cari maklumat di sini

Your Ad Here

Friday, November 12, 2010

Zaid membunuh karier politik beliau sendiri



Zaid baru-baru telah membuat satu kejutan dengan menarik diri dalam pertandingan jawatan Timbalan Presiden PKR yang ditandinginya pada pemilihan parti tidak lama lagi.Ia disebabkan jurang undi diantara beliau dengan Azmin semakin jauh ketinggalan.Beliau sebelum ini banyak mengeluarkan kenyataan yang berbentuk kontroversi mendakwa cara pengundian yang dijalankan adalah tidak telus dan berlaku penipuan.

Tambah mengejutkan lagi beliau juga meletak semua jawatan dalam parti yang disandang.

Seterusnya beliau melakukan serangan terbuka khusus kepada Anwar dan Azmin dengan menggesa bahawa kedua-dua orang lama dalam parti ini perlu berundur kerana menjadi punca permasalahan dalam parti selama ini.Tindakan beliau ini secara tidak langsung telah memberikan saham besar kepada musuh politik PKR-PR iaitu UMNO-BN.Media milik UMNO memberikan liputan yang sepenuhnya isu Zaid ini dengan memberi gambaran bahawa PKR berada dalam keadaan yang teruk dan busuk seterusnya bakal hancur.Zaid lantang bercakap soal demokrasi tetapi beliau mahu menang sahaja dalam pemilihan dan sama sekali tidak mahu kalah.Apabila menyedari undian terhadap beliau mula merosot maka tuduhan demi tuduhan dikeluarkan terhadap beliau sendiri iaitu PKR.

Zaid tidak sedar bahawa beliau telahpun membunuh karier politik beliau sendir dalam tindak tanduk yang tergesa-gesa serta tidak profesional. Orang seperti Zaid sekarang ini agak sukar diterima oleh parti-parti politik yang ada di Malaysia ini tidak kira dari pihak pembangkang mahupun pemerintah kerana bimbang dengan tindak-tanduk Zaid yang boleh memecah-belahkan parti politik.Jauh sekali bakal dipilih sebagai ahli parlimen dan ADUN pada PRU kerana rakyat sudah tidak yakin akan prinsip beliau.Kerana selepas PRU-12 lanskap politik negara telahpun berubah dimana rakyat cukup cukup cerewet dalam memilih wakil mereka di parlimen mahupun ADUN.

Kini Zaid sudah sebaris dengan individu seperti Zulkifli Nordin,Tan Tee Beng, Zahrin,Woo Chee Kiong dan ramai lagi.Mereka ini tidak akan dipilih oleh rakyat lagi pada PRU-13 kerana sikap mereka yang tidak berpendirian serta bertindak melulu dalam tanpa memikirkan jangka masa panjang.Sejarah bakal melebelkan mereka pemimpin lompat sepanjang zaman. Tiada yang perlu dibanggakan sumbangan mereka terhadap negara dan rakyat.Mereka lebih kepada membuat kontroversi dari melakukan tugas sebagai pemimpin. Adakah Zaid sudah bersedia menjadi seperti mereka ini?


am

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

akhbar on line

Your Ad Here