Wakil SPR, Wan Ahmad menyatakan dakwat kekal tidak dilaksanakan sebelum 2008 kerana mereka mendapat laporan bahawa dakwat yang sama telah diseludup masuk ke Malaysia.
Khabarnya dakwat tersebut akan digunakan untuk mencalit tangan pengundi-pengundi sebelum pengundi dapat mengundi.
persoalannya....
- Siapakah manusia di dalam Malaysia yang akan sengaja membiarkan tangan mereka dicalit dengan sebegitu mudah?
- Berapa ramai kah pengundi-pengundi yang dengan rela membiarkan tangan mereka dicalit sebelum hari mengundi?
- Kalau berlaku pemaksaan, tidakkah boleh orang yang dipaksa itu membuat laporan polis sebelum hari pengundian?
- Adakah pencalit-pencalit ini akan masuk ke dalam semua rumah-rumah di Malaysia di waktu orang sedang tidur dan mencalit tangan2 pengundi sebelum mereka bangun dari tidur?
- Kalau sudah dapat maklumat berkaitan penyeludupan, mengapa tiada yang ditangkap? Apa guna maklumat kalau tidak tangkapan?
- Mungkin juga dakwat-dakwat itu diseludup untuk kegunaan percetakan kecil-kecilan dan bukannya untuk pilihanraya? Apa bukti ia diseludup untuk sabotaj proses pilihanraya?
Ertinya, SPR dengan mudah membatalkan dakwat kekal sebelum pilihanraya 2008 TANPA ADA ASAS YANG KUKUH. Hanya khabar-khabar angin semata-mata.
Buktinya lagi, tiada seorang pun yang ditahan untuk siasatan berkaitan dengan penyuludupan dakwat kekal tersebut. Kalau maklumat penyeludupan itu benar, nescaya telah berlaku tangkapan dan tahanan atau sekurang-kurangnya beberapa orang telah disoal siasat.
Kalau tiada yang ditangkap atau disiasat, ertinya SPR bertindak atas khabar-khabar angin semata-mata. Kita cabar SPR membawa keluar bukti bahwa telah berlaku penyeludupan dakwat kekal sebelum pilihanraya 2008 lepas.
Dan yang lebih menyedihkan, RM2.4 juta wang rakyat Malaysia telah hangus akibat SPR bertindak atas khabar2 angin semata-mata. RM2.4 juta boleh membeli 40 buah rumah kos sederhana untuk 40 keluarga miskin.
Janganlah Timbalan Pengerusi SPR cuba berselindung dengan alasan-alasan dangkal kamu. Susah bagi rakyat Malaysia untuk mempercayai SPR bukan alat kepada UMNO dan Barisan Nasional.
No comments:
Post a Comment