cari maklumat di sini

Your Ad Here

Thursday, May 13, 2010

Padah tak pakai tali keledar



REMUK...kereta yang terbabit kemalangan, semalam.

KUALA LUMPUR: Akibat tidak memakai tali pinggang keselamatan, seorang penumpang sebuah kereta maut dalam keadaan mengerikan selepas tercampak keluar dari tingkap kenderaannya sebaik merempuh tembok pembahagi jalan


Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi semalam, kereta Toyota Vios yang dinaiki tiga lelaki terbabit dipandu laju sebelum hilang kawalan dan merempuh tembok pembahagi jalan berhampiran Jalan Semantan di sini.

Pelanggaran itu menyebabkan kereta berkenaan terbalik beberapa kali menyebabkan mangsa di tempat duduk belakang tercampak keluar.

Sumber polis trafik berkata, mangsa terhumban ke laluan paling kanan jalan raya selepas ‘meluncur’ keluar dari cermin kenderaan yang pecah. Dipercayai mangsa tidak memakai tali pinggang keselamatan ketika kejadian.



ANGKAT...anggota polis mengangkat mayat mangsa di tempat kejadian, semalam.


“Siasatan mendapati kereta terbabit sebelum itu dinaiki tiga lelaki dari Pusat Bandar Damansara di sini, sebelum terbabit kemalangan. Hasil siasatan, mangsa, Nagarajan Balakrishnan, 28, yang parah di kepala, diangkat orang ramai ke tepi jalan bagi mengelakkan dirempuh kenderaan lain.

“Namun, mangsa disahkan mati sebaik anggota perubatan dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) tiba ke tempat kejadian untuk memberi bantuan kecemasan,” katanya.

Katanya, dua lagi pemandu dan penumpang hadapan kereta terbabit bagaimanapun tidak cedera serius.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

akhbar on line

Your Ad Here