengan ISA....!!!

Thursday, February 10, 2011

katak haramjadah pelabuhan kelang...Speaker cabar permohonan

Atas dasar mempunyai imuniti sebagai speaker dewan undangan negeri Selangor, Datuk Teng Chang Khim memfailkan permohonan untuk mengetepikan saman ke atas beliau berhubung status kerusi Pelabuhan Klang, lapor TV Selangor.



Dalam permohonan itu, Teng juga berkata kuasa untuk mengisytiharkan kekosongan kerusi DUN Selangor adalah hak beliau, bukannya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Sebelum ini, Badrul Hisham Abdullah yang berpaling tadah meninggalkan PKR mendakwa beliau masih lagi ADUN Pelabuhan Kelang walaupun Teng selaku speaker sudah mengistiyharkan kerusi itu kosong. Ini berikutan kegagalan Badrul hadir sidang DUN tanpa alasan kukuh.

Badrul Hisham menamakan Teng dan SPR masing-masing sebagai defendan pertama dan kedua dalam permohonannya yang difailkan bulan lalu di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

“Saya dilindungi imuniti yang diperuntukkan oleh Artikel 72 Perlembagaan Persekutuan daripada diambil tindakan oleh plaintif,” kata Teng dalam afidavit balas dikemukakannya di mahkamah hari ini.

Katanya, Artikel 77 perlembagaan Selangor juga memberikannya imuniti daripada disaman atas kapasiti sebagai seorang speaker.

Teng berkata, kedua-dua undang-undang persekutuan dan negeri menyokong doktrin pengasingan kuasa antara dewan undangan negeri dan mahkamah.

Oleh itu, keputusannya sebagai speaker tidak boleh dicabar di mahkamah, kata Teng.

“Selaras dengan itu, saya menyerahkan kepada budi bicara mahkamah,” katanya.

Tambahnya, kes yang dibawa Badrul Hisham (atas, kiri) tiada asas perundangan dan satu bentuk salah guna kuasa.

Oleh itu beliau meminta mahkamah menolak permohonan ADUN Pelabuhan Kelang itu.

Teng diwakili oleh peguam Tommy Thomas.

Beliau telah memaklumkan SPR mengenai kekosongan itu dan telah meminta diadakan satu pilihan raya kecil.



Di bawah Artikel 69 Undang-undang Tubuh Negeri, Teng berkata, kuasa mengisytiharkan kekosongan kerusi terletak pada Speaker, dan bukannya SPR.

Katanya, disebabkan itu dan disokong oleh Artikel 70(5) perlembagaan negeri, SPR tiada pilihan lain kecuali memanggil pilihan raya kecil dalam 60 hari.



Isnin lalu, Badrul Hisham mendapat injunksi sementara menghalang SPR daripada membincangkan status kerusi itu berikutan perisytiharan kekosongannya oleh Speaker DUN Selangor pada 19 Januari lalu.

Berikutan keputusan itu, SPR tidak boleh mengadakan sebarang mesyuarat atau membuat keputusan berhubung pilihan raya kecil DUN Pelabuhan Klang sehingga 17 Februari ini.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Zaleha Yusof membenarkan permohonan injunksi sementara dipohon Badrul Hisham pada 28 Januari lalu, selepas mendengar hujah Peguam Kanan Persekutuan Datuk Kamaludin Md Said mewakili SPR dan peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun untuk Badrul Hisham.

Pada tarikh 17 Februari ini, mahkamah akan mendengar saman pemula terhadap Teng dan SPR yang difailkan Badrul Hisham pada 24 Januari lalu.

muakakakaka...toyol separuh bogel kena kena tangkap dan di penjara...!!!

"Toyol" Separuh Bogel Pecah Masuk Rumah Jiran Dipenjara 11 Bulan...

Ditangkap ketika tidur



KUALA TERENGGANU - Seorang pemuda yang memecah masuk sebuah kediaman milik seorang guru yang juga jirannya dengan menggunakan taktik ala ‘toyol’ iaitu dalam keadaan separuh bogel dijatuhi hukuman penjara selama 11 bulan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Tertuduh, Mohd Suffian Ramli Pandian, 21, dari kampung Losong Haji Su mengaku bersalah memecah masuk rumah Hanini Hashim, 32, di Kampung Losong Haji Mohd pada 22 November tahun lalu, jam 3.45 pagi dalam keadaan separuh bogel dengan tubuh berlumuran minyak.

Tertuduh yang memakai baju penjara berwarna merah terus mengaku bersalah sejurus pertuduhan dibacakan di hadapan hakim, Siti Faraziana Zainuddin yang dijalankan oleh Inspektor Miky Anak Dustan Muda.

Bagaimanapun, tertuduh merayu diringankan hukuman terhadapnya kerana mengakui telah insaf dengan kesalahan yang dilakukannya sejak hari dia ditangkap lagi.

Mengikut fakta kes, tertuduh memecah masuk kediaman mangsa di Kampung Losong Haji Mohd kira-kira 3.45 pagi, 22 November tahun lalu, namun sempat disedari mangsa selepas terdengar bunyi bising sewaktu tertuduh sedang menyelongkar beg tangan mangsa yang diletakkan di ruang tamu.

Mendengar jeritan mangsa, tertuduh melarikan satu beg tangan yang mengandungi satu kamera digital jenama Canon, buku akaun Tabung Haji, kad nikad dan juga kad pengenalan serta dua bentuk cincin emas melalui pintu belakang rumah.

Tertuduh berjaya ditahan polis di depan surau Kampung Losong Haji Mohd pada hari sama, jam 6.20 pagi ketika sedang nyenyak tidur sewaktu jemaah mengerjakan solat Subuh.

Semasa tangkapan, tertuduh turut didapati positif dadah jenis Methamphetamine menerusi ujian saringan air kencing.

Tertuduh yang berwajah bersahaja selepas hukuman dijatuhkan dihadapkan dengan dua tuduhan di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana mencuri dan Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) kerana positif Methamphetamine.

Tertuduh mengaku bersalah di atas kedua-dua pertuduhan dan akan dihantar ke Penjara Penor, Kuantan untuk menjalani hukuman penjara 11 bulan yang berkuat kuasa pada tarikh tangkapan. -SH

Ketuanan Melayu Umno menipu melayu mengencing dan memberakkan kepala raja raja melayu....!!!



