cari maklumat di sini

Your Ad Here

Tuesday, November 22, 2011

"Menteri-menteri Lembu" Mesti Letak Jawatan...!!!!

 

Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil  di cabar meletakkan jawatan menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat, berikutan dakwaan penyelewengan wang rakyat oleh projek ternakan lembu, National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) yang dimiliki, suaminya.

Kepercayaan rakyat terhadap Shahrizat yang juga ketua wanita Umno telah hilang akibat dakwaan tersebut dan beliau kini tiada pilihan lain selain meletakkan jawatan.

Sebagai seorang insan yang dilahirkan di Pulau Pinang beliau juga perlu membersihkan imejnya khususnya kepada orang Melayu di sini.

Oleh yang demikian dalam situasi tanpa prasangka kita  mencabar beliau supaya meletakkan jawatan sebagai menteri kerajaan pusat disebabkan beliau tidak layak dan telah kehilangan kepercayaan rakyat..

Sambil menyifatkan skandal tersebut sebagai satu lagi episod malang melanda negara, kita juga menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyatakan pendirian dan mengambil tindakan tegas jika dakwaan tersebut benar.

Perkara berbangkit di sini yang menjadi 'crux of the case' tentang kewujudan yang nyata ke atas pembelian kondominium bertempat di One Menerung, Bangsar yang dikatakan pembelian hartanah berkenaan adalah bagi mendapatkan pulangan pelaburan memandangkan projek lembu Feedlot oleh NFC mengalami kelewatan operasi.

Perlu diingat bahawa modus operandi syarikat NFC untuk mendapatkan pinjaman modal berkenaan adalah bagi tujuan industri penternakan dan bukannya pelaburan hartanah. Secara tidak langsung telah wujud situasi penyelewengan dan pecah amanah yang melampaui keraguan munasabah..

Walau apapun spekulasi yang timbul Shahrizat tidak boleh menafikan bahawa dia tidak mempunyai pengetahuan tentang kewujudan NFC. Begitu juga soal pinjaman modal oleh pihak kerajaan dan pembelian kondominium mewah berkenaan.

Penafian beliau secara total bakal mengundang padah kepada parti pemerintah dan seterusnya mendatangkan liabiliti yang tidak berharga kepada negara kita.

Orang-orang Melayu khususnya sedang menilai situasi ini secara serius..Pakatan Rakyat awal bulan lalu mendakwa kerajaan persekutuan menyalurkan pinjaman mudah sebanyak RM250 juta kepada syarikat NFC berkenaan bagi tujuan industri penternakan lembu.

Bagaimanapun ia didakwa tidak berjaya mencapai sasaran pengeluaran malah Laporan Ketua Audit Negara 2010 juga menyebut projek berkenaan dalam keadaan 'kucar-kacir'.

Sebelum ini desakan sama, yang menuntut Shahrizat meletak jawatan, turut disuarakan oleh ahli parlimen BN sendiri iaitu Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan).

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Majlis Ahli Parlimen BN (BNBBC) mendakwa tindakan menteri itu berkaitan Fidlot telah menyusahkan Umno Barisan Nasional.

"Kalau saya pada tempat ini, saya letak jawatan, menyusahkan. Dia punya kerja semua musnah. Mana tidak betul, kita kena betulkan.

"Walaupun dia menteri Umno, siapa dia, dia bersalah, letak jawatan lebih baik daripada jadi liabiliti kepada Umno dan Barisan. Kita tegas, sebab kita memerintah negara ini dengan adil ( kununnya)," kata Bung. -mk

 

rentakinfo

Kita jadi hairan kenapa tiba-tiba pemimpin-pemimpin UMNO termasuk PM dan TPM dan bekas PM begitu kuat membela projek lembu NFC yang telah dilaporkan oleh Jabatan Audit Negara mengandungi pelbagai penyelewengan dan salahlaku.

Kenapa marah kepada pemimpin Pakatan Rakyat yang sekadar mengulangi apa yang didedahkan oleh Jabatan Audit Negara dan mengapa sampai ada ugutan dari peguam NFC yang bernama Mohd Shafee Abdullah untuk mengheret pemimpin PR ke mahkamah kononnya memfitnah tentang projek lembu?

Sudah jadi lembukah pemimpin-pmimpin UMNO dan peguam tersebut sehingga terlupa bahawa pendedahan awal penyelewengan itu adalah dari Jabatan Audit sendiri?

Apa yang jelas dan nyata dari laporan audit, penyelewengan memang sah wujud di dalam projek lembu berkenaan, jadi usah untuk pertahan dan cuba untuk menegakkan benang basah.

Kebenaran tidak dapat ditutup walaupun sekalian menteri kabinet UMNO bersekongkol menutup penyelewengan yang berlaku.

Apa yang rakyat tahu sekarang melihat muka Shahrizat teringatkan muka lembu, begitu juga melihat muka Najib, Muhyiddin, Pak lah, Noh Omar & Khairy, termasuk peguam NFC, orang akan segera terbayang wajah-wajah lembu di Feedlot. Atau melihat wajah-wajah lembu, segera teringat muka-muka menteri UMNO itu. Salah siapa?

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

akhbar on line

Your Ad Here