Hidup semasa pemerintahan penjajah seperti berada di dalam mulut buaya, tetapi berada di bawah pemerintahan BN seumpama masuk ke dalam mulut singa...
Semasa di bawah pemerintahan Inggeris, tiada wakil rakyat, tidak wujud pemilihan dan demokrasi, malah hasil mahsul negara diambil sewenangnya.
Rakyat baik parti kanan mahupun kiri , telah sama-sama bangkit berjuang untuk kemerdekaan.Kita berharap lepas merdeka, kita terlepas dari mulut buaya kita jadi bebas, kita berpemerintahan sendiri. Kita telah bentuk satu perlembagaan tahun 1957, setuju negara demokrasi berparlimen dan setuju raja berpelembagaan. Tetapi selepas 50 tahun kita masih seperti dijajah. Ada demokrasi tetapi berat sebelah.
Awal pemerintahan Perikatan nampak kebebasan, tetapi lama kelamaan di bawah BN telah menjadikan negeri ini seperti haknya. Buat satu sistem hingga pihak lain tidak boleh menang dalam pilihan raya. Jika menang sekadar sikit-sikit..
Suruhanjaya Pilihan Raya tidak bebas, wujud kongkongan media dan berlakunya ketaatan paksa kakitangan awam kepada parti politik.BN telah menganggap harta negara sebagai hak mereka antaranya sepertimana perjanjian Lebuh Raya Utara Selatan dan air dengan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).
Sangat rahsia hingga rakyat tidak boleh tahu. Ini perjanjian kerajaan, kenapa tidak boleh didedahkan kepada rakyat? Perjanjian klasifikasikan sebagai rahsia. Kenapa rahsia, kenapa tidak boleh didedahkan kepada umum. Kenapa tidak transparen? Kenapa semua perkara mesti disembunyikan?”...
Menyentuh perjanjian Petronas di mana semua itu telah dijadikan milik individu dan parti politik.Segala perjanjian projek mega yang lain juga rahsia tetapi rakyat menanggung semuanya itu, sedang ia terus dimiliki dan dikuasai parti politik.
Segala beban dihadapi rakyat. Ini sebenarnya yang kita katakan, masa di zaman penjajah duduk dalam mulut buaya, lepas merdeka ingat bebas, tetapi rupanya masuk mulut singa pula..
Pakatan Rakyat memberi komitmen melaksanakan perubahan apabila diberi mandat memerintah kelak di mana kerajaan akan menjadi pengurus hak rakyat.Apabila dilaksanakan kemudahan atau projek untuk rakyat, itu semua adalah hak rakyat. Itu semua hak rakyat, kerajaan hanya urus dengan baik dan telus..
Di bawah BN juga , wujud pilih kasih di mana pemberian hak rakyat ditentukan berdasarkan sokongan politik selain banyak urusan memerlukan sokongan dari jawatan politik kepartian.
Sedang di bawah Pakatan Rakyat, segala pemberian adalah berdasarkan kelayakan dan langsung tidak melihat kepada latar belakang kaum, agama mahupun parti politik.
Perkara itu , kerana Pakatan Rakyat memegang kepada konsep keadilan. Maka rakyat dan pegawai perkhidmatan awam tidak perlu takut dan tunduk kepada jawatan politik.
Pun begitu , segala amalan tersebut di dalam pentadbiran mengambil masa untuk diperbetulkan.
No comments:
Post a Comment