cari maklumat di sini

Your Ad Here

Wednesday, December 21, 2011

nicol ahli sukan lagenda ...Terima hadiah RM50,000 dari PBA P Pinang

Ratu skuasy negara Datuk Nicol Ann David menerima hadiah wang tunai sebanyak RM50,000 daripada Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) dalam satu majlis khas malam tadi.

Sumbangan yang disampaikan oleh Pengerusi PBAPP, Lim Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang merupakan penghargaan kepada atlet yang mengukir nama di peringkat global.

Nicol dalam ucapannya berkata, dengan penghargaan hadiah seumpama itu, beliau berharap lebih ramai jaguh sukan bertaraf antarabangsa dapat dilahirkan dari Pulau Pinang.

"Dengan adanya pelbagai program pembangunan sukan, adalah diharapkan lebih ramai bakat-bakat baru yang berpotensi dapat diketengahkan," katanya.

Beliau yang mempertahankan gelaran juara dunia sebanyak enam kali dijadual berlepas semula ke Amsterdam, Belanda bagi meneruskan sesi latihan intensifnya selepas perayaan Krismas ini

 

Bernama

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

akhbar on line

Your Ad Here