cari maklumat di sini

Your Ad Here

Friday, January 21, 2011

Indonesia sekat laman lucah melalui Blackberry....malaysia bila lagi...???....atau sibuk nak sekat laman pro pembangkang...????



Munculnya beratus juta alamat baru laman web pornografi serta pertambahan kandungan bahan pornografi yang terlalu banyak pada setiap saat, merupakan rintangan besar kepada usaha kerajaan Indonesia menyekat bahan lucah dalam Internet.

Ketua Pusat Informasi dan Perhubungan Awam Kementerian Komunikasi dan Informatika Indonesia Gatot S. Dewa Broto berkata berdasarkan data Januari 2010, terdapat 400 juta alamat baru laman porno baru dan setiap saat muncul 28,000 hingga 30,000 bahan yang mengandungi unsur pornografi di Internet.

Hari Rabu lalu merupakan hari terakhir bagi Research In Motion (RIM), pengeluar telefon bimbit pintar Blackberry untuk menyekat kandungan pornografi di perkhidmatan Blackberrynya.

Sebahagian besar kandungan bahan itu sudah tidak dapat diakses melalui Internet dengan menggunakan alat itu sejak hari berkenaan.

RIM telah memaklumkan kepada kerajaan Indonesia bahawa ia telah memulakan sekatan itu sejak 19 Januari pukul 4 pagi waktu Jakarta atau 18 Januari pukul 6 petang waktu Kanada.

Beberapa laman porno yang masih dapat diakses melalui perkhidmatan internet biasa, sudah tidak dapat diakses melalui Blackberry dan dilayar kaca telefon bimbit itu tertera ayat "Laman web yang anda buka tidak boleh diakses melalui jaringan ini" pada petang semalam.

Bagaimanapun, beberapa alamat lain yang juga berisi gambar-gambar pornografi masih dapat diakses dengan mudah dan secara percuma di Blackberry.

"Kami dapat memahami keadaan ini, pada masa ini yang penting adalah komitmen dan usaha dari RIM. Kalau masalah penguatkuasaan undang-undang, itu nanti," kata Gatot.

Beliau berkata RIM menggunakan perisian anti-pornografi bernama 'Nawala' untuk menyekat kandungan itu dan kementerian itu akan terus memantau keberkesanan perisian itu.

"Jika tidak efektif, kami akan minta agar dipertingkatkan. Kami juga akan saling memberikan kata kunci (keyword) tempatan, kerana ada beberapa kata kunci spesifik yang tidak dikenal di peringkat antarabangsa," katanya.

Selain kepada RIM, kementerian itu telah juga mengeluarkan Surat Pekeliling Menteri kepada 180 ISP (penyedia perkhidmatan internet) pada 10 Ogos 2010 untuk menyekat laman porno di internet di Indonesia.

Dalam pekeliling itu dinyatakan 10 kriteria spesifik tentang hal-hal yang dianggap mengandung bahan pornografi, selaras dengan Undang-undang Pornografi di Indonesia.

Kriteria itu termasuklah gambar yang menunjukkan alat kelamin, gambar bogel, persetubuhan dan aktiviti persetubuhan (video) serta gambar-gambar dengan pakaian sangat minimum yang menjurus kepada pornografi.

Masalah kemuculan terlalu banyak alamat baru laman porno dan bertambahnya bahan kandungan itu dengan terlalu cepat dan terlalu banyak bukan hanya menyulitkan syarikat-syarikat ISP untuk menyekat dan menyaring laman itu, malah usaha itu turut menjejaskan kelajuan perkhidmatan Internet dan sekaligus merugikan pengguna.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

akhbar on line

Your Ad Here