cari maklumat di sini

Your Ad Here

Tuesday, November 22, 2011

Laut punya luas...Namun Nelayan maut kerana bot berlanggar....!!!

Seorang nelayan terbunuh selepas botnya berlanggar dengan sebuah bot laju di sungai berhampiran Kampung Pamaguan, 10 batu dari sini semalam.

Habib Mohd, 71, seorang warga Filipina yang tinggal di Kampung Batu Putih dekat sini, mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala, kata Pegawai Pemerintah Pasukan Gerakan Marin Wilayah Sandakan, Asisten Supritendan Gan Ping Sin.

Pemandu bot laju dan tiga lagi penumpangnya tidak mengalami kecederaan dalam insiden yang berlaku pada 9 pagi itu, katanya di sini hari ini.

Beliau meminta pemandu bot laju itu, yang melarikan diri selepas kejadian, supaya tampil membantu polis dalam siasatan nahas itu. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

akhbar on line

Your Ad Here