cari maklumat di sini

Your Ad Here

Wednesday, June 29, 2011

kacau perhimpunan aman...saman aje polis ...dan kita boleh jadi kaya raya...!!!


Dr Hatta Ramli telah menyaman bekas OCPD Rompin, Hanafi Daud, kerana menganggu ceramah beliau serta menahan beliau sewaktu mengadakan ceramah di premis persendirian pada tahun 2010.
Hanafi Daud diarah membayar ganti rugi sebanyak RM200 ribu ringgit (rujuk laporan Harakahdaily di bawah)

Mengikut  laporan itu:

Hakim juga memutuskan bahawa ceramah PAS yang diadakan di dalam kawasan markas tersebut adalah satu perhimpunan yang sah dan tidak memerlukan permit polis kerana ia bukan tempat awam.
Mahkamah juga memutuskan bahawa defendan juga telah melanggar Artikel 5 (3) Perlembagaan Persekutuan kerana gagal memberitahu plantif-plaintif atas alasan apa mereka ditangkap.


Beberapa hari kebelakangan ini, pihak Polis telah bertindak ganas, menangkap mereka yang berpakaian T-shirt kuning berlambang BERSIH, mereka yang menjual T-Shirt BERSIH, menganggu ceramah2 BERSIH di premis persendirian, menutup pentas ceramah di Seksyen 24 Shah Alam.

Kepada  ahli2 dan penggerak2 parti sekelian supaya mendokumentasi, menangkap gambar, mengambil maklumat anggota polis yang bertindak demikian, merakam video dan audio setiap perilaku polis tersebut Selepas ini, kita boleh menyaman pihak polis yang telah bertindak diluar bidang kuasa mereka itu Inshaalah kita boleh jadi kaya macam Dr Hatta yang bakal menerima wang sebanyak RM200 ribu.

Bayangkan kalau satu Malaysia saman PDRM di Mahkamah. Bangkrap PDRM dibuatnya.Ingat juga, Polis tiada hak untuk menurunkan banner atau bunting atau perkara sedemikian. Itu adalah bidang kuasa Kerajaan Tempatan dan bukan Polis.PDRM sepatutnya menjadi kuasa menjaga rakyat dan bukannya menindas rakyat. PDRM tidak sepatutnya berat sebelah menyokong sebelah pihak sahaja. Mereka mesti adil dan saksama.

Bekas OCPD diarah bayar RM200 ribu


KUANTAN, 15 Mac: Mahkamah hari ini memerintahkan bekas Ketua Polis Rompin, Hanafi Daud membayar kepada Dr Hatta Ramli dan dua pimpinan PAS Pahang, Mazlan Yassin dan Nazri Ahmad sebanyak RM200,000 sebagai ganti rugi dan kos akibat daripada penangkapan dan penahanan yang tidak sah ke atas mereka bertiga di Markas PAS Rompin di Muadzam, Pahang pada 10 Mei 2004 lalu.
Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuantan, Puan Sazlina Safie membuat keputusan tersebut hari ini setelah Peguam Kanan Persekutuan yang mewakili defendan menyatakan kepada mahkamah bahawa anak guam beliau bersetuju membayar plaintif-plaintif RM200 ribu.


Kes hari ini ditetapkan untuk perbicaraan taksiran gantirugi.
Pada 26 Ogos 2009, Hakim Datuk Mariana Yahya telah memutuskan bahawa defendan telah menyalahgunakan kuasanya apabila membuat serbuan ke atas markas PAS dan menangkap serta menahan Dr Hatta, Mazlan dan Nazri.


Hakim juga memutuskan bahawa ceramah PAS yang diadakan di dalam kawasan markas tersebut adalah satu perhimpunan yang sah dan tidak memerlukan permit polis kerana ia bukan tempat awam.
Mahkamah juga memutuskan bahawa defendan juga telah melanggar Artikel 5 (3) Perlembagaan Persekutuan kerana gagal memberitahu plantif-plaintif atas alasan apa mereka ditangkap.


Setakat ini, inilah kali pertama pihak OCPD disaman oleh pimpinan PAS di atas gangguan yang dilakukan oleh pihak polis ke atas ceramah PAS, hatta hakim sendiri menemplak defendan kerana mengganggu ceramah PAStersebut sedangkan ia berjalan secara aman dan telah banyak kali dijalankan di markas tersebut.


Dr Hatta, Mazlan dan Nazri diwakili oleh Mohamed Hanipa Maidin manakala Hanapi Daud diwakili oleh Kamal Azira Hassan.


Harakahdaily/-

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

akhbar on line

Your Ad Here