Apabila memperkatakan tentang ketuanan Melayu, maka kita akan bercakap mengenai hak orang Melayu. Hari ini banyak pihak begitu lantang menyuarakan berkenaan itu terutama daripada Umno dan NGO Pro-Umno.

Bagi anak muda, sesetengah mereka berasa tidak ada keperluan ‘terpekik-pekik’ seperti mana yang dilakukan sesetengah pihak. Mungkin kerana anak muda hari ini tidak tahu langsung, ataupun barangkali sudah faham benar.Bagi anak muda, khususnya pasca-Merdeka yakni mereka yang lahir selepas Merdeka ataupun sepuluh tahun selepas merdeka, Ketuanan Melayu tidak boleh dipaksa kepada mereka untuk diperjuangkan. Lebih lagi anak muda yang faham.

Sejarah

Bukan bermaksud anak muda ini gagal menghayati sejarah, jauh sekali ‘menderhaka’ perjuangan tokoh-tokoh Melayu yang memperjuangkan kemerdekaan dahulu. Malah ada dikalangan mereka, walaupun tidak melaluinya (situasi perjuangan kemerdekaan), lebih menjiwai melalui penceritaan tokoh dan dokumentari.

Jika dahulu, pelajar dipaksa memahami sejarah melalui buku-buku teks sejarah yang kadangkala faktanya lebih berat sebelah yakni hanya memaparkan perjuangan tokoh Umno yang pro-penjajah. Mereka seumpama Dr Burhanuddin dilabel sebagai tokoh berhaluan kiri, walaupun beliau juga memperjuangkan kemerdekaan yang bersifat anti-penjajah.

Namun, anak muda hari ini, maklumat dan aksesnya lebih luas. Ada facebook, blog, e-book, wikipedia dan pelbagai lagi sumber maklumat untuk mengetahui sejarah.

Bahkan buku-buku sejarah orang Melayu yang bersifat analisis semakin banyak diterbitkan. Misalnya karya Dr Syed Hussin Ali bertajuk Melayu: Masalah dan Masa Depan dan The Malay Dillema karya Tun Dr Mahathir. Malah karya bertajuk Membina dan Meruntuh Malaysia yang ditulis oleh Datuk Ahmad Mustafa Hassan juga sebagai catatan sejarah berkenaan perjuangan Melayu era dahulu dan kini.




Tidak boleh tipu anak muda

Anak muda hari ini tidak lagi boleh ditipu dengan sejarah, apatah lagi ditipu dengan perjuangan menuntut Ketuanan Melayu.

Anak muda akan mempersoalkan dicelah manakah perjuangan Ketuanan Melayu, namun dalam masa yang sama hak mereka untuk mendapatkan biasiswa di dalam pendidikan yang sepatutnya diberikan kepada kesemua anak-anak Melayu dinafikan.

Anak muda juga akan mempersoalkan siapakah sebenarnya pejuang sebenar Ketuanan Melayu pada hari ini, apabila usul di dalam Dewan Undangan Negeri Selangor untuk mengembalikan kuasa Sultan ditolak oleh Adun Umno. Sedangkan anak muda boleh membaca sejarah tentang perjuangan Melayu itu.

Anak muda boleh dengan mudah mendapatkan fakta dengan luas dan dapat membezakan bagaimana harga barang yang melambung naik pada hari ini di negara Malaysia jika dibandingkan dengan negara-negara jauh lebih murah yang sama majunya dengan Malaysia.

Begitu juga anak muda akan mempersoalkan berkenaan ‘kekeringan’ peluang pekerjaan di negara tanah tumpah air mereka ini jika hendak dibandingkan dengan negara yang sudah merdeka sama seperti Malaysia. Semua itu anak muda ketahui.

Justeru untuk menipu ‘bulat-bulat’ anak muda dengan perjuangan Ketuanan Melayu sebagai pembela adalah tindakan yang meludah ke langit, terpercik ke muka sendiri.

Walhal nasib anak muda hari ini tidak juga berubah. Sudahlah perlu membayar semula pinjaman pendidikan, dengan peluang pekerjaan yang tidak menentu serta gaji yang tidak sepadan dengan harga barang dan perbelanjaan. Belum lagi memikirkan bagaimana tempat tinggal, jauh sekali mahu mendirikan rumah tangga.

kita  tidak pasti, bilakah akan berlaku ‘pemuda membakar diri’ kerana kesempitan ini. Kita jangan rasa tidak mungkin berlaku. Ini kerana sifat anak muda itu adalah tidak mudah dijangka (unpredictable).

Wednesday, February 9, 2011

dadah pecah dalam perut punca wanita ini berbogel....muakakakaka....wayang free nampaknya....!!!




Tindakan seorang wanita warga Afrika berbogel dan berjoget di tepi jalan raya di Cheras di sini, kelmarin dipercayai bukan disebabkan gangguan mental secara semula jadi, sebaliknya ia kesan sampingan selepas satu daripada puluhan bungkusan kecil dadah ditelannya, pecah dalam perut.

Sumber polis berkata, perkara itu terbongkar selepas hospital membuat imbasan X-ray pada bahagian perut wanita terbabit yang kelihatan agak buncit.

Berikutan itu, polis percaya wanita terbabit ‘keldai dadah’ digunakan sindiket penyeludupan dadah ke negara ini dan dia menelan puluhan bungkusan sebesar ibu jari mengandungi dadah jenis heroin bertujuan menyoroknya daripada dikesan pihak berkuasa.

“Besar kemungkinan satu daripada bungkusan dadah berkenaan terpecah atau bocor di dalam perut wanita itu menyebabkan dia menjadi tidak siuman dan hilang kawalan diri,” katanya.

Menurutnya, sehingga semalam, wanita terbabit yang dirujuk ke Pusat Perubatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (PPHUKM) bagaimanapun masih dalam keadaan tidak siuman dan gagal memberi kerjasama ketika keterangannya hendak diambil.

“Setakat ini, hospital memberikan ubat khas bagi membolehkan suspek mengeluarkan bungkusan dadah itu daripada perutnya. Proses mengeluarkan dadah berkenaan masih dilakukan sehingga petang ini (semalam) dan jumlah sebenar dadah dalam perut wanita terbabit juga tidak diketahui,” katanya.

