Berita Agensi melaporkan pihak Kastam Indonesia pada Jumaat lalu telah menahan remaja Malaysia kerana cubaan menyeludup heroin seberat 700 g. Dia menggadaikan nyawanya dengan menelan kapsul dadah tersebut.
Pegawai Kastam di Lapangan Terbang Surabaya, Buhari Sirait menjelaskan bahawa gadis Malaysia, yang dikenal sebagai Ling Shao Chi, 18, ditahan di lapangan terbang itu selepas penerbangannya dari Kuala Lumpur mendarat di lapangan itu.
Dadah itu dapat ditemukan selepas pemeriksaan x-ray.
"Ling mengaku di depan pegawai Kastam bahawa dia dibayar 2.5 juta rupiah (RM883) untuk menyeludup dadah itu. Dia menelan sebanyak 84 kapsul yang berisi heroin." katanya kepada AFP.
Sirait menganggarkan dadah itu bernilai 1.7 bilion rupiah (RM69,172).
No comments:
Post a Comment