cari maklumat di sini

Your Ad Here

Thursday, July 14, 2011

Polis rancang bunuh, cederakan peserta Bersih

Tindakan polis mensasarkan bedilan gas pemedih mata ke arah orang ramai Sabtu lalu bertujuan untuk membunuh, mencacat dan mencederakan peserta perhimpunan.Serangan ganas pihak berkuasa yang turut mencederakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di laluan bawah KL Sentral, merupakan satu perbuatan jenayah.

 

Selain Anwar, turut berada di lokasi kejadian pada masa itu ialah Pengerusi Bersih, S Ambiga, Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail, Penasihat Dap, Lim Kit Siang dan Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said.Ia sememangnya dirancang untuk membunuh, mencacatkan atau mencederakan peserta himpunan.

Hakikatnya, tembakan gas ke arah tempat tertutup adalah tindakan jenayah yang mendatangkan kecederaan serius atau kematian dan boleh dihukum di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan..Sewaktu peserta memasuki laluan bawah Kl Sentral, mereka dihampiri pasukan FRU bersenjatakan pembedil gas pemedih mata.

Timbalan Presiden KEADILAN, Tian Chua kemudiannya cuba berunding dengan polis tetapi polis bertindak balas dengan menjerit dan mengacukan pembedil gas ke arah orang ramai.Dalam masa beberapa minit, kelongsong gas pemedih mata ditembak dari kedua-dua arah laluan menyebabkan orang ramai terperangkap dalam asap tebal dan sesak nafas..

Serangan itu mencederakan Anwar dan pengawalnya, Fayyadh yang luka teruk di muka. Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad pula ditembak di belakang kepalanya dengan kelongsong gas.Justeru, itu kita  menuntut Suruhanjaya DiRaja ditubuhkan untuk menyiasat jenayah ganas polis terhadap peserta himpunan aman Bersih Sabtu lalu serta menafikan hak peserta Bersih berhimpun..

Kita  juga menggesa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan pegawai-pegawai tertinggi polis disiasat dan bertanggungjawab.Kita mahu siasatan dan pendakwaan ke atas semua pegawai kanan, termasuklah Menteri Dalam Negeri, Yang bertanggungjawab memberikan arahan untuk tindakan jenayah itu dilakukan..

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

akhbar on line

Your Ad Here