Difahamkan, sehingga petang semalam, lebih 10 bungkusan plastik kecil dadah dikeluarkan dan bakal dihantar ke Jabatan Kimia bagi menentukan jenis dadah berkenaan dan beratnya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Kang Chez Chiang yang dihubungi mengesahkan penemuan dadah berkenaan, namun enggan mengulas lanjut berikutan belum mendapat laporan penuh berhubung identiti wanita terbabit.

Menurutnya, tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui pada wanita Afrika berkenaan, namun polis meminta bantuan Jabatan Imigresen bagi mengenal pasti identitinya.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari kelmarin, wanita berusia 20-an itu mencetuskan kegemparan apabila muncul dalam keadaan telanjang bulat sebelum berjoget dan menjerit-jerit di bahu jalan berhampiran persimpangan Taman Cheras menuju Jalan Lingkaran Tengah II, di sini.

Selepas kira-kira 15 minit dipujuk anggota polis dan orang awam, baru dia bersetuju memakai pakaiannya semula sebelum dibawa menaiki kereta peronda polis untuk dihantar ke PPHUKM bagi pemeriksaan kesihatan.



hm

guna gelaran ' Datuk" dan menjawat pegawai atasan RELA...untuk kaburi bisnes dadahnya....!!!!

Datuk’ simpan RM1.63j dalam karung ditahan

KETUA Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Abdullah menunjukkan wang dirampas  dipercayai untuk membiayai sindiket pengedaran dadah dalam tiga serbuan  di Lembah Klang.


KETUA Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Abdullah menunjukkan wang dirampas dipercayai untuk membiayai sindiket pengedaran dadah dalam tiga serbuan di Lembah Klang.


KUALA LUMPUR: Lelaki bergelar ‘Datuk’ ditahan bersama wang tunai RM1.63 juta yang disembunyikan dalam karung makanan anjing, sejumlah dadah jenis syabu, 500 biji pil eramin 5 dan 20 butir peluru hidup di Taman Cheras di sini, Khamis lalu.

Ahli perniagaan berusia 31 tahun itu ditahan bersama isterinya yang berusia 29 tahun dalam kereta Toyota Camry selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan pada jam 11.50 malam.

Hasil pemeriksaan lanjut, polis menemui 13 butir peluru jenis 30 Cabine 83 dan tujuh butir peluru hidup jenis Cabine SB.
Pasangan itu kemudian dibawa ke rumah mereka di taman sama sebelum menjumpai 500 biji pil eramin 5 dan 95 gram dadah jenis syabu serta wang tunai RM1.63 juta yang sebahagiannya disembunyikan dalam karung makanan anjing.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Abdullah, berkata siasatan mendapati suspek bergelar ‘Datuk’ itu turut menjawat jawatan pegawai atasan Rela berdasarkan pada kad yang dimilikinya.

“Kita sedang mencari senjata kepada peluru yang ditemui bersama suspek.
“Kita juga tidak menolak kemungkinan wang tunai terbabit digunakan bagi urusan pembelian atau penjualan dadah,” katanya.
Kedua-dua suspek itu ditahan reman sehingga hari ini dan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika disabit kesalahan.

Dalam perkembangan lain, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik bandar raya turut menumpaskan dua sindiket pengedaran dadah membabitkan warga asing dan tempatan di sekitar ibu negara, sejak 2 Februari lalu.

Dalam serbuan pertama ke atas sebuah rumah teres di Taman Puchong Hartamas pada 2 Februari lalu, lima lelaki warga Nigeria dan seorang wanita tempatan ditahan selepas polis menemui 24 paket plastik lutsinar mengandungi dadah jenis syabu seberat 805 gram dan dua paket dadah jenis ganja seberat 117 gram.

Di rumah itu, polis turut merampas wang tunai RM128,822 dipercayai hasil dadah yang dijual ke luar negara, selain barang kemas, komputer riba, telefon bimbit dan sebuah kereta Proton Persona.

Semua mereka yang kini direman disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dalam serbuan lain Ahad lalu, ke atas sebuah kondominium di Jalan Klang Lama di sini, polis menahan sepasang kekasih berusia 39 dan 25 tahun dan merampas dadah jenis ketamin dan heroin seberat 1.56 kilogram.

Turut dirampas tiga peluru hidup jenis Luger PMC 9mm dan tiga peluru hidup jenis Lugger Speed 9mm dan wang tunai RM150,750.

Tuesday, February 8, 2011

negara penuh samseng 1 malaysia....tragis sungguh...Dipukul, Dirogol Dan Dicampak Di Tepi Jalan




Seremban: Sungguh menyayat hati apabila seorang wanita yang dipercayai menjadi mangsa rogol dan belasahan ditinggalkan dalam keadaan koma di persimpangan lampu isyarat di Pekan Lukut, Port Dickson, petang Jumaat lalu. Gambar fail

Mangsa berusia 20-an dipercayai warga tempatan hingga kini masih kritikal dan bergantung alat bantuan pernafasan di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) selepas dirujuk dari Hospital Port Dickson (HPD).

Ketika ditemui kira-kira jam 6.35 petang Jumaat lalu, mangsa tidak memiliki identiti pengenalan diri, sekali gus menyukarkan polis untuk mengesan warisnya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Sembilan, Asisten Komisioner Hamdan Majid, berkata kejadian menimpa wanita berkenaan hanya disedari apabila orang awam yang menemui mangsa terbaring di persimpangan lampu isyarat lalu menghubungi pihak hospital. Gambar fail

Menurutnya, mangsa dihantar mendapatkan rawatan di HPD sebelum dirujuk ke HTJS kerana parah.

“Hasil pemeriksaan mendapati wanita itu mempunyai kesan keretakan di belakang kepala dipercayai dipukul menggunakan objek tumpul selain cedera pada kedua-dua lutut serta siku akibat diseret dan keadaannya kini dilaporkan stabil.

“Berikutan itu, polis tidak menolak kemungkinan wanita itu dirogol berdasarkan beberapa elemen yang ditemui,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan di sini, semalam.

Katanya, ketika ditemui, wanita itu memakai baju-T merah jambu dan jean pendek selain memakai gelang tangan manik.

