cari maklumat di sini

Your Ad Here

Sunday, February 6, 2011

Pajudin keluar PKR kerana kecewa ....nampak sangat niat beliau terhadap perjuangan politik tidak ikhlas...!!!



Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pajudin Nordin kemungkinan memutuskan untuk keluar PKR dan menyertai Umno semalam kerana menganggap keputusan menggantikan beliau buat sementara sebagai satu tamparan ke atas kepimpinannya.

Ketua Umum Pakatan Rakyat itu mengakui memang ada keputusan untuk melantik Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menerajui badan perhubungan negeri Sabah buat sementara sehingga krisis semasa reda.

PKR Sabah berhadapan dengan krisis kepimpinan selepas Pajudin dilantik sebagai ketua negeri itu pada 10 Januari lalu.

“Beliau (Dr Wan Azizah) sepatutnya mengambil alih jawatan ketua PKR Sabah daripada Pajudin, kemungkinan buat sementara, kemungkinan untuk beberapa bulan sehingga masalah semasa diatasi,” kata Anwar pada sidang media di akhir lawatan dua hari ke Sarawak hari ini.

“Kemungkinan beliau menganggap tindakan membekukan (pelantikan) beliau sebagai tamparan besar ke atas beliau, jadi beliau tinggalkan parti,” kata Ketua Umum PKR ini.

Pajudin, 42, yang belumpun sebulan memegang jawatan tersebut, membuat pengumuman keluar PKR pada sidang akhbar bersama Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman di Kota Kinabalu petang semalam.

Beliau berkata keputusan itu dibuat kerana kecewa dengan kepimpinan pusat iaitu Anwar dan Dr Wan Azizah yang tidak serius dalam menangani masalah-masalah dan isu Sabah.

“Saya kesal kerana Datuk Seri Anwar selama ini mengatakan bahawa beliau menghormati hak-hak negeri Sabah, tetapi tingkah lakunya jelas menunjukkan bahawa beliau mengamalkan ‘cakap tidak serupa bikin’.

“Maka saya menganggap PKR di Sabah ini sudah tidak relevan untuk kita jadikan sebagai satu parti masa hadapan atau parti yang dikatakan akan menuju ke Putrajaya... maka saya mengisytiharkan diri keluar dari PKR dan melepaskan semua jawatan saya di dalam parti,” kata Pajudin.

Justeru kata Anwar), kunjungan Dr Wan Azizah ke Sabah hari ini tiada kaitan dengan keputusan Pajudin itu.

Dr Wan Azizah mengadakan pertemuan dengan pemimpin cabang di Sabah petang ini.

“Lawatan beliau adalah untuk mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin cabang Sabah dan untuk mengumumkan pembekuan buat sementara pelantikan Pajudin sebagai ketua (PKR) Sabah.

“Sebelum beliau dapat membuat pengumuman, beliau (Pajudin) sudah letak jawatan,” katanya.

Anwar juga berkata pelantikan buat sementara Dr Wan Azizah juga telah dipersetujui oleh kepimpinan pusat tetapi Pajudin menerima keputusan sebaliknya dan rasa kecewa.

Kata Anwar, tiga puak yang terlibat dalam krisis kepimpinan PKR Sabah telah merayu kepada Dr Wan Azizah supaya tidak melantik Pajudin sebagai ketua mereka.

“Mereka merasakan beliau (Pajudin) bukan seorang pemimpin yang berkaliber dan berwibawa,” katanya.

Anwar menambah, Dr Wan Azizah mengesyorkan nama Pajudin untuk mengetuai PKR Sabah bukan kerana beliau seorang pemimpin bahagian, tetapi atas alasan dapat menarik golongan muda ke dalam parti.

Bagaimanapun katanya, pemimpin-pemimpin Sabah merayu kepada Dr Wan Azizah supaya tidak melantik Pajudin atas beberapa alasan.

“Saya tidak memberikan alasan berhubung keputusannya meletakkan jawatan dan ia juga bukan sesuatu yang kami alu-alukan,” katanya.

Ketika ditanya sama ada keputusan Pajudin merupakan tamparan kepada PKR, Anwar berkata, “kalau ikut Utusan Malaysia, ya.”

Sebelum ini pelantikan Pajudin sebagai ketua PKR Sabah pada 10 Januari lalu, merupakan satu kejutan kerana ini pertama kalinya pemimpin bagi negeri Sabah dilantik dari bukan kalangan ketua-ketua cabang dalam parti itu.

Pajudin merupakan naib ketua cabang PKR Tuaran.

Baru-baru ini, 18 daripada 24 ketua cabang PKR Sabah telah membuat bantahan terhadap pelantikan Pajudin yang lebih mesra dikenali sebagai ‘ustaz’.

Pajudin yang menyertai PKR sejak 1999 berkata walaupun selepas dilantik sebagai ketua PKR Sabah, beliau tidak pernah mendapat kerjasama dan sokongan dari Anwar dan Dr Wan Azizah, dan ini menunjukkan mereka ‘sengaja mempermain-mainkan’ pemimpin PKR Sabah.

Minggu lalu PKR kehilangan Ahli Parlimen Padang Serai N Gobalakrishnan yang kini bertindak sebagai wakil rakyat Bebas.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

akhbar on line

Your Ad Here