cari maklumat di sini

Your Ad Here

Wednesday, September 14, 2011

sakit mental ke..???... Sampai Lelaki Yang Berang Nie tikam ibu, bapa dan kakak

Sepasang suami isteri mati ditikam oleh anak lelaki mereka di sebuah rumah di Batu 1, Jalan Utara dekat sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.45 malam itu, lelaki berkenaan yang berusia 31 tahun turut menikam kakaknya.

Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP Rowell Marong berkata, mangsa dikenali sebagai Yew Hiap Foh, 70, dan isterinya, Chu Ching Moi, 60, dan kedua-dua mereka mati di tempat kejadian akibat tikaman di dada.

Katanya, mayat Yew ditemui terbaring di bilik tidur, manakala Chu ditemui terbaring di atas sofa di ruang tamu rumah tersebut.

Kakak mangsa yang berusia 37 tahun mengalami cedera parah akibat ditikam di perut dan kini dirawat di Hospital Duchees of Kent Sandakan dan dilaporkan dalam keadaan stabil, katanya di sini hari ini. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

akhbar on line

Your Ad Here