cari maklumat di sini

Your Ad Here

Thursday, May 6, 2010

lalok dengan kanabis...sepak nak tiri masuk tak bagi salam...!!!!

MELAKA: Hanya kerana tidak memberi salam ketika memasuki rumah, seorang pelajar tingkatan dua sebuah sekolah menengah, terpaksa menanggung azab apabila dipercayai didera bapa tirinya Isnin lalu.
Difahamkan, kejadian berlaku di sebuah pangsapuri di Ayer Keroh kira-kira jam 7.10 pagi ketika ibu kandung pelajar itu tiada di rumah kerana menghantar adik-adiknya yang masih kecil ke rumah pengasuh.

Mangsa berusia 14 tahun yang berada dalam bilik, dikatakan diseret keluar dari rumah oleh bapa tirinya lalu ditendang dua kali di perutnya serta dilempar dengan selipar.

Tidak cukup dengan itu, bapa tirinya yang juga seorang pemandu lori sambilan seperti hilang perikemanusiaan apabila bertindak mengunci pintu dan menghalang mangsa daripada memasuki rumah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah berkata, siasatan awal pihaknya mendapati sehari sebelum kejadian, mangsa berada di rumah bapa kandungnya di Alai.

Katanya, ketika pulang ke rumah, mangsa dikatakan tidak memberi salam dan terus masuk kebiliknya serta mengunci pintu.

“Kejadian itu dipercayai menyebabkan bapa tirinya marah dan keesokannya (3 Mei) kira-kira jam 7.10 pagi, ketika mangsa berada di biliknya, suspek menariknya keluar dari rumah lalu menendangnya dua kali di perut.

“Selain itu, suspek juga dikatakan turut membaling selipar kepada anak tirinya itu sebelum mengunci pintu rumah. Mangsa terpaksa menahan kesakitan sebelum dibawa ke Hospital Melaka oleh ibunya.

“Susulannya, satu laporan polis dibuat mengenai kejadian itu di Balai Polis Ayer Keroh,” katanya.

Mohd Adnan berkata, berdasarkan laporan itu, polis menahan bapa tiri mangsa pada hari yang sama.

Katanya, hasil pemeriksaan lanjut didapati lelaki berusia 37 tahun itu sebelum ini pernah beberapa kali memukul mangsa, namun tiada aduan mengenainya dibuat.

“Suspek juga diarah menjalani ujian air kencing dan didapati positif mengambil dadah jenis kanabis.

“Berikutan itu, dia direman 14 hari bagi membantu siasatan berhubung penagihan dadah dan selepas siasatan lengkap, kami akan mendakwanya kerana mendera anak tirinya,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

akhbar on line

Your Ad Here