cari maklumat di sini

Your Ad Here

Monday, July 26, 2010

langau perkauman bukit bendera bakal di pilih semula...????

Mesyuarat Umno Bukit Bendera 31 Julai



Mesyuarat pewakilan Umno bahagian Bukit Bendera akan berlangsung pada 31 Julai ini dan menjadi tumpuan sama ada Datuk Ahmad Ismail akan dilantik mengetuai semula bahagian itu.

Ketika dihubungi , Setiausaha Umno Pulau Pinang Datuk Azhar Ibrahim mengesahkan tarikh baru itu.

Bagaimanapun, beliau yang juga ketua pembangkang, enggan mengulas mengenai agenda yang akan dibincangkan dalam mesyuarat tersebut.

Sebelum ini, mesyuarat perwakilan bahagian berkenaan - yang dijadualkan pada 11 Julai lalu - telah ditangguhkan tanpa sebarang penjelasan diberikan.

Sebelum ini, kesemua 36 jawatankuasa bahagian itu meletak jawatan bagi memberi laluan kepada Ahmad untuk mengetuai semula bahagian tersebut.

Sumber-sumber sebelum ini dilaporkan berkata ia ada kaitan dengan cadangan untuk melantik Ahmad mengetuai semula bahagian berkenaan.

Langkah tersebut dikatakan tidak dipersetujui oleh parti-parti komponen BN, khusunya Gerakan.

Majlis Tertinggi (MT) Umno - pada September 2008 - memutuskan Ahmad digantung dan dilucutkan hak-haknya dalam parti selama tiga tahun.

Ia berikutan kontroversi yang dicetuskan oleh ketua Umno Bukit Bendera itu, yang didakwa membuat kenyataan yang berbaur perkauman terhadap masyarakat Cina.

Ahmad telah menimbulkan kemarahan masyarakat Cina apabila didakwa berkata bahawa kaum itu "menumpang" di negara dan meminta mereka supaya tidak menjadi seperti orang Yahudi di Amerika yang mahu menguasai ekonomi dan kuasa politik.

Keadaan menjadi bertambah buruk apabila Ahmad membuat kenyataan menggesa Gerakan supaya keluar dari BN dan manakala seorang penyokongnya telah bertindak mengoyak gambar pemangku presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) kemudiannya memutuskan untuk menyerahkan kepada Umno untuk menentukan tindakan terhadap Ahmad.

Bagaimanapun pada Disember tahun lalu, MT mengambil keputusan untuk menarik semula penggantungan itu.

Umno bahagian tersebut mempunyai 26 cawangan.


malaysiakini

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

akhbar on line

Your Ad Here