cari maklumat di sini

Your Ad Here

Thursday, August 18, 2011

Pastinya bangsa Melayu Yang Punya Angkara....Penjual karpet cedera ditikam

Seorang penjual karpet warga Pakistan cedera selepas ditikam dalam kejadian samun oleh sekumpulan remaja, di kawasan Bazar Ramadan Taman Kerang, di sini awal hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan Supt Zulkifli Taha berkata kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 1 pagi dan melibatkan sekurang-kurangnya 10 orang termasuk tiga wanita.

"Ketika kejadian, Sher Zaman Khan, 30, sedang tidur berseorangan dalam gerai karpetnya di bazar itu apabila dikejutkan beberapa remaja lelaki dan wanita yang masuk ke dalam gerai dan mengepungnya," katanya kepada pemberita, di sini.

Beliau berkata kumpulan remaja itu kemudian menyamun peniaga tersebut sebelum menikamnya di bahagian belakang dan melarikan diri dengan menaiki motosikal bersama wang berjumlah RM750 dan pasport mangsa.

Katanya mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

akhbar on line

Your Ad Here