“Berdasarkan siasatan awal, mangsa dipercayai diserang lebih daripada seorang suspek dan siasatan lanjut masih dijalankan.

“Kami juga masih mengesan identiti wanita itu dan percaya dia rakyat tempatan berdasarkan suntikan BCG pada bahu kirinya,” katanya.

Menurutnya, setakat ini belum ada sesiapa tampil bagi mencari ahli keluarga mereka yang hilang dan polis sudah melakukan semakan di negeri ini, namun tidak menerima laporan kehilangan wanita dalam tempoh terdekat ini.

“Polis juga melakukan gerakan bagi mengesan suspek yang meninggalkan wanita berkenaan bagi membantu siasatan. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merogol,” katanya.

Katanya, polis meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat atau kehilangan ahli keluarga supaya tampil bagi membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson di talian 06-6462999 atau balai polis berhampiran.-HM

semakin canggih teknologi rakaman .....semakin ceteknya iman....jangan salahkan teknologi....tapi salahkan diri sendiri...!!!

Candu video lucah


KECANGGIHAN gajet seperti kamera dan perakam video serta Internet yang lebih mudah diakses menyebabkan penyebaran imej dan klip video lucah di negara ini kian menular.

Walaupun kemudahan tersebut dicipta untuk perkara lebih baik, ada juga yang menjadikannya medium paling murah untuk merakam dan menonton aksi pornografi. Ada pengguna yang sengaja merakam aksi intim sendiri untuk dijadikan koleksi peribadi.

Namun, ramai juga yang menggunakannya untuk mendapatkan wang, sama ada melalui jualan ataupun peras ugut.

Tidak hairanlah pada zaman dunia tanpa sempadan ini peratusan remaja yang terbabit dalam seks bebas menurut satu kajian dianggarkan lebih 27 peratus kerana peluang dan ruang semakin terbuka termasuk mendapat bahan lucah di telefon bimbit dan Internet.

Penyebaran melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dan muat turun yang boleh dibeli pada harga murah memberi pengaruh negatif kepada kanak-kanak dan remaja.

Bermula dengan tengok sekadar suka-suka, ia boleh menjadi ketagihan sehingga timbul perasaan ingin mencuba.

Sebagai contoh, penyebaran meluas rakaman video membabitkan kanak-kanak yang juga adik-beradik berumur antara 11 hingga 14 tahun yang sedang melakukan hubungan seks akhir tahun lalu membuktikan pengaruh filem porno mengundang masalah yang lebih besar di negara ini.

Perlu diakui, zaman remaja adalah peringkat perkembangan individu mencari identiti diri.

Sekiranya tiada didikan daripada ibu bapa, mereka akan terpesong apatah lagi jika akrab dengan rakan sebaya yang sudah rosak akhlak.

Pensyarah Kanan, Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan Universiti Malaya (UM), Prof. Madya Dr. Mariani Md. Nor memberitahu, kanak-kanak dan remaja yang terdedah kepada perlakuan seks terutama secara langsung di depan mata mereka sendiri akan mempelajari dan menimba kemahiran tertentu, cuma belum sampai ke tahap mengamalkannya.

Beliau mempunyai pengalaman menjalankan satu kajian ke atas remaja perempuan berusia 12 tahun yang mengatakan melakukan seks tidak menjadi kesalahan, bahkan sering melakukannya dengan lebih daripada seorang pasangan.

“Itu kajian lima tahun dulu, remaja itu sudah sampai ke tahap begitu serius dalam seks bebas, apatah lagi pada peringkat usianya sekarang yang sudah 17 tahun,” katanya.

Kosmo! sebelum ini mendedahkan hasil satu kajian yang dibuat oleh seorang pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 2009 yang mendapati 60 peratus kes perzinaan berpunca daripada menonton bahan-bahan lucah.

Pakar Psikologi Kanak-Kanak dan Remaja UKM, Dr. Khaizil Ismail berkata, Kajian Remaja Berisiko Tinggi yang dijalankan selama enam bulan di pusat-pusat pemulihan akhlak di seluruh negara itu merangkumi kira-kira 600 responden yang berumur antara 15 dan 20 tahun.

Khaizil juga menyokong kenyataan bahawa kes buang bayi yang semakin banyak berpunca daripada menonton bahan lucah.

Selain cenderung melakukan zina, penyelidik di Pusat Penyelidikan Seks, Kesihatan dan Masyarakat Australia, Universiti La Trobe di Melbourne, Australia, Michael Flood mendapati kanak-kanak yang sering menonton filem porno menganggap kekerasan dalam hubungan seksual adalah perkara biasa.

“Menonton filem lucah adalah sumber pembelajaran seks yang salah kerana secara realitinya, aksi yang ditunjukkan adalah aksi yang keterlaluan.

“Filem lucah tidak menunjukkan kasih sayang, keintiman dan keistimewaan hubungan antara pasangan, sebaliknya ia mempamerkan kekasaran dan kekerasan lelaki terhadap perempuan demi memuaskan nafsu,” jelasnya kepada USA Today.

Jelas Flood lagi, bukti dari seluruh dunia mendapati pornografi memberikan kesan negatif bukan sahaja kepada individu, tapi juga komuniti.

Bahkan, hasil daripada soal selidik yang dijalankan secara rambang, Flood merumuskan kanak-kanak yang suka menonton aksi lucah sering gagal dalam membina hubungan dengan pasangan dan kebanyakannya lebih gemar melakukan hubungan seks bebas.

Tahun lalu juga, akhbar-akhbar di Indonesia menyiarkan Komisi Perlindungan Anak Indonesia (KPAI) menerima laporan mengenai kes perkosa melibatkan 33 kanak-kanak.

Ia dikatakan berpunca daripada pengaruh video porno penyanyi Ariel Peterpan yang ditonton.

Di Amerika Syarikat pula, dianggarkan kanak-kanak dan remaja lelaki berumur 12 hingga 17 tahun adalah golongan terbesar yang menonton video lucah kategori ekstrem yang menayangkan aksi seks kasar.

Suruhanjaya Kajian Pornografi Kebangsaan di negara itu pada tahun 1970 dan 1986 mendapati seorang daripada lima kanak-kanak lelaki serta seorang daripada 10 kanak-kanak perempuan mendapat pendedahan pertama kepada filem lucah seawal usia 12 tahun


DD

Monday, February 7, 2011

padan muka...dah kena batang hidung sendiri....ada berani kah letak jawatan..????....!!!



