cari maklumat di sini

Your Ad Here

Monday, January 3, 2011

perlantikan laknat nie sebagai SUK memang sengaja menganggu serta merampas kuasa pentadbiran kerajaan PR di selangor....!!!!




Isu perlantikan SUK Selangor merupakan suatu lagi petanda diberikan Allah kepada rakyat Malaysia bahawa kerajaan Umno BN wajar ditolak dalam pilihanraya akan datang.

Kes perlantikan tersebut jelas menunjukkan kerajaan Umno BN memberi amanah bukan untuk kepentingan rakyat tapi untuk kepentingan peribadi mereka.

 “ Dalam satu hadis Rasulullah s.a.w. digambarkan bahawa kemusnahan akan berlaku sekiranya amanah diberikan kepada orang yang bukan ahlinya. Seorang lelaki datang kepada Rasulullah s.a.w., bertanya tentang " bilakah terjadi kiamat ". Rasulullah s.a.w. menjawab : yang bermaksud :" Apabila hilang amanah, tunggulah kiamat itu. Orang itu bertanya lagi : Bagaimanakah keadaan itu berlaku ? jawab Rasulullah s.a.w. : " iaitu apabila sesuatu urusan diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah kiamatnya (kerosakan)”.

Tujuan utama perlantikan SUK kerajaan negeri, di mana-mana negeri sekalipun, adalah supaya SUK dapat membantu menggerakkan pengurusan kerajaan negeri berkhidmat kepada rakyat.

Menjalankan tugas mentadbir sesuatu negeri bukan suatu yang mudah malah memerlukan kelayakan dan kerjasama daripada pelbagai pihak baik Adun yang dilantik oleh rakyat ataupun kakitangan kerajaan....

Dalam kes di Selangor, perlantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai SUK sepatutnya tidak berlaku kerana beliau telahpun mempunyai masalah yang kritikal sebelum ini dengan kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor sewaktu beliau masih menjawat jawatan Pengarah JAIS. Jelas ini menunjukkan beliau tidak boleh bekerjasama dengan kerajaan negeri seterusnya menjalankan amanah yang diberikan dengan baik.

Datuk Mohd Khusrin Munawi jelas dilihat sebagai agen yang dihantar Umno Barisan Nasional untuk mengganggu pentadbiran Pakatan Rakyat di Negeri Selangor, hal ini kerana Umno Bn tidak dapat menerima kenyataan bahawa kerajaan Selangor kini dibawah pemerintahan Pakatan Rakyat.

Umno bn sememangnya cuba untuk mendapatkan semula negeri Selangor dengan apa cara sekalipun dan buktinya umno bn sudah Berjaya mendapatkan Perak dengan cara rampasan kuasa sebelum ini.

Jadi kita  menyeru agar rakyat Malaysia menolak kerajaan BN kerana perlantikan ini menunjukkan kerajaan BN tidak meletakkan khidmat kepada rakyat sebagai misi utama mereka sebaliknya berkhidmat memenuhi kepentingan dan kehendak nafsu mereka.

Jika sebelum ini rakyat tercari-cari apakah buktinya bahawa kerajaan pusat BN sering menindas kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat, kes perlantikan SUK inilah bukti yang kukuh. Inilah perangai yang ditunjukkan kerajaan BN iaitu mengutamakan kepentingan peribadi berbanding amanah berkhidmat untuk rakyat.

Kita juga turut  mengajak semua pihak untuk bertakwa kepada Allah. Semua pihak harus ingat bahawa berkhidmat untuk rakyat bukan sekadar membantu rakyat menghadapi kehidupan dunia, sebaliknya membantu rakyat menghadapi kehidupan dunia dan akhirat yang kekal abadi.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

akhbar on line

Your Ad Here