cari maklumat di sini

Your Ad Here

Wednesday, August 3, 2011

BN dan SPR Kemaruk Mahu Guna Biometrik adalah Untuk menang pilihanraya Secara Menipu

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berulang kali memberikan jaminan bahawa tiada warga asing didaftarkan sebagai pengundi, namun sistem pengesahan Jabatan Pendafaran Negara dan SPR menunjukkan sebaliknya.

Blog pro-PR, Perisik Rakyat yang membuat risikan mendapati lebih 160 orang warga asing yang memegang status penduduk tetap (PR) didaftarkan sebagai pengundi di beberapa kawasan. Cerita ini berlegar-legar di kebanyakan blog sebelum disiarkan di Malaysia Kini. Namun malangnya tiada pula kredit diberikan kepada Perisik Rakyat.

Misalnya, PR yang bernama “Mismah” didaftarkan dalam daftar pemilih tambahan di Kawasan Kuala Selangor. Semakan melalui sistem pengesahan dalam talian JPN dan SPR mengesahkan dakwaan itu. Sistem JPN yang membenarkan pengguna menyemak status individu dengan memasukkan nombor kad PR, menunjukkan Mismah (640704715238) seorang penduduk tetap. Namun, nombor sama yang disemak di sistem SPR mendapati Mismah pengundi baru lapor.

Sila baca pendedahan lanjut di Perisik Rakyat di sini.

Yang lagi lahanatnya, kurang empat jam selepas Malaysiakini melaporkan seorang penduduk tetap (PR), Mismah yang memegang kad MyPR merah telah didaftarkan sebagai pengundi baru, dia tampaknya telahpun menjadi warganegara Malaysia. WOW!

WOW! Pantas dan cekap agensi UMCO membuat "kerja" mereka!

ADUHAI, Malaysia dalam bahaya! Maruah negara digadai kerana rejim mahu mengekalkan kuasa! Ini baru warga Indonesia di-Malaysiakan, bagaimana dengan warga China dan India, atau Bangladesh dan Pakistan?

Mismah kini mempunyai MyKad biru, berdasarkan semakan pada sistem dalam talian yang sama di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Semakan pada sistem pengesahan dalam talian JPN sebanyak dua kali - pada jam 5.48 petang semalam dan 11.30 pagi ini - menunjukkan nama Mismah adalah berstatus PR yang telah mengambil kad MyPRnya (No 640704715238), kad pengenalan bagi PR.

Apabila nombor yang sama dimasukkan ke dalam sistem pengesahan dalam talian SPR, Mismah yang sama kini pengundi berdaftar yang baru. Walau bagaimanapun, satu lagi semakan dengan sistem JPN pada jam 3 petang ini menunjukkan hasil yang mengejutkan - Mismah telah menjadi warganegara dengan Mykad biru.
GILAAA!

Mereka hina penggunaan dakwat kekal sebagai sesuatu yang ketinggalan zaman, tetapi temberang biometrik yang kononnya canggih dan terkini sudah terburai!

Sudah terang lagi bersuluh, siapa pengkhianat negara!

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

akhbar on line

Your Ad Here