cari maklumat di sini

Your Ad Here

Monday, April 26, 2010

telefon cap ayam.....Ramai tertipu

Ada yang memanggilnya telefon bimbit ‘ciplak’ atau telefon ‘pakai buang’ namun sehingga kini ratusan pelanggan menjadi mangsa penipuan serta membeli telefon palsu berkenaan yang dijual beberapa kali ganda lebih murah daripada telefon tulen.
Difahamkan kebanyakan mangsa mudah terpedaya berikutan ‘rupa paras’ telefon terbabit yang saling tidak tumpah dengan telefon tulen termasuk berat serta tanda jenama dipamerkan.


Namun, mangsa yang terbeli telefon palsu hanya menyedari tertipu selepas mendapati telefon gagal berfungsi selain tidak mempunyai aplikasi dalaman sama seperti telefon tulen.


Ketua Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kuala Lumpur, Othman Nawang yang ditemui semalam berkata, pihaknya sentiasa memantau kes penipuan telefon palsu berkenaan.


Menurutnya, sejak dua bulan lalu, anggotanya melakukan lebih 13 serbuan di beberapa lokasi berasingan di ibu kota termasuk pusat beli-belah dan ekspo jualan telefon bimbit dengan merampas kira-kira 2,000 telefon bimbit tiruan bernilai lebih RM60,000.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

akhbar on line

Your Ad Here