Pendedahan terbaru ini membuktikan peranan yang bakal dimainkan warganegara asing dalam memenangkan Barisan Nasional dan UMNO dalam pilihanraya umum yang akan datang.
Mana mungkin status kewarganegaraan boleh berubah dalam masa 4 jam kalau tidak dibantu tangan-tangan ghaib dari parti yang memerintah. Mana mungkin Jabatan Pendaftaran Negara boleh bertindak demikian tanpa arahan dari mereka yang berada di atas, yakni yang berkuasa.
Sama-sama kita saksikan nanti bagaimana UMNO dan BN akan menang besar hasil bantuan pengundi-pengundi warga asing ini yang diberikan IC biru dengan sebegitu mudah.
Satu hari nanti warga-warga asing ini bukan setakat mengundi tetapi bakal menjawat jawatan politik seperti wakil rakyat dan Menteri kabinet. Dapatlah kita nanti warga asing Bangladesh sebagai wakil rakyat kita mewakili BN.
Akhir kata, kalau Pakatan Rakyat tidak ambil tindakan tegas mulai sekarang, kita jamin PR akan jatuh selepas PRU 13 nanti hasil dari undi warga-warga asing ini.
berkaitan....
Kurang empat jam selepas Malaysiakini melaporkan seorang penduduk tetap (PR) yang memegang kad MyPR merah telah didaftarkan sebagai pengundi baru, dia nampaknya telahpun menjadi warganegara.
Dia kini mempunyai MyKad biru, berdasarkan semakan pada sistem dalam talian yang sama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di mana butiran pendaftarannya sebagai pengundi, direkodkan.
Semakan pada sistem pengesahan dalam talian JPN sebanyak dua kali - pada jam 5.48 petang semalam dan 11.30 pagi ini - menunjukkan nama Mismah adalah berstatus PR yang telah mengambil kad MyPRnya (No 640704715238), kad pengenalan bagi PR.
Apabila nombor yang sama dimasukkan ke dalam sistem pengesahan dalam talian SPR, Mismah yang sama adalah pengundi berdaftar yang baru.
Bagaimanapun, satu lagi semakan dengan sistem JPN pada jam 3 petang ini menunjukkan hasil yang mengejutkan - Mismah telah menjadi warganegara dengan Mykad biru.
Statusnya pada sistem pengesahan dalam talian SPR kekal sama pada jam 3 petang - pengundi yang baru berdaftar dalam senarai daftar tambahan pemilih yang dipamerkan oleh semakan umum.
rentakinfo
rakyat kita akan menjadi warga asing, kera dihutan disusukan, anak dipangkuan mati kelaparan...
No comments:
Post a Comment