cari maklumat di sini

Your Ad Here

Monday, February 7, 2011

padan muka...dah kena batang hidung sendiri....ada berani kah letak jawatan..????....!!!



Kalau sebelum ini, N. Gobalakrishnan merupakan sebahagian yang lantang membuat desakan ‘letak jawatan’ terhadap wakil rakyat (ahli parlimen dan Adun) yang keluar parti dan melompat.

Kini ia terpalit pada dirinya sendiri, maka ada berani ke dia meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen Padang Serai kerana beliau dipilih oleh rakyat kawasan itu bukan atas sebab nama dan batang tubuh N. Gobalakrishnan tapi kerana ianya adalah calon Pakatan Rakyat.

Jadi usahlah beliau perasan dan syok sendiri yang rakyat memilih beliau sebagai wakil rakyat kerana nama N. Gobalakrishnan.

Kalau beliau ‘gentle’, letaklah jawatan seperti mana beliau mendesak orang lain yang pernah melompat parti sebelum ini.



Desakan supaya Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan melepaskan jawatan sebagai wakil rakyat kawasan tersebut memuncak apabila sebahagian besar pengundi mengadakan demonstrasi aman di hadapan pejabatnya di hadapan Taman Kobis, Jalan Paya Besar, Lunas awal pagi semalam.

Demonstrasi aman yang bermula seawal jam 8 pagi itu turut mendesak Gobala supaya bersikap 'gentleman' dan profesional supaya melepaskan jawatan yang disandang oleh beliau semasa mendapat sokongan dari Pakatan Rakyat (PR).

Menurut Yang Dipertua PAS Kawasan Padang Serai, Ustaz Mohd Fauzi Tahir yang berucap pada pagi tadi, turut mendesak Gobala supaya berundur dengan cara hormat.

"Dulu beliau melompat dan lantang membantah tindakan Adun Lunas, Radzhi Salleh yang menjadi wakil rakyat Bebas. Kini apabila beliau sendiri bercakap tidak serupa bikin, maka tunjukkan kejantanan beliau, memang beliau berani melepaskan jawatan.

"Jika benar beliau tidak mempunyai agenda tersembunyi kenapa tak nak letak jawatan sebagai Ahli Parlimen, letak dan undur. Kita adakan pilihan raya kecil. Tengok dan lihat. Apakah beliau akan dapat sokongan semula atau kecundang atas tiket Bebas. Saya harap beliau berani menerima cabaran ini," katanya lagi.

Manakala Ahli Jawatankuasa Muslimat PAS Padang Serai, Rohaya Yusof yang ditemui turut melahirkan rasa kecewa beliau dengan tindakan Gobala mengisytiharkan diri sebagai wakil rakyat Bebas.

"Kami yang mendokong beliau. Kami juga yang membantu beliau untuk memenangi kerusi Parlimen Padang Serai pada tahun 2008 yang lalu. Kini beliau bukan lagi wakil rakyat yang kami sokong.

"Oleh itu sahutlah cabaran pengundi kawasan ini, supaya lepaskan jawatan sebagai wakil rakyat. Berikan mandat kepada pengundi kawasan ini untuk meletakkan kedudukan sebenar beliau samada masih diterima atau tidak dalam kawasan ini," tegasnya lagi.

Para peserta penunjuk perasaan turut membawa sepanduk yang pelbagai mendesak Gobala supaya berundur.

Antara sepanduk yang dibawa berbunyi 'Jangan tipu pengundi', 'Jangan jadi barua politik', 'Padang Serai bukan hak MP bebas', 'MP gila wang tak layak jadi pemimpin' dan sebagainya.

Pihak polis turut membuat sekatan jalan raya berhadapan jalan masuk ke Taman Kobis, Paya Besar di mana demonstrasi aman diadakan.


harakahdaily

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

akhbar on line

Your Ad Here