cari maklumat di sini

Your Ad Here

Thursday, November 11, 2010

Patutnya dah lama di kuatkuasakan....Hah sekarang terima padahnya... Media pemfitnah dilarang buat liputan Sidang DUN Kedah

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjTrHBRrfqmawo2gnpsMNOva-YbJ-QNgE1a4Gue4_-JSW8_5qUpq0OdQu-h9ZXqLbjS7iReQEL2jYxUqwN9-rQsu6mQDk6ZhjebYTaeCYma2wWBddIaPu84YPL7DMNL8ZSNScJhRE3ceARu/s1600/boikot_utusan_badge.jpg

Ekoran tindakan biadap beberapa media tertentu menyiarkan laporan fitnah terhadap Kerajaan Negeri dalam isu banjir, maka mereka dilarang sama sekali membuat liputan Sidang Bajet 2011 yang akan diadakan mulai 14 hingga 16 November ini.

Menurut Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar Kedah, Muhamad Helmi Mohamad Khalid, hanya 11 buah akhbar dibenarkan membuat liputan. Mereka adalah Sinar Harian, The Star, Harakah, Makkal Osai, Malaysia Nanban, Oriental Daily, Sin Chew Daily, Kwong Wah Jit Poh, China Press, Nan Nang Siang Pau dan Guan Ming Daily.

Dalam sidang media yang diadakan selepas Majlis Mesyuarat Exco semalam, Dato’ Seri Azizan telah mengherdik RTM dan TV3 ekoran berita fitnah dan putarbelit kedua-dua media tersebut terhadap Kerajaan Negeri.

TV3, RTM, Utusan Malaysia, Berita Harian dan Bernama adalah antara media yang tidak dibenarkan membuat liputan dalam Sidang DUN Kedah kali ini.

admin : Entahlaaaaa nak kata apa pon tak tahu bab nie.... benda nie dah lama dah sepatutnya kerajaan negeri lakukan....tetapi masih dok bagi muka kepada media2 umno nie....apa yg kami boleh kata kat kerajaan negeri....

"Hangpa baru tau kaaa depa tu punya kelaku....

kami tau lama dahhhhhhhhhhhhhhhh................."



ZULKIFLI YAHAYA

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

akhbar on line

Your Ad Here