cari maklumat di sini

Your Ad Here

Wednesday, November 10, 2010

hasil tarbiah UMNO/BN ....Pelajar 16 tahun didakwa culik, cabul kanak-kanak 8 tahun

Seorang pelajar lelaki berumur 16 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan menculik dan mencabul seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun, pada bulan lepas.

Bagaimanapun, Majistret Afifah Mamat@Yusof memerintahkan kes itu didengar oleh Mahkamah Juvana pada 11 November ini kerana ia melibatkan remaja bawah umur.

Afifah membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Shahrul Ekhsan Hasim.

Pelajar tingkatan empat itu didakwa menculik mangsa di depan sebuah sekolah di Pandamaran di sini, kira-kira 6.40 petang pada 25 Okt lepas, mengikut Seksyen 364 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati, atau penjara maksimum 30 tahun, dan boleh juga dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

akhbar on line

Your Ad Here