Bekas vokalis kumpulan Exist, Mohd Ali Kamarudin atau lebih dikenali sebagai Mamat dijatuhi hukuman denda RM1,000 dan pengawasan polis selama dua tahun selepas mengaku bersalah memasukkan dadah ke dalam badannya, tahun lalu.
Mamat, 33, yang popular menerusi lagu Untukmu Ibu pada tahun 90-an didakwa memasukkan dadah jenis methamphetamine di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nusajaya pada 9 November tahun lalu pada kira-kira jam 3.35 petang.
Dia membuat pengakuan itu di Mahkamah Sesyen di sini, semalam, sebaik pertuduhan selesai dibacakan jurubahasa mahkamah di depan Majistret Maslinda Selamat.
Tertuduh disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman denda RM5,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Mamat dalam rayuannya meminta mahkamah meringankan hukuman kerana sudah insaf selain menanggung tiga anak.
Ulasan GB
Dulu-dulu lagu "Oh Ibu" nyanyian Mamat ni jadi pujaan ramai. Tak kurang yang mengimpikan jadikan Mamat model contoh bagi anak muda... Mamat disanjung, ramai nak jadikan Mamat teman hidup kerana Mamat "anak soleh" yang mengingatkan orang tentang jasa ibu. Roh para ibu tenteram dan "damai di sana" seperti dendangan lagu mamat itu.
Ibu bapa ketika itu tak kurang yang inginkan anak sebaik Mamat. Makcik-makcik pun ramai berkenan nak jadikan Mamat menantu.
Rupa-rupanya kini Mamat dah jadi hantu. Hantu dadah...
Mamat tidak bersyukur dengan pemberianNya, tetapi kufur nikmat. Roh ibu sudah tidak lagi damai di sana apabila Mamat sudah jadi hantu dadah.
Semuga Mamat benar-benar insaf dan berubah.
No comments:
Post a Comment