cari maklumat di sini
Friday, January 28, 2011
UMNO huru hara....belum jadi wakil rakyat dah gadai tanah orang tanpa izin...kalau dah jadi wakil rakyat....maruah orang kampung pun turut tergadai....!!!
Tak jadi wakil rakyat dah ada perangai tak betul, kalau dah jadi wakil rakyat, haru-biru aku rasa. Hati-hatilah wahai pengundi Dun Tenang. Buat pilihan yang betul agar masa depan anda tidak tergadai oleh orang yang suka menggadaikan tanah rakyat.
Harakahdaily - Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azahar Ibrahim hakikatnya telah disahkan bersalah oleh mahkamah kerana melelong tanah secara tidak sah, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.
"Melelong tanah secara tidak sah bukan sahaja tidak mengikut prosedur malah adalah satu kesalahan dan oleh sebab itulah Mahkamah Tinggi Muar memerintahkan dikembalikan tanah itu kepada pemiliknya, Mansor Mohamad bersama kos pada 2008.
"Jika tindakan melelong itu sah, mengikut prosedur dan bukan satu kesalahan, mahkamah tidak akan memerintahkan tanah itu dikembalikan," katanya.
Mahfuz menyeru rakyat Tenang menolak Mohd Azahar yang telah disahkan melakukan kesalahan oleh mahkamah dan memilih calon PAS, Normala Sudirman.
"Normala bukan sahaja bersih dari tuduhan penyalahgunaan kuasa seperti yang sedang dihadapi oleh Mohd Azahar malah calon PAS di Tenang itu pernah diiktiraf sebagai guru cemerlang oleh Kementerian Pelajaran," katanya.
Mohd Azahar kini adalah defendan pertama dalam tuntutan saman Norhana Mohd Ali yang telah terpedaya membeli tanah Mansor yang dilelong secara tidak sah itu.
"Akibat penglibatan Mohd Azahar melelong tanah dengan cara yang didapati salah oleh mahkamah itu, kerajaan dan rakyat kini menghadapi risiko menanggung kerugian kira-kira RM1.5 juta," kata Mahfuz.
Norhana menuntut gantirugi berjumlah kira-kira 1.5 juta dan Mahkamah Tinggi Muar telah pun menetapkan tarikh pendengaran kes tuntutan Norhana ke atas calon BN di Tenang itu dan tiga yang lain pada 7 Februari 2011 ini.
"Dari segi integriti, Mohd Azahar hakikatnya tidak ada integriti kerana beliau sebelum ini mendakwa apa yang dilakukannya mengikut adalah prosedur dan kes lelongan tanah itu telah selesai.
"Kalau mengikut prosedur, mengapa mahkamah mengesahkan kesalahan beliau terlibat dalam lelongan tanah secata tidak sah dan jika selesai, mengapa pula ada tuntutan berkaitan tanah itu yang akan didengari mahkamah pada 7 Februari ini?" Ahli Parlimen Pokok Sena mempersoalkan.
Kalau sebagai pentadbir tanah pun beliau telah menghadapi tuduhan menyalahgunakan kuasa dan disahkan pula oleh mahkamah melakukan kesalahan, Mahfuz mengingatkan para pengundi di Tenang tentang kemungkinan bahaya lebih buruk yang akan dihadapi oleh rakyat dan kerajaan jika Mohd Azahar mendapat kuasa lebih besar hasil kemenangannya dalam pilihan raya kecil tersebut.
"Dengan kuasa hanya sebagai pentadbir tanah sahaja Mohd Azahar bukan sahaja telah memburukkan imej kerajaan malah mengakibatkan rakyat dan kerajaan menanggung risiko kerugian kira-kira RM1.5 juta, bayangkan kalau beliau mendapat kuasa lebih besar jika beliau menang pilihan raya kecil Tenang," beliau mengingatkan
Labels:
politik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Intan Ladyana nafi kena raba ketika Jom Heboh di Penang montok beb...tampar ponggong dia pun dah asyik...inikan dapat meraba ....belum lagi ...
-
PELAJAR KINI SUKA BERGAMBAR BOGEL? NGERI DENGARNYA Mengaibkan apabila seorang gadis yang juga penuntut sebuah institusi pengajian tinggi awa...
-
Penyanyi Nasharuddin Elias atau lebih dikenali sebagai Nash (gambar) terkejut apabila menerima berita pembunuhan bekas isterinya, Datuk Sosi...
-
Aku cuba nak pandang positif akan tajuk akhbar Utusan Meloya keluaran Jumaat 15 JUL 2011. Ambil contoh Rosmah Mansor (RM) sudah menabung sel...
-
Keghairahan nafsu dua gadis yang sanggup berkongsi teman lelaki untuk melempiaskan nafsu di sebuah rumah usang tanpa penghuni di sebalik sem...
-
kaki raba dalam tren KUALA LUMPUR: Seorang kakitangan bank tidak menyangka menjadi mangsa seorang lelaki warga Bangladesh gila seks apabila ...
-
TAHAN...gadis yang ditahan bersama lelaki bukan Islam di biliknya, kelmarin. SUBANG: Seorang gadis berusia 22 tahun ditahan bersekedudukan d...
-
so nak jadi sampai macam nie ke....baru kira bukan remeh....!!!! ISU artis `berkemban' di dalam Anugerah Skrin TV3 baru-baru ini menjadi...
-
SEREMBAN: Hampir saban hari dia melihat isterinya berbalas khidmat pesanan ringkas (SMS) tapi menganggap ia perkara biasa pada zaman teknolo...
-
SHAH ALAM: Siapa Hanis Zalikha Zainal? Tentunya ada yang menimbulkan pertanyaan apabila nama itu tersenarai pada kedudukan keenam carian Goo...
No comments:
Post a Comment