cari maklumat di sini

Your Ad Here

Tuesday, December 20, 2011

RM10 Juta dan bantuan SKMM Untuk Bantu Blogger Upahan UMNO serang Pakatan Rakyat...!!!!

 

Umno didedahkan membayar RM10 juta kepada sekumpulan blogger sebagai kempen perang saraf menjelang Pilihan Raya Umum akan datang,..

Pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga presiden Umno, turut mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) ‘tidak menggangu’ blogger berkenaan.

Berdasarkan maklumat diperoleh,  kumpulan itu ditugaskan untuk menarik undi kaum Cina bagi menyokong Barisan Nasional, meskipun dengan cara memainkan sentimen perkauman.

Datuk Najib kian terdesak untuk meraih undi kaum Cina dan ini terbukti apabila beliau memperuntuk sekurang-kurangnya RM10 juta kepada sekumpulan wartawan dari media arus perdana untuk menyerang pemimpin Pakatan Rakyat menjelang Pilihan Raya Umum akan datang..

Malah, SKMM juga sudah diberi amaran agar jangan mengganggu blogger upahan ini walaupun tulisan mereka menimbulkan api perkauman dan agama..

Difahamkan, kumpulan blogger itu diketuai Setiausaha Media Najib, Tengku Sarifuddin dan bekas wartawan kanan The New Straits Times, Ahiruddin Atan atau lebih dikenali sebagai Rockybru.

Peruntukan itu juga akan ditambah dari semasa ke semasa dengan bloggers upahan ini akan mengeluarkan artikel bertujuan menaikkan imej Najib sebagai tokoh yang patut diundi bukan Melayu terutamanya kaum Cina.

Bagaimanapun kita yakin, taktik kotor itu akan gagal malah memburukkan lagi imej Najib.

Rakyat bijak dalam menilainya dan masyarakat Cina dan kita  yakin tidak terpengaruh dengan taktik kotor ini...

rentakinfo

mungkin duit upahan itu datangnya dari koperat2 atau pun tokey2 yg kemudiannya akan menaikan harga barangan mereka untok mendapat balik duit yg mereka beri itu.Kerja ini dilakukan oleh orang yang tak ada agama.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

akhbar on line

Your Ad Here