cari maklumat di sini

Your Ad Here

Saturday, August 6, 2011

batalkan aje biometrik jangan berdolak dalik lagi...atau memang kerajaan UMNOPORNO memerintah memang sengaja nak menipu pilihanraya...!!!

 

kita  sekali lagi mempersoalkan keghairahan Kerajaan pusat terhadap penggunaan sistem biometrik pada Pilihan Raya Umum ke 13 akan datang.

Malah, sejak sistem itu digunakan untuk program pemutihan pendatang asing tanpa izin, pelbagai laporan berhubung kepincangan sistem itu dikemukakan.

Sebaliknya, beberapa pendedahan terbaru mengenai kepincangan sistem itu juga jelas menunjukkan bahawa ia tidak mampu menyelesaikan masalah yang dibangkitkan berhubung undian berganda pada pilihan raya.

Kerajaan pusat sepatutnya kembali semula kepada tuntutan Bersih iaitu menggunakan dakwat kekal yang setakat ini diyakini penyelesaian terbaik untuk mengatasi pengundian berganda.

"Ini yang membuatkan kita  khuatir kenapa kerajaan dalam keadaan ini beria-ia mahu melakukan sistem biometrik...

Apa yang kita saksikan setakat ini dalam proses pendaftaran biometrik bagi pekerja asing, banyak laporan yang dibuat dan ini adalah perkara yang kurang menyakinkan para pengundi sekirannya kerajaan mengunakan kaedah yang sama sekaligus merumitkan lagi proses pengundian...

Selain kurang memberi keyakinan kepada parti politik bertanding dan para pengundi, kita  juga mempersoalkan kos yang terlalu tinggi dibelanjakan untuk sistem biometrik yang manfaatnya masih 'meragukan'.

Setakat ini dimaklumkan untuk pembangunan sistem biometrik ini memerlukan satu peruntukan yang besar, persoalannya siapa yang akan dapat projek ini? Bagaimana kaedah yang digunapakai dalam menjamin ketelusan berhubung pemberian projek..

Justeru, kita menyifatkan keghairahan kerajaan melaksanakan sistem biometrik jelas untuk kelangsungan politik mereka untuk terus kekal berkuasa.

"Ianya (biometrik) tidak berkemampuan untuk mengesahkan sama-ada kita  ada tiga keping kad pengenalan atau kita telah undi tiga kali di tiga tempat yang berlainan, apa yang jelas ia tidak mampu selesaikan masalah ini"

Dalam perkembangan yang lain, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah menuntut janji Timbalan Pengerusi SPR, Wan Ahmad Wan Omar pada sesi Dialog bersama Pengerusi Himpunan BERSIH 2.0, Datuk S.Ambiga akhir bulan lalu.

"Wan Ahmad, Timbalan Pengerusi SPR telah berjanji apabila dilontarkan soalan berhubung sistem biometrik ini, bahawa beliau akan mendedahkan maklumat lanjut siapa penerima kontrak,"katanya.

"SPR akan membuktikan kepada semua pihak termasuk pihak pembangkang tentang audit dalaman dan audit luaran terhadap 'coding system' biometrik itu untuk membuktikan kepda semua yang ia tidak boleh dimanipulasi"tambahnya.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

akhbar on line

Your Ad Here