cari maklumat di sini
Friday, August 19, 2011
campur tangan UMNOPORNO dalam isu gereja....PAS minta MB selangor siasat...!!!
Dewan Pemuda PAS Selangor mendesak Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim menyiasat dakwaan berhubung campur tangan Umno dalam tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya awal bulan ini.
Ketua Dewan Pemuda PAS Selangor Hasbullah Mohd Ridzwan berkata, gesaan itu dibuat susulan kenyataan setiausaha agung parti Islam itu Datuk Mustafa Ali yang mendakwa beliau mempunyai bukti Umno berperanan dalam tindakan Jais ke atas Gereja Methodist Damansara Utama pada 3 Ogos lalu.
Dewan Pemuda PAS Selangor telah menyerahkan memorandum kepada Khalid dan Exco Kerajaan Negeri Datuk Dr Hasan Ali mengenai perkara itu.
“Kita telah menyerahkan memorandum kepada menteri besar dan Datuk Dr Hasan Ali meminta supaya satu siasatan dijalankan terhadap kenyataan Datuk Mustafa Ali berhubung terdapat elemen dan unsur campur tangan Umno dalam tindakan Jais baru-baru ini.
“Kerajaan negeri boleh menjalankan siasatan sekiranya terdapat bukti campur tangan Umno dan saya percaya Datuk Mustafa Ali sedia memberikan kerjasama,” kata Hasbullah kepada The Malaysian Insider.
Tindakan Jais memeriksa Gereja Methodist Damansara Utama menimbulkan kontroversi apabila banyak pihak membantah kaedah dan tujuan operasi itu dijalankan.
Menurut Hasbullah, perkembangan terbaru mengenai pendedahan dokumen sulit siasatan Jais yang disiarkan di blog pro-Umno membuktikan dakwaan Mustafa berasas.
“Kita yakin bukti penglibatan Umno memang ada kerana kalau kita lihat dokumen-dokumen sulit termasuk rakaman video didedahkan di blog pro-Umno sedangkan ia adalah sulit.
“Persoalannya bagaimana blogger (pro) Umno boleh dapat (dokumen sulit), sebab itu kita yakin penglibatan Umno memang ada... memang ada tangan-tangan ghaib,” katanya.
Justeru beliau berharap kerajaan negeri pimpinan Khalid dapat melakukan siasatan segera mengenai perkara itu.
“Kita akan tunggu jawapan menteri besar secara rasmi dan kita harap respona segera dapat diberikan,” katanya.
Mustafa sebelum ini mendakwa mendakwa Umno berperanan dalam pemeriksaan yang dilakukan oleh Jais ke atas Gereja Methodist Damansara Utama.
Mustafa turut mengatakan Umno memainkan peranan dalam mempolitikkan isu itu ekoran tindakan Jais yang sehingga kini belum mendedahkan hasil siasatan mereka ke atas gereja itu.
Tambah Mustafa, beliau sedia mendedahkan maklumat campur tangan Umno kepada Pengarah Jais Marzuki Hussin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Intan Ladyana nafi kena raba ketika Jom Heboh di Penang montok beb...tampar ponggong dia pun dah asyik...inikan dapat meraba ....belum lagi ...
-
PELAJAR KINI SUKA BERGAMBAR BOGEL? NGERI DENGARNYA Mengaibkan apabila seorang gadis yang juga penuntut sebuah institusi pengajian tinggi awa...
-
Penyanyi Nasharuddin Elias atau lebih dikenali sebagai Nash (gambar) terkejut apabila menerima berita pembunuhan bekas isterinya, Datuk Sosi...
-
Aku cuba nak pandang positif akan tajuk akhbar Utusan Meloya keluaran Jumaat 15 JUL 2011. Ambil contoh Rosmah Mansor (RM) sudah menabung sel...
-
Keghairahan nafsu dua gadis yang sanggup berkongsi teman lelaki untuk melempiaskan nafsu di sebuah rumah usang tanpa penghuni di sebalik sem...
-
kaki raba dalam tren KUALA LUMPUR: Seorang kakitangan bank tidak menyangka menjadi mangsa seorang lelaki warga Bangladesh gila seks apabila ...
-
TAHAN...gadis yang ditahan bersama lelaki bukan Islam di biliknya, kelmarin. SUBANG: Seorang gadis berusia 22 tahun ditahan bersekedudukan d...
-
so nak jadi sampai macam nie ke....baru kira bukan remeh....!!!! ISU artis `berkemban' di dalam Anugerah Skrin TV3 baru-baru ini menjadi...
-
SEREMBAN: Hampir saban hari dia melihat isterinya berbalas khidmat pesanan ringkas (SMS) tapi menganggap ia perkara biasa pada zaman teknolo...
-
SHAH ALAM: Siapa Hanis Zalikha Zainal? Tentunya ada yang menimbulkan pertanyaan apabila nama itu tersenarai pada kedudukan keenam carian Goo...
No comments:
Post a Comment