Kalau sebelum ini, N. Gobalakrishnan merupakan sebahagian yang lantang membuat desakan ‘letak jawatan’ terhadap wakil rakyat (ahli parlimen dan Adun) yang keluar parti dan melompat.

Kini ia terpalit pada dirinya sendiri, maka ada berani ke dia meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen Padang Serai kerana beliau dipilih oleh rakyat kawasan itu bukan atas sebab nama dan batang tubuh N. Gobalakrishnan tapi kerana ianya adalah calon Pakatan Rakyat.

Jadi usahlah beliau perasan dan syok sendiri yang rakyat memilih beliau sebagai wakil rakyat kerana nama N. Gobalakrishnan.

Kalau beliau ‘gentle’, letaklah jawatan seperti mana beliau mendesak orang lain yang pernah melompat parti sebelum ini.



Desakan supaya Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan melepaskan jawatan sebagai wakil rakyat kawasan tersebut memuncak apabila sebahagian besar pengundi mengadakan demonstrasi aman di hadapan pejabatnya di hadapan Taman Kobis, Jalan Paya Besar, Lunas awal pagi semalam.

Demonstrasi aman yang bermula seawal jam 8 pagi itu turut mendesak Gobala supaya bersikap 'gentleman' dan profesional supaya melepaskan jawatan yang disandang oleh beliau semasa mendapat sokongan dari Pakatan Rakyat (PR).

Menurut Yang Dipertua PAS Kawasan Padang Serai, Ustaz Mohd Fauzi Tahir yang berucap pada pagi tadi, turut mendesak Gobala supaya berundur dengan cara hormat.

"Dulu beliau melompat dan lantang membantah tindakan Adun Lunas, Radzhi Salleh yang menjadi wakil rakyat Bebas. Kini apabila beliau sendiri bercakap tidak serupa bikin, maka tunjukkan kejantanan beliau, memang beliau berani melepaskan jawatan.

"Jika benar beliau tidak mempunyai agenda tersembunyi kenapa tak nak letak jawatan sebagai Ahli Parlimen, letak dan undur. Kita adakan pilihan raya kecil. Tengok dan lihat. Apakah beliau akan dapat sokongan semula atau kecundang atas tiket Bebas. Saya harap beliau berani menerima cabaran ini," katanya lagi.

Manakala Ahli Jawatankuasa Muslimat PAS Padang Serai, Rohaya Yusof yang ditemui turut melahirkan rasa kecewa beliau dengan tindakan Gobala mengisytiharkan diri sebagai wakil rakyat Bebas.

"Kami yang mendokong beliau. Kami juga yang membantu beliau untuk memenangi kerusi Parlimen Padang Serai pada tahun 2008 yang lalu. Kini beliau bukan lagi wakil rakyat yang kami sokong.

"Oleh itu sahutlah cabaran pengundi kawasan ini, supaya lepaskan jawatan sebagai wakil rakyat. Berikan mandat kepada pengundi kawasan ini untuk meletakkan kedudukan sebenar beliau samada masih diterima atau tidak dalam kawasan ini," tegasnya lagi.

Para peserta penunjuk perasaan turut membawa sepanduk yang pelbagai mendesak Gobala supaya berundur.

Antara sepanduk yang dibawa berbunyi 'Jangan tipu pengundi', 'Jangan jadi barua politik', 'Padang Serai bukan hak MP bebas', 'MP gila wang tak layak jadi pemimpin' dan sebagainya.

Pihak polis turut membuat sekatan jalan raya berhadapan jalan masuk ke Taman Kobis, Paya Besar di mana demonstrasi aman diadakan.


harakahdaily

muslihat hosni mubarak...Pembangkang Mesir tolak tawaran sertai kerajaan baru



KAHERAH: Barisan pembangkang yang mahu rejim Presiden Hosni Mubarak berundur, semalam menolak tawaran untuk bergabung dalam rancangan pembentukan kerajaan baru Mesir.

Terdahulu, Naib Presiden, Omar Suleiman bersetuju untuk berunding dengan kumpulan pembangkang, termasuk parti yang diharamkan - Muslim Brotherhood, tetapi rundingan itu dikatakan tidak mencapai sebarang persetujuan konkrit berhubung penyelesaian konflik penentangan rayat yang kini memasuki minggu kedua.

Malah, Dataran Tahrir di tengah ibu negara masih menyaksikan ribuan rakyat Mesir tidak berganjak daripada kawasan itu sambil menegaskan mereka tetap mahu Mubarak berunsur meskipun kerajaan menganjurkan rundingan seperti itu. “Ia satu muslihat. Itu pandangan ikhlas saya," kata Nora Abul Samra, 25, salah seorang penunjuk perasaan.

“Kalau dia (Mubarak) pergi dia boleh melakukan apa saja yang dikehendakinya. Kami percaya ada cara lain yang lebih berpelembagaan dan ia adalah menerusi revolusi," katanya.

Sementara itu, jurucakap kerajaan, Magdi Radi berkata, pihak yang berunding bersetuju untuk menubuhkan satu jawatankyasa terdiri daripada hakim dan ahli politik untuk mengkaji pindaan dalam perundangan dan perlembagaan negara pada minggu pertama Mac depan

Mereka juga bersetuju untuk membuka pejabat aduan terhadap layanan yang dialami tahanan politik, menarik balik larangan terhadap media serta menarik balik undang-undang darurat bergantung kepada keadaan keselamatan.

Mahmud Ezzat, pemimpin nombor dua Muslim Brotherhood memberitahu AFP bahawa kumpulannya sudah menarik diri daripada rundingan itu kerana ia tidak memberi manfaat dan mahu protes jalanan diteruskan.

"Salah satu tuntutan kami ialah Presiden mesti meletakkan jawatan," katanya. - AFP

menteri putar alam kata...Kerajaan belum berhasrat naikkan harga minyak



BERA - Kerajaan belum bercadang menaikkan harga petrol dan diesel sekali pun harga minyak mentah dunia kini mencecah ASD$100 setong.

Malah, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Kabinet juga belum berbincang mengenai kenaikan harga bahan tersebut.

