Apa objektif Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) sebenarnya, memulihkan Projek Perumahan Terbengkalai atau membuat Projek Perumahan Hantu? Begitu banyak Projek Perumahan yang Terbengkalai 1Malaysia, dibuatnya Projek Perumahan yang tak laku. Macamana rakyat , terutama pemilik rumah terbengkalai tak marah. Eloknya semua pemilik perumahan terbengkalai sertai Perhimpunan BERSIH 9 Julai 2011 nanti.
Tak percaya tengok sendiri sedikit daripada nasib malang pembeli rumah terbengkalai di http://terbengkalai.blogspot.com
Rumah SPNB di Kuang tidak dapat sambutan
Free Malaysia Today
June 26, 2011
Daripada 1, 000 buah yang dibina, hanya 200 yang dibeli, demikian kata Pengerusi SPNB, Datuk Idris Haron.
PETALING JAYA: Rumah Mampu Milik (RMM) yang dimajukan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) di Kuang, Selangor kurang mendapat sambutan.
Daripada 1, 000 buah yang dibina, hanya 200 yang dibeli, demikian kata Pengerusi SPNB, Datuk Idris Haron.
Menurutnya, lokasi yang agak terpencil dan masalah pengangkutan menjadi punca mengapa rumah tersebut kurabg mendapat sambutan.
Bagaimanapun beliau yakin dalam tempoh lima tahun akan datang semua rumah tersebut habis dijual.
“Tetapi kita berusaha menjualnya lebih cepat kerana SPNB telah melabur sebanyak RM120 juta.
“Orang tunggu dan lihat tetapi kalau tunggu terlalu lama kita akan ketinggalan,” jelasnya.
11, 000 tidak dijual
Menurut Idris yang juga ahli Parlimen Tangga Batu, Melaka , RMM di Kuang itu sebahagian daripada 11, 000 buah milik SPNB yang belum dijual.
Begitupun, dakwanya, SPNB tidak menanggung kerugian itu sebaliknya pihak bank yang gagal menjulal rumah-rumah berkenaan.
“Rumah yang gagal dijual itu ada yang sudah berusia setahun, dua tahun malah empat tahun,” tambahnya.
Beliau memberi jaminan mutu dan spesikasi rumah yang dibina oleh SPNB sama dengan projek swasta tetapi harga rumah SPNB lebih murah.
Katanya, rumah SPNB lebih murah kerana pihaknya memberi subsidi kepada pembeli sebagai satu tanggungjawab sosial agensi itu.
http://www.freemalaysiatoday.com/2011/06/26/rumah-spnb-di-kuang-tidak-dapat-sambutan/
Program Pemulihan Perumahan Terbengkalai (PPT)
SPNB telah dilantik sebagai Agen Perlaksana bagi Tabung Pemulihan Projek Perumahan Terbengkalai (TPPPT) bagi memulihkan projek perumahan terbengkalai di seluruh negara yang telah dikenalpasti oleh Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan (KPKT).
No comments:
Post a Comment