cari maklumat di sini

Your Ad Here

Tuesday, May 4, 2010

mungkir janji punya pasal...tanah tergadai....

Gagal bayar RM1.5 juta, Sosilawati dapat hak milik tanah

Usahawan kosmetik terkenal Datuk Sosilawati Lawiya hari ini berjaya mendapatkan hak milik sebahagian tanah di satu lot Mukim Batu, di sini, setelah pemilik sebenar gagal membayar pendahuluan modal perniagaan berjumlah RM1.5 juta.

Hakim Mahkamah Tinggi Datin Zabariah Mohd Yusof merekodkan perintah penghakiman pengisytiharan terhadap Samsiar Suman, 71, selaku defendan pertama dalam kamarnya dengan dihadiri peguam Ahmad Kamil Abd Karim dan Jani Izwandy Che Jan yang mewakili Sosilawati.

Sosilawati, 47, memfailkan saman pemula pada 11 Nov tahun lalu menamakan Samsiar sebagai defendan pertama, Nordin Zainal, 46 dan Radzuan Othman, 30, masing-masing sebagai defendan kedua dan ketiga.

Menurut peguam Jani Izwandy, kesemua defendan tidak hadir sepanjang prosiding malah mereka tidak menerima sebarang penyataan pembelaan.

Dalam saman pemula itu, Sosilawati menuntut perisytiharan di atas kemungkiran satu perjanjian “memorandum of agreement” bertarikh 31 Mac tahun lalu (perjanjian pendahuluan modal RM1.5 juta), defendan pertama dan kedua telah memasuki satu perjanjian jual beli hartanah dengan plantif yang dikenali sebagai Geran Mukim No.1870, Lot No. 3381, Segambut, Tanah Rezab Melayu, Mukim Batu di sini.

Beliau turut menuntut bahawa balasan untuk perjanjian jual beli antara beliau dan defendan pertama dan kedua bagi hartanah itu adalah untuk menguatkuasakan jaminan yang telah diberikan oleh defendan pertama atas sebarang kemungkiran terhadap perjanjian pada 31 Mac 2009 itu.

Selain itu beliau menuntut satu perintah bahawa defendan pertama dan kedua menandatangani memorandum pindah milik bagi hartanah tersebut untuk pemindah milikan hartanah tersebut kepadanya di Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Dalam afidavit sokongan, Sosilawati mendakwa defendan pertama dan kedua adalah pemilik tanah tersebut manakala defendan ketiga merupakan pihak yang memohon beliau mengeluarkan modal RM1.5 juta pada 31 Mac 2009, bagi urusniaga komersil dan transaksi perniagaan yang dikatakan menguntungkan.

Katanya berdasarkan perjanjian bertarikh 31 Mac tahun lalu, sekiranya berlaku sebarang kemugkiran yang dilakukan oleh pihak-pihak di dalam perjanjian tersebut, defendan pertama telah mengaku janji untuk melepaskan pegangan hak milik tanah tersebut. — Bernama

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

akhbar on line

Your Ad Here