"Kerajaan tidak sewenang-wenangnya menaikkan harga minyak kerana kajian menyeluruh perlu dilakukan sebelum kenaikannya diumumkan," katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan Tahun Baru Cina peringkat Parlimen Bera di Triang, dekat sini hari ini.

Ismail Sabri berkata, berdasarkan situasi semasa, harga minyak mentah dunia dilihat akan semakin meningkat, sekali gus meningkatkan beban subsidi kerajaan.

"Kenaikan harga minyak dunia tidak dapat dielakkan, ketika ini pun berlaku pergolakan di Mesir yang juga pengeluar minyak dunia. Secara tidak langsung turut menjejaskan pengeluaran minyak dunia," katanya.-Bernama


rentakinfo


Kira yang naik bagi RON97 baru-baru ni tu bukan hasrat lah yek? Agaknya kalau hasrat berapa yang akan naik tu????

Sunday, February 6, 2011

dasar besar kepala....Mubarak Belum Letakkan Jawatan Parti



Presiden Mesir, Mohammed Hosni Mubarak belum meletakkan jawatan pengerusi Parti Demokratik Kebangsaan (NDP) Mesir yang berkuasa. Demikian dilaporkan oleh pihak rasmi Mesir semalam. Sebelum ini menyusul satu berita yang menyatakan beliau telah meletakkan jawatan.

Stesen TV Mesir pernah menyiarkan bahawa Presiden Mesir, Mohammed Hosni Mubarak pada 5 Februari telah meletakkan jawatan Pengerusi NDP.

Jawatankuasa Eksekutif NDP Mesir yang berkuasa semalam telah meletakkan jawatan secara kolektif, termasuk Setiausaha Agungnya Muhammad Safwat Muhammad Yousuf el-Sharif, dan anak lelaki Mohammed Hosni Mubarak, Gamal Mubarak. Anggota NDP, Hossam Badrawy diangkat menjadi Setiausaha Agung yang baru dan Setiausaha Jawatankuasa Dasar parti itu.

Pajudin keluar PKR kerana kecewa ....nampak sangat niat beliau terhadap perjuangan politik tidak ikhlas...!!!



Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pajudin Nordin kemungkinan memutuskan untuk keluar PKR dan menyertai Umno semalam kerana menganggap keputusan menggantikan beliau buat sementara sebagai satu tamparan ke atas kepimpinannya.

Ketua Umum Pakatan Rakyat itu mengakui memang ada keputusan untuk melantik Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menerajui badan perhubungan negeri Sabah buat sementara sehingga krisis semasa reda.

PKR Sabah berhadapan dengan krisis kepimpinan selepas Pajudin dilantik sebagai ketua negeri itu pada 10 Januari lalu.

“Beliau (Dr Wan Azizah) sepatutnya mengambil alih jawatan ketua PKR Sabah daripada Pajudin, kemungkinan buat sementara, kemungkinan untuk beberapa bulan sehingga masalah semasa diatasi,” kata Anwar pada sidang media di akhir lawatan dua hari ke Sarawak hari ini.

“Kemungkinan beliau menganggap tindakan membekukan (pelantikan) beliau sebagai tamparan besar ke atas beliau, jadi beliau tinggalkan parti,” kata Ketua Umum PKR ini.

Pajudin, 42, yang belumpun sebulan memegang jawatan tersebut, membuat pengumuman keluar PKR pada sidang akhbar bersama Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman di Kota Kinabalu petang semalam.

Beliau berkata keputusan itu dibuat kerana kecewa dengan kepimpinan pusat iaitu Anwar dan Dr Wan Azizah yang tidak serius dalam menangani masalah-masalah dan isu Sabah.

“Saya kesal kerana Datuk Seri Anwar selama ini mengatakan bahawa beliau menghormati hak-hak negeri Sabah, tetapi tingkah lakunya jelas menunjukkan bahawa beliau mengamalkan ‘cakap tidak serupa bikin’.

“Maka saya menganggap PKR di Sabah ini sudah tidak relevan untuk kita jadikan sebagai satu parti masa hadapan atau parti yang dikatakan akan menuju ke Putrajaya... maka saya mengisytiharkan diri keluar dari PKR dan melepaskan semua jawatan saya di dalam parti,” kata Pajudin.

Justeru kata Anwar), kunjungan Dr Wan Azizah ke Sabah hari ini tiada kaitan dengan keputusan Pajudin itu.

Dr Wan Azizah mengadakan pertemuan dengan pemimpin cabang di Sabah petang ini.

“Lawatan beliau adalah untuk mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin cabang Sabah dan untuk mengumumkan pembekuan buat sementara pelantikan Pajudin sebagai ketua (PKR) Sabah.

“Sebelum beliau dapat membuat pengumuman, beliau (Pajudin) sudah letak jawatan,” katanya.

Anwar juga berkata pelantikan buat sementara Dr Wan Azizah juga telah dipersetujui oleh kepimpinan pusat tetapi Pajudin menerima keputusan sebaliknya dan rasa kecewa.

Kata Anwar, tiga puak yang terlibat dalam krisis kepimpinan PKR Sabah telah merayu kepada Dr Wan Azizah supaya tidak melantik Pajudin sebagai ketua mereka.

“Mereka merasakan beliau (Pajudin) bukan seorang pemimpin yang berkaliber dan berwibawa,” katanya.

Anwar menambah, Dr Wan Azizah mengesyorkan nama Pajudin untuk mengetuai PKR Sabah bukan kerana beliau seorang pemimpin bahagian, tetapi atas alasan dapat menarik golongan muda ke dalam parti.

Bagaimanapun katanya, pemimpin-pemimpin Sabah merayu kepada Dr Wan Azizah supaya tidak melantik Pajudin atas beberapa alasan.

“Saya tidak memberikan alasan berhubung keputusannya meletakkan jawatan dan ia juga bukan sesuatu yang kami alu-alukan,” katanya.

Ketika ditanya sama ada keputusan Pajudin merupakan tamparan kepada PKR, Anwar berkata, “kalau ikut Utusan Malaysia, ya.”

Sebelum ini pelantikan Pajudin sebagai ketua PKR Sabah pada 10 Januari lalu, merupakan satu kejutan kerana ini pertama kalinya pemimpin bagi negeri Sabah dilantik dari bukan kalangan ketua-ketua cabang dalam parti itu.

Pajudin merupakan naib ketua cabang PKR Tuaran.

Baru-baru ini, 18 daripada 24 ketua cabang PKR Sabah telah membuat bantahan terhadap pelantikan Pajudin yang lebih mesra dikenali sebagai ‘ustaz’.

Pajudin yang menyertai PKR sejak 1999 berkata walaupun selepas dilantik sebagai ketua PKR Sabah, beliau tidak pernah mendapat kerjasama dan sokongan dari Anwar dan Dr Wan Azizah, dan ini menunjukkan mereka ‘sengaja mempermain-mainkan’ pemimpin PKR Sabah.

Minggu lalu PKR kehilangan Ahli Parlimen Padang Serai N Gobalakrishnan yang kini bertindak sebagai wakil rakyat Bebas.

tak leh tahan beb...Dalam Banjir Bernikah Juga



Kesedihan sepasang pengantin baru apabila persiapan kahwin musnah disebabkan banjir terubat apabila majlis pernikahan mereka diserikan dengan kehadiran isteri Sultan Johor, Tuanku Raja Zarith Sofiah di Masjid Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Pagoh, di sini semalam.

Gambar: NORLIANA (kiri) bersama Hishamuddin yang menaiki bot menerima ucapan tahniah daripada rakan-rakannya di Kampung Sri Tanjung, Panchor, Muar semalam.

Baginda berkenan menghadiri majlis pernikahan Hishamuddin Darwis, 30, dan Norliana Sakiman, 21, selepas membuat lawatan ke pusat pemindahan banjir sementara di IKBN pukul 11 pagi.

Pasangan berkenaan dinikahkan oleh naib kadi kawasan Panchor, Mohd. Taib Mohamad.

Menurut Hishamuddin, walaupun masih bersedih kerana tidak dapat bersanding di rumah isterinya di Kampung Sri Tanjung, Panchor akibat banjir namun, dia tetap gembira apabila majlis pernikahannya tetap berlangsung dengan meriah terutama dengan kehadiran Raja Zarith Sofiah.



RAJA ZARITH SOFIAH (tiga dari kanan) bersama Norliana (kanan) di Masjid IKBN, Pagoh, Muar semalam.

"Sukar untuk saya percaya kerana dalam kesibukan melawat mangsa banjir, baginda masih sudi menghadiri majlis pernikahan kami.

"Kami tidak akan lupa kenangan manis ini walaupun kami masih bersedih kerana persiapan kahwin kami musnah akibat banjir," katanya selepas majlis pernikahan di sini semalam.

Menurut beliau, mengikut perancangan asal, majlis persandingan di rumah pengantin perempuan akan diadakan selepas akad nikah semalam sementara di sebelah pengantin lelaki di Kampung Terus, Panchor hari ini.

Bagaimanapun, katanya, majlis tersebut terpaksa ditunda sehingga bulan hadapan apabila segala persiapan bernilai ribuan ringgit musnah sama sekali. -kosmo

samseng tak bertempat....19 Kereta Milik Pelanggan Dipecahkan



Angkara khianat, seorang pengusaha bengkel mengalami kerugian besar apabila 19 kereta milik pelanggannya dirosakkan sekumpulan individu yang sering datang ke premisnya untuk mengugut dan mengganggunya.

Gambar: SEDIH... Hassan dan isteri, Nor Jaiton Husin menunjukkan laporan polis bersama beberapa kenderaan yang dipecahkan.

Menurut mangsa, Hassan Sani Abdullah, 45, bengkel membaiki kenderaan miliknya dipecah masuk sekumpulan individu dua hari lalu dan 10 kereta pelanggannya dirosakkan oleh kumpulan berkenaan.

“Saya yang mengetahui perkara itu daripada seorang pelanggan bergegas ke bengkel selepas solat Jumaat dan mendapati 10 kereta dirosakkan serta tompokan darah menitik daripada kereta yang dipecahkan ke sebuah kedai di belakang bengkel saya,” katanya.

Dia berkata, sepasukan polis dan anggota forensik hadir di bengkelnya bagi menjalankan siasatan kelmarin.

“Begitupun, saya tidak berpuas hati kerana individu itu hanya dikaitkan dengan kesalahan ringan.

“Hakikatnya saya, isteri dan anak dalam trauma kerana pernah dipukul sehingga separuh nyawa, diugut bunuh dan diganggu tanpa henti,” katanya.

Hassan berkata, kes terbabit bukan pertama kali berlaku kerana pada 1 Januari 2010, dia diugut seorang penyewa premis di belakang bengkelnya.

“Ketika itu saya memasang tangki air bersama seorang pekerja di tepi bengkel.

Kemudian, individu yang menyewa premis berhampiran berasa tidak puas hati lalu memukul saya.

“Tidak cukup dengan itu, dia turut membawa rakannya seramai 15 orang untuk mencederakan saya. Saya yang cedera di kepala, muka, belakang badan dan tangan akibat ditetak dengan parang, lampu kalimantan, kerusi dan cangkul tidak mampu berbuat apa-apa. Isteri saya yang cuba menenangkan keadaan turut terkena tetakan di tangan kanannya.

“Masih belum berpuas hati, mereka menuju ke bengkel saya dan merosakkan sembilan kereta pelanggan, termasuk memecahkan cermin kereta,” katanya.

Hassan yang membuat beberapa laporan polis di Balai Polis Setapak, Kuala Lumpur sejak kejadian pertama masih ternanti-nanti tindakan susulan pihak berkuasa, namun sehingga kini kes berkenaan masih tergantung.

“Selepas kejadian itu saya beberapa kali diganggu individu sama. Dia datang ke bengkel saya dan membuat kacau, meludah dan memaki hamun saya dan isteri serta mengugut mahu membunuh kami,” katanya.

Berikutan kejadian terbaru kelmarin, Hassan sekali lagi membuat laporan polis dan merayu menjalankan siasatan.

Sementara itu, Ketua Polis Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian kelmarin.

Menurutnya, polis perlu menjalankan siasatan terperinci kerana ia membabitkan pelbagai perkara yang merumitkan keadaan.

“Kami menjalankan siasatan mengikut prosedur. Buat masa ini seorang lelaki berusia 32 tahun sudah ditangkap dan ditahan reman tiga hari. “Kemungkinan ia antara perbuatan khianat pihak tertentu berikutan salah faham yang berlaku sejak setahun lalu,” katanya. -hm



komen wa

Samseng macam nih memang amat diperlukan oleh PDRM. Lebih ramai lebih meriah. Selain mendapat pendapatan sampingan dari mereka, boleh diajar naik kuda dan unta apabila tiba pilihanraya.

Hanya sorang jer kena tangkap?

Bergaduh: 2 Pengawal Keselamatan Mati Ditetak



Kuala Lumpur: Dua pengawal keselamatan mati dipercayai akibat ditetak dengan senjata tajam dalam satu pergaduhan di tapak pembinaan di Damansara Perdana, malam Jumaat.

Gambar: Di kawasan tapak pembinaan inilah dua pengawal keselamatan mati dibunuh di Damansara Perdana, Petaling Jaya semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.20 malam itu, kedua-dua lelaki yang berusia 20 dan 26 tahun tersebut maut di tempat kejadian dengan kecederaan parah akibat tetakan di seluruh badan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohammed berkata kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan faham antara seorang pengawal keselamatan di tapak pembinaan terbabit dengan beberapa pekerja asing yang tinggal di rumah kongsi di situ.

"Pengawal itu bertengkar dengan beberapa pekerja asing di sini sebelum bertindak memanggil dua rakannya yang juga pengawal keselamatan yang bertugas di tempat lain.

"Kemudian sekumpulan warga asing yang dipercayai terdiri daripada 12 hingga 15 orang datang dengan membawa senjata tajam," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian, di sini pada Sabtu.

Beliau berkata sejurus kemudian tercetus pergaduhan menyebabkan dua pengawal keselamatan terbabit ditetak manakala yang seorang lagi sempat melarikan diri tanpa mengalami sebarang kecederaan.

Mayat kedua-dua mereka dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat.

"Kumpulan warga asing itu juga sempat melarikan diri. Namun kita telah menahan pengawal keselamatan di tapak pembinaan itu dan dua warga Indonesia yang turut menghuni di rumah kongsi terbabit untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan.

"Polis masih menjejaki kesemua suspek dan sedang menyiasat motif pembunuhan. Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," kata Arjunaidi. - BERNAMA

bersubahat dengan yahudi....Terminal Gas Mesir Ke Israel Diletupkan



Kaherah: Penyerang yang tidak dikenali meletupkan terminal yang menyalurkan gas dari Mesir ke Israel berdekatan Semenanjung Gaza, semalam berikutan bantahan terhadap rejim Presiden Hosni Mubarak berterusan.

Penyerang meletupkan terminal dan saluran paip di Sheikh Zuwayed, kawasan Sinai, 10 kilometer dari Semenanjung Gaza, kata pegawai.

Letupan kuat di terminal gas utara Semenanjung Senai di Mesir menyebabkan kebakaran yang apinya boleh dilihat sejauh puluhan kilometer, kata pegawai dan saksi.

Bekalan gas dilaporkan terjejas di Israel serta Mesir selepas serangan.

Tiada kecederaan dilaporkan dan kebakaran dapat dikawal selepas gas ditutup serta berlaku ketika protes anti Mubarak masuk hari ke-12 .

Gabenor wilayah itu, Abdel Wahab Mabrouk, berkata pihaknya mengesyaki ia disabotaj tetapi tiada maklumat lanjut.

Semenanjung Sinai yang menjadi kediaman bagi puak Badwi sudah lama menjadi kawasan pertelingkahan antara penduduk dan pasukan keselamatan. Ia terletak di sempadan Semenanjung Gaza dan Israel di bawah kuasa pemerintahan Hamas.

Letupan itu berlaku awal semalam di kawasan yang hanya terletak beberapa meter dari lapangan terbang tempatan.

Mabrouk memberitahu stesen televisyen berita Nile bahawa kebakaran itu berjaya dikawal pagi semalam selepas beberapa injap gas ditutup. Saluran paip gas itu menyalurkan gas dari Pelabuhan Said Mesir ke Laut Mediteranian ke Israel, Syria dan Jordan.

Tiada laporan rasmi mengesahkan punca letupan. Radio Israel yang memetik pegawai terminal sebagai berkata kejadian berpunca daripada letupan kecil daripada alat yang ditanam dan diletupkan.

Kebakaran itu dapat dilihat dari bumbung rumah di sempadan Gaza-Mesir, kira-kira 70 kilometer jauh. Api menjulang ke udara tetapi tiada asap dan ia padam pada pertengahan pagi, kata penduduk.

Saluran paip gas itu pernah diserang puak Badwi sebagai menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan Mesir yang didakwa mengabai dan mengamalkan diskriminasi terhadap puak itu.

Israel bergantung kepada saluran paip itu untuk menyalurkan gas bagi kegunaan tenaga dan sudah membelanjakan bilion dolar untuk menyalurkan gas ke negara itu.

“Buat masa ini, bekalan gas ke Israel dihentikan mengikut senario kecemasan,” kata jurucakap Kementerian Prasarana Israel, Chen Ben Lulu.

Mesir mempunyai simpanan gas asli sebanyak 1.7 trilion meter padu dan yang ke 18 terbesar di dunia.

Mesir mula membekalkan gas asli kepada Israel pada Februari 2008 menerusi perjanjian yang mana negara itu menjual gas asli kepada jirannya sebanyak 1.7 bilion meter padu setahun selama 15 tahun.

Perjanjian itu mendapat bantahan banyak pihak di Mesir dan ia dikatakan dijual dengan harga yang lebih murah daripada harga pasaran selain membantah bekalan tenaga ke Israel.

“Perjanjian (menjual gas) adalah untuk merendahkan maruah rakyat Mesir dan perbuatan khianat,” kata bekas diplomat Ibrahim Yousri.

Yousri mengetuai cabaran menentang perjanjian itu di Mahkamah Tinggi bagi menghentikan penjualan gas Mesir ke Israel. Walaupun Mahkamah Tinggi memihak kepadanya pada Februari 2010, tetapi keputusan itu tidak diendahkan kerajaan. – AP/AFP

Popular Posts

akhbar on line

Your Ad Here