cari maklumat di sini

Your Ad Here

Tuesday, December 28, 2010

suami menyesali....isteri di sesali....Isteri didakwa cederakan suami

Seorang isteri anggota polis dan seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini terhadap tuduhan mendatangkan kecederaan parah kepada suaminya, awal bulan lepas.

Tertuduh pertama, Steven Athimoloo, 22, dan tertuduh kedua, Kasturi Saminathan, 27, didakwa bersama-sama sengaja mendatangkan kecederaan parah kepada mangsa, seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal dari Balai Polis Rawang, Vimal Raj Gangatharan, 25, iaitu suami Kasturi, dengan menggunakan kayu.

Kedua-dua mereka didakwa melakukan perbuatan itu di tempat letak kenderaan Hulu Yam, Selayang, Gombak, Selangor, kira-kira pukul 1 pagi, 11 November lepas.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Kedua-dua tertuduh mengangguk kepala sebagai tanda memahami pertuduhan yang dibacakan dalam bahasa Tamil di hadapan Hakim Hasbi Hasan.

Timbalan Pendakwa Raya Faridah Nurdinie Bahrum menawarkan jaminan RM10,000 setiap seorang dengan seorang penjamin atas alasan kes itu serius memandangkan ia melibatkan kepentingan awam setelah dilaporkan oleh media.

Peguam Rajpal Singh yang mewakili Steven, merayu kepada mahkamah supaya meringankan jaminan sebanyak RM5,000 kerana anak guamnya itu berasal daripada keluarga berpendapatan rendah dan hanya bekerja bersama abangnya menjalankan kerja-kerja kontrak.

Peguam M. Manoharan yang mewakili Kasturi berhujah bahawa rupa bentuk badan anak guamnya yang kecil menimbulkan keraguan sama ada dia mendatangkan kecederaan parah terhadap suaminya.

"Rupa badan yang kecil tertuduh menimbulkan keraguan sama ada beliau betul-betul mendatangkan kecederaan kepada suaminya yang lebih-lebih lagi merupakan seorang anggota polis," katanya yang memohon mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM5,000.

Beliau berkata wujud juga keraguan dalam pertuduhan terhadap anak guamnya sebab dalam kebanyakan kes rumah tangga melibatkan kaum India, kebiasaannya hanya suami yang memukul isteri tetapi sebaliknya dalam kes ini.

Faridah Nurdinie bagaimanapun menjelaskan kes itu serius memandangkan kedua-dua tertuduh bersama-sama mendatangkan kecederaan di bahagian kepala mangsa, menggunakan kayu sehingga hilang ingatan.

Hasbi membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 28 Januari untuk sebutan kes dan penyerahan dokumen berkaitan termasuk laporan perubatan.

Hasbi turut membenarkan permohonan kedua-dua tertuduh untuk membuat laporan polis berhubung dakwaan mereka dipukul anggota polis ketika dalam tahanan reman.

- Bernama

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

akhbar on line

Your Ad Here