cari maklumat di sini

Your Ad Here

Tuesday, May 11, 2010

dah melampau nie....emak bapak budak nie dah patut 'DI ROTAN " aje....bagi pengajaran ...cuai menjaga anak...

Remaja langgar warga emas


SEREMBAN: Seorang warga emas maut apabila dilanggar sebuah kereta yang dipandu oleh seorang remaja lelaki berusia 15 tahun di Jalan Tuk Dagang, Paroi di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Hasanudin Hassan berkata dalam kejadian kira-kira 8.30 malam itu, mangsa Arshad Puteh, 70, dari Kampung Paroi di sini dipercayai sedang berjalan kaki ke kedai berhampiran.

"Setibanya di satu simpang tiga, mangsa yang ingin melintas, dilanggar sebuah kereta Proton Satria nombor pendaftaran NBC 1014 yang datang dari arah Seremban menghala ke Paroi.

"Akibat pelanggaran itu mangsa melambung dan mengalami kecederaan parah di kepala. Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar dan sudah dituntut ahli keluarganya, katanya.

Beliau berkata hasil maklumat orang ramai yang menyaksikan kemalangan itu, remaja itu ditahan di rumahnya di Taman PJ Perdana di sini pukul 12 tengah malam tadi.

Katanya suspek menyatakan kepada orang ramai bahawa dia ingin menyerahkan diri kepada polis, dan orang ramai bertindak menelefon polis sejurus selepas itu.

Hasanudin berkata suspek kini ditahan polis untuk siasatan lanjut dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


mstar

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

akhbar on line

Your Ad Here