Polis hari ini mengesahkan mayat wanita yang ditemui dikerat di sebuah apartmen di Ampang, Rabu lalu adalah warganegara asing.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Amiruddin Jamaluddin, berkata pengesahan itu berdasarkan analisis cap jari mayat terbabit.
Bagaimanapun, negara asal mangsa masih belum dikenal pasti, katanya ketika dihubungi, di sini.
"Polis masih mendapatkan maklumat lanjut berhubung pekerjaan serta tempoh jangka masa mangsa berada di sini," katanya.
Mengenai mayat kanak-kanak lelaki yang ditemui bersama keratan mayat wanita itu, Amiruddin berkata pihaknya kini menunggu laporan ujian Asid Deoksiribonukleik (DNA) bagi menentukan saman ada kedua-dua mangsa mempunyai pertalian darah.
Rabu lalu, polis menemui keratan tubuh dan organ manusia termasuk usus dalam beberapa beg plastik serta dalam mangkuk tandas di sebuah unit di tingkat lima Pangsapuri Astaria, Taman Kosas, Ampang.
Selepas siasatan awal, polis mengesahkan kesemua beg plastik itu mengandungi keratan mayat seorang wanita dan seorang kanak-kanak lelaki yang dianggar berusia antara lima dan enam tahun. -BERNAMA
berkaitan...
Di Kerat mayat 15 bahagian
Misteri bau busuk di sebuah unit pangsapuri tanpa penghuni di tingkat lima Blok Chryssa, Apartmen Astaria, di sini, sejak Sabtu lalu terbongkar apabila pihak pengurusan menemui kaki kiri manusia yang sudah berulat dan beberapa organ manusia dalam tandas unit itu, petang semalam. Difahamkan, beberapa anggota badan manusia turut ditemui dalam tiga bungkusan plastik di atas siling tandas dan beberapa tempat dalam rumah berkenaan.
Dipercayai mangsa dibunuh tidak lebih dari seminggu lalu sebelum anggota badannya dikerat melebihi 15 bahagian. Penghuni yang menginap selang sebuah rumah dari unit terbiar itu, Shahril Abdul Rahman, 30, berkata sebaik pulang dari kerja kira-kira jam 5.30 petang, dia bersama beberapa kakitangan pihak pengurusan bangunan memasuki unit berkenaan bagi menyiasat punca bau busuk itu.
Saya terkejut apabila menemui satu kaki manusia dikerat dari paras pinggang sebelum pihak pengurusan menghubungi polis, katanya ketika ditemui, semalam. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin yang berada di tempat kejadian, berkata anggota badan yang ditemui itu dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk proses bedah siasat.
Identiti dan jantina mangsa belum dipastikan dan anggota terbabit sudah dihantar ke PPUM bagi tindakan lanjut. Anggota badan itu ditemui dibuang di merata-rata tempat dalam unit berkenaan yang lebih kurang 10 tahun tidak dihuni, katanya. Menurut Amirrudin, siasatan lanjutan akan dijalankan secepat mungkin bagi mengenal pasti identiti mangsa serta kejadian sebenar di sebalik penemuan mayat yang dikerat itu.
sumber : berita harian
No comments:
Post a Comment