cari maklumat di sini

Your Ad Here

Saturday, October 30, 2010

hancurnya umat melayu islam....kerana seks bebas dan desakan keluarga buat repot kunun di rogol teman lelaki

BANDAR BARU KLANG: Gara-gara dendam dan dipaksa keluarga, seorang remaja perempuan berusia 17 tahun dan bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) beberapa bulan lagi, sanggup membuat laporan polis mendakwa dia dirogol teman lelakinya dan enam rakan teman lelakinya di sebuah hotel di Bandar Klang, beberapa hari lalu.

Mangsa dikenali sebagai Nor membuat laporan di Balai Polis Bandar Baru Klang dengan mendakwa dia dirogol tujuh lelaki dan salah seorang lelaki itu berusia 36 tahun yang dipercayai teman lelakinya.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Superintenden Mohamad Shukor Sulong berkata, dalam laporan polis yang dibuat mangsa, mangsa mendakwa dia dibawa lelaki itu ke hotel dan ditinggalkan di bilik sementara lelaki itu pergi menemui rakannya berhampiran hotel berkenaan.

“Tidak lama kemudian, lelaki itu muncul bersama enam lelaki lain yang bertindak merogolnya.

“Bagaimanapun siasatan polis yang dijalankan mendapati terdapat percanggahan antara dakwaan mangsa dan laporan polis yang turut dibuat lelaki yang dipercayai teman lelakinya,” katanya.

Menurutnya, selepas siasatan dibuat didapati mangsa mengaku yang dia membuat laporan polis kerana didesak keluarganya.

“Malah mangsa mengaku bahawa lelaki yang dituduh merogolnya adalah teman lelakinya dan mangsa turut mengaku melakukan hubungan seks dengan kerelaannya sendiri dan teman lelakinya.

“Dakwaan mangsa bahawa enam lelaki lain merogolnya tidak wujud dan sengaja direka kerana takut dengan desakan keluarga,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian kelmarin.

Beliau berkata, teman lelaki mangsa turut membuat laporan yang mendakwa dia dipukul keluarga teman wanitanya yang marah dengan tindakannya.

“Bagaimanapun atas nasihat polis dan persetujuan bersama kedua-dua belah pihak, mangsa dan keluarganya serta teman lelakinya itu berhasrat menyelesaikan perkara itu secara peribadi.

“Saya harap perkara ini dapat diselesaikan secara baik bagi menjaga nama kedua-dua pihak,” katanya. -SH

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

akhbar on line

Your Ad Here