cari maklumat di sini

Your Ad Here

Thursday, March 31, 2011

Anak Penerima Bantuan MAIJ, Bapa Kena Tangkap Nombor Ekor



Seorang bapa umur 44 tahun, kerja pengawal keselamatan, anak 5 orang, 4 darinya bersekolah, seorang belum sekolah. Kerjanya gaji dalam 700 sebulan, isteri tak kerja, sewa rumah RM 150. Kalau kerja lebih masa pun dapatlah tambahan dalam RM 200 lagi.

Atas memikirkan kesempitan kewangan yang dialami, MAIJ bermurah hati memberi bantuan persekolahan anak termasuk pakaian dan basikal untuk ulang alik ke sekolah. Semua itu duit MAIJ bukan duit saya sendiri tapi duit orang Islam yang lebih tepat ada duit pembayar zakat. Maka atas kesusahan keluarganya, MAIJ bantu.

Tapi malangnya, petang semalam, bapanya ditangkap di sebuah kedai judi selepas beli nombor ekor bernilai seringgit. Ingat, seringgit ker, banyak ringgit ker, haram tetap haram. Dah kena tangkap salah tetap salah juga.

"Tuan. Boleh ker kes saya setle luar ?" Kata lelaki ini.

"Setle luar ? Macammana tu ?". Tanya saya walaupun dah faham apa maksud dia.

"Saya bayar, tak payah masuk mahkamah. Boleh ker ?" Kata orang ni.

"Ohh tidak, tak payahlah buat macam tu. Pergilah ke mahkamah pada tarikh yang dah ditetapkan tu". Kata saya.

Janganlah nak cari pasal, nak setle luar pulak. Kesnya beli nombor ekor, jangan sampai nak setle luar, nanti jadi kes SPRM pulak, lagi dia susah. Nasib baik dia terus diam, kalau dia nak setle luar juga lepas diberitahu, tak pasal-pasal nanti saya tangkap dia kes rasuah pulak.

"Tuan, majikan saya tak bertanggungjawab dah atas saya masa saya kena macam ni". Kata dia macam nak luahkan perasaan dia.

"Kenapa pula majikan nak bertanggungjawab, dia ada bersubahat ker dalam kes ini ?" Tanya saya.

"Tidak". Jawab dia.

"Kalau kamu dah terlibat kes macam ni, memang patut pun majikan tak masuk campur. Majikan kamu bukan suka orang main nombor ekor, memang patut pun dia taknak masuk campur". Kata saya.

Patutnya kenanglah jasa MAIJ yang dah beri bantuan pada anak dia yang sepatutnya persekolahan anak dia, bapalah yang kena tanggung. Tapi bapa ni jenis tak mau ingat semua itu, lebih rela duit dihabiskan kat kedai judi jer. Ini isteri dan anak-anak belum tahu kes dia. Kalau dah tahu, tak tahu macam manalah. Kalau anak tahu tapi tak bersuara pun, bimbang nanti anak besar, anak pun jadi kaki judi macam bapa dia juga. Tak mustahil...

Cerita yang saya paparkan ini bukan hendak memalukan seseorang, tetapi baik jadikan pedoman, buruk jadikan sempadan.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

akhbar on line

Your Ad Here