cari maklumat di sini

Your Ad Here

Tuesday, December 28, 2010

Sambut Krismas, Kristian Suruh Begini?



KEADAAN yang sesak, padat dan riuh rendah di pentas utama pusat beli-belah Sungei Wang Plaza Kuala Lumpur, minggu lalu bukanlah kerana aktiviti beli-belah hujung minggunya. Sebaliknya, orang ramai begitu teruja untuk menyaksikan sembilan buah pasukan sorak menunjukkan aksi yang mendebarkan.

Menariknya, kumpulan sorak terbabit menyelitkan elemen Krismas sempena Krismas yang berlangsung Sabtu lalu. Jangkaan penonton untuk kumpulan sorak yang bertanding sudah pastinya tinggi. Rutin dan koreografi yang hebat, semangat berpasukan, kecekapan membuat susunan piramid manusia dan lambungan ahli kumpulan yang paling ringan ditunggu-tunggu.

Justeru, tidak hairanlah kumpulan sorak Jags berjaya merebut hadiah utama pertandingan itu. Tanpa pendedahan markah oleh pengadil sekali pun, kumpulan tersebut berjaya meraih sorakan paling gamat daripada pengunjung yang hadir. Jags berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000 dalam pertandingan Cheer4Christmas itu.

Kapten pasukannya, Mohd. Farid Nawali, 18 memberitahu, kumpulannya banyak menyertai pertandingan dan memenangi hampir kesemuanya. “Untuk pertandingan kali ini, kumpulan kami dianggotai oleh sembilan ahli sorak dari Cochrane, Cheras. Kumpulan kami banyak dipengaruhi tarian rutin dari Amerika Syarikat (AS) seperti Top Gun dan Cheer Athletes,” jelas beliau.

Kumpulan sorak yang dianggotai lapan ahli kumpulan dan mendapat tempat kedua ialah The Rebel, manakala tempat ketiga dimenangi oleh kumpulan Muriel 1 yang dianggotai seramai sepuluh ahli kumpulan.Masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000 dan RM1,000.


Beginikah caranya agama Kristian mengajar penganutnya menyambut perayaan hari Krismas?

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

akhbar on line

Your Ad Here