cari maklumat di sini

Your Ad Here

Tuesday, July 27, 2010

Batalkan pemberian diskaun kepada bumiputera dalam kedua-dua jenis hartanah

Kerajaan negeri harus membatalkan dasar pemberian diskaun bumiputera dalam pemilikan hartanah komersial dan rumah mewah di Selangor, cadang ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua.

Pua berkata cadangannya itu boleh membawa impak positif kepada ekonomi kepada kerajaan negeri kerana dapat meningkatkan keyakinan pelabur terhadap sektor hartanah di Selangor. Beliau menegaskan bahawa diskaun itu tidak patut dikekalkan bagi kedua-dua jenis hartanah kerana individu yang memilikinya adalah daripada golongan yang berkemampuan.

Justeru, diskaun kepada bumiputera untuk kedua-dua jenis hartanah patut dimansuhkan kerana ia juga boleh menstabilkan nilai hartanah dan pasaran akan jadi lebih adil. Pua juga menyenaraikan keburukan pelaksanaan diskaun terbabit termasuk disalahgunakan oleh pihak tertentu demi mengaut keuntungan.

Sehubungan itu, beliau turut menyeru kerajaan Selangor untuk mempertimbangkan semula pemberian tanah kepada anak syarikat yang tidak menyumbang ataupun membantu dalam pembangunan hartanah di negeri.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

akhbar on line

Your